Tuesday, August 4, 2015

Tentang hidup

Salam readers...

Hidup ni ibarat roda.
Kalau kita nak hidup tenteram, kita kena muafakat.
Bak kata orang, muafakat membawa berkat.

Kalau hidup duk nak cari salah orang je, nak pinpoint orang, nak cari pasal dengan orang, buat ape?
Dapat ape? Faedah ape?
Kepuasan hati??
Rasa seronok sebab sakitkan hati orang?
Rasa seronok sebab menang?

Prinsip hidup Kekna senang je.
Kekna tak kacau orang.
Then, orang jangan nak kacau Kekna.
Kekna tak suka.
Selagi Kekna tak susahkan sesiapa, then jangan kacau Kekna.
Jangan nak tanamkan rasa susah hati tengok Kekna happy, tengok Kekna bersukaria, tengok Kekna bersenang-lenang.

Masing-masing ada hal masing-masing.
Kekna ada hal Kekna.
Korang ada hal korang.
Buat hal masing-masing dan jangan nak susahkan orang lain...

Sebelum bercakap tentang keburukan orang lain, bercakap dulu tentang keburukan diri sendiri.
Compare...
Adakah orang lain lagi teruk?
Atau
Kita lagi teruk?
Atau
Kita dan orang lain tu same je teruk?

Dah dapat jawapan, diam.
Kekadang manusia ada yang hati busuk.
Keburukan orang, dicanang-canang.
Keburukan sendiri, disorok-sorok.
Sebaliknya di up kan kelebihan diri sendiri depan orang lain.
Tak baik... tak baik... sungguh tak baik.
Jangan amalkan perbuatan macam ni.

Kekadang kita tergelak-gelak bila tengok orang lain jatuh.
Tapi cuba kalau kita pulak yang jatuh dan orang lain gelak, ape perasaan kita?

So, kalau nak buat apa-apa, fikir dulu.
Jangan main hentam kromo ikut sedap hati je.
Fikir keadaan orang lain.
Jangan asik nak fikir diri sendiri je.
Tak semua benda kita boleh settle kan sendiri.
Kadang-kadang bila kita susah, kita perlukan orang lain jugak untuk tolong kita.
So sila jangan sombong, jangan bongkak, jangan angkuh.

Sebesar-besar kuasa kite, ingatlah ALLAH swt itu ada.
DIA yang paling berkuasa.
Sekelip mata dia boleh tarik balik nikmat yang sedang kita nikmati sekarang.
Masa tu barulah kita tahu erti penyesalan.

1 comment:

Mimy Hamid said...

SATU TUDING JARI KE ORANG...4 JARI KE KITA...HUHU