Friday, September 4, 2015

Sehari suntuk di IOI City Mall

Salam readers...

Yeayyyy!! Hari ni dah hari Jumaat.
Esok weekend. Ape plan korang?
Kekna ade plan esok tapi takleh cakap sekarang.
Orang kata bahaya kalau kita duk share location kite selalu.
Takut ade orang aim nak buat macam-macam kat kite, senang dia cari kita kat mana-mana nanti.
Sekarang ni kan bahaya. Ramai manusia tak berhati perut.
Nauzubillahi min zalik.... moga-moga diri Kekna dan readers semua selamat sentiasa. Amin.

Weekend minggu lepas, Kekna kuar dengan geng-geng Avengers.
Kuar sebab nak cari barang untuk Kekna punya next vacation.
Banyak ohhh barang nak beli.
Itu la kengkonon nak jimat sangat. Bila kate nak jimat tu, memang takkan jimat punye la.
Ade je barang tak cukup.

Kuar tengahari dari Wangsa Maju, Kekna bertolak ke IOI City Mall, Putrajaya.
Jalan lengang je. Alhamdulillah.

Parking pulak senang nak dapat.
Yela, lot parking dia banyak. Kan bagus kalau semua shopping mall macam ni.

Dah sampai IOI City Mall, kitorang cari ATM dulu. Kekna lupa nak cucuk duit awal-awal aritu.
Tempat baru camni memang payah sikit nak cari ATM kan.
Melilau Kekna cari.
Jumpa Maybank tapi makk aihhh... panjangnye barisan.
Malas nak beratur.
Pergi 1 lagi Meps ATM kat bawah escalator.
Kat situ tak ramai orang sangat. Cucuk duit kat situ je.
Lega sikit dah ada cash dalam wallet.
Kalau tak, nak shopping pun takde mood.

Kitorang pergi ke IOI City Mall ni sebab nak tengok wayang sebenarnya.
Kengkonon nak tengok midnite movie.
Plan asal nak tengok Sinister 2. Tapi bila baca review, macam errrrr....tukar plan lah.
Terus pilih inside out.
Beli online je sebab panjang sangat barisan kat GSC tu.
Pergi time weekend kan, what do you expect?
Kompem kompem la ramai orang kan.

Dah settle beli tiket online, kitorang cari makan.
Kekna dari pagi tak makan ape.
Lapar la jugak kan.
So, kitorang masuk food court. Masuk-masuk je terus nampak Teppanyaki.
Terus duduk kat situ.
Dah lama wehhh tak makan Teppanyaki.
Last makan rasanya masa bercuti kat First World Hotel Genting Highlands 2-3 tahun lepas.



Kekna makan salmon teriyaki set.
Sedappp...
Kekna memang suka makan salmon.

Dah makan, kitorang jalan-jalan dan shopping.
Paling seronok semua barang yang Kekna nak, Kekna dapat.
Tapi over budget. Hahaha...
Budget shooping kali ni dalam RM500 je tapi terlebih pulak.
Padahal bukannye beli apepun.
Pompuan guys. Pompuan. Memang macam ni kan.
Kalau dah shopping tu, memang tak ingat dunia.

Dah la tak cukup tangan nak bawak semua barang.
Nasib baik ada Farid yang baik hati bebenor tolong pegangkan barang-barang.

Within an hour, tetibe Farid buat statement,

"Kekna, saya nak buat pengakuan berani mati ni..."

"Awat?"

"Saya lapar lagi"

Hohhhhhh... baru makan kot tadi. Dah lapar balik? Biar betikkk mamat ni. Bela hantu raya ke ape? Hahaha...

"Saya nak yang lite lite je... Taknak yang berat-berat".

Then, kitorang decided to lepak kat Coffee Planet je.
Tempatnya pun macam cozy je.



Kami... :)


Hot hazelnut chocolate with royal black forest & iced chocolate with summer red velvet.


Makan ni pun dah kenyang.
Mau nye tak kenyang. Tadi dah bantai teppanyaki kan.
Tapi red velvet dia memang sedap ok. Lapisan cheese tu sebenarnya yang buat cake tu jadi sedap.


Tak lama lepas makan, terus perut Kekna rasa bloated.

Jalan-jalan, pasni terus ke toilet.
Tak tahan weh sebab perut start menggelodak.

Kuar toilet je tengok Ekin dah sampai.
Minah tu datang lambat sikit sebab tengahari dia attend wedding.
So, kitorang jalan-jalan lagi.

Oleh sebab malas nak pegang barang banyak-banyak, diorang suggest simpan barang kat kereta Ekin sebab balik nanti Kekna naik kereta Ekin.
Farid nanti balik sensorang je... kesian dia... :(

Pastu shopping lagi...Kali ni shopping barang-barang sukan pulak. 
Dan sekali lagi kitorang turun pergi ke kereta Ekin untuk simpan barang.
Hahahah... Padan penat cenggitu je.
Turun naik turun naik eskalator. T__T
Sedar-sedar je dah malam...

