Wednesday, October 28, 2015

Detim dengan kak long

Salam readers...

Kekna ada banyak koleksi seluar jeans.
Macam-mana kaler Kekna ada. Merah, biru, coklat cerah, coklat gelap... kaler pink ada.
Tapi biase la bila saiz pinggang tak ngam dengan ketinggian ni..
Pinggang besar gabak tapi firi tu katik.
Mulalah seluar jeans labuh.
Nak tak nak, memang kena pergi alter.

Kekna dah terbiasa pergi alter seluar kat Campbell Complex.
Betul-betul belakang Harisons Jalan TAR tu.
Hari Jumaat baru-baru ni Kekna pergi ke sana sorang-sorang dengan keizinan bos.
Alang-alang dah kesana, Kekna contact la Kak Long Kekna.
Dia kerja kat area Medan Mara tu.
Ada pejabat government kat situ.

Lepas hantar seluar-seluar jeans Campbell, Kekna jumpa Kak Long kat foodcourt Sogo.
Dah lama tak datang Sogo.
Dah lama jugak tak jumpa Kak Long.
Tetibe rindu pulak kat satu-satunya kakak Kekna ni.


Ramai yang cakap Kekna ni bukan adik Kak Long sebab muka kitorang lain sangat.
Kawan-kawan Kak Long pulak cakap Kekna ni adik Abang Zam.
Abang Zam tu husband Kak Long / abang ipar Kekna.
Memang dari mula-mula Kak Long kawin, semua orang cakap muka Kekna seiras dengan Abang Zam.
Choiiii sungguh ni!


Nampak nau gambar ni diedit. Glossy gile ohh...
Kak Long laa yang edit ni.

Kitorang makan char kueh teow penang je.
Dah lama sebenarnya tak dating berdua dengan Kak Long.
Tu yang Kekna ajak lunch sekali tu.
At least bolehlah sembang-sembang, gelak-gelak, gosip-gosip dengan tenang.
Kalau tak, nak sembang pun susah sebab anak Kak Long yang bongsu tu selalu kacau kalau dia nampak kitorang sembang.
Stress Kekna.. huhu...

Sebelum pukul 2, Kekna dah sampai opis balik dah.
Sekejap je pergi... Tak lama pun.

Kekna potong kaki seluar jeans tu RM15 sehelai.
Mahal ke murah eh kalau ikut harga kat KL?
Kalau mahal, kat mana tempat yang lagi murah?


No comments: