Tuesday, October 6, 2015

Kisah 19 Sept 2015 - Posing posing di Windmill & berjimba di Long Beach

Salam readers...

Holla holla holla....
Hari ni Kekna aktif sikit sebab baru baik dari demam kan.
Minggu lepas Kekna demam teruk. Siap pakej batuk dan selsema lagi.
Serius tak larat sampai takleh nak bangun.
Dah la Kekna ada tonsil. Terus putus selera makan.

Hari ni suara Kekna sengau-sengau ala-ala Tomok nyanyi lagu Sejarah Mungkin Berulang
Ni kalau Kekna menyanyi lagu tu, kompem sebijik cam Tomok.
Muahahaha...

Meh kita sambung citer tentang short vacation Kekna di Pulau Perhentian.

Kitorang berkumpul sesama lepas Asar dan pergi cari taxi service.
That time seingat Kekna dah sekitar pukul 5 petang camtu.
Cuaca memang sangat elok.
Kitorang plan nak ke Windmill.


Lepak-lepak jap kat pantai...
Amik gambar, posing-posing... Gedik nau-nau kan... mihmihmih..


Kitorang dapat pakej RM25/orang untuk naik speed boat pergi dan balik ke Windmill..
4 orang jadi RM100.
Ok la tuu...
Kekna memang suka naik speed boat ni.
Nak-nak bile terkena percikan air laut. Rasa segar sungguh!

Leen tu lagi la... Kengkonon taknak basah.
Last-last basah lencun jugak sebab terkena percikan air laut. Muahahahaha...




Yang pakai topi tu diva... Yang pakai baju kappa tu bodyguard diva tu je... :p
*Pangg sedasssss!*

Eh, ada orang kate kitorang kapel/ berskandal sebab asyik amik gambar berdua je.
Lempang nak??
Seorang lelaki dan seorang perempuan boleh menjadi kawan baik tanpa melibatkan ape-ape perasaan istimewa pun.
Hanya orang bodoh je yang akan fikir bukan-bukan.
Menyampah pulak haku. Hewhew...

Back to the main story.

Bila dah sampai kat Windmill, terkezutttt Kekna.
Mak aihhhh tinggi sayup kena panjat tangga.
Lagi tinggi dari tangga kat Batu Caves tu tau.
Tapi takpe. Kekna naik jugak.
Nasib baik Kekna bawak bekal air.
Bolehlah pakat-pakat minum air mineral tu.

Rasanya Windmill ni tak sesuai untuk kanak-kanak dan orang-orang tua sebab jeti utama Windmill ni dah roboh.
Kalau nak naik tangga ni, kena panjat batu-batu bukit dulu which is sangat berisiko.
Kalau nak datang jugak, boleh je.
Tapi just mandi-manda kat bawah tu je la...

Kekna kalau bab panjat batu-batu ni tak kisah sangat sebab memang dari kecik Kekna suka memanjat batu.
But still kena berhati-hati takut tergelincir sebab batu-batu ni licin dan berlumut.
Kang ada yang patah riuk, susah pulak.


Seeeeeeeee... Tinggi kan.
Tapi cantik sungguh pemandangannya.
Serius tak rugi langsung daki tangga tinggi-tinggi.

Korang tatap la gambar-gambar kitorang ni...
Jenuh nak tulis caption satu-satu.








3 bijik kamera kat depan Kekna mase ni.
Kau rase??
Kekna ni sampai tatau nak pandang kamera sape.





Kami!!!





Nasib baik la kitorang berempat ni jenis kepala gile-gile.
Sporting. Tak reti duk diam.
Ade je plan.
Sepanjang percutian ni, memasing muka happy je. Kecuali Farid sebab telefon dia takde line kalau dia duk dalam bilik.
Sebab tu dia kerap lepak kat lobby. Hahahah...


Berhenti rehat jap.
Letih wehhh naik tangga tinggi-tinggi.


Subhanallah... Cantiknya pemandangan ni...


Leen, Mirul dan Farid berdegil nak naik jugak sampai puncak.
Kekna dah tak larat. Lagipun taknak amik risiko.
Bukannya ape, esok ada aktiviti lagi best yang kitorang plan.
So, Kekna nak elak daripada terlalu letih.


Inilah puncaknye.
Kincir angin. Tapi rasanya dah tak berfungsi kot.
Ke ada masa-masa tertentu je yang berfungsi? Entahlah...


Kekna duk bawah jaga barang-barang diorang.
Sambil-sambil tu bolehlah menikmati pemandangan yang indah tu.





Ok, dah nak turun dah.

Pemandu boat tu dah cakap, by 7pm dia akan pick up kitorang.


Team avengers tak cukup korum.
Ekin takde.
Kan best kalau Ekin pun ada sekali... >__<



Nak berjalan atas besi-besi ni pun kena hati-hati ye sebab ada besi yang dah longgar.
Ada jugak yang dah berlubang.
So, kalau nak melangkah tu memang kena berhati-hati je selalu.


Dah sampai bawah, ape lagi....... mandi laut laaaa!!

Kekna memang sangat-sangat-sangat suka mandi laut.
Tambah pulak air laut biru macam ni.
Lepas geram terus..... Rugi la kalau tak mandi kannnn..

Nampak Kekna tak??
Tuuu yang duk melambai-lambai kat belakang tu.... Itulah Kekna. kihkihkih.

Mase ni Mirul tengah syok menyelam.
Mamat tu pandai berenang. So takde nak risau ke ape.
Kalau Farid tu, memang la kena risau sebab dia tak pandai sangat berenang.


Cantik je Leen dalam gambar ni.
Putih melepakk ohhh...


Kami lagi....


Dah mandi, kitorang menunggu boat kitorang.
Kata nak pick up pukul 7 tapi pukul 7:10pm, boat still tak sampai-sampai lagi.
Bayang pun tak nampak nih.
Kekna dah start panic attack dah.
Kang tak pasal-pasal tersadai kitorang kat pulau ni 
Yela, time tu pun cuaca dah start nak gelap okehh...
Dah la semua orang dah balik. Tinggal kitorang berempat je kat situ.
Cane la tak panic attack. Hahahah...

Dalam 7:15pm camtu, barulah nampak boat kitorang.
Phewwwww... Leganya.
Hilang dah panik tu. Hahaha...

Tapi kan tapiiii, pemandu boat kitorang tu budak muda.
Tak ramah langsung.
Kitorang je yang riuh rendah dalam boat tu.

Dah sampai bilik, rehat-rehat kejap.
Dalam pukul 8 malam, kitorang berjumpa balik sebab nak pergi makan kat Ewan Cafe.


Ewan's Cafe ni terletak kat belakang chalet Ombak.
Kena menapak sikit laa tapi tak jauh pun dari resort kitorang.

Jom kita tengok apa yang ada di Ewan's cafe ni.

Klik untuk tumbesaran ye... :)





















Harga dia nak kata murah tu tak la murah.
Tapi standard la kalau datang pulau. 
Harga makanan kat sini semua lebih kurang camni jugak.


Kitorang order sambal sotong, baracuda masak halia, tomyam campur dan telur dadar.
Kitorang tak pernah-pernah makan ikan baracuda ni...
Tatau cemana rasa ikan ni.
1st time makan. Sedap jugak masakan kat Ewan's Cafe ni.
Memang recommended sangat untuk korang makan kat sini.

Ada 1 lagi tempat makan yang nampak best.
Ombak cafe. Tapi kitorang tak pergi situ pun sebab ramai omputih.
Lagipun tempat tu sesuai untuk kapel-kapel.



Semua muka dah segar sebab memasing baru je lepas mandi kan.

Total makan hari tu seingat Kekna RM50 lebih je.
Kire ok la tu kan...

Lepas makan, kitorang pergi ke Long Beach.
Agak jauh jugak la Long Beach ni. Kena jalan kaki lalu hutan.
Kalau pergi berdua rasanye seram sikit kot.
Tapi kalau pergi reramai macam ni, tak la takut sangat.
Kalau nak ke Long Beach, wajib bawak torch light ye. Wajib!
Dah namanya kena lalu hutan kan, korang pepaham je la tahap kegelapan dia cemana.
Tapi sebenarnya ade je orang lalu lalang kat situ.

Rupa-rupanya Long Beach ni makin malam makin meriah ohhh...
Siap ada mini pub lagi. Fire show pun ada.
Dah ala-ala Hawaiii dah ni. Hahahaha... 
Tapi kite yang Islam ni toksah la nak ngengada beli air kat sane.
Banyak lagi kedai lain yang jual air.

Paling Kekna suka, pasir pantai dia adalah sangat smooth macam sutera uolssss!!
Dah la sejuk. Dan-dan tu jugak Kekna tanggalkan selipar sebab nak berjalan atas pasir pantai yang lembut dan sejuk tu.
Kat sini diorang ada sediakan meja kecik dan tikar untuk kite duduk.
Kat tengah-tengah meja tu ada lilin. Wahhhh... kenapa romantik sangat ni?
Kat sini diorang ada jual booze, shisha, soft drink.





Lama jugak Kekna lepak kat sini.
Dalam pukul 11 lebih malam, barulah kitorang slow-slow balik ke resort.
Penat ohhhh jalan kaki. Tapi seronok!!

Dah balik bilik, apelagi tido laaaa...
Sejukkkk....

Salah satu sebab kenapa kitorang berempat pilih Shari-La Island Resort untuk menginap sepanjang kitorang kat Pulau Perhentian ni adalah kerana bilik-bilik kat sini semuanya ada air-cond.
Kalau chalet lain, kebanyakkannya takde air-cond. 
Semua pakai kipas je.
No no no.... Kekna takleh tidur kalau bilik panas.

Esok kitorang ada aktiviti best jugak...
Ape dia?
Tunggulah next entri ye... mihmihmih...


No comments: