Wednesday, November 25, 2015

Potluck GenG

Salam readers...

Last Friday, macam biasa GenG buat gathering.
Kali ni ada potluck meriah punya.
Macam-macam ada.

Kekna kemain bersemangat nak ke sana...
Padahal Kekna dengar jalan jem teruk sebab ada presiden itam tinggi datang Malaysia tatau ape jadah dia buat kat sini...
Jalan banyak yang ditutup disebabkan dia sekor... eh, sorang... hewhew...

Kekna bertolak dari rumah pukul 6:15 petang.
Sampai kat rumah MR dalam 6:55 petang.
Jalan jem punya pasal.
Kalau tak 15 minit je perjalanan ok.

Sampai rumah MR, tengok-tengok diorang dah start karaoke.
Kekna dan beberapa orang lagi sibuk setup kan meja makan.
Tak suke la tengok sepah-sepah ni...
Makanan susun elok-elok.


Hawaiian grill prawn.
Marvelessss gileee...
Mananya tak marveles, chef yang masak.


Hawaiian grilled prawns yang belum di grill.
Nyumsss nyumsss...


Dah namanya potluck, haruslah memasing bawak makanan kan...
Kekna bawak congobars ni...
Semua orang puji sedappp. Hihi.. Kombang lobang idung.
EE paling suka congobars ni. 
Siap berhenti karok semata-mata nak makan congobars ni banyak-banyak.
Hihihi...


Bihun pun ada.


MR masak nasi goreng.
Sedapnyee nauzubillah!

Eh, makan tu makan juga.
Tak kisah siapa yang masak.
Yang paling penting, semua makanan adalah 100% halal!

Ada lagi makanan lain.
Ayam goreng, ayam roasted pun ada...
Sayur-mayur...
Sampai tak habis makanan-makanan tu sebab banyak sangat.


Dah makan, sambung sesi karok...


CH duk menari je...
Ada video diorang menari tapi malas la pulak nak letak kat sini...


Kekna dan IW.
IW ni mix. Half chinese, half Malay.
Suke dia sebab gila-gila... hihihi...


Dari depan : EE, JJ, MZ, GY dan yang mengintai kat belakang tu MR...

EE ni suara dia best tau. Meletopsss suara dia.
Best gile! Siap ada mic sendiri lagi uollss!
Diva jugak dalam apps Smule tu.

JJ tu pun boleh jugak menyanyi.
Lagu-lagu Anuar Zain sesuai la dengan dia.
Kekna duet dengan dia nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai.
Siap menari bagai. Hahah...

Ala, diorang ni semua sporting.


Actually masa jejantanss ni duk wefie, Kekna duk sembang-sembang dengan the girls tau kat sebelah diorang.

Pastu CH tanya, "Why dia tak ajak kita wefie sekali??"

Apelagi, mulalah Kekna and the girls mengacau.
Muahahaha...
Diorang ni layankan aje.


Snap banyak-banyak...
MR yang duk sibuk menyanyi tu pun sempat enterframe kat belakang eh...
Hihihih...

Owh, malam hari Jumaat lepas ZH takde sebab abang dia kawin kat Penang.
So, Kekna datang sendiri je kat rumah MR ni.
Yela, seminggu sekali je jumpa kan..
Nak jumpa hari lain dah susah dah.
Memasing sibuk dengan kerja dan bisnes masing-masing....

No comments: