Monday, October 5, 2015

Kisah 19 Sept 2015 - Pulau Perhentian, Kekna datang!!

Salam readers...

Awal-awal Kekna pesan kat Iwan suruh dia bangun awal untuk temankan Kekna beli breakfast.
Kekna beli untuk family & untuk kengkawan yang nak pergi ke Pulau Perhentian.
Beli banyak-banyak.
Kekna beli nasi dagang, nasi lemak, kayu keramat (cakoi versi pantai timur), paung goreng, pastu kebetulan kakak ipar Kekna ada buat nasi goreng, mommy Kekna suruh tapaukan sekali untuk kengkawan.
So, memang berlambak la makanan yang Kekna bawak.
Itupun mujur la Kekna bawak.
Rupa-rupanya Leen & Mirul tak sempat breakfast pun.
Kesian diorang lapar sepanjang hari.
Dah la sesat jalan sebab jalan kat K.T hari tu ditutup sana sini.
Last-last Kekna suruh je Leen dan Mirul tunggu kat Sekolah Kebangsaan Manir.
Sementara Kekna pick up Farid kat hotel.

Tenkiu adikku, Iwan sebab melayan macam-macam permintaan kakakmu ini...

Pukul 10 pagi, barulah kitorang berempat bertolak ke Kuala Besut.
Kitorang naik bot kat jeti sana nanti.


Kami!!!!
Tak habis-habis si Leen ni snap gambar dalam kereta.
Nasib baik kitorang semua ni camwhore!

Kitorang akan stay kat Shari-La Island Resort.
Dengar kata dekat dengan jeti.
Memang dekat sangat pun...

Dalam 2 jam camtu, barulah kitorang sampai di Kuala Besut.
Settle semua urusan kat Shari-La Island Resort Office dulu.
As usual, kami snap-snap dulu. Mihmihmih...




Mamat Farid fredo the weirdo bijjj ni memang cerewet sikit bab gambar.
Selagi dia tak puas hati, selagi tu la kena snap gambar dia.. -___-


Dah settle semua urusan, kami berjalan kaki pergi ke jeti.
Tak jauh pun.


Dah sampai jeti, duduk kejap.
Tunggu turn naik boat.


Check line hp, ok ada line...
Phewwwwww...
Takut jugak takde line. Kang takleh nak update fesbuk.
Takleh upload pic dalam insta. Takleh bertweet tweet.
Hewhew...


Cun tak kami? Hehehe... perasan...



Yeayyy!!! Dah naik boat.
Speed boat ok... melompat-lompat boat ni bila melawan ombak.
Enjoyy weehhh!

Tapi bila memikiorkan perempuan pregnant yang duduk kat seat belakang kitorang tu, tatau la cemana.
Kuat kot boat ni melompat melawan arus.
Padahal bontot Kekna ni dah tahap dunlopillo dah ni pun still terasa sakitnya.
Yang pregnant tu tatau la cemana dia rasa.


Laut yang membiru, eh menghijau...eh membiru.. ke biru turqoise.. ahhh watever laaaa... huhu
Laut yang cantik ni menyambut kedatangan kami. Gittew...

Rasanya perjalanan dari jeti ke pulau amik masa dalam 30-45 minit jugak laaa...
Alhamdulillah cuaca elok sangat.
Tak terbayang kalau time tu hujan.
Ngeri uolsssss tengok laut dalam.


Pasangan laki bini yang romantik jiwang karatsss tak reti duk dalam bilik.
Ade je diorang ni nak merayap.










Ko rase???




Ni bahagian reception.


Leen dan Mirul yang settle kan semua urusan.


Kekna dan Farid just duk bawah jaga barang-barang.
Penat gak hoiii...










Bilik Farid - 423
Bilik Leen & Mirul - 424
Bilik Kekna - 425


Ni pictures bilik Leen.
Kekna takdan nak snap pic bilik sendiri sebab siapkan makanan untuk diorang makan.
Bilik Kekna dan bilik Farid katil single dua.
Leen je yang dapat katil queen.


Bilik air yang bersih.


Nak kata luas, idok lerr luas benor bilik ni...
Interior banyak sangat.
Tapi kalau duk 2 orang tu kire selesa lagi laa...

Kitorang dapat harga RM290/malam.
Kitorang stay 3 hari 2 malam.
So, untuk bilik ni dah makan RM580/bilik.
Tambah RM70 tambang boat pergi dan balik.
So total untuk penginapan dan boat dah RM650.00.
Terbeliakk mato den ni haaa...
Tapi tutup mata je laa.. Kate nak holiday kan.
Gadailah emas permata mana-mana yang jarang pakai tu... Hukhuk...


Ni depan bilik Kekna.
Lepas masing-masing check-in, diorang datang bilik Kekna untuk makan.


Bilik Kekna duk setentang dengan bilik Leen.
Belakang bilik Leen barulah bilik Farid.

Kesian diorang lapar.
Nasib baik Kekna beli makanan banyak.
Alhamdulillah, habis semuanya.


Depan bilik Kekna ni ada bangsal. Boleh la lepak-lepak kat sini seminit dua.
Sebelah bangsal ni ada kolam kecik untuk budak-budak mandi.
Riuh rendah budak-budak ni mandi tapi bile Kekna masuk bilik, takde la dengar bising sangat pun.

Agak selesa duk sini sebenarnye. Tenang. Damai je.
Cuma 1 je, management resort tak jaga maintenance & customer service.
Front liner macam kat counter reception tu, dia punya staff asyik buat muka taikkk je.
Tak ramah langsung. Lempang nak? Hoiiihh! Langsi nih.

Pastu Kekna ada pesan suruh kemaskan balik bilik Kekna sebab atas katil Kekna tu bersemut.
Tapi tak datang-datang.
Semut tu bukan datang dari makanan-makanan yang Kekna bawak.
Semut tu memang bersarang atas katil single yang Kekna tak guna tu.

Towel dalam bilik Kekna pun takde.
Dah request, baru nak bagi.
Telefon bilik takleh guna. Tak kisah la yang ni sebab boleh guna henset.
And sepanjang 3 hari 2 malam Kekna duk kat situ, 2 kali blackout.
Seram Kekna kejap. Keras kejung terbaring atas katil.
Mananye tak seram, ate duduk bilik sorang kan.
Tekanan air pun rendah which is Kekna tak kisah jugak sebab asalkan boleh mandi je.

Oleh sebab Kekna taknak spoil kan mood holiday, Kekna tutup mata aje la dengan ape yang berlaku.
Kite kan nak enjoy!!
Tapi Kekna happy je...

Back to the main story, lepas habis makan, masing-masing kembali ke bilik masing-masing.
Kekna sempat la mandi, terlelap kejap.
Lepas asar, kitorang nak keluar jalan-jalan.
Kemana?? Tunggu next entri ye...



Snap-snap dulu sementara menunggu Leen, Mirul dan Farid bersiap-siap.
Tak sabarnyeee nak gi jenjalan....

No comments: