Friday, October 2, 2015

Kisah 18 Jun 2015 - Balik Ganu kiteee

Salam readers...

Rasanya kebanyakkan readers dah tahu Kekna pernah bertunang bulan March yang lepas dan merancang untuk berkahwin on September.
Tapi syukur alhamdulillah perkahwinan tu tak jadi atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Kekna buat keputusan untuk putuskan pertunangan sebab Kekna tak sure Kekna boleh happy ke tak kalau kahwin dengan dia.
Ok, kita tutup buku pasal kisah lama tu ye.

Ke-excited-an Farid nak attend wedding Kekna tu sampaikan dia terus booked flight ticket.
Leen memang merancang untuk drive je dari KL ke Kuala Terengganu.
Ekin pulak belum buat apa-apa keputusan lagi.
Tup-tup wedding Kekna tak jadi....
So, kitorang planning nak bercuti so that idok lerr flight ticket Farid tu burn camtu je.
Plan punya plan, we are decided to go Perhentian Island.
Hanya Kekna, Leen, husband Leen dan Farid je yang pergi.
Ekin tak dapat join sebab kawan dia pun berkahwin on the day kitorang bertolak ke Perhentian Island.

18 Sept 2015, Kekna dan Farid naik flight berdua dari KLIA2 ke Kuala Terengganu.
Kitorang amik flight pukul 11:50am.


Pakaian semua dah siap packing.
1 beg untuk pergi ke Pulau Perhentian.
1 beg lagi Kekna pack siap-siap untuk letak kat kampung.

Plan Kekna :-

18 Sept 2015 - Balik kampung
19 Sept - 21 Sept 2015 - Bertolak ke Pulau Perhentian
21 Sept 2015 (petang) - fly balik KL (ada hal kena uruskan on 22 Sept 2015)
23 Sept 2015 (petang) - fly balik Kuala Terengganu semula.

Mak-mak sedara Kekna semua cakap tak payah balik KL on 21 Sept tu tapi Kekna tetap kena balik jugak. 
Urgent katanya.

So, 18 Sept Kekna pergi ke KLIA2 dengan KLIA Ekspress.
Mula-mula Kekna plan nak naik teksi je.
Tapi rasa macam tak rare la kan.
Macam tak berdikari jekk.
Sebab itulah Kekna decided nak naik LIA Ekspress je.
Rasa macam backpackers sejati lak wehhh... muahahaha...

Tiket dari KL Sentral ke KLIA2 hanyalah RM35.
Kalau naik teksi, mau nye dekat seratus hengget kan.
Jimat berganda-ganda uolsss..
Lagipun naik KLIA Ekspress ni selesa sangat-sangat.


Masa ni Kekna dah ada dalam train dah.
Baru nak berlepas.


Ada pulak mamat cina ensem duk kat depan Kekna.
Amik gambar curik time dia tido... 
Ekin suka la 'uncut-uncut' ni. kehkehkeh...

Perjalanan dari KL Sentral ke KLIA2 amik masa dalam 30-40 minit je.
Tak lama pun.
Dah sampai KLIA2, Kekna cari-cari tempat untuk makan.
Yela, perut lapar sebab tak makan lagi.
Cari punya cari, ternampak KFC.
Hah, elok sangat laa makan kat KFC. Senang sikit nak jumpa Farid nanti.
Kitorang berdua plan nak jumpa kat KLIA2 je sebab masing-masing pergi sendiri.


Kekna order ni je.
Cukup la ni buat alas perut.

Dah jumpa Farid, makan pun dah settle, kitorang terus check-in bag.
Kekna just bawak backpack je.
Beg tarik yang Kekna check-in kan.


Farid kate Kekna dah macam orang mengandung.
Kwangjor sangat mulut tu kan! Hoho! -__-

Flight pukul 11:50am.
By 10:10am kitorang dah masuk kat departure hall dah.
Awal gile. Sumpah rasa macam batak.. muahahha...

Kitorang jenjalan dari hujung ke hujung departure hall tu.
Saje menghabiskan masa.


Jalan-jalan, jumpa kerusi urut ni.
Teruslah kitorang duduk 15 minit kat sini.


Pastu sambung jalan-jalan lagi. Singgah pulak kat Dunkin Donut.
Minum-minum dulu.
Menghabiskan masa kat sini pulak.

Dah dekat pukul 11:50am, barulah kitorang pergi ke gate.


Dalam flight...


Duk sebelah mamat ni jugak.


Cuaca cantik kan....
Biru je langit on that day.
Indahnya ciptaan ALLAH SWT.
Untungnya pilot hari-hari boleh tengok suasana indah macam ni.


After 45 minit perjalanan, akhirnya kami sampai jua di bumi terindah, Negeri Terengganu.


Jumpa Anis. Dia naik flight sekali dengan kitorang rupanya.
Anis ni kawan Ekin.
Dia datang Terengganu sebab nak attend wedding kawan diorang la nama Ira.
Ira tu pulak staff audit sama macam Kekna jugak.
Dan Ira tu orang Losong jugak.
Ekin dan Anis nak attend wedding Ira la pada 19 Sept 2015.
Sepatutnya Kekna pun kawin on 19 Sept tu.
Kalau Kekna jadi kahwin, confirm Ekin confuse tatau nak lebihkan kenduri siapa. Mihmihmih...

Dah sampai Kuala Terengganu, adik Kekna Iwan yang pick up kitorang.
First, balik makan tengahari kat rumah Kekna dulu.
Macam-macam ohhh mommy Kekna masak.
Ada sotong goreng tepung, tomyam campur...eh macam-macam lagi la.
Lupa pulak Kekna nak snap.

Rehat-rehat kejap kat rumah Kekna, then barulah Iwan dan Kekna hantar Farid ke Hotel Felda Residence Kuala Terengganu.
Farid stay kat sana untuk 1 hari.
Lepas hantar Farid, terus Kekna balik rumah.
Tak larat wehhh nak berjalan.
Balik rehat pulak.

Jarak antara rumah Kekna dengan Hotel Felda Residence tu hanyalah 5-10 minit je bergantung kepada traffic.
Dekat sajo..

Janji dengan Farid, pukul 5 petang nak bawak dia pergi pasar minggu kat Shahbandar.
Actually nak bagi Farid rasa cucur udang best in town kat Kuala Terengganu ni tapi pakcik tu tak bukak pulak gerai dia on that day.
Frust gile ohh!!

Lepas pergi ke Shahbandar, Kekna bawak Farid sekali join makan-makan kat rumah mak sedara Kekna kat Kg. Kubang Ikan.
Kebetulan kazen Kekna ada buat laksa penang.
Kekna bukannya ape. Kekna taknak la biarkan Farid tu kelaparan pulak malam nanti.
Sebab tu bawak dia join sekali makan-makan tu.

Sebelum maghrib, Kekna hantar Farid balik ke hotel.
Kekna pulak pergi ke Mydin Mall beli barang-barang untuk pergi ke pulau.


Macam-macam Kekna beli.
Paling penting mineral water tu.
Dengar kata kat sana mahal bebenor regenye.
Padahal bila sampai sana, idok lerrr mahal bebenor.
Beza berapa sen je.

Lepas habis shopping kat Mydin Mall, terus Kekna balik rumah.
Letih weehhhh...
Esok nak ke pulau pulak. Tak sabarnyeee!!!


No comments: