Thursday, October 8, 2015

Day 3 - Gudbye Pulau Perhentian Kecil

Salam readers...

Hari ketiga di Pulau Perhentian Kecil.
Bermakna hari terakhir berada di syurga dunia ni.
Sedihnye... >__<

Banyak lagi tempat yang Kekna belum jelajah kat pulau tu.
Tapi nak buat cemana kan.
Cuti tak banyak dah. Duit pun semput-semput je ni.
Harus balik KL jugak.

Kekna bangun pagi lewat sikit sebab penat sangat.
Pergi ke cafe, tengok-tengok Leen dah ada kat sana.
Farid datang kendian.
Breakfast kenyang-kenyang, pastu balik bilik semula.
Leen dan Mirul pergi berenang kat mana ntah.
Kekna malas dah nak join sebab kaki memang bengkak gile kes terseliuh mase snorkeling tu.
Kekna berjalan pun dah tak betul dah.


Alhamdulillah sepanjang kami kat sana, cuaca memang sangat elok.
Tak hujan. Tu yang penting kalau pergi vacation.
Kalau hujan, apepun tak boleh.

Time balik ni disebabkan kaki Kekna sakit, Kekna takde mood nak bergambar.
Henset pun tak pegang sangat.
Pegang pun sebab berbalas whatsapp kenalan-kenalan.
So, memang takde gambar.

Kekna dah cerita dalam entri bertajuk MC [klik sini] tentang kisah time balik dari Pulau Perhentian ni.
Klik aje kat link yang Kekna bagi tu ye.


Maka, kenalah makan ubat-ubatan yang doktor bagi ni.
Sampai sekarang rasa sakit lagi ohhh...
Sebab tu Kekna elak pakai high heels atau kasut wedges.
Kekna pakai flat shoes je.

Kekna akan datang lagi ke Pulau Perhentian ni.
Kekna rasa tak puas pergi sekejap sangat.
Next time kalau pergi, Kekna nak duk lama-lama sikit.

Ok, Kekna nak share sedikit tips bagi sesiapa yang nak ke Pulau Perhentian Kecil:-

1- Jangan sesekali lupa pakai sunblock. Sepanjang duk kat sana, memang Kekna sentiasa pakai sunblock. Kang tak pasal-pasal sunburn.

2- Bawak snack & air mineral sendiri if anda nak kurangkan bajet. Bawak la makanan seperti roti atau jajan. Tapi jangan lerr pulak bawak banyak sangat. Kang susah pulak nak angkut bawak masuk dalam bot.

3- Tak perlu bawak beg besar-besar. Bawak barang & pakaian sekadar yang perlu je. Lagi bagus kalau bawak backpack je. Sumbat segala benda dalam backpack tu.

4- Bawak torch light kalau anda berniat untuk ke Long Beach malam-malam.

5- Insect / mosquito repellent jangan lupa. Ada sesetengah katil yang ada bugs. Kebas dulu katil sebelum baring. So, hati-hati. Jangan lupa bawak ubat-ubatan jugak seperti panadol & minyak urut/gamat.

6- Bawak duit lebih ye. Just in case kot-kot ade emergency ke ape. Kat sana takde ATM ye.

7- Kalau korang rasa korang kaya, korang makan malam kat resort je. Tapi kitorang ni bajet-bajet jugak. So makan kat Ewan's cafe pun dah memadai.

8- Diingatkan, dinner sebelum 10:00-10:30 malam ye sebab selepas time tu, semua restoran dah ditutup. Maybe nak bagi laluan bisnes kat Long Beach pulak la kot.

9 - Tak perlu bawak barang kemas segala. Simpan je kat rumah dalam laci berkunci. Tak perlu jugak pakai heels bagai. Pakai je selipar Jepun RM10 sepasang tu.

10. Kat sini aktiviti wajib adalah snorkeling. Datang pulau tapi tak snorkeling adalah sangat merugikan. Takut ke tak, belakang kira. Yang penting, korang kena try jugak.

11. Survey dulu mana-mana tempat yang boleh berikan harga murah dan servis yang baik untuk aktiviti snorkeling. Tapi Kekna suggest korang pergi ke Sunset Snorkeling. Bayar RM40/orang, ia menawarkan pakej snorkeling ke 6 tempat dan harga yang dibayar tu termasuklah harga sewa untuk equipment snorkeling. Yang penting tour guide / boat man dari Sunset Snorkeling ni adalah terbaekkk!

12. Tak perlu bawak towel pun ketika snorkeling. Tapi perlu bawak duit secukupnya untuk makan-makan di Kampung Nelayan.

13. Kalau ada selisih faham ke ape, jangan sampai merosakkan mood percutian anda. Enjoylah selagi anda di sana. Syurga dunia beb! Bukan selalu boleh datang sini kan... So jangan sia-siakan percutian anda dengan hal-hal yang remeh-temeh.

No comments: