Tuesday, September 1, 2015

Reward for myself, omputih kata... :)

Salam readers...

Citer dah lama tapi baru nak update. Mihmihmih...

Kengkawan rapat Kekna mesti tahu yang Kekna ni suka beli handbag Guess.
Tu je la yang Kekna mampu.
Lagipun memang Kekna suka handbag Guess sebab beg dia tahan lama.
So far beg-beg Guess Kekna semua boleh pakai lagi. Cuma iyelah kalau dah pakai lama-lama, nampak la kotor sana sini.

Pompuan kan... Siapa yang tak suka barang-barang branded.
Antara mampu dengan tak je.
Ishhh... Kalau Kekna ni ada duit, bukan je Guess, silap-silap Dior, Prada, LV semua dalam tangan kot.
Tapi itu laaa.. Ku sedar siapa diri ini kan.
Nak jejakkan kaki masuk butik-butik macam tu pun tak berani hoiii.

Ada 1 hari tu Kak Long Kekna call.
Macam biasa la gosip-gosip hangat keluar.
Pastu tetibe dia cakap, "Kak Ngah, Coach ada sale 50%"...

Ok, terbongkang jap mata Kekna.
Telan ailio.
Nak pergi ke tak? Nak pergi ke tak?
Kang kalau pergi, confirm beli nih!
Pikir patplohpat kali uollsss!!
Iyelah, Coach sale 50%. Manalah den tak terkezott hah!

Kisahnya aritu jenjalan dengan geng-geng avengers kat The Garden.
Maka, TER lalu laaa kami depan butik Coach.
Leen dah macam kena rasuk sebab tengok ada sale 50%.
Hahaha...

Maka, TER masukk la kami dalam butik tersebut.
Kekna terus rambang mata... Semua cantik-cantik uolsss!
Menggelupur dah ni.
Cash takde. Ingatkan dah selamat dah.
Rupa-rupanya Leen pulak ada credit card.
Pastu salesperson kat situ bagitahu, if beli 2 items dapat lagi 10% extra discount.

Omaigotttt!!
Menggeletar lutut iolsss!
Terus dalam hati kata, nak nak nakkkk!!!

Handbag ribu riban tu tinggal ratus-ratus je uolsss...
Ok, terus Kekna dengan Leen sambar handbag sebijik sorang.
Pueh hati den ni!


Amik gambaq sat.


Ekin perati je perangai kitorang haritu... mihmihmih...



Tadaaaaa... dah beli dah.
Handbag harga 2K plus. Last2 tinggal dalam RM900 lebih.
Ikutkan nak je sambar lagi satu tapi memandangkan sumber kewangan lain takde, so kite batalkan aje niat tu ye.
Kang nanti menangis tunggu next gaji... kekeke..


Kekna dan Leen pilih design beg yang sama tapi kaler je lain-lain.
Semek tu of course la amik color pink.
Dia kan memang suka pink.


Kekna amik color navy blue.
Senang nak matching dengan semua kaler baju yang ada.

Actually Kekna ni bukannya jenis branded sangat.
Kalau bab baju, seluar, tudung yang RM10 sehelai pun Kekna pakai.
Tapi kalau bab handbag, kasut dan jam, memang Kekna beli yang betul-betul ori.
Sebab kalau beli yang ori, tahan lama sikit.
Idok lerr sebulan sekali kena tukar handbag kan...
Jenuh jugak.

Handbag Coach ni pun Kekna beli untuk reward diri sendiri.
Sendiri beli, sendiri pakai, duit sendiri.
Puas hati.
Sekarang ni Kekna duk usha-usha 1 brand handbag ni.
Ingat nak beli 2 set terus. Satu untuk Kekna, satu lagi untuk Mommy.
Tengah kire-kire bajet gak ni.
Hohoo... Doakan Kekna murah rezeki. Eh! :)

No comments: