Tuesday, November 17, 2015

Welcome to 3-series club! Hohoho...

Salam readers...

13 Nov baru-baru ini, genaplah umur Kekna 30 tahun.
Ohmaiii, dah 3-series ok! Hohoho...
Tapi ada apa pada umur kan?
Yang penting jiwa raga ni sentiasa muda.
Gittew...

Kisahnya on my birthday, memang Kekna tak expect apa-apa.
Dapat wish dari family, sedara-mara dan kengkawan dah cukup dah...
Sejak pukul 12 tengah malam Kekna terima ucapan hari lahir dari family dan kawan-kawan melalui whatsapp.
Awal pagi pun sama.
Celik mata je, terus tengok henset.
Berlambak mesej-mesej yang Kekna terima.
Terima kasih sangat-sangat kepada semua!
Terus rasa disayangi sangat-sangat... hahaha... poyo jek!

Tengahari hari Jumaat tu, Kekna lunch dengan geng-geng avengers kat pantry opis diorang.
Kekna yang sampai dulu. So tunggu diorang kejap kat kerusi pantry tu.
Pastu Leen sampai.
Lepas Leen, tak lama lepas tu Farid dan Ekin pulak sampai.
Tetibe diorang hulur sepotong kek chocolate cheese untuk Kekna sambil nyanyi 'Happy Birthday'.
Diorang memang tahu Kekna suka kek coklat.
Amboiiii, surprise sangat!
Kekna tak sangka pulak diorang belikan kek.
Diorang kan busy buat kerja berlambak kat opis tu.
Kekna ingatkan diorang takde masa nak pergi turun beli kek tu kat Secret Recipe.
TQ bijjjesss!
Love uollss sooo much!








Amboiii... happy 3-0 sangat...
Dulu kepala 2.. Sekarang dah kepala 3.
Tak puas lagi sebenarnya duk dalam umur kepala 2 tu... T__T

Dah habis waktu lunch, Kekna sambung buat kerja.
Lagi 5 minit sebelum balik kerja, Kekna dapat call dari receptionist.

"Ada barang untuk cik kat lobby..."

Kekna dah macam... hah??
Kekna tanya la barang ape...
Receptionist tu cakap, "barang laa..." sambil gelak kecil.
Eh, eh! Nak berahsia pulak.... -___-

Terus la Kekna turun ke lobby cepat-cepat.
Receptionist tu hulur bunga kat Kekna.
Ya ALLAH, sape pulak yang bagi ni?

Terus belek-belek celah bunga. Cari kad.
Ok, tertera terang-terang nama si pemberi bunga.
Kekna ingatkan dah tak dapat dah bunga this year.
Eh, eh... dapat lagi rupanya. Ngeeeeeee.... :)


A bouquet of white japanese roses.
Total 12 kuntum bunga kembang...
Pastu 8 kuntum bunga kuncup.


TQ awak. I'm appreciate coz you still remember my birthday and your effort to buy this flowers and deliver to me...

Send gambar ni kat si pengirim dan geng avengers jugak.
Pastu mulalah Kekna disoal macam-macam.
Siapa bagi? Siapa yang hantar? Bunga ape tu? Kenapa si dia bagi?
Kenapa ditulis nama Nurubiana di kad itu?
Suppose tulis Nuradiana.
Terus geng-geng avengers panggil Kekna Nurubiana. Kurang asam sangat kan! -____-

Tapi memang bernasib baik sangat la time tu Kekna tak balik lagi.
Memang Kekna plan nak balik on time sebab malam hari Jumaat tu Kekna ada home party.
Parti tu start pukul 9 malam.
Kalau Kekna balik awal, bolehlah rehat-rehat dulu.
End up pukul 6 petang jugak Kekna balik rumah.

Rehat-rehat, last last Kekna terlelap.
Nasib baik la Kekna terdengar azan Maghrib.
Assolatu kejap, lepas tu siap-siap nak pergi home party.

Actually Kekna berdebor sebenarnya nak pergi home party ni.
Sebab since last week ZH dah bagi hint macam nak buat surprise...
Kekna segan la kalau bab-bab surprise ni.
Dah la ZH dan MR ada bagitahu this week ramai yang akan datang home party tu.
Adehhh...

Pukul 9 lebih Kekna sampai kat rumah MR.
Sembang-sembang dengan diorang dan kenal-kenal dengan kengkawan baru.



Dari kiri : Kekna, ZH, CD, MR, baju biru 2 orang tu Kekna lupa nama apa, KT dan yang paling ensem kat depan tu, JJ.


Kekna dan Ziha.




Masa ni Kekna rasa cam.... ok selamat takde surprise surprise.
Lega sikit hati ni.

Tengah-tengah sembang dengan Ziha, tetibe Kekna dengar suara ZH menyanyi lagu 'Happy Birthday'. 
Serentak lampu rumah semua off. Pastu memasing menyanyi lagu Happy Birthday jugak.
Tergolek Kekna atas sofa putih tu sebab terkejut...


ZH pass the cake kat Kekna.
Terharu + terkejut ohhh!
Maunye tak terkejut... Ingatkan dah nak balik dah sebab mase tu dah dekat pukul 12 malam kot!




Ya ALLAH... Ya ALLAH... Ya ALLAH.
Sumpah Kekna terkejut.


Nasib baik laa Kekna ni takde sakit jantung tau.
Kalau tak, terkejung dah kat situ kena heart attack. Hahaha...

Memang Kekna dah syak dah pada mulanya.
Tapi dah lewat sangat time tu, ingatkan dah takde pape dah.
Rupa-rupanya... ha amik kau!


Amik gambar beramai-ramai....
Dari kiri (belakang start dengan baju hitam duduk) : EE, Chenny, MZ, tak ingat, JJ, CD, tak ingat, tak ingat, IW, tak ingat, DS.
Depan : KT, JC, Ziha, Kekna, ZH, DN dan MR.

Terpaksa short form kan nama diorang atas sebab-sebab tertentu.
Plus ramai yang Kekna tak ingat nama diorang.
Al-maklum la jarang jumpa.


A surprise birthday black forest cake for me from GenG...

Tq all!
Love uollsss jugee!

Btw, sebelum balik ZH pesan suruh Kekna bawak balik the cake.
Ada dalam separuh lagi laa yang tak habis.
So, Kekna letak la balik kek tu dalam kotak.

Sementara tu, ZH bagitahu dia nak pergi panaskan enjin kereta before hantar Kekna balik.
Tengah menunggu ZH panaskan enjin kereta, Kekna sembang-sembang la dengan IW.
Dah syok sembang tu, ZH masuk dalam rumah.

"U, jom..."

Kekna pun zassssss terus amik handbag dan ikut ZH masuk dalam kereta.
Dalam kereta, kitorang sembang-sembang laaa tapi dalam hati Kekna dah rasa tak sedap dah.
Rasa cam ada benda tertinggal.
Kekna check la jugak dalam handbag kot-kot hp tertinggal ke, purse tertinggal ke...
Tapi semua tu ada... so Kekna ignore je la perasaan tak tenang tu.

Sampai depan rumah, time nak keluar dari kereta, tetibe ZH tanya,

"U tak bawak balik kek ke?"

Kekna terus jeritttt!!
Patut la rasa macam ada benda tertinggal. Kek rupanya!!
Adehhh!!
Sabo je laaaa....

Takpelah... dah takde rezeki kann...
Nak patah balik memang tak la kan.
Kesian jugak kat ZH tu nak drive jauh-jauh.
Bangsar south - Bukit Jalil bukannya dekat.
Jauh jugak. Dalam 20 minit without traffic.

Kekna just pesan kat ZH suruh dia letak kek tu dalam peti ais kalau takde siapa nak makan.
Esok-esok pun boleh makan kalau diorang lapar.

Kadang-kadang instinct kite ni kuat kan...
Baru Kekna plan nak share makan kek tu dengan housemate.
Tapi dah takde rezeki kan, nak buat cemana. Hmmm...

............................................................................................................

Ya ALLAH, bersyukur sangat kepadaMU kerana mengizinkan aku untuk menyambut hari lahirku yang ke-30 ini bersama-sama dengan orang-orang yang tersayang.

Kepada family yang tercinta,
Daddy, mommy, kak long, abang zam, abang yu, kak ejam, iwan, shahril dan shazrin serta anak-anak sedara yang dikasihi.. alia, fifi, alyssa dan amisha...
Terima kasih kerana wish birthday Angah.
TQ kepada mommy sebab berhempas pulas bersabung nyawa untuk melahirkan nana dulu. 
TQ jugak kepada daddy sebab provide everything untuk membesarkan nana. Dan juga adik-beradik & anak-anak sedara yang super duper sporting dan menceriakan hari-hari angah.
Angah sayang sangat family kite!

Kepada saudara-mara, kengkawan dan kenalan yang wish birthday sama ada kat wall FB, whatsapp, sms, wechat, insta, tagged dll, terima kasih banyak-banyak. Love uollss!!

Dan 3 kejutan yang Kekna dapat on my birthday.
A slice of choco cheese cake by Geng Avengers, a bouquet of white japanese roses from someone special *you know who you are*, and a black forest birthday cake. 
Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang terlibat dengan surprises ini.
Memang surprise pun sebab memang tak pernah jangka.
Ya ALLAH, terharu sangat-sangat,..

3 surprises bersempena masuk 3-series eh?
Kihkihkihkih...

Akhir kata, Kekna sayang korang semua.
Terima kasih sebab menceriakan hari-hari Kekna.
Bersyukur kepada ALLAH swt kerana menganugerahkan korang semua dalam hidup Kekna.

Syukur... syukur... syukur...






No comments: