Tuesday, October 20, 2015

Jerebu

Salam readers...

Ramai yang merungut tentang jerebu yang sedang melanda di negara kita ni.
Tenkiu bebanyak Indonesia!

Kekna bekerja di tingkat 51 MTM.
So, bau asap jerebu agak ketara jugaklah.
Bila Kekna bukak je pintu kaca kat sky garden, mesti bau asap tu menusuk-nusuk ke dalam hidung dan tekak.

Kenapa laaa kerajaan kita masih berlembut lagi dengan kerajaan Indonesia?
Tak paham betul!
Dah jadi macam ni pun masih takde apa-apa tindakan.
And Indonesia, takkan la takde action langsung untuk menangani isu jerebu ni?
Takkan tak reti-reti nak tubuhkan jawatankuasa.
Benda ni dah berlarutan bertahun-tahun lamanya kot...
Bangga ke dapat kacau negara-negara jiran dengan jerebu ni?
Tak malu ke bila orang asyik kutuk negara sendiri? Haihhh...


Ni gambar pagi semalam yang Kekna snap dari opis Kekna.


Ni pulak gambar tengahari semalam.


And ini gambar terbaru yang Kekna snap tadi.

Pemandangan dah bertukar jadi kaler kuning uolsss...
Teruknya jerebu sekarang ni.
Pastu Kekna ada baca dalam internet katanya IPU mencecah 200 ke atas dah.
Tinggi tuuu...

Jagalah kesihatan ye, kawan-kawan.
Yang bekerja di luar opis, pakailah mask selalu.
Elakkan keluar dari rumah if takde hal penting.
Minum air masak secukupnya.
Elakkan pembakaran terbuka sebab ianya akan memburukkan lagi keadaan.
Cepat-cepat jumpa doktor if mengalami sakit dada, sesak nafas, sakit tekak dan sebagainya.


No comments: