Monday, September 14, 2015

Ceritera semalam & pagi ini

Salam readers...

Semalam Kekna terlampau penat. 
Siang Kekna kuar jenjalan kat Jaya One City Centre, PJ.
Balik rumah rehat kejap sambung buat novel.
Pastu ntah cemana, idea lost.
Puas cari idea, nak buat ayat best-best sikit tapi memang idea tak datang.

So, Kekna stop menaip.
Instead of duk cari idea yang tak datang-datang tu, baik Kekna buat benda lain.
Kekna kemas bilik.
Bilik Kekna nak kata berselerak sangat tu tak la... Tapi serabut mata Kekna tengok pakaian tak berlipat, atas tv ada debu-debu halus. Rimas!
Oleh sebab semalam terlebih rajin, Kekna kemas bilik sampai tahap kat celah-celah almari pun Kekna korek debu-debu yang ada.
Pakaian dalam almari tu Kekna punggah bawak keluar semua, lepas tu lipat balik satu-satu dan susun elok-elok.
Selagi tak elok, selagi tu la Kekna betulkan.
Tu yang jadi penat melampau tu.
Main pulak dengan habuk bawah katil yang banyak.
Nasib baik tak kena resdung. Phewww...

Time tengok akademi fantasia tu, Kekna duduk atas katil sambil lipat pakaian.
Tu tak campur dengan pakaian yang duk cuci dalam mesin basuh tuh. 
2 trip Kekna cuci semalam.
1 trip Kekna cuci pakaian.1 trip lagi Kekna cuci cadar.

Ingatkan dah penat-penat camtu, bolehlah tido lena.
Rupa-rupanya sampai kul 1 pagi Kekna takleh lelap lagi.
Ok, Kekna main game uno dalam henset.
Main punya main, sikit pun tak ngantuk lagi.
Ber tweet tweet dengan geng avengers pulak sampai pukul 3 pagi.
Kekna ingatkan Kekna sorang je yang takleh tido semalam.
Rupa-rupanya Ekin dan Farid pun sama. 
Muahahahah!

Kul 3 lebih diorang senyap.
Tido lettew.
So, Kekna tergolek-golek atas katil.
Bukak tv, tengok citer Hachett.
Citer bodoh tak logik langsung. Huhuhu...

Sampailah pukul 4 pagi, Kekna pergi dapur tanak nasi.
Kengkonon nak masak breakfast.
Tapi tak plan lagi ni nak masak ape.
Keluarkan telur, keluarkan nugget, keluarkan sosej, keluarkan sayur-mayur.

Fikir punya fikir, ok laaa... masak nasi goreng pun sodap ni.
Maka, ber ketung ketang la Kekna sensorang kat dapur pukul 4 pagi itu.
Tumbuk cili dengan bawang putih pakai lesung pun slow-slow je.
Takut mengganggu orang lain nak tido. Kekeke...

Hasil daripada ketung-ketang itu...


Tadaaaaaaaa... nasi goreng cili padi.
Tapi tak berapa pedas laa....
Ada cili padi, ikan bilis, sayur sawi, carrot.
Pastu Kekna buat telur dadar sekali.

Datang opis je, tetibe Farid tayang makanan breakfast dia.


Setelah 2 tahun dia tak masuk dapur. Katanya laaa...
Nasi goreng kicap ada kacang. Ko hado??


Ekin pun taknak kalah okeyy...
Dia pun kebetulan bawak maggi goreng. Mak dia masak.

Kitorang takde pun berpakat ke ape.
Tapi entah tetibe hari ni masing-masing bawak bekal pulak.
Kekna pulak memang sengaja masak banyak sebab nak bagi kengkawan makan.
Berkongsi rezeki ni selain dari dapat pahala, kita dapat komen-komen dari kengkawan sama ada masakan kita ni sedap ke tak sedap.
Kalau sedap, alhamdulillah.
Kalau tak sedap, kita boleh improve kan lagi.
So, tak rugi pun kan bagi orang lain makan jugak.


Soooooo... Breakfast party!!
Yeayyy!!!
Makan sikit sorang. Rasa masakan masing-masing.
Sedap makanan-makanan ni semua!

Kekna akan rajin masak kalau ada yang suka makan.
Macam aritu nasi goreng Kekna takde la menjadi sangat. Tawar.
Tapi kengkawan tetap makan sampai habis.
Like diorang tak komplen sangat dan menghargai apa yang Kekna bawak untuk diorang.

Hari ni diorang puji nasi goreng Kekna sedap dan ada improvement.
Yela... Pasni Kekna masak lagiii sedapp dari yang ni ye.

Now, Kekna kenyang teramat sangat.
Dah la mata mengantuk ni dek tak tido semalam.
Mood pun swing je... Tapi as usual, Kekna senyum dan gelak-gelak je.
Nasib baik geng avengers ni selalu buat Kekna gelak.
Ade je lawak yang diorang buat.

Tak sabar nak tunggu lunch hour.
Nak lelap kejap. Perut pun still kenyang lagi.
So, takyah la keluar makan kan...

Korang makan ape pagi tadi?
Ape pulak plan korang untuk lunch nanti? :)


No comments: