Tuesday, October 13, 2015

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun TV ku... sobss sobsss...

Salam readers...

Selamat petang uollssss...

Kekna nak luahkan perasaan sikit ni...
Beberapa bulan lepas, tv Kekna tetibe ada scratch melintang panjang.
Dalam hati Kekna dah agak dah tv ni dah tak lama jangka hayat dia ni.

Tapi Kekna guna lagi laa selagi boleh guna...
Sampailah minggu lepas, bila Kekna on tv je, dengar suara dulu.
Lamaaaaaaa kemudian, barulah keluar gambar.
Uihhh, macam dah nazak semacam je tv Kekna ni.
Takpe, bertahan la sikit.
Sayang la pulak kalau beli baru.

Al-kisahnya, semalam lepas balik dari makan malam dengan kengkawan, Kekna on la tv ni.
Tengok-tengok keluar pelangi macam ni.
Takpe... Bertabah dulu sekejap.
Try on off... Sampai berjam-jam.
Last last Kekna fedup.


Baiklah tv. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun buatmu.
Sobsss... sobssss....

Balik kerja ni Kekna nak gi beli tv baru.
Over bajet pulak dah bulan ni.
Setiap bulan mesti over bajet. 
Tak sempat nak menyimpan langsung 2-3 bulan ni. Acaner tu? T___T

No comments: