Friday, October 16, 2015

Jalan-jalan di Quill City Mall

Salam readers...

Hellooo...hellooo...hellooo...
Apa khabar readers Kekna semua?
Sihat?

Kekna sihat-sihat saje.
Happy, excited, teruja... Rasa cam nak lompat setempat sejuta kali je.
Kenapa?
Sebabnya esok weken! Yeayy!!
Boleh bangun lewat. Boleh bermalas-malasan. Boleh keluar jenjalan. Boleh shopping. Boleh makan tido makan tido takyah buat apa-apa.
Heheh... 

Sekarang ni semua shopping mall yang ada kat KL Kekna nak terjah.
Tak shopping pun tak apa.
Sekadar jenjalan saja pun Kekna tak kisah.
Asalkan terjah and tengok kawasan sekitar.
At least kalau orang tanya pernah pergi ke tak, kite pernah pergi. Kihkihkih.

Aritu, kawan Kekna ajak pergi jenjalan ke Quill City Mall.
Kawan yang mana?
Ade laaa... rahsia. Gittew.
Hahahah... Lagi nak rahsia-rahsia kannnn.
Tapi memang kena rahsiakan pun.
Syhhhhh....

Dah orang ajak, Kekna on je.
Quill City Mall ni kecik aje. 
Mase Kekna pergi tu, kedai tak banyak bukak lagi.
Banyak kedai-kedai branded masih dalam renovation.
Yang ada kedai-kedai makan.
Takpelah. Kita jalan-jalan cari makan saje la...

Kalau keluar dengan kawan, memang tak sah kalau tak makan.
Kekadang sampai terover kenyang.


Singgah toilet dulu. Nak make up dulu.

Owh, nak tanya. Kulit Kekna ni jenis tak lekat make up tau.
Pakai foundation, bedak segala, sekejapan je dah hilang.
Stress iollsss...
Nak kata berminyak, tang idung tu memang berminyak laaa..
Tapi kat tempat lain tak berminyak pun.
Kenapa eh?
Ada sesape tahu tak kenapa jadi camni?
Ada sesape tak yang sama macam Kekna?
Kalau macam ni, make up ape yang sesuai dengan Kekna?
Brand ape? PM Kekna eh if ada sesiapa yang boleh bantu. 
TQ.

Back to the story, kami berdua jenjalan la sekitar Quill City Mall tu.
So far, takde benda menarik pun kat sana melainkan Butik H&M.
Kekna dah macam menggeletis je nak shopping pakaian kat H&M tu tapi tu la... 
Dah namanya pergi dengan lelaki kan, batalkan aje la niat nak shopping baju tu.
Lagipun Kekna cadang nak datang sini sekali lagi dengan Kak Siti.
Takpelah, tahan ajelah nafsu shopping tu dulu.

Jalan-jalan, tetibe nampak Mammamia Gelato Italliano.
Terus lompat-lompat happy.
Kedip-kedip mata banyak kali depan kawan Kekna tu sambil tunjuk nak makan gelato-gelato yang sangat menarik tuu...
Hewhew...



Kitorang try semua perasa yang ada.
Pastu ketamakkan melanda. Nak semua flavors.
Pengsannn.. hahaha...

Kebetulan ada promotion beli 1 cup besar (2 scoop gelato) dapat percuma 1 cup kecik (1 scoop gelato).
Kitorang ape lagi.
Beli la 1 cup sorang. So kitorang berdua dapat 4 cups semuanya. Nyummm nyumsss...


Waaaaaa... telan ailio!



Jom makan!!

Lama ohh kitorang lepak kat Quill City Mall ni.
Lepas makan gelato, kitorang jalan-jalan lagi.

Sampailah dekat pukul 9 malam, barulah kitorang cari kedai makan untuk dinner.
End up kitorang decided untuk makan kat Secret Recipe je.


Menu makan malam kami...
Pastu dedua kekenyangan...
Mengah nak jalan-jalan.

Kesian kawan Kekna kena drive hantar Kekna balik rumah.
Dah la dia duk kat Wangsa Maju. Jauh kot Kerinchi ke Wangsa Maju.
Dalam 30-40 minit jugak la without traffic.
Mengah-mengah, kena bawak kereta jauh-jauh pulak.

Tapi kan pemandangan malam-malam kat luar Secret Recipe ni cantik sangat-sangat.
Rasa tenang je...


No comments: