Friday, November 6, 2015

Party GenG

Salam readers...

2 minggu lepas Kekna ada party kecik kat Taman Esplanade.
Bukan parti liar ke ape.
Makan-makan potluck, karok pastu kenal-kenal dengan kawan baru.
Tu je.

Memang si MR ni suka buat makan-makan kat rumah dia every Friday.
Meriahuolls!

Paling Kekna jeles, dah la rumah banglo besar, siap ada set karok lagi, cantik, deco simple, kemas lak tu.
Rumah Kekna pun tak sekemas rumah diorang.
Memang jeles sesangat la...

Dah namanya parti potluck, haruslah kena bawak makanan kan.
Kekna memang tak sempat la nak masak.
Ate buat parti hari kije. Memang takdan la nak masak apa-apa.
So, Kekna order je domino's pizza & hantar direct ke address rumah MR.
Senang. Takyah dah susah-susah nak bawak ke ape.
Balik kerja terus direct je pergi ke rumah MR tu.
Dah la jalan sane jem semacam...
Taman Esplanade tu duk area Bukit Jalil.
Horror ok dia punya jem...

Aritu dekat pukul 8 malam Kekna sampai ke rumah MR.
Dah ramai sebenarnya yang datang.
Kekna antara yang lewat sampai. Hihihi...
Mase sampai tu tengok-tengok EE tengah menyanyi.
Mamat-mamat lain sedang sibuk siapkan makanan kat dapur dan hidang kat meja makan.
Ada yang tengah panaskan makanan, ade yang tengah potong buah.
Amboiii, calon suami terbaik sangat ni... Haha..


Ni antara makanan yang ada.


Paling win swedish meatball ni.
Chef dari Cheras yang buat.
Sedapp gilossss!!


Lepas makan, sambung karok lagi sampai tengah malam.
Actually masa karok ni la Kekna kenal-kenal dengan orang baru.
Ade la 5-6 orang baru yang datang ke parti ni.

Ada yang tanya Kekna dah lama ke kenal MR, ZH, EE dan lain-lain tu.
Pastu Kekna cakap la baru aje kenal seminggu lebih.
Diorang macam terkejut sebab Kekna macam rapat sangat dengan diorang ni.
Mana la tak rapat... Siap pergi Sunway Lagoon sama-sama lagi.
Masa kat Sunway Lagoon tu la kitorang start rapat tu...
Diorang pulak jenis sporting & tak kisah.
Memasing kepala gila-gila.
Jadi cepat la rapat.
Kalau jenis diam tu, susah la jugak kan...

Aritu pukul 12 tengah malam ZH hantar Kekna balik rumah.
Penat sangat-sangat tapi happy la.
Maunye tak happy, boleh karok lama-lama kot. Hahaha...

Malam ni diorang buat lagi parti.
Kekna memang kena pergi sebab ada sesi menarik malam ni.
Rugi sangat kalau tak pergi.
Nasib baik jugak cherry berry Kekna tak melarat.
Semalam Kekna cherry berry sebenarnya. Teruk jugak.
Kul 3 pagi baru boleh tido.
Itupun tak lena. Menahan sakit punya pasal.
Ade yang mesej tanya nak pergi klinik tak?
Kekna cakap takyah...
Taknak menyusahkan sesape sebenarnya.

Sampailah pagi tadi still sakit lagi.
Banyak kali pergi toilet.
Dah isytihar bff dah dengan toilet tu. Hewhew...

Sekarang still terasa tapi tak teruk sangat.
Jangan la time parti nanti tetibe datang balik sakit perut tu.
Tak tahan ohhh!



2 comments:

Anonymous said...

Salam,just bg peringatan je just jaga diri kat tmpat org,geng tu ade perempuan x,jgnla semuanya llaki,xmanis rasanye berkumpul mcm tu smpai tgh mlm,cuma teguran dari pmbaca blog awk,hrap xkecil hati,salam.

diana aziz said...

Anon : Wslm. tq sgt2 sebab concern. geng ni ada perempuan. melayu ada, chinese pn ada. cume sebelum ni sy rapat dgn geng2 lelaki je & x kenal geng2 pmpn tu. bila dh ada mjlis mkn2 mcm ni, barulah sy kenal diorang smua. sy takkan pergi kalau sy sorang je pmpn. jgn risau ye.. :)