Monday, November 30, 2015

Farewell geng secretary - Zainab @ Jen Jen

Salam readers...

Lepas sorang..sorang yang pergi meninggalkan Menara TM ni.
Memula En.Zul, sekarang ni Jen Jen pulak.

Ok, Jen Jen ni kawan baik Kekna sejak kitorang join kursus secretary pada tahun 2012/2013.
Kekna selalu la tumpang Jen Jen pergi kursus tu sebab dia pun duk dekat dengan rumah Kekna.
Kekna duk Kerinchi je. Jen Jen pulak duk kat Pantai Dalam.

Jen Jen ni lemah-lembut je orangnya.
Tak pernah nak tinggikan suara.
Baik pulak tu.
Tu yang Kekna suka berkawan dengan dia.

Sekarang ni dia dah dapat bertukar ke Johor.
Alhamdulillah akhirnya dia dapat jugak tinggal bersama-sama dengan suami dan anak dia.
Sekarang pun Jen Jen sedang mengandung.
Tinggal beberapa bulan aje lagi nak meletopss... Hihi...


Jen Jen.

Kekna dan kawan-kawan plan nak belanja Jen Jen makan sempena farewell.
Yela, lepas ni tatau la bila lagi boleh jumpa kan?
Harapkan whatsapp dan call aje la yang menghubungkan kitorang nanti.

Kekna, Mimy dan Ika bawak Jen Jen pergi makan tengahari di BBQ Chicken di Plaza Pantai minggu lepas.
Nasib baik orang tak ramai...
Ate sebelum gaji kan.
Acu kalau lepas gaji, kompem-kompem ramai orang kat sini.



Kami.... :)

Makin lama makin berkurangan geng secretary ni.
Kekna pun ada jugak mintak tukar balik Terengganu tapi tak dapat-dapat sampai sekarang.
Cemana ni?
Setiap kali call mommy kat kampung, mesti mommy tanya, "Bila nak tukar sini?"

Alamakkk...
Cane ni? Cane?
Ikut hati memang nak tukar aje tapi entah HR ni...
Susah bebenor!

Ok, back to the story.
Kate lunch kat BBQ Chicken. 
Takkan kitorang saje je datang melepak kan? Haruslah makan jugak.


Korean Charbroiled - Kekna punya 


Hot hot chicken - Mimy punya


Golden crispy chicken - Ika dan Jen Jen punya.
Diorang order menu yang sama...



Gambar kami berempat lagi... :)


Kitorang ada belikan Jen Jen kad dan tudung.
Kekna takdan nak snap gambar tudung sebab tudung tu dah dibalut dah.
Lagipun bukan Kekna yang tukang belikan.
Kekna just bagi duit je.
Hehehe!

Jen Jen,
Saya doakan semoga awak maju jaya di tempat baru.
Semoga awak bahagia selalu disamping suami dan anak-anak serta di tempat kerja yang baru nanti.
Saya juga doakan semoga persahabatan kita tak habis kat sini aje.
Kalau ada apa-apa, kita boleh contact thru fb, whatsapp, wechat, mesej biasa dan call ye.
Ada masa, awak datanglah jenguk-jenguk saya dan kengkawan kat menara ni..
Dan kalau kitorang singgah kat Johor tu, nanti kitorang roger-roger awak eh...

Selamat maju jaya, sahabatku...


No comments: