Wednesday, September 2, 2015

Random

Salam readers...

Pagi ni Kekna mengantuk sesangat.
Takleh celik mata dah ni.
Berpinor-pinor dah mata ni ha...
Lampu opis pulak terang-benderang. Lagi laaa buat mata Kekna silau.
Nak tutup suiz kang, nanti semua lampu pulak dia tutup.

Dah 2 malam Kekna tido lewat.
Bangun pulak awal.
Perubahan hormon ke ape, wallahualam laaa..
Penat penat tapi taknak pulak mengantuk awal.
Kul 2-3 pagi baru la rasa nak tido.
Dah try pejam mata lama-lama, still taknak tido jugak.
Ape penyakit pon tatau la.
Dah la badan penat dek sehari suntuk bertapa dalam IOI City Mall Putrajaya Sabtu lepas. 
Pasal ni nanti Kekna up kat entri lain ye. Bile nak update tu kena tunggu Kekna rajin nak mengedit gambar. Hihihih...
Disebabkan sehari suntuk kat IOI City Mall tu, sampai ke hari ni kott penat tu tak hilang.
I need a massage so badly! T___T

So, mukadimah diatas adalah semata-mata nak bagitahu mood Kekna adalah tingtong hari ni.
Hewhew... Blur kejap.
Orang tanya lain, Kekna jawab lain... 
Orang suruh buat A, Kekna pergi buat B. Hihi...

Actually ni random punya entri.
Ada gambar berlambak dalam phone, so Kekna tepek je kat sini je.


Semalam Kekna bawak bekal pergi ofis.
Tak pernah-pernah bangun awal pagi semata-mata nak siapkan breakfast.
Kekna buat sandwich spicy tuna.
Sedap lerr pulak walaupun pedas sikit.
Bagi-bagi jugak kat opismate. Kongsi rezeki katanya.


Menu makan malam Kekna on Independence Day eve.
Tak tahu dah nak makan ape.
Plus bukannye perut lapar sangat.
Kekna masak bubur ikan bilis & french toast.
Terlebih kenyang laa pulak makan 2 menu ni.


Kalau Kekna tak kuar pergi mana-mana, kekadang petang Kekna akan buat cucur atau cekodok.
Petang weekend minggu lepas, Kekna teringin nak makan cucur ikan bilis.
Ape lagi, godek-godek la kat dapur.
Bahan-bahan ade, terus la goreng cucur. Sedap jugak...
Muahahaha... puji masakan sendiri pulaksss.



Kalau lunch, Kekna suka masak makanan yang berat-berat.
Means kena ada nasik dan lauk pauk.
Bagi Kekna, satu lauk je pun dah cukup.
Kekadang je buat lauk banyak.

Cam 2 minggu lepas Kekna teringin nak makan siakap 3 rasa.
Call mommy tanya resipi, esoknya terus buat.
Agak kemalasan jugak sebenarnya sebab semua benda kena racik halus-halus.
Terseksa jiwa raga Kekna masa mayang bawang merah.
Hoiiii, dia punya pedih mata tu tahap membunuh ok.
No choice Kekna pakai goggle. Hahahaha... Rare gile kot.
Tapi barulah rasa aman time potong bawang tu.
No more pedih-pedih mata. :)


Resipi?
Mudah je...
Bawang besar, buah tomato, serai, daun limau purut, cili padi, bawang putih.
Semua ni kena mayang halus-halus.
Berpijor jari Kekna main dengan cili padi tu. Hohoh...

Nenas, potong dadu atau 3 segi.
Bawang merah potong bulat-bulat bagi nampak cantik.
Cili hidup potong panjang-panjang atau ikut suka korang la memana pon. Hihi...

Caranye mudah je.
Tumis bahan-bahan yang dimayang tadi sampai masak.
Pastu masukkan air.
Tunggu sampai mendidih, masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili (sikit je).
Kacau-kacau.
Kuah tu jangan cair sangat. Biar pekat-pekat sikit.
Agak-agak dah mendidih, barulah masukkan segala mak nenek perasa.
Garam gula ajinomoto.
Siap!!

Ikan pulak, Kekna cuci bersih-bersih.
Pastu gaulkan dengan garam, tepung jagung dan cuka sikit.
Cuka dan tepung jagung ni fungsi dia nak bagi kulit ikan tu crunchy sikit.
Pastu goreng la cam biasa.


Tadaaaaaa!!!
Siap sudah. Presentation adalah sangat out!! Huhu...
Tapi resipi ni senang kan.... Kekna ni mana la reti masak benda yang susah-susah.
Kekna suka amik resipi yang simple tapi sedap.

Ada kengkawan cakap Kekna ni rajin masak.
Actually kan, Kekna ni bukannya rajin sangat masak.
Malas ok. Tapi Kekna suka masak.
Jadi ke tak jadi ke, lain citer.
Yang Kekna tahu, Kekna kena try masak.
Nanti dah kawin senang laki mintak makan ape je, semua boleh buat.
Eh, kawin ke? Hewhew....


3 minggu lepas tekak Kekna teringin nak makan congo bars.
Eh, ngengada betul tekak ni. Semua benda dia teringin kan.
So Kekna order untuk avengers.
Nak makan sensorang memang tak habis la kan.
1 tray ni RM80.
Kire ok la sebab sedap sangat-sangat wehhh.


Beberapa hari lepas Kekna order congo bars, Leen pulak order macaroni cheese lasagna.
Sedap sangat-sangat uolss!!
Habis la diet Kekna. Lagho semua ni.... lagho!!
Huhuhu...
Kekna makan banyak uolsss! Tak sedar terus diri tu dah makin gemuk balik.
Cane ni nak kurus balik? Hati tengah berbunga-bunga cinta nih.

Asik citer pasal makan je nih.
Tak pepasal perut jadi lapo.
Now Kekna craving for kerabu maggi.
Sepatutnya pagi tadi Kekna bangun awal untuk masak kerabu maggi.
Tapi beginilah orang bujang. Kalau bab-bab bangun pagi ni, memang liat banyak laa...
Terus tak jadi masak.
Takpe, try pagi esok pulak cemana.
Malam ni nak tido awal... mihmihmih...


Kasut ni Kekna beli 2 minggu lepas kat KLCC.
Tengok ape dah jadi?
Sedih mak ngah okeh! Tak puas pakai pun lagi.
Kesayangan ni tapi nak buat cemana kan... jodoh tak panjang.
Sobsss...sobsss...

Bila kita kata nak jimat, time ni laa memacam barang nak kena beli kan.
Serius! Bulan ni lebih 1K dah kot Kekna belanja.
Next gaji lambat lagi ni.
Tengah bulan nanti nak holiday pulak... mana nak cekau duit weehhh!!
T___T


Ni aktiviti Kekna memalam kalau Kekna tak kuar kemana-mana.
Baca novel.
Penulis novel ni, Nurfaza Alisya, ex-schoolmate Kekna.
Best ok novel ni. Serius tak tipu.
Tetibe rasa macam nak skip page je sebab nak tahu ending.
Tapi taknak la macam tu kan... tak best la.

Bila dah baca novel, mulalah jiwang-jiwang sensorang.
Pastu praktik benda-benda dalam novel ni dengan bf. Mihmihmih...

Ok, sekian entri merepek.
Kekna kena buat surat jap. K, bai!



No comments: