Wednesday, November 4, 2015

Birthday excuse bijjjj :)

Salam readers...

Sepatutnya dah lama dah Kekna update kisah ni. 
Tapi nak buek cemano kan... Dah kebizian melanda.
Punyalah busy cari duit sampai kekadang tak cukup tido wehhh...
Kalau ada masa Kekna boleh balik rumah awal, memang takde benda lain dah.
Nampak je katil dan bantal, terus lelap je.
Orang call ke, mesej ke memang tak sedar dah. 
Pastu mulalah kena marah sebab tak menyahut. T___T

Takpe.
Hidup kita orang lain mana tahu kan.
Kekna tak salahkan sesape pun.
Macam yang Kekna selalu cakap, lantak laa orang nak kata apepun.
'Dok degih' orang Tranu kate.. Hihihi...

Entri ni kira entri throwback la...
Sebab dah lama tapi baru nak update.
Sila jangan kecam saya. Mihmihmih...

Kisahnya birthday Ekin aka excuse bijjj pada 19 Sept.
Memang dah berkurun dah sebenarnya...

Eh kenapa panggil Ekin excuse bijjj?
Sebabnya ada mulut-mulut puaka cakap dia suka bagi alasan.
Alasan apepun Kekna tatau.
Sebab setahu Kekna, Ekin ni tak suka bagi alasan.
Kalau dia boleh, dia akan bolehkan jugak.
Kalau dia tak boleh, barulah dia cakap betul-betul tak boleh.
Tapi biasa la manusia-manusia ni kekadang suka manipulate ayat orang.
Hadap aje laa kan...

Maka, disebabkan insiden itu, lekatlah geng-geng avengers panggil dia 'Excuse Bijjj'.
Muahahahha...

Malam birthday itu, Ekin ajak Kekna keluar makan.
Fikir punya fikir, dia bawak Kekna makan kat Boat Noodle, Jaya One.
Memang tak plan pun nak belanja Ekin sebenarnya.
Dan Ekin pun tak fikir yang Kekna akan belanja dia.
Tapi dah namanya birthday.. Haruslah Kekna belanja birthday girl itu.


Sementara menunggu makanan, kitorang snap snap dulu.

Eh, sekarang ni yum mama dah takde kat boat noodle!
Sedihnya...
Dah la sekarang ni Kekna tengah craving for yum mama tu. T___T
Ada tak sesape yang buat delivery yum mama atau kerabu maggi?



Inilah birthday girl itu.
Dia tak tahu yang malam tu Kekna nak belanja dia makan..
Hihi..


Tak sharp pulak gambar ni.
Tapi takpe lah.. Nak tepek jugak kat sini...


Ni antara yang kitorang makan.
Antara ye...
Datang boat noodle ni tak sah kalau tak makan banyak-banyak.
Ate pelahap semuanyaa...

Dah habis makan, kitorang jalan-jalan dalam Jaya One tu.
Pastu Ekin cakap dia nak beli something.
Alang-alang dia ralit sangat shopping, Kekna terjah kiosk Famous Amos tu.
Kekna belikan Ekin coklat toblerone dan teddy bear kecik.
Murah-murah aje...


Now teddy bear tu dia letak kat handbag dia... :)

Kadang-kadang nilai persahabatan itu lebih bernilai dari duit.
Sebab itulah Kekna tak berkira sangat dengan kawan-kawan Kekna.



1 comment:

ekin comel said...

muah ciked :p