Thursday, September 10, 2015

Cerita weekend

Salam readers...

Last weken Kekna pergi ke Ikano - The Curve - The Street - E-Curve.
Fuhhh... mau patah kaki ohhh jenjalan macam ni.
Kekna ni jenis suka duk rumah.
Lepak-lepak kat rumah, baring, tengok tv sambil makan aiskrim...
Nikmatnya time bercuti buat macam tu.
Tapi kalau dah keluar rumah, memang tak reti nak balik.
Kekna akan berjalan-jalan sampai terseret-seret kaki tu, barulah Kekna balik.
Dasat tak? Dasat tak? Hewhew...

Alang-alang update ni kan, ni cheq nak cita sikit.
Cheq taktau la apa nak jadi dengan diri cheq.
Tipulaaa kalau cheq takdak kenai dengan mana-mana jantan kannn.
Tapi cheq payah sungguh nak terpikat.
Hak duk ada ni pun memang dah tak terlayan dah.
Kut pagi, tengahari, petang, malam... uihhhhh duk whaaaaatsapp ja.
Macam takdak kija laennn.
Cheq ni pasaipa, cheq ada la spec yang cheq nak.
Hak kija elok, ada jah tapi nunnn jauhhh duk obersea nuh.
Karen tak sampai la kat cheq. Tau dak karen?
Electric shock omputih kata. Haaaa....
Suruh mai kija kat Malaysia, susah nak transfer depa kata.
Lagu mana macam tu?
Hak duk dekat-dekat nih, ada laaa 2-3 oghang.
Tapi kija biasa-biasa jaa.. Punnn tak sampai karen kat diri cheq nih.
Cheq taknak la nanti cheq hak bela laki.

Cheq tau cheq tak lawa.
Tapi cheq kena jugak memilih.
Tak buleh la main sambaq-sambaq cengitu jaaa... betoi dak?
Kita ni pompuan.
Kalau nak cari laki, kena cari laki hak elok-elok.
Kalau sekadar CINTA, dengan mat bangla pun kita buleh bercinta.
Kualiti lelaki tu kena laa ada.
Bertanggungjawab, buleh commit dengan kita sorang jah dan buleh tanggung makan minum pakai kita.
Hak paling penting, beriman.
Bila dia ada iman, in sha ALLAH dia takkan sakitkan hati kita.
Malah, dia bawak kita pi ke syurga.
Sapa takmau syurga?

Tapi ada lagi kaaa hak pesen gini?
Ada kaa? Acu habaq mai sat.
Hmmm....

Ok, pelat-pelat cheq cakap Kedah.
Tak reti sangat...
Itu selingan je tu. Tapi panjang kemain. Muahahaha...

Ok, sambung citer asal.
Hari tu, Kekna pergi area Damansara dengan housemate Kekna, Kak Siti.
Tengahari kitorang keluar. Sampai kat Ikano, kitorang makan dulu.
Kak Siti ni kena pilih makan sikit. Dia takleh makan sembarangan.
Kalau keluar dengan dia, usually Kekna bagi dia yang pilih tempat makan.
Sebabnya Kekna makan ape yang dia suka tapi dia tak makan ape yang Kekna suka.
Begitulah ceritanya...

Tengahari tu dia pilih Absolute Thai.
Dah lama tak makan kat Absolute Thai ni.
Last makan dengan geng avengers 4 bulan lepas kat Bangsar Village.
Dah lama dah tu...



Thai ice tea Kekna punya.
Watermelon juice Kak Siti punya.

Ice tea dia memang terbaekkk la.! 5 bintang Kekna bagi.
Tak puas ohhh minum.
Tetibe compare dengan Thai Ice tea kat boat noodle.
Kat Absolute Thai ni lagi best sebenarnya....


Kak Siti.
Kurus je orangnya.
Makan banyak pun still kurus.


Kekna order thai fried rice.
Sedap jugak tapi simple je la kan... Ade ciken wing seketul.

Ya ALLAH, banyak betul Kekna & Kak Siti shopping.
Sampai tak cukup tangan kitorang nak pegang barang-barang.
Huhuhu...


Salah satu benda yang Kekna beli.
Phrases book & dictionary.
Kekna nak belajar bahasa Korea & Cina.
Setakat ni Kekna belek-belek je la. Hafal nombor-nombor.
Boleh la sikit-sikit.
Sementara masih muda ni, ape salahnya gunakan masa yang ada untuk buat benda-benda berfaedah.
Ye tak?


Buku ni Kekna beli kat Popular.
Beli sebab nak buat manuskrip novel.

Kengkawan semua bagi sokongan padu untuk Kekna jadi penulis novel.
Even kawan-kawan sekolah boleh pulak mengimbau kembali yang diorang baca cerpen-cerpen Kekna.
Diorang galakkan Kekna jadi novelis sebab salah seorang kawan Kekna dah pun jadi novelis terkenal.
Kekadang Kekna ade je karang novel tapi sekerat jalan.
Tak larat nak fikir.
So far, Kekna dah siapkan manuskrip untuk novel pertama Kekna.
Tajuk pun dah ada. Dia Mrs. Isteri.
Ok tak tajuk tu? Hewhew...

Ada sahabat Kekna siap pm dan bagitahu sokongan dia kat Kekna.
Ya ALLAH, Kekna bersyukur sangat sebab dikelilingi kengkawan yang sangat supportive.
Sebab tu la, walau apepun, jangan lupakan kawan.
Jangan sesekali!
Kadang-kadang kita tak perlukan pertalian darah untuk saling bantu-membantu dan sokong-menyokong....

Hari yangs ama, Kekna ada jugak beli baju, beli aksesori, beli makanan banyak-banyak.
Pastu semua bawak ke ofis. Hehehe....

Tengah-tengah duk shopping, Ekin mesej.
Dia ajak tengok wayang on that night.
Tengok jam, ok dah pukul 7.
Ekin cakap dia akan pick up kul 8 malam.

Kaki memang tengah sakit ni.
Penat berjalan lama.
Kak Siti ajak kitorang balik sebab memasing dah penat.
Kekna pulak bergegas nak balik takut tak sempat sampai rumah sebelum Ekin datang pick up.
Yela, Kekna nak jugak mandi-mandi dulu.
Nak salin pakaian semua.

Nasib baik sempat.
7:45 malam Kekna sampai rumah. Mandi-mandi dan bersiap-siap.
Kul 8 malam, Ekin datang.

Kitorang pergi ke Jaya Shopping Centre.
Movie start pukul 9 malam.
Kitorang tengok The Transporter.
Best ohhhh citer ni. Hero dia cool je.
Heroin cantikkk. Kekna suka!


Leganya dapat duduk.
Kaki ni kalau boleh dicabut, memang dah lama dah tercabut Kekna rasa.
Memang penat gile.
Pakai pulak kasut licin. Bravo Diana! Bravo!


Pukul 11 lebih malam barulah kitorang balik.
Sampai rumah, terbongkang Kekna tido.
Penat bedo'oh ni...

Tahu tak bedo'oh tu ape?
Bedo'oh ni loghat Terengganu maksudnya melampau.

Ok, sekian saja cerita kali ni
Annyeonghi gaseyo! :)



No comments: