Thursday, September 17, 2015

Bebelan

Salam readers...

Hi korang!
Hari ni Kekna tak sihat sangat.
Demam, selsema.. tambah pulak dengan senggugut.
Eh, bukan hari ni je.
Start Selasa aritu sebenarnye.
Oomaigot! Lemah longlai rasanye ni.
Kengkawan suruh Kekna mc je tapi malas laaa... Baik duk opis.
Duk rumah pun takde benda jugak nak buat.
Paling-paling pun duk melepekk je atas katil.
Kalau duk kat opis, boleh jugak buat kerja sikit-sikit.

Ni orang demam nak membebel hari ni.
Kekna tak faham betul dengan pompuan-pompuan dari tingkat lain kat office Kekna ni.
Diorang suka sangat datang memerut kat toilet office Kekna ni.
Tak kisah la kan nak memerut ke ape sebab memang semua orang tahu toilet office Kekna ni selesa.
Tak ramai orang yang guna. Sunyi. Kering.
Tapi jaga la kebersihan tu sikit.
Kau dah datang toilet orang, guna la elok-elok.
Staff level Kekna ni kemain jaga toilet level kitorang, korang yang datang dari level lain sesuka hati je kotorkan toilet kitorang.

Kekna trauma. Tahu tak trauma?
Korang pernah tengok tak najis lembu??
Hah, hari Isnin aritu Kekna nampak sebesar-besar najis duk bertempek dalam toilet bowl tu.
Ko rase?? Dan-dan tu jugak Kekna pergi cari cleaner.
Kekna rasa Kekna demam hari ni sebab terkejut kot sebab tertengok najis sebesar tu kot.

Toilet perempuan okeh. Perempuan.
Bukan toilet lelaki ni...
Tapi tahap kekotoran tu dah mengalahkan toilet lelaki.
Haihh!

Dah la tu, kitorang satu level siap tampal notis suruh jaga kebersihan toilet.
Tapi yang pompuan-pompuan dari level lain ni agaknye tak reti bahasa kot.
Diorang ni suka sangat basahkan toilet lid.
Bukan basah sikit-sikit tau.
Ni macam basah yang sampai lencun lantai toilet tu.
Tak faham betul.
Kau mencangkung ke ape atas toilet bowl tu?
Ke air kencing kau terpercik kat atas toilet lid?

Kalau basah pun, amik la inisiatif untuk lapkan balik toilet lid tu.
Fikir la sikit orang lain yang akan guna toilet tu.
Jangan la fikir diri sendiri je.
Kau dah basahkan, tolong la keringkan balik.
Cakap bodoh kang marah pulak... Eeeiii... geram pulak kite!

Bila tanya cleaner, diorang tahu yang mana satu.
Cleaner cakap orangnya bertudung & nampak lembut.
Tapi Kekna tak pernah lagi jumpa orangnya.
Akan ku cari siapa perempuan pengotor itu!
Kalau jumpa, Kekna nak rendam muka dia dalam toilet bowl tu.
Sakit betul hati kita ni.



1 comment:

Liyana said...

mmg ada org mcm gini. kdg dok terfikir kat rumah dorg mcm ni ke huhuhu