Tuesday, December 29, 2015

Balik kampung 23 December 2015

Salam readers...

Kite ketemu kembali selepas beberapa hari Kekna tak update.
Kekna start cuti dari hari Rabu minggu lepas sampailah semalam.
Balik kampung uolsss...

Actually Kekna tak plan pun nak balik kampung akhir tahun ni.
Tapi tetibe je family sebelah daddy Kekna nak buat family gathering.
Rugilah kalau tak join kan...
Nak tunggu tahun depan belum tentu lagi kite sempat join. Betul tak?

Riki punya riki tiket flight, Kekna dapat tiket murah.
RM60 je one way.
Takyah check in luggage pun sebab Kekna bawak backpack je.
Bawak baju, seluar, baju kecik dengan seluar kecik