Wednesday, November 11, 2015

Hang out with the bijjjess

Salam readers...

Holla hollaaaaa....
Tak terlambat untuk Kekna wish Happy Diwali to all Hindu friends especially the blog readers (ade kew? hehehe) and kengkawan yang beragama Hindu dari GenG.

Malam hari Isnin baru-baru ni Kekna ada masak lauk telur masam manis.
Kekna masak lebih kononnye nak simpan untuk tengahari esok (Selasa).
Lepas masak je, Kekna belek phone.
Sekali dapat mesej dari Ekin kat dalam group.

"Korang jom esok pegi Ikea"

Pastu Farid dan Leen berpusu-pusu jawab, "Ok, boleh!!"... "Yeayy.."

I was like...??
Weh, Kekna dah masak banyak dah ni wehhh...
Tapi Kekna balas jugak, "Ok, boleh je.."

Yela, si Ekin tu mengidam nak makan meatball kat Ikea tu.
Dah lama dia mengidam katanya.
Kesian pulak.
Lagipun dah lama geng avengers tak hang out kat luar sesama.
Kalau hang out pun, mesti tak cukup korum.

Dan kuah masam manis tu Kekna letak dalam freezer.
Lenkali boleh panaskan aje..

Kebetulan pulak hari Selasa Farid dan Leen kena masuk opis.
Pukul 12 tengahari, Ekin datang pick up Kekna kat rumah.
Then barulah kitorang pick up Farid dan Leen kat opis pulak.
Nasib baik la jalan tak jem sangat.
Jem tak jem pun masa dah masuk kat Damansara Utama tu je.


Dah lama tak selfie dalam kereta. Ngeeeeee....


Jari 2 ketul tu jari Leen.
Sibuk je nak sabotaj gambar iollss khenn!

Alhamdulillah parking dalam Ikea senang je dapat.
Tapi kesian la kat Ekin sebab tak dapat makan meatball.
Ramai gile orang uolsss!!!
Takde meja dan kerusi pun untuk duduk sebab penuh sangat.
Kekna pun frust jugak sebenarnye sebab dah lama jugak teringin nak makan meatball tu.
Takpelah... dah namanya takde rezeki...

Akhirnya kami berjalan pergi ke The Curve.
Kat situ kan ada banyak kedai makan.
Discuss punya discuss, kitorang decided untuk makan di Thai Express...


Avengers Girl.
Time ni Farid pergi toilet... Call girlfriend lettew!


Kami, the avengers...
Sat lagi rasanya kitorang bubarkan kot nama avengers ni sebab kitorang bukan lagi investigator dah.
Bebudak 3 ketul tu sekarang dah masuk group finance dah.
Tinggal Kekna sorang-sorang mereput dalam unit lama... T___T

Ok, jomss kita tengok menu ape kat Thai Express ni. :-

As usual, klik untuk tumbesaran.




















Harganya tak mahal sangat kan.
Affordable laaa...

Kitorang yang kelaparan, telah mengorder :-


Kerabu mangga


Stick Noodle Seafood - Leen punya.


Stick Noodle Hor Fun Ekin punya.


Thai iced tea.
 Tak se kick thai iced tea kat Boat Noodle.

Yang kat belakang tu ice lemon tea.
Leen punya.


Candid Leen dan Ekin...


Yang ini pulak Sukhothai. Farid punya


Dan yang ini pulak Kekna punya, Sukiyaki Dry Noodle.
Suka suki Kekna makan ni sebab sedap, masam dan pedas which is pedas gila nak mati...


Ini je yang kitorang bertiga makan tengahari semalam.



Kami....


Dalam pukul 3 petang camtu, kitorang hantar Farid dan Leen balik opis.
Diorang kena sambung buat kerja.
Kekna dan Ekin pulak zassss pergi ke Nexus, Bangsar South.
Lepak-lepak kat situ pulak sambil sesi luah-meluahi.

Best jugak sebenarnya lepak kat Nexus ni sebab walaupun orang ramai but still rasa selesa, sunyi dan tenang je...
Kitorang decide untuk lepak di Starbucks je.



Tengah-tengah sembang, Leen hantar penyata hutang makan tengahari tadi.
Bayar pulak dengan kad kredit Ekin.
So alang-alang Ekin dah ada kat depan, Kekna bayar je la terus.


Kemain snap tunjuk bukti dah bayar. Muahahaha...

Lepak kat sana sampai pukul 6 lebih.
Then, kitorang kembali ke opis sebab nak pick up Farid.
Ajak dia pergi makan malam pulak.
Leen masa tu dah balik dengan shuben dia dah.


Dalam lif pun nak amik gambar jugakk, dah kenapa?


Posing yang sama tapi kawasan lain-lain...
Ok, im still chubby and i know it!
Huhuu...

Malam semalam kitorang makan di Yusof Tomyam, Bangsar.


Makan ni je sebab memasing masih kenyang.
Plus Farid tetibe sakit perut pulak.
Baru je nak gosip-gosip dengan akak tokey kedai tu, Farid kacau daun pulak.
Grrrr.......

Emergency sangat si Farid tu, kitorang singgah kat BHP Bangsar.
Memerut la dia kat situ.
Kekna pulak layan SMULE dalam kereta.

Wehh, best tau apps SMULE ni.
Follow la Kekna ye...
DianaAzizAzmi.
Nanti bolehlah kita karok sesame! :)





No comments: