Tuesday, October 27, 2015

Atur

Salam readers...

Apa habaq semua orang kampung?
Rasa cam lama je tak update blog sebab semua entri adalah scheduled.
Lately Kekna adalah sangat busy beee... bzzz bzzz bzzz gittew.
Nak blog walking pun takdan uolss...

Entri ni just entri bebelan je sebenarnya.
Cerita banyak nak kongsi tapi nanti-nantilah ye.

Tahun ni banyak sungguh cabaran yang terpaksa Kekna lalui.
Putus cinta, putus tunang, putus harapan, serba-serbi putus laaa...
Nasib baik tak putus kepala. Nauzubillahi min zalik!! Huhuh...

Memula Kekna ingat Kekna tak boleh nak hadapi semua ni.
Kekna ingat Kekna akan layan perasaan menderita sampai setahun lamanya.
Tapi alhamdulillah, Kekna kuat.
ALLAH swt bagi Kekna kekuatan untuk hadapi semua ni.
Sekejapan je Kekna boleh happy macam biasa.
Bukannya Kekna tak pernah fikir dengan apa yang pernah berlaku tapi entahlah...
Perasaan sakit tu dah hilang semuanya.
Kekna happy. Kekna tenang. Kekna bebas.

Masa Kekna down aritu, geng-geng avengers la yang ada disisi Kekna.
Diorang banyak bagi sokongan. Diorang bagi nasihat. Diorang penguat Kekna.
Sebab tu laa diorang adalah priority Kekna.
Kekna buat apa-apa, mesti diorang tahu. At least salah sorang dari mereka.
Macam Kekna pergi Sunway Lagoon hari tu, geng-geng avengers semua tahu.
Kekna pergi party kat rumah MR last week pun, diorang tahu.
Tapi diorang siap pesan jangan buat bebukan.
Eh, of course laaa... Kekna tahu batas berkawan.
Diorang just risau je sebab tahu je la kannn party ni attended by kawan-kawan Melayu & Cina but no alcohol, okay.
Kekna pun tak suka bab-bab parti liar ni.

And now Kekna dikurniakan lagi dengan geng-geng baru.
Even diorang ni semua lelaki, but diorang sangat respek Kekna as perempuan.
Kalau dengan geng avengers Kekna happy, Kekna boleh jadi diri sendiri, begitu jugak dengan geng-geng yang baru ni.
Kekna bagi nama geng-geng ni as GenG.

GenG ni selalu ada banyak program.
Hari-hari lain Kekna boleh la memperuntukkan masa Kekna dengan geng avengers tapi GenG ni Kekna amik hari Rabu dan Jumaat je.
Sebab kedua-dua hari ni memang biasa diorang buat majlis.
Ada macam-macam majlis sebenarnya.
Tapi kebanyakannya majlis potluck sambil berparti.
Parti tu pulak bukannya macam parti-parti extraordinary tu.
Sekadar karok dan makan-makan je. No sentuh-sentuh or peluk-peluk bagai.
Jangan salah faham ye.
Karok tu acara wajib sebab EE pandai sangat menyanyi.
Suara dia memang super duper power rangers sangat!!
Oomaigottt, Kekna is sooo jeles dengan dia!

Bila difikirkan balik, sebenarnya ada hikmah disebalik apa yang dah berlaku.
Kalau dulu Kekna selalu dibayangi dengan perasaan cemburu dan takut, now Kekna rasa bebas.
Kalau dulu asal habis balik waktu kerja, zassss Kekna bergegas balik rumah takleh stay lama-lama kat opis takut nanti ada yang bising, now nak balik bila-bila pun boleh.
Kalau dulu dunia Kekna untuk satu-satunya orang yang Kekna sayang, now dunia Kekna dah jadi luas. Kekna boleh sayang semua orang.
Dulu Kekna takde kawan, now ALLAH swt anugerahkan Kekna dengan kawan-kawan yang banyakkk sangat-sangat-sangat bagi support kat Kekna.
Dulu Kekna rasa alone sangat, now Kekna tak sempat nak rasa alone langsung.
Dulu Kekna sempat nak belek-belek muka sendiri, sekarang ni usahkan nak belek muka, belek celah-celah gigi pun tak sempat.
Korang bayangkanlah how busy and happy Kekna sekarang.

Memang ALLAH swt ni pengatur kehidupan yang MAHA Hebat!
Separuh tahun di awal 2015, Kekna 'sakit' yang teramat-amat sakit.
Then sekarang, di separuh tahun akhir 2015, Kekna happy yang teramat-amat happy.
Kekna dah boleh hidup secara positif, tenang.
Takde dah serabut-serabut nak fikir dan taat pada orang yang tak layak.

Tipulah Kekna takde apa-apa masalah.
Masalah kat ofis terutamanya, tetapp ada.
Tapi Kekna abaikan sebab Kekna malas nak kacau hidup orang.
Biarlah orang cakap-cakap di belakang Kekna but Kekna ok je.
Apa yang Kekna hadapi awal tahun aritu lagi besarrr kalau nak dibandingkan dengan masalah kat opis ni.
Biarlah orang bercakap, menuduh, fitnah, mengeji, kepochi bagai...
Well, mulut orang kite takleh tutup. Kan?
Lambat laun nanti ALLAH swt akan tunjuk jugak siapa yang betul.
And yang suka mengeji dan cakap-cakap belakang tu, Kekna takleh nak buat apa.
Biar ALLAH swt je bagi pembalasan kat diorang sebabnya Kekna tak pernah dan tak suka cakap-cakap belakang.
Tak suka, cakap depan-depan.
Nak sebar-sebar fitnahtun kat belakang untuk ape, kan?

ALLAH swt dah buktikan apa yang kita rancang tak semestinya menjadi.
Awal tahun aritu macam-macam yang Kekna rancang.
Tapi satu habuk pun tak jadi except pertunangan tu.
Itupun sekejapan je bertunang.
Macam bermimpi sebab bertunang pun sebulan je.
Alhamdulillah jugak la tak jadi kawin on 19 Sept baru-baru ni sebab Kekna sure takleh happy dengan dia.
Huhuu...

ALLAH swt tahu ape yang Kekna perlukan dan ape yang perlu Kekna buang.
Syukur sangat-sangat sebab Kekna berjaya lalui semuanya dengan tabah.
DIA tahu Kekna kuat.
Sebab tu la dia uji Kekna dengan ujian macam ni.

DIA dah aturkan jalan hidup Kekna sebaiknya.
Kekna percaya apa yang dah diaturkan ini semuanya ada kebaikan untuk Kekna.
Kebaikan dari segala-gala sudut.

Soal jodoh, Kekna percaya yang DIA dah aturkan Kekna dengan seseorang.
Mungkin Kekna dah berjumpa dengan orang tu... atau mungkin tak.
Kekna berserah je.
Kekna sedang buka hati untuk someone tapi biarlah dulu.
Cepat datang, entah-entah cepat juga perginya nanti.
Biarlah benda ni berjalan slow-slow.
If ok, then proceed.
If not, biar kitorang jadi kawan je.
Sebab Kekna percaya apa yang diaturkan DIA adalah yang terbaik.
In sha ALLAH...





2 comments:

Anonymous said...

Ya allah da lama xbkk page awk ni,mana pegi fz??dia tinggalkn awk mcm tu je?sy slalu byangkan korg kawin,tp xjdik,xpelah redho n saba je k,bgusla ada kwn2,time ni la nk carik pluang utk cari bakal jodoh,hope awk jumpa satu ari nnti,jgn slalu bsendiri,klau tgh bsendiri,dekatkan dri jgk dgn Allah,dia lah sebaik2 perancang,insyallah....

diana aziz said...

Anon: Ramai yg wish ktorg kawin tp dah xde jodoh kan? Saya redha je. Alhamdulillah ALLAH swt kuatkan hati sy dan skrg sy dah ada kehidupan baru. Doakan sy dan sy akan doakan kebahagiaan kite semua.. :)