Thursday, November 5, 2015

Macam-macam

Salam readers...

Mengantuk.
One word to describe perasaan Kekna sekarang ni.
Nak bukak mata pun rasa berattt je.
Tapi ada kerja kena buat. Still kena siapkan.

Kekna mengantuk sebab tak cukup tido.
Semalam pukul 1 pagi baru sampai rumah.
Ngedate dengan ZH punya pasal.
Tapi takpe. Kekna suke... Suke sebab masyukkk!
Bukan sebab maksiat ke ape..
No...no...no...
Hidup lebih tenang dan berkat wehhh tanpa buat maksiat.
Nak bercinta boleh aje... Tapi jangan fokus on kesedapan yang berdosa itu.
Nak sedap, tunggu laa kawin dulu.
Ingat pesan Kekna ni tau.

Semalam dari ofis ZH, kitorang pergi makan dulu.
ZH ni kuat makan.
Tapi Kekna jeles dengan dia sebab badan dia cenggitu je la...
Kurus. Tapi idok la cekeding. Idok juge sado.
Sesedap rasa orang kate.
Orang yang ada badan sesedap rasa ni pakai apepun nampak lawo atau hensem.
Ye tak?

Acu kalau Kekna ni makan banyak, mesti badan macam dipam-pam.
Kalau makan sikit pun, alahaiiii nak turun tu punyalah payah.
Amende jenis body la ni.
Tapi apepun Kekna bersyukur sangat-sangat sebab ada badan yang sihat.

Owh, petang ni tesco online akan datang ke rumah Kekna.
Kekna ada purchase online barang-barang dapur.
Senang. Takyah dah kita susah-susah nak angkat barang-barang berat.
Kekna beli beras, minyak, bawang, makanan-makanan dalam tin, telur, mineral water 2-3 dozen...
Hihihi...
Kekna memang minum mineral water sebab Kekna tak masak air kat rumah.
Tahu je la kualiti air kat KL ni.
Air berkarat. Masak sekejap, letak dalam botol.
2-3 hari lepas tu mesti berkeladak karat kat bawah botol tu.
No no no...
Sangat tak menyihatkan. Bahaya lak tu.
Takpelah bergadai duit sikit pun demi kesihatan diri sendiri jugak.

Eh, back to main story pasal mengantuk tu.
Actually Kekna tak kisah pun mengantuk ke ape.
Sebab balik kerja nanti, bolehlah tido balik.
Kekna mengantuk pun sebab Kekna penat.
Penat cari duit lebih. Penat buat bisnes.
Tapi Kekna happy dengan apa yang Kekna buat.
Kekna build networking dengan ramai orang.
Kekna jadi berani nak berdepan dengan semua orang.
Seronok sangat bila ada keyakinan dalam diri.

Esok malam ada party lagi dengan GenG.
Yang tu satu hal jugak tu.
Kena fikir nak pakai baju ape pulak..
Tapi geng-geng tu tak kisah pun nak pakai baju ape... diorang relax je.
Geng-geng tu jenis sempoi.
Tapi at least nak la vogue the vass kan. Hahahah...

Ok la, Kekna dah nak balik.
Kang nanti van tesco tu sampai dulu pulak depan rumah Kekna tu.

Babai...


No comments: