Monday, October 12, 2015

Avengers di Boat Noodle, The School Jaya One

Salam readers...

Ni kalau geng-geng bijjjess Kekna baca, maunye Kekna kena caci maki berkarung-karung guni sebab cerita ni dah lama tapi Kekna baru nak up entri.
Muahahahaha...

Alkisahnya geng-geng avengers bijjjj ni kaki melantak.
Tapi pelik Leen & Farid belum pernah lagi makan kat sini.
Kekna dah macam "what??". Kate kaki melantak.
Kekna dan Ekin dah biasa dah datang sini.
Tempat ni femess kot.
Then, kitorang plan makan kat sini time lunch hour.
Bagi la peluang kat Farid dan Leen try makanan kat sini pulak.


Menu-menu di Boat Noodle.





Kekna suka Thai Iced Tea Blended kat sini... Sedapnyeeeeee....



Antara makanan-makanan yang kitorang order...
Ya ALLAH, terliurnya Kekna bila tengok makanan-makanan ni. Sedapnyeeee...
T____T


Paling sedap adalah Yum Mama....
Yum Mama ni sebenarnye kerabu maggi.
Pedas gilossss tapi sedappp menusuk weehh! Tapi tatau la kenapa sekarang payah sangat nak ada stok Yum Mama ni.
Susah sangat ke nak dapatkan maggi thai ni? Huhuh... 


Satu mangkuk ni harga RM1.90.
Bolehlah 2 kali suap je mee ni.
Biasanye kita makan 4 mangkuk sorang pun dah kenyang.


2 orang anti sosial kat belakang tu.
Orang sibuk bergambar, diorang sibuk tengok henset sambil sipu-sipu malu.
Yang sorang tu mesej girlfriend.
Yang pompuan sorang lagi tu sibuk mesej dengan boifren.
Tapi sekarang yang pompuan tu dah single sebab bosan asik dapat boifren kuat kongkong je manjang.


Kami avengers!! :D



Nak yum mama... nak yum mama!!!

*Terjerit-jerit macam orang histeria... 


Amik gambar dengan mangkuk-mangkuk yang bertimbun tu adalah wajib ye bila datang sini.
Hehehehe...

Boat Noodle ni salah satu restoran kegemaran Kekna.
Makanan kat sini simple je.
Memang agak mahal la sebenarnya tapi penariknya adalah makanan dalam mangkuk kecik tu.
Bagi Kekna pulak penariknya adalah yum mama.
Sedap sangat-sangat uolsss...!
Thai popeye's tempura pun best jugak.
Padahal bayam goreng tepung je pun.
Tapi entahlah. Kekna suka makan kat sini...
Nanti ada masa time weken ke ape, nak datang lagi laaa... Hikhik...


No comments: