Wednesday, October 7, 2015

Kisah 20 Sept 2015 - Snorkeling dan Sunset!

Salam readers...

Hawauyu? Aim fain... Tengkiu *How are you? I'm fine. Thank you.
Mihmihmih...

20 Sept 2015, hari kedua Kekna and the gang berada di Pulau Perhentian Kecil.
Hanya ada 2 hari saja lagi untuk menikmati pemandangan yang indah kat sini.

Semalam masa kat Long Beach, Farid ada cursed Kekna.
Mamat tu mulut masin sikit wehhh...
Apa-apa je curse yang keluar dari mulut dia, kompem menjadi.
Geng avengers Kekna ni memang takut sangat kalau dia curse kitorang.

Pernah sekali dia cursed Ekin akan sesat dalam Publika.
Tup-tup memang Ekin sesat ohhh...
Kesian minah tu kena cursed dengan Farid. Hahahah...

Dia cursed Kekna akan bangun awal pagi sebelum Subuh dan takkan dapat tido dah lepas tu.
Hoiiii.... geram pulak haku kan!
Cuti-cuti macam ni la Kekna nak bangun lewat sikit.
Boleh pulak dia cursed Kekna macam tu!! Hampagas betul la mamat tuh!     -______-

Nak dijadikan cerita, memang pagi tu Kekna bangun awal pukul 4:15pagi!!
Ko rase??
Dah la tido pukul 12 lebih semalam, pastu bangun pukul 4:15  pagi pulak!
Dah meroyan dah Kekna sensorang dalam bilik tu sebab dah takleh tido.
Pusing kanan, pusing kiri, Kekna try pejam mata rapat-rapat.
Try nak tido balik tapi dah tak dapat.
Bukak tv, slow kan volume tengok citer kat Fox Movies.
Tak best pun citer tu.
Kekna ade jugak terlelap tapi lepas 5-10 minit, Kekna terjaga balik.
Macam tak lena gitu.
Ni semua salah Farid Fredo the weirdo bijjj tu!
Tatau la dia ni suka ratah garam ke ape sampaikan mulut tu masin bebenor... T____T


Pukul 8:30 pagi, Kekna pergi ke cafe sensorang untuk breakfast.
Whatsapp Leen dan Farid just to inform.
Tak lama lepas tu, Farid datang. Pukul 9 lebih, Leen dan Mirul pulak menyusul.

Antara breakfast yang ada....


Plain porridge.


Cereal


Ni tatau ape benda. Macam dimsum aje...
Kekna tak amik pun benda ni.


Salad corner


Pancakes yang nampak aje gebu tapi tak sedap pon!


Bihun/ mee sup corner.


Boleh request nak telur masak ape kat sini.

Lupa pulak nak snap gambar nasi lemak dan mee goreng.
Nasi lemak dia sedap laaa... 2 pinggan Kekna makan.
Tatau la kenapa perut lapo bebenor pagi tu.

Gambar-gambar ni pun banyak Leen yang snap.
Bagus betul Leen ni... Muah ciked! :P


Leen bajet nak amik gambar candid. Tapi biasa la, kalau dah namanya sawan kamera. 
Mata ni zassssss cepatt je dapat tangkap kalau kamera menghala ke arah diri ini...
Muahahahaha....


Roti canai pun ada...
Kekna takdan nak makan roti canai ni.
Diorang cakap kari kat sini sedap.


Mee goreng dengan potato wedges.

Dah makan, kitorang turun ke pantai sebab nak survey pakej-pakej snorkeling yang ada.
Survey punya survey, kitorang pilih pakej dari Sunset.
Dia duk sebelah restoran Dinies.
Pakej yang kitorang amik ni adalah long-day trip consists of 6 tempat yang akan dikunjungi.
Fish point, turtle point, shark point, fisherman village (diorang akan stop kat sini untuk rehat, solat dan makan tengahari), light house point dan romantic beach.

RM40/orang termasuk dengan sewa snorkeling sets.
Tapi Kekna tak guna pun snorkeling set diorang sebab Kekna dah beli kat IOI City Mall sebelum datang ke pulau ni.

Dah bayar semua cost, kitorang balik ke bilik untuk tukar pakaian.
Diorang suruh berkumpul pukul 10:15 pagi sebab boat akan bergerak pukul 10:30 pagi.


Dah berswimming suit bagai.
Amik gambar dulu sebelum naik boat.



Ni adalah pengalaman pertama Kekna dan Farid pergi snorkeling.
Leen dan Mirul dah banyak kali dah rasanya pergi snorkeling ni.
So perasaan Kekna bercampur.
Teruja sangat-sangat tapi takut pun ada jugak sebab snorkeling ni of course la kat laut dalam kan.
Mandi kat laut dengan mandi kat kolam lain tau feeling nya.


Masing-masing muka teruja nak snorkeling.


Cuaca elok. Air pun tenang je....


Jernih gilosss kan... Dan-dan tu jugak Kekna rasa nak terjun.
Tapi ku tahankan Jebat... hewhew...




Korang tengok la si Mirul tu...
Pecah perut kitorang tengok gambar ni.
Ade je idea dia nak rosakkan gambar. Hahahah...




Love birds 2 ketul kat belakang tu gedik betul.
Kekna dan Farid gak yang steady. Hihi...

Owh, sebelum boat bergerak, Kekna sapu sunblock banyak-banyak.
Kekna sapu kat tangan, muka, leher...
Kalau tak memang burn laaa kulit kan. 
Dah la memang kulit Kekna ni dah itam dah...
Sun block ni Kekna beli brand Sun Play SPF 130 PA which is dia takkan hilang kalau terkena air.
Kekna beli kat farmasi bawah opis Kekna.
Kat farmasi lain pun ada jugak...
Menjadi jugak la pakai sun block ni sebab kulit muka Kekna tak sun burn langsung.
Kulit lengan je burn sikit sampai sekarang still nampak perbezaan dengan warna kulit sebelum ni...
Huhu...


Kekna geram-geram je tengok air laut biru tuuu... 
Ooo emm geee... Perasaan tu susah Kekna nak gambarkan..
Excited gile...


Ni nak citer, Kekna panic attack kejap first time turun kat tengah-tengah laut kat Fish point.
Bukan ape, Kekna tak biasa pakai fin. 
Rasa badan makin berat.

Awal-awal sebelum terjun, Kekna dah pesan dah kat boat man.

"Kalau awak nampak saya blup blup blup dalam air tu, tolong selamatkan cepat-cepat ye..."

Boat man tu tergelak je.
Amboiii memula boat man tu macam acah-acah malu je.
Tapi bila dah lama-lama, dia pulak yang asik usik Kekna.
Sampai penat dah Kekna gelak sebab selalu kena usik.


Tadaaaaaaa... berenang dengan ikan-ikan...


Leen ni khianat betul laa...
Ade ke dia hala makanan ikan tu kat muka kekna?
Terjerit-jerit Kekna bila ikan datang serbu depan muka.
Paling haremmmsss, dia boleh pulak pergi letak makanan ikan kat dada Kekna.
Hoiiii!!! Pengkhianat negara betul la!

Ni Kekna nak bagitahu tips daripada Leen.
Selain daripada roti dan pisang, korang boleh buat makanan ikan sendiri dengan kos yang sedikit.

Korang ada biskut-biskut yang dah nak expired atau memang dah expired?
Jangan buang...
Hancurkan biskut-biskut tu dan masukkan ke dalam botol air kecik yang berisi sedikit air.
Fungsinya untuk melembutkan biskut.
Tebuk kecik-kecik lubang botol air tersebut.

Nanti bila dah duk dalam air, picit-picit botol air tu sampai biskut lembik tadi keluar.
Nanti banyak ikan yang akan datang kat kite...
Baru best nak bergambar.



Banyak kan ikan...




Kisahnya, ada masa time snorkeling tu Kekna berpaut kat life jacket Farid.
Kekna taknak berpaut kat Leen sebab Leen suka khianat. Muahahaha...
So, bile boat man panggil kitorang untuk naik, Kekna berpaut la kat seseorang yang Kekna sangkakan Farid.
Sekali orang lain daaaaa & mamat tu kebetulan dia pakai baju lebih kurang macam baju Farid.
So masa nak naik tangga boat, Kekna naik cepat-cepat sebab segan the mamat yang Kekna terpegang tadi duk belakang Kekna which is seganlah if dia tengok bontot besar Kekna ni kan.

Oleh sebab nak cepat masuk dalam boat, kaki kanan Kekna terseliuh.
Berbunyi uolssss... Terjerit Kekna and pastu duk dendiam dalam boat.
Kekna bisik kat Leen. Bagitahu dia yang kaki Kekna terseliuh.
Baru pegi 1st point, dah terseliuh. Acaner nih??
Kekna ingatkan takde la serius manapun. Rupa-rupanya sakit jugak ohhh..
Tapi Kekna pedulik hape kan.
Snorkeling tetap snorkeling.

Second point adalah turtle point.
Jenuh hoihhh nak kejar turtle diva ni...
Kitorang mengekor je kat belakang turtle ni sebab dia suka berjalan-jalan kat dasar laut.
By the time dia nak naik, kitorang berlumba-lumba berenang sebab nak bergambar dengan si diva ni.





Leen la yang untung sebab banyak kali dapat bergambar dengan turtle...
Kekna dapat sekali je. Itupun struggle kat belakang. Muahahaha...

Boat man yang baik hati duk panggil Kekna bila turtle tu nak naik.
Kalau tak kerana dia, memang Kekna tak sedar pun turtle tu nak naik ke atas. Hahahaha...

Point yang ketiga ialah Shark Point.
Kat sini banyak anak-anak jelly fish uolsss....
Kekna asik laa terkena gigitan cinta jelly fish tu.

Yang shark ni pulak bukannya jenis yang makan orang tu.
Shark ni shark vege. Wakakakaka... rasa lawak pulak bila dapat tahu ada shark yang vegetarian.
Dia just makan seaweed je. 

Shark ni just duk kat berenang kat bawah-bawah je.
Bila Kekna nampak shark tu, blup blupp blupp Kekna dalam air.
Nak jerit tapi tak terkeluar. Takuttttt walaupun awal-awal memang dah tahu shark tu tak makan daging.

Kekna asik tahan nafas kalau ada shark yang lalu kat bawah kaki.
Ada 3 ekor shark yang kitorang jumpa masa tu.


Ni salah seekor shark vegetarian tu... :D


Kat tempat shark ni la terdapat banyak coral yang cantik-cantik.

Kekna berenang sekejap je kat shark point ni sebab tak larat dah menahan sakit terkena gigitan cinta jelly fish.
Dia punya sakit tu macam kulit kena hiris dengan pisau ohhh...
Berbintat-bintat kulit lengan Kekna dibuatnya.

Kekna mintak boat man hantarkan Kekna ke boat sebab memang Kekna tak larat sangat dah nak berenang...
Dah la kaki yang terseliuh tu rasa macam makin sakit je...

Then, boat man bawak kitorang makan tengahari kat Fisherman Village.
Kekna makan nasi campur.


Total semua RM11.
Kire ok la tu kan.
Nasik banyak. Pastu Kekna amik telur mata, daging masak hitam, ayam masak merah seketul dan teh o ais. 
Uihhh... teh o ais dia best ohhh... Hilang dahaga lepas Kekna minum 2 gelas! Mihmihmih...

Berehat dalam sejam camtu, pastu kitorang sambung ber snorkeling lagi.
Point seterusnya adalah di Light House Coral Point.
Takdan lama mana Kekna snorkeling, tetibe kaki cramp.
Maybe lepas makan kot kan.
So Kekna duk je dalam boat sekejap sambil snap-snap gambar kengkawan yang tengah syok snorkeling.




Amboiii Farid... Kemain siap terapung atas air lagi.


Yang anak panah tunjukkan tu la boat man kitorang.
Ramah sangat-sangat dia ni.
Down to earth lak tu.


Bila Kekna nak amik gambar dia, malu pulakkk...
Kot kalau dapat gambar dia, bolehlah Kekna recommend kan kat korang.

Maybe sebab lama sangat duk dalam boat, si boat man tu ajak Kekna turun.
Wehhh, boat man ni memang terbaekk la dia punya servis sebab dia ni tak boleh tengok orang duk dalam sesaje dalam boat. 
Padahal Kekna dah cakap kaki Kekna sakit.
Dia willing nak bawak Kekna jenjalan atas air pusing-pusing sekitar light house.

Last point, Romantic Beach.
Romantic ke?
Ni kalau datang berdua, memang romantik sebab pemandangan yang cantik, pasir halus, coral yang cantik-cantik.
Kat sini la ada jutaan ikan-ikan nemo.
Subhanallah! Allahu akbar!!
Kekna terjerit-jerit dalam air bila nampak ikan nemo.




Ikan nemo banyak bersembunyi kat coral-coral macam ni.
Kalau zoom in gambar ni, korang akan nampak ada ikan-ikan nemo disebalik terumbu karang macam rambut pelesu nih.

Kat sini takde lah dalam sangat airnya.
Kekadang Kekna berenang tapi kaki dah cecah pasir kat dalam laut dah.

Tengah-tengah duk berenang tu, tetibe boat man datang dekat and letak timun laut atas bahu Kekna.
Oo emm geeee, menjerit la iollss!!
Geli nyah!
Leen kemain lagi gelak terbahak-bahak.
Kuwangjor punye boat man! Bukan boat man kitorang je, boat man lain pun sama.
Datang kat Kekna sambil bawak timun laut.
Terkezuttt iolsss bila terasa timun laut yang lembik-lembik tu... T__T

Lepas tu terus Kekna berenang jauh dari diorang.
Taknak dah bagi diorang kacau lagi dah... -___-

Tengah syok duk berenang dengan kengkawan, boat man tu datang lagi bawak sotong kurita pulak..
Adehhh, lemah betul jantung hakak!
Leen, Mirul dan Farid bergambar dengan sotong tu.





Leen buat-buat berani je tu.
Padahal dia geli jugak. Terjerit jugak memula nak pegang sotong tu.



Kekna orang last amik gambar.
Terjerit-jerit iolssss..
Sotong tu punyalah terkezutt dengar Kekna menjerit agaknya sampaikan terkeluar dakwat hitam dia.
Semua orang tergelak.
Muahahahaha...

Masa Kekna amik gambar dengan sotong ni, sotong dah terkulai layu di tasik madu dah.
Mesti dia penat sebab dah keluarkan dakwat hitam dia.
Redha je la encik sotong... Kihkihkih...

Kekna nak ucapkan tenkiu kat Leen sebab tolong sediakan makanan ikan.
Tenkiu jugak kat Mirul sebab dia jadi photog kitorang sepanjang trip snorkeling tu.
Tenkiu Farid sebab izinkan Kekna berpaut masa mula-mula Kekna tak confident nak snorkeling.

Pukul 5 petang camtu, kitorang balik semula ke resort.
Tak puas ohhh snorkeling!
Memang tak puas.
Agaknya kalau hari-hari snorkeling pun Kekna tak kisah.

Balik bilik, rehat-rehat kejap, bersihkan diri, tukar pakaian pastu kitorang pakat pergi ke Sunset Point pulak sebab nak tengok sunset.
Nasib baik sempat.



Leen dan Mirul dah turun kat bawah.
Kekna dah tak mampu dah nak berjalan sebab kaki yang terseliuh tu makin sakit dan membengkak pulak.

Sempat tengok sekejap aje sunset tu, pastu kitorang balik semula ke bilik untuk rehat.
Penat bersnorkeling tadi pun belum hilang lagi.

Pukul 8 malam, kitorang berkumpul sekali lagi untuk pergi makan malam.
Sekali lagi kitorang makan kat Ewan's Cafe.


Nasi goreng Kerabu Kekna punya.


Chicken chop Farid punya.


Calamari semua punya.

Bihun tomyam Mirul punya.


Nasi goreng kampung Leen punya.
Uihhhh, telur kuning tu menggamit selera sungguh.

Plan asal ingatkan nak pergi Long Beach sekali lagi.
Tapi memandangkan masing-masing still penat & keadaan kaki Kekna macam makin teruk je, so kitorang cancel kan plan untuk ke sana.
Rehat kat bilik aje laaa...

By the way, sebelum kitorang pergi makan malam, kitorang pergi semula ke Sunset office sebab nak amik gambar-gambar kitorang.
Paling besttt sebab diorang bagi free je gambar-gambar yang boat man snap kan untuk kitorang.
Yeayyyy!!!
Happy sangat-sangat-sangat!!
Tenkiu Sunset.



No comments: