Tuesday, November 17, 2015

Beza dulu dan sekarang

Salam readers...

Kekna baru baca a few comments dari anonymous yang Kekna malas nak fikir siapa.
Komen-komen yang diberi bukanlah untuk entri-entri baru tapi untuk entri-entri lama.

Terkejut gak sebenarnya sebab ada jugak yang gigih baca entri-entri lama Kekna.
Pastu gigih pulak tu untuk komen kat situ.
Nasib baik Kekna buat mode comment moderator.
At least Kekna tahu la ada komen baru.
Kalau buat auto approve, Kekna sendiri pun takkan sedar komen tu.

Tapi tak apalah.
Terima kasih kepada si pengomen.

Cuma Kekna tak berapa setuju la dengan komen-komen yang diberi seolah-olah menghentam kawan-kawan lama Kekna dengan bahasa-bahasa yang tak elok.
Pastu komen tentang diri Kekna yang dulu-dulu.
Come on... benda dah lama kot!
Dah bertahun-tahun lepas... 
Kekna rasa tak perlu kot nak diungkit balik...

Kita ni manusia.
Ada masa kita berubah.
Dari tak baik, kita berubah jadi baik.
Dari baik, ada jugak yang berubah jadi tak baik.
Itu namanya transformasi.
Kite berubah.

Kalau dulu Kekna tak pakai tudung langsung, sekarang ni Kekna dah pakai tudung dah walaupun on off.
Kalau dulu Kekna seksi meksi nak mamp tapi sekarang ni dah tak seksi lagi dah...

Just terima diri Kekna sekarang.
Tu je.

Kekna pun ada blogwalking.
Tapi takde la sampai nak pi korek cerita orang yang bertahun-tahun sudah.
Nak kenal dengan orang, kenal diri dia yang sekarang.
Bukan kenal diri dia yang dulu.
Kalau dia dah baik sekarang, kenapa perlu kita nak tengok cemana dia dulu-dulu?
Betul tak?
Then, kalau tak suka dia, tak perlu nak amik tahu hal dia pun.
Senang.

Kekna bukannya ape.
Tak suka la ada aura-aura negatif ni.
Kite cakap, setiap orang bahagianya adalah berbeza.
Tapi takkan la kita bahagia dengan mengorek kisah-kisah lama orang lain...
Tak adillah macam tu.

Siap cakap, "nasib baik la awak dah tak berkawan dengan si polan binti si polan. Dia perempuan tak guna.."
What the fish cake is that?
Kenapa perlu macam tu?
Kita berkawan dengan mat pit sekali pun, tapi kalau iman kita kuat, takdenye kite ikut dia jadi mat pit jugak.

Dalam hal ni, walaupun Kekna dah tak berkawan dah dengan gadis itu, tak semestinya Kekna suka orang kutuk-kutuk dia.
Whatever it is, dia pernah menjadi kawan baik Kekna.
Plus, awak siapa nak kutuk-kutuk dia?
Kenal pun tak...
Tak adil awak judge dia macam-macam...
Sebelum awak cakap orang tu tak guna, orang ni tak guna, awak  kena ingat jugak, awak tu berguna sangat ke?
Entah-entah awak lagi tak guna dari dia tau. Hewhew...
Eh, jangan sentap pulak tau.

Kita ni sebelum bercakap, sebelum judge orang itu ini, kita kena judge diri kita dulu.
Kite tak tahu kita ni ahli syurga ke tak...
Jadi, kita tak payah nak judge orang lain macam orang tu ahli neraka.

Sejarah silam orang, jangan diungkit-ungkit.
Kekna akui dulu Kekna teruk sangat-sangat.
Zaman muda-mudi orang kata.
Now Kekna dah masuk 3 series dah.
Boleh fikir mana baik mana buruk.
Mana elok, mana tak elok.

Kalaupun kita ni ada ilmu agama yang kuat, tak semestinya memberikan kita lesen untuk mengutuk dan mengeji orang lain.

Muhasabah diri  sendiri dulu sebelum menyuruh orang lain bermuhasabah.

Sekian... TQ.