Monday, November 23, 2015

Jalan-jalan di IOI City Mall Putrajaya & Mitsui Outlet Park, Sepang

Salam readers...

Continue dengan kisah dari entri yang lepas.
Sepatutnya Iwan je yang hantar Kekna balik KL sebab dari pertengahan tahun lagi dia janji something dengan Kekna.
Dia janji if Kekna berjaya pujuk mommy terima gf dia sebagai menantu, dia akan hantar Kekna balik KL.
Dan Kekna berjaya pujuk mommy!
Last month keluarga Kekna pergi merisik gadis pilihan Iwan sekaligus diorang bertunang & diorang plan nak kawin tahun depan.
Alhamdulillah...

Tapi tetibe daddy nak ikut jugak pergi KL.
Kenapa?
Hahahaha...

Begini ceritanya...
Kekna dan Iwan plan nak bertolak ke KL malam.
So, sampai awal pagi, bolehlah kitorang singgah ke rumah Kak Long.
Iwan pulak cakap bolehlah kitorang jenjalan kat Mitsui.

Perbualan Kekna dan Iwan didengari oleh daddy.
*Rasa cam skema pulak ayat Kekna nih.. mihmihmih...

Daddy memang tak pernah pergi ke Mitsui tu.
Terus dia cakap dia nak ikut. 
Tergelak Kekna dibuatnya.. Hahahah...
Dah la balik hari tau... Tak bermalam pun kat KL tu.
Tapi daddy tetap nak ikut.
Pastu Kekna ajak mommy jugak tapi mommy taknak sebab takut penat.

Ok laaa...
Maka, malam hari Sabtu kitorang bertiga bertolak dari Kuala Terengganu ke KL.
Iwan drive, daddy duk seat sebelah, Kekna conquer kerusi belakang.
Takdan sampai kat Dungun, Kekna dah terbongkang dah tido kat belakang.

Sampai kat Kemaman, diorang berhenti makan kejap.
Masa tu dah dekat pukul 2:30 pagi dah.
Diorang makan. Kekna minum je.
Takde selera sebenarnya sebab fikiran duk fikir pasal tido je.
Memang Kekna mengantuk tahap gaban.

Lepas makan, kitorang teruskan perjalanan ke KL.
Pukul 6 pagi kitorang sampai kat rumah Kak Long.
Rehat-rehat kejap. Tido balik...

Pukul 10 pagi Shahril datang bawak kawan baru dia.
Sembang-sembang kejap.
Pastu kitorang bersiap-siap untuk keluar ke Putrajaya.
Kekna nak bawak diorang pergi ke IOI City Mall Putrajaya.
Iwan dan Daddy tak pernah lagi datang sini.
Saja bawak diorang jalan-jalan dan shopping.



Daddy malu pulak nak berposing.
Takut tak muat masuk dalam gambar lettew.
Sebab tu control macho je kat belakang...


Iwan.
Driver dan photographer setia Kekna... hahaha...

Dah jalan-jalan, Kekna ingat nak bawak la diorang pergi makan kat restoran-restoran ke ape.
Tapi daddy request nak makan kat food court.
Yela daddy. Food court pun food court la.
Asalkan daddy bahagia ye.


Kekna beli ini.
Dah tak tahu dah nak makan ape sebenarnya.
Tapi memang sekarang ni Kekna lebih suka makan mee atau spaghetti.
Tatau la kenapa.



Kami...!

Dah kenyang, kitorang berlalu pergi ke Mitsui pulak.
Masa tu pun dah petang dalam pukul 5 lebih camtu.


Bukti dah sampai sini.

Mitsui ni bagi Kekna biasa-biasa je.
Barang mahal-mahal jugak.
Kalau bawak paling kurang 3K, barulah best nak shopping kat sini.
Hari tu Kekna bawak duit tak sampai pun RM600.
So, takde benda sangat nak beli.
Jalan-jalan, tengok-tengok, pastu blah.
Hahahaha...

Ade orang kata kat sini perfume murah.
Kekna takde pulak survey ke ape sebab perfume Kekna berlambak lagi kat rumah tu.
Kang kalau beli, tak terpakai pulak.
So, Kekna memang tak tahu murahnye tu setakat mana.
Terlajak murah ke ape, wallahualam.

Malam lepas makan, barulah Iwan hantar Kekna balik rumah.
Penat hoihhh...
Esoknye Isnin nak kena pergi kerja lagi.
Kaki pun still sakit lagi.

Malam tu Iwan decide untuk stay kat rumah Kak Long 1 malam.
Letih lettew.
Kekna dah agak dah...
Mana boleh datang KL balik hari kalau drive.
Kena bermalam jugak sebenarnya...

Esoknya tu barulah daddy dan Iwan bertolak balik ke Terengganu.
Alhamdulillah memasing selamat sampai...

No comments: