Friday, November 27, 2015

Farewell Lunch @ Kuriya Japanese Restaurant

Salam readers...

Tengahari semalam Kekna dan geng avengers bawak En.Zul, manager dalam unit Kekna pergi lunch sama-sama.
Iye laa, tak lama lagi En.Zul dah nak berpindah ke state.
Tambah pulak En.Zul akan bercuti panjang sebelum dia berpindah tu.
Jadinya, baiklah kitorang buat farewell lunch ni awal-awal.
Takut tak sempat pulak nak buat lenkali kann...

Memandangkan En.Zul ni pemakan tegar makanan Jepun, kitorang bawak dia pergi makan di Kuriya Japanese Restaurant kat Bangsar Shopping Centre.
Nasib baik la jalan tak jem...
Farid yang drive kereta sebab lepas makan, dia nak balik rumah.
Semalam dia amik half day leave.


Korang tengok la muka Farid bijjj tu.
Amik pic guna hp Kekna..
Kekna buat timer 10 seconds. Punyalah lama menunggu, terus muka dia jadi macam tu...
Hihihi...

Ekin pulak dah tergelak kat belakang.
Adeh, Farid Farid... hahaha..


Cilok gambar kat Malaysian Flavours.


Sementara tunggu waiter carikan seat untuk kitorang, tetibe terserempak pulak dengan artis lawa jelita ni.
Erin Malek.
Ya ALLAH lawa meletup letupsss dia ni.
Kulit cantik berseri.
Lembut je orangnya. Siap tanya, "nak tengok baby tak?"
Terus kitorang serbu tengok baby dia yang comel...
Memang dia tak sombong...

Dah snap, barulah kitorang masuk dalam.


Buku menu dia sangat cantik...
Ada sulam-sulam bunga lagi.


Azleen.


Kekna


Dari kiri ke kanan : Ekin, Leen, Kekna, Farid dan En. Zul...


Suka nau nau dia sebab Kekna snap gambar dia cantik-cantik..



Ni set Leen.


Ni set Ekin


Ni set En. Zul.


Ni set Farid


Ini pulak set Kekna...
Ikan tu sedappp gile!
Kate orang Timur... Makang ikang je laa.. mihmihmih


Ni set untuk semua orang.
Kekna tak makan sebab semuanya tak masak.
Memang tak masuk tekak la jawabnya... huhuhu..




 Kami lagi...




OOTD -semalam.
Simple simple je...

Btw, kami geng avengers mendoakan agar En.Zul dimurahkan rezeki dan gembira di tempat yang baru.
Banyak benda yang En.Zul dah ajar kami semua.
Terima kasih banyak-banyak.
Semoga En.Zul dapat boost sales target kat state nanti.. Hehehe...
Aamiin...


No comments: