Friday, November 13, 2015

Aktiviti lepas balik kerja

Salam readers...

Lately memang Kekna selalu balik lewat.
Sampaikan kekadang housemate Kekna tanya, "eh, kije banyak ke?"
Hoho..
Memang kije banyak kat opis tapi takde lah kena stay back bagai.
Kekadang Kekna malas nak balik awal sebab selalunya geng-geng avengers ni selalu ajak dinner sekali.
Diorang pun asik kena stayback sebab diorang banyak sangat kije yang kena settle kan.
So, bila diorang kena stayback, diorang akan luangkan masa untuk dinner sekejap sebelum sambung buat kerja balik.
Lagipun sekarang ni kitorang dah jarang kuar lunch sesama.
Kekadang je Kekna turun lunch kat opis diorang.
Biasanya time lunch Kekna cari port untuk tido je. Hehehe...

Entri ni sekali harung je Kekna buat...
Malas nak buat entri satu-satu sebab isunya sama je kan...


Ayam golek 5 bintang.
Masa ni Kekna makan berdua je dengan Farid.
Yang lain busy katanya. Tak leh join.
Memula plan nak makan kat lain, tapi end up Kekna suggest makan kat sini.


Tengok ayam golek dia...
Tempting kan!
Rasa dia sesedap macam dulu.


Kedai ni kena pergi awal.
Awal tu maksudnya bila balik kerja, terus kena pergi.
Kalau lewat sikit, serba-serbi dah takde.

Kekna rasa pelik dengan kedai ni sebab sebelum dia berpindah ke Pantai Dalam yang terceruk ni, restoran ni laku tau.
Ramai sangat orang.
Sekarang kedai ni macam kedai mati segan, hidup tak mau.
Dah tak ramai orang yang datang. Sunyi sepi.

Hari kedua Kekna datang, lagi teruk.
Serba serbi tak ada.
Nasi putih tak ada, air tu air ni semua tak ada. 
Like tak macam kedai dia yang dulu.
Macam terkena buatan je kedai ni...
Kekna speku aje laaa... ntah betul ntah tak.
Tapi makanan dia tetap rasa macam dulu.
Sedap.


Yang ni Kekna makan dengan Farid jugak.
Makan kat Ali Cafe Restaurant.
Dekat aje dengan opis Kekna.
Jalan kaki pun sampai.



Makanan goreng kat sini sedap-sedap.
Paling Kekna suka ialah kueh teow kungfu dia.
Marvelesss...

Ada sesetengah orang tak gemor makan kat sini sebab makanan masin katanya.
Tapi bagi Kekna ok aje...
Tekak memasing la kot.
Harga pun tak la mahal sangat...


Tempat favorite avengers.
Food court 3rd floor Mid Valley yang sebelah Daiso tu.
A few weeks back, hampir setiap hari lepas balik kerja kitorang singgah kat sini.
Banyak choices of foods kat sini.
Harga tu nak kata murah tu, takde la murah sangat.
Nak kata mahal pun, tak la mahal sangat.
Kira ok la harga dia untuk food court dalam mall ni.
Deco dia pun cantik...


Biasanya Kekna datang sini bertiga dengan Ekin & Farid.



Ni favorite Kekna... Mee kari...
Lawan pulak dengan air milo ais..
Perghhhhh!! Nikmat tak terkata wehh!



Ni pun kat food court jugak.
Same menu...




Ni pun kat food court jugak.
Kan dah cakap tadi, banyak kali kitorang datang sini...



Masa ni, actually Kekna duk rumah sambil kemas bilik sambil tengok tv sambil lipat baju...
Ha, hebat tak? hebat tak?
Buat kerja banyak-banyak sekaligus.

Tetibe dapat call dari Farid,

"Kekna jom kuar makan..."

Kekna okay aje.
Padahal kat rumah dah ada makanan kan...
Takpelah, teman member katanya.

So, kitorang pergi makan kat Ali Cafe Restaurant - again.
Farid dari Klang mase tu sebenarnya.
Kebetulan pulak dia ada singgah opis.
Dah alang-alang kat situ, dia ajak la Kekna dinner sekali.

Ade lagi sebenarnya gambar-gambar kitorang dinner sekali.
Tapi malas nak edit.
Bukan Kekna laa kalau tak malas kan... Hewhew...

Babai...







No comments: