Friday, November 20, 2015

Beberapa hari di kampung

Salam readers...

Suppose entri ni dah lama diupload tapi itulah....
Draft punye draft, last last terlupa...
Haishhh... asik terlupa je ni.
Banyak termakan semut agaknye nih... mihmihmih...

Kisah balik kampung selepas bercuti di Pulau Perhentian pertengahan bulan 9 aritu.
Lepas bercuti tu, Kekna sambung cuti lagi seminggu duk kat kampung.
Memang heaven sesangat laa haiii!

Mana la tak heaven nyeee...
Bangun pagi, celik mata je taa daaaaa... makanan pagi dah terhidang atas meja.


Ni salah satu menu yang mommy Kekna buat.
Mementang anak pompuan bongsu dia ni merengek-rengek mengidam pulut kelapa ni, terus mommy buat...
Tenkiu mommy! Muah ciked!


Tengahari dihidangkan pulak nasi ayam vavavooomm ni!
Siapa yang pernah makan nasi ayam mommy Kekna, tau la sesedap mana nasi ayam ni.
Tak pernah muak uollsss!

Dalam pada kaki terseliuh ni, petang-petang Kekna keluar jugak bawak anak-anak sedara berjalan-jalan.
Maklumlahh time tu kan cuti sekolah.
Anak-anak sedara mengadu cuti sekolah diorang tak gi jenjalan memana pun.
So, kepala otak Kekna ni ligat fikir nak bawak kemana bebudak ni...
Last last Kekna decided untuk bawak diorang mandi kat kolam renang di Terengganu Equestrian Resort.

Kolam kat sini besar.
Ada yang cetek, ada yang biasa-biasa je dalamnya, dan ada jugak yang sangat dalam.
Memandangkan anak-anak sedara Kekna ni kecik lagi dan tak pandai berenang, so Kekna bawak la diorang mandi kat tempat biasa je.
Kalau cetek sangat, tak best jugak kan...
Kalau dalam sangat, bahaya la pulak.


Kekna.


Iwan.


Alyssa.


Amisha.


Tengok si Iwan tu. Memula je elok dengan bebudak ni....




Seeeee...
Kan dah cakap tadi.
Memula je dia elok. Dah snap 3-4 keping gambar, tengok la pe jadik.
Di tolaknya bebudak tu masuk dalam air. Hahaha..
Amisha tu sampai tertelan air klorin kolam...
Nasib baik tak muntah...


Dua orang ni la anak-anak sedara kesayangan Kekna.







Kekna takleh beriya-iya sangat mandi time ni sebab kaki yang terseliuh tu still bengkak.
Kekna setakat berendam je...
Kalau bergerak sikit, tempat terseliuh tu akan rasa sakit sangat-sangat.


Lepas mandi, Kekna bawak diorang pergi makan KFC kat Pantai Batu Burok.
Suke sangat lettew dapat makan kepsi...

Otw balik rumah, tetibe Iwan tanya,

"Nak pergi berurut tak?"

Kekna : Tak nak laaa... takuttt. Nanti sakit.

Iwan : Habis tu takkan la nak biar je kaki tu? Nanti makin sakit!

Kekna : Biar je....

Iwan : Tak kire. Aku bawak ko pergi rumah pakcik urut tu.

Kekna : Wehhh!!



Dan kami sampai di rumah pakcik urut ni...
Ayah kepada ex- girlfren Iwan. Muahahaha...

Konsep berurut kat sini, urut depan-depan orang ramai.
Macam Kekna ni terseliuh kat buku lali je.
So, takde la terselak sana- sini.
Tapi kalau jenis kena urut teruk-teruk tu, idok lerr dia urut depan orang ramai cenggitu.

Pakcik ni, Kekna lupa dah nama dia... Dia tak letak berapa harga untuk khidmat dia.
Bagi secara ikhlas.

Hari lain, Kekna bawak anak-anak sedara pergi main roller blade.
Lupa nak snap gambar sebab Kekna duk amik video diorang main je.
Sekarang ni trend kat Terengganu permainan roller blade ni.
Petang lepas asar, Kekna bawak diorang main roller blade kat Taman Shah Bandar.

Dekat maghrib, barulah kitorang balik. 
Eh, bukan balik rumah... Hehehe...
Sebelum balik rumah, kitorang dinner dulu kat Chicken Rice Shop francais Giant K.Terengganu.




Kekenyangan wehh makan kat sini.
Balik rumah dah tak makan dah.

Ok, hari lain pulakk...
Abang Kekna dapat rumah baru.
Apartment 3 bilik, 2 bilik air dengan hanya harga sewa RM190/bulan.
Gilee kannn!!
Zaman sekarang mana ada rumah RM190 sebulan.
Bilik Kekna kat KL ni pun RM450 tau sebulan...
Pengsan!!
Huhuhu...

Rumah ni disewakan oleh kerajaan Negeri Terengganu.
Agak besar jugak laa...
Rumah baru, so kitorang luangkan sedikit masa untuk bersihkan rumah ni...
Sebijik sebijan design macam rumah Kekna cume dapur Kekna luas sikit la dari dapur ni.


Kekna takde la buat kerja berat pun sebab kaki masih tak sembuh lagi.
Eh, sekarang ni pun kaki Kekna still sakit tapi jarang-jarang laa...


Kekna just mop lantai dan sesekali sembur lantai dengan air je.




Laluan ke bilik ni pun sebijik macam rumah Kekna...

Untungnya laa Abang Yu.
Dah rumah cantik, besar, murah pulak tu.
Memang rezeki dia laa...


Petang-petang kitorang dihidangkan dengan keropok lekor...
Dap nyeeeee....


Dan sempat Kekna beli tart telur kat Pasar Chabang Tiga..
Favorite Kekna ni... Melting in mouth omputih kata...
Hihihi... Nyumsss!


Hari raya Haji yang kedua, sedara mara sebelah daddy Kekna ada buat tahlil untuk arwah atuk & nenek.
Kitorang berkumpul kat rumah mak sedara Kekna, Mak Cik Mah kat Pulau Rusa.
Bila ada majlis-majlis macam ni, barulah kitorang boleh berkumpul ramai-ramai.
Bila dah berkumpul tu, havoc la jadinye.
Ada je gosip-mosipp yang keluar. Hihih...


Bergambar dengan sepupu sepapat.







Dari kiri : Makcik Mah, Makcik Yah, Mommy ku sayang, Along Pah, Mak Adang dan yang baju pink tu sepupu Kekna, Ida.


Ramai oihhh yang tegur kulit Kekna rentung.
Memang la rentung.
Ate baru balik dari pulau kann...


Dari kiri : Kak Ejam (kakak ipar Kekna), Kekna, Iwan, Faiz, Shafiq dan Lieya.


Pesen suke bergambor sek-sek ni... hahaha...


Hari Sabtu, Kekna sempat ke pasar malam Hiliran.
Niat hati nak cari cucur udang best in town.
Sekaliii dia tak bukak gerai daaaaa...
Frust menonggeng sungguh Kekna..
Takpelah. Anggap je takde rezeki.

Sabtu malam, Kekna balik KL dengan Iwan dan daddy.
Kenapa Iwan yang hantar Kekna?
Kenapa daddy ikut jugak?
Tunggu next entri ye... hihi...


No comments: