Tuesday, September 22, 2015

MC

Salam readers...

Hi....
Kekna ke udara dari Segambut uolsss... Rumah Kak Long Kekna.
Saja berehat kat sini arini sementara menunggu adik Kekna pickup bawak Kekna balik Ganu esok.
Lagipun boleh la duduk melayan anak-anak sedara yang sedang bercuti ni.
Kesian diorang, cuti-cuti sekolah camni duk terperuk dalam rumah aje tak pergi memana.

Sesape yang follow FB Kekna, mesti tahu yang Kekna baru je balik dari bercuti di Pulau Perhentian semalam.
Actually masa snorkelling 2 hari lepas, kaki Kekna terseliuh.
Kat 1st point pulak tu. Sakit jiwa betullah.
Nanti Kekna cerita pasal short vacation Kekna tu ye.

So, sebelum fly balik KL semalam, Kekna singgah klinik sebab nampak macam kaki Kekna ni makin membengkak je.
Pergi klinik, doktor bagi MC.
But still Kekna kena balik KL sebab dah janji dengan ex-housemate Kekna nak bagi dia tumpang bilik Kekna untuk sehari dua atas alasan yang Kekna & dia je yang tahu.
Tak perlulah Kekna cerita pasal ape ye...
Kekna kena bagi dia spare key bilik Kekna tu.
Plus Kekna memang dah beli tiket flight untuk balik KL semalam. Dah web check in dah pun.
Rugilah kalau tak naik kan....

Hari ni Kekna just melepak.
Tunggu abang ipar bawak balik makanan waktu lunch hour nanti.
Kekna boleh je nak masak tapi takut takleh berdiri lama-lama sebab kaki still membengkak.
Anak-anak sedara pun sibuk nak makan mekdi.
Petang-petang karang sikit la Kekna order delivery. Kesian lerr pulak kat bebudak ni.

Mommy kat kampung dah bising suruh Kekna berurut.
Huhuhuhu.. takuttt!!
Kompem-kompem sakit kan. Harus menjerit melalak sekuat hati nanti. Hewhew...

Suppose Kekna balik Terengganu semula esok petang dengan flight.
Awal-awal lagi Kekna dah apply dah cuti untuk esok.
Tapi tu la, dengan kaki macam ni memang tak la nak berjalan terkedek-kedek kat KLIA 2 tu kan.
Dah la tempat tu besar gabak.
Parent Kekna suruh adik Kekna je pickup Kekna kat sini esok.
Tapi dengar kata dia nak datang malam ni lepas habis kerja.
Kekna tak kisah laa dia datang bile-bile pun.
Yang penting Kekna tetap nak balik Ganu.
Dah la raya kedua nanti ada majlis tahlil untuk arwah tokki dan tok belah daddy Kekna.
Harus laa kena attend kan.
Dah burn dah tiket flight Kekna esok.
Mahal lak tu....


Nahhhh.. gambar kaki sementot.
Buku lali Kekna yang terseliuh sebenarnya.
Tapi pagi ni nampak macam tempat lain pun membengkak jugak.
Bandage pun Kekna balut sendiri je.
Sengaja tak balut sampai bawah tapak kaki sebab takyah nak susah payah tanggalkan bandage kalau nak ke bilik air.


Slip mc.
Pergi klinik dekat Chabang Tiga je sebab kebetulan kengkawan yang pergi pulau sekali dengan Kekna tu nak pergi ke Kampung Losong nak borong keropok lekor.
Chabang Tiga ni duk sebelah Kampung Losong je.
Takdan dah diorang nak singgah rumah Kekna sebab duk kat klinik tu pun dah berjam-jam.
Tenkiu frenziesss sebab temankan Kekna pergi klinik.


Ni ubat-ubatan yang Kekna dapat.
Lepas lunch nanti baru nak makan.
Bagi surut sikit bengkak kaki ni.
Buruk bebenor dah kaki kalau dah bengkak macam ni... Huhuhu...




2 comments:

Reena Kamarudin said...

get well soon awak. nanti dah ada masa cepat cepat up entry bercuti ke pulau kay. cant't wait heheh

Mimy Hamid said...

nana kelakar heheh patut leh blk kg terus dah..hehehe..patah balik..takpe la ada kes emergency...nana nnt jemput wedding adik megat ye....nnt wasap alamat...hari sabtu