Once again, kitorang pergi ke food court.
Actually kitorang ni memang ada masalah kalau nak decide nak makan ape.
Kitorang pilih food court sebab senang.
Semua makanan ade. 
Korean, western, malay, portugese, semua ada kat situ.
Korang boleh beli ape yang ada kat sana.

Dah makan, lepak-lepak jap.
Kekna punyalah letih. Sehari suntuk kot bertapa dalam shopping mall tu.
Rasa nak tercabut dah kaki ni ok...
 Sabo je la aku.

Dah puas lepak kat food court tu, kitorang pergi Wangsa Bowl pulak.
Main bowling la pulak uolsss...
Penat-penat pun sempat main bowling lagi kan.

By the time habis main bowling, terus kitorang pergi ke GSC.
Wayang start kul 11:10pm.
Tak sampai 10 minit menunggu, hall kitorang dah boleh masuk.
Lega okehhh dapat duduk!
Nikmat sungguh ni!

Oh, lupe nak bagitahu.
Kitorang tengok citer Inside Out.
Best okehh citer tu.


Meh kite snap snap.
Kang ade pulak yang tak caye Kekna kuar dengan avengers.
Susah main dengan orang kuat jeles ni... :\


Kekna sengaja duk tengah.
Kalau tak, Farid dan Ekin suka gaduh-gaduh.
Gaduh-gaduh manja gituuu... Hahahha... :p

Tetibe je diorang rumuskan setiap watak dalam Inside Out tu untuk group kitorang.


Kekna as Joy.
Mungkin sebab Kekna suka gelak kot. Hewhew...


Fear


Anger.

Fear & anger ni Farid bagi kat Ekin.
Ekin kan suke melawan cakap Farid.
Pastu bila Farid merajuk atau marah, mesti Ekin takut..
Ha, sesuai sangat la tu kan. hahahah!


Watak disgust ni kitorang bagi kat Farid.
Sebab Farid selalu buat perangai annoying. Ekin selalu annoyed dengan Farid.
Sebab tu Ekin selalu melawan Farid. Muahahaha...


Ha, yang sadness ni kitorang bagi kat Leen.
Bukan sebab Leen suke bersedih tapi sebab rupa bentuk watak tu.
Sebijik macam Leen weh...

Tengah-tengah tengok cerita, tetibe Ekin & Farid cakap,

"Weh, leen weehh... Sebijik macam dia."

Tergelak Kekna. Hadoiiii... 

So far, cerita ni best la bagi Kekna.
Kreatif sangat.

Kisah cerita ni adalah mengenai Riley yang sedang membesar.
Dalam diri Riley ni ada 5 perasaan. Joy, Anger, Fear, Disgust & Sadness.
Joy adalah emosi yang paling banyak control Riley.
1 hari Riley terpaksa ikut family nya berpindah dari Minnesota ke San Francisco.
Mase ni la emosi-emosi ni control Riley untuk menerima perpindahan tersebut.
Kire kreatif jugak la movie ni.
Tak terfikir dek akal ohh...

Kekna suka jugak watak BingBong, rakan imiginasi Riley.
Kelakar ok watak tu... Asik tergelak je Kekna.

Dah habis tengok wayang, terus kitorang balik.
Kekna balik dengan Ekin.
Farid pulak balik sorang-sorang.

Ekin tido kat rumah Kekna malam tu.
Yela, kitorang sampai rumah pukul 2 lebih pagi kot.

Esoknya Kekna dan Ekin bangun tido sekitar pukul 9 pagi.
Mandi-mandi, siap-siap, kitorang pergi makan kat Oldtown White Coffee.
Dah lama jugak tak makan kat kopitiam ni.
Rindu enriched chocolate dia...


Kekna makan ini.
Kenyang ohhh...

Dah makan takde pegi mana-mana dah sebab memasing penat.
Ekin hantar Kekna balik ke rumah & Ekin balik ke rumah dia.

Sampai rumah, baca novel, pastu terlelap.
Lama jugak Kekna tido.
Penat berjalan sehari suntuk kat IOI City Mall masih tak hilang.
Tapak kaki Kekna memang sakit sangat-sangat. 
Nak berjalan pun sakit.

Bangun tido, Kekna kemas bilik.
Penat tak penat belakang kire.
Semak mata tengok bilik bersepah.
Kemas jugak barang-barang yang dibeli kat shopping mall semalam.


Ni antara barang-barang yang Kekna beli semalam.
Antara aje ye.
Ade lagi barang lain... Tapi dalam banyak-banyak barang, backpack tu la yang paling mahal.
Takpelah... Berbaloi jugak beli sebab ada sale.
Cantik pulak tu dia punya color.
Pinky pinky sangat. Its soooo me! Hihihi...

Handbag kain tu Kekna beli jugak untuk next vacation.
Ceria je color dia.
Dan besar jugak. So boleh lah Kekna sumbat macam-macam barang kat dalam tu... :)

Tak sabarnya nak pergi vacation.
Counting days! Counting days!! :D

1 comment:

Thor said...

Hahahaha... nguk ngek punye korg niii... nasib sadness tu comel... ekekeke...