Monday, September 7, 2015

Hi Monday!

Salam readers...

Hellowwww uolss!
Happy Monday!
Walaupun Kekna mengantuk yang amat tapi mood Kekna ok sesangat hari ni.
Hormon terlebih ke ape tatau la. Hewhew...

Kekna ni sebenarnya tak cukup rehat.
Dari hari Jumaat Kekna busy.
Bukan busy apepun sebenarnya. Busy kesana sini je.

Balik kerja hari Jumaat, Kekna terus zassssss pergi ke MV.
Shopping.
Kengkawan Kekna pelik cemana Kekna asik boleh shopping je.
Hahahaha... Kekna bukan shopping apepun.
Beli la baju sehelai dua. Pastu beli barang-barang dapur.
Tu je. Itupun terkejar-kejar sebab Kekna ada appointment dengan orang malam tu.
Kemain jalan laju takut tak tepati masa.
Tapi nasib baik Kekna dapat manage time tu elok-elok. Fuhhhh...
Kekna tak suka buat orang menunggu. Kalau Kekna tunggu orang, Kekna ok lagi.
Kalau janji pukul 9, maka kul 9 sharp Kekna ada.


Sempat beli durian musang king kat Aeon Big MV.
Sedappp!! Tapi mahal sikit la walaupun Kekna dapat tawar harga murah dari harga asal.

Sabtu, Kekna keluar shopping lagi.
Oomaigotttt, yang Sabtu ni memang Kekna letih gila.
Rasa cam nak patah kaki ni.
Nanti Kekna citer dalam entri lain ye.

Ingatkan Ahad Kekna nak rehat laa puas-puas.
Ate penat bebenor kan.
Tapi memang yang adooo la!
Dah duk rumah, of course la masak-masak.
Lepas masak, kemas dapur pulak.
Lepas kemas dapur, kemas bilik pulak.
Lepas kemas bilik, cuci pakaian pulak.
Lately banyak pakaian yang Kekna kena cuci tangan. Penatnyeeee... T__T


Semalam Kekna masak nasi ayam.
Pucat pulak nampak kaler nasik tu padahal kalau depan-depan dah kuning dah.

Semalam Kekna langsung tak tido sebab petang Ahad tu Kekna dah terbongkang tido 5 jam.
So bila tak tido mulalah tangan tu menggatal je nak masak.
Gigih kan memasak kul 4 pagi.


Menu breakfast pagi ni.
Spaghetti bolognese & nasi goreng.
Ko ade breakfast makan spaghetti? Muahahah...
Puas hati dapat bagi opismate makan air tangan sendiri.
Sedap tak sedap lain citer. Ate ade rezeki kenalah kongsi dengan kengkawan kan...

Ini je la cerita untuk hari ni.
Kalau dapat katil dan bantal ni, kompem lelap sampai pagi esok... hewhew..


1 comment:

Thor said...

Time kaseh masak pagi2 buta... sedapppp... beruntung sape dpt wat jd bini... sila la masak lagi ye... muahaha..