Thursday, October 15, 2015

Menyanyi? Penyanyi? Wedding? Boleh ke? Hewhew...

Salam readers...

Cuti Maal Hijrah semalam Kekna takde buat apa-apa pun sebab tak ada apa yang Kekna nak buat. :)

Kekna ada plan nak kuar dengan Kak Siti tapi end up cancel sebab Kekna rasa badan Kekna lemau semacam je.
Malas nak bersiap, malas nak gosok baju, malas nak make up...
Eh, malas semuanyalah.
Kekna rasa macam Kekna nak baring tido tergolek makan tengok tv je.
Memang itu pun yang Kekna buat semalam.
Nak kemas bilik pun malas tapi sebab bilik bersepah sikit, nak tak nak kenalah kemas jugak.

Tengah-tengah duk berkuak lentang atas katil, tetibe Kekna dapat mesej dari seseorang thru instagram.


[klik untuk tumbesaran]

Ketaq lutut bak anggg!!
Tetibe ada orang nak hire Kekna untuk menyanyi kat wedding dia.
Iolsssss is terkezutttt!!

Yela, selama ni Kekna just menyanyi suka-suka je.
Menyanyi dalam bilik air. Menyanyi kat dapur.
Menyanyi kat pusat karaoke.
Kekadang menyanyi kat event teambuilding opis.
Tu je.
Tak pernah-pernah Kekna menyanyi kat wedding orang.
Eh, menyanyi suka-suka tu ade la.
Tapi kalau yang serius-serius amik job tu, tak pernah la lagi.
Segan iollsss...
Kekna sedar suara Kekna ni tak la sedap mana tapi dah orang tu beriya-iya sangat nak hire Kekna, so Kekna terima aje laa...
Dia kata dia ada tengok video Kekna menyanyi & dia dengar suara Kekna sedap.

Kekna berani terima sebab dapat sokongan geng-geng avengers.
Diorang support gile-gile punya.
Kemain kannn...

Kekna rasa kan, aturan hidup Kekna yang ALLAH swt tentukan ni memang terbaikk laa...
DIA hadiahkan Kekna kengkawan yang baik, yang boleh jadi penasihat, pengutuk, pembuli, penyokong...

Sejak Kekna single, ada je rezeki yang datang.
Dan dikala Kekna rasa diri Kekna ni keseorangan, pasti DIA datangkan sesuatu pada Kekna.
Jadi Kekna sampai tak sempat nak rasa sunyi.

Macam rezeki menyanyi kat wedding tu, serius Kekna memang tak jangka langsung.
Siapa sangka, tengah-tengah tergolek atas katil tetibe rezeki datang?
Kekna rasa macam hidup Kekna makin bertuah.
Mungkin jugak sebab kurang buat dosa... hahahah...
Yela, kalau berkapel, asik berkepit sana sini. Pegang tangan.. Kan dosa tu.
Sekarang ni kalau keluar pun dengan kengkawan.
Mana ada nak bersentuh-sentuh bagai.

Nikmat ALLAH swt tu luas.
Ini salah satunya.

Sekarang ni pun Kekna tengah siapkan novel pertama Kekna.
Tajuk sementara novel tu ialah Dia Mrs. Isteri.
Masih banyak yang Kekna kena karangkan tapi takpe. Slow slow.
Memang Kekna nekad akan siapkan jugak this year so that awal tahun depan dah boleh publish.
Rezeki la jugak tu kan...

Kekadang kita tak sedar bakat yang kita ada tu boleh dijadikan mata pencarian kita.
Kekna nak grab semua benda selagi boleh.
Selagi ALLAH swt izinkan.
:)

No comments: