Thursday, October 15, 2015

Geng Avengers dinner di Yusof Tomyam, Bangsar

Salam readers...

Holllaaaa... Pepagi dah berupdate kan...
Rajin bebenor la Kekna sekarang ni update blog kan.
Actually idok lerr rajin bebenor.
Kekna banyak schedule kan entri dalam blog ni.
Entri ni dah lama dah Kekna siapkan tapi Kekna schedule kan supaya publish hari ni.

Akhir-akhir ni Kekna tak cukup rehat.
Sungguh!
Hampir setiap hari lepas balik kerja, Kekna akan keluar makan malam dengan geng-geng avengers.
Biasanya dengan Ekin dan Farid je la.
Leen jarang join sebab dah ada husband kan.
Husband kenalah diutamakan.
Yang bujang-bujang ni takpelah nak balik lewat sikit pun.

1st time Kekna kenalkan diorang dengan kedai makan Yusof Tomyam.
Tempat Kekna dan ex selalu lepak dulu-dulu.
Dulu kitorang siap bawak Alya lagi.
Memang orang ingat Kekna dah kawin. Lantak pi la kan.

Sekarang ni Kekna selalu datang dengan geng avengers.
Kekna pun suka makan kat sini sebab masakan dia memang sedap.
Kalau datang sini, wajib order tomyam dia.
Wajib okeh! Sebab tomyam dia memang terbaekkk laa!

Kedai makan ni nampak biasa-biasa je.
Tapi belum cuba belum tahu ye.
Dah cuba, nanti jadi la macam geng-geng avengers ni.
Setiap kali nak datang, takleh berdua je.
Mesti kena datang ramai-ramai... Kalau tak, ada yang jeles. Hahahah...

Kekna pulak makin lama makin rapat dengan tauke kedai tu.
Sekarang ni pun kalau Kekna pergi ke kedai ni, mesti tauke kedai tu ajak sembang.
Letih laa kengkawan nak menunggu Kekna habis sembang.
Hahahah...



Leen tengah makan sweet apam sebenarnya tu.
Sweet apam ada dijual kat sebelah Yusof Tomyam ni.
Pernah masuk Majalah 3 kot... ke rancangan ape ntah. Lupa dah Kekna.
Sweet apam dia sedappp!
Kekna kerap jugak makan sampaikan sekarang dah rasa muak dah.


Inilah yang kitorang order untuk makan malam hari tu.
Tomyam seafood, siakap 3 rasa, kailan ikan masin dan telur dadar.
Lepas makan je, memasing kembung perut sebab kenyang sangat.
Memang puas hati la makan kat sini. 
Makanan sedap dan murah.

Dah banyak kali kot Kekna bagitahu yang Kekna makan kat sini tapi tak pernah share kat mana location kedai ni kan.

Ni alamat dia :-

Yusof Tomyam Masakan Panas
Gerai No.13,
Lorong Ara Kiri 3,
Lucky Garden Bangsar.

GPS Coordinates: N 3 07.685 E 101 40.124

No comments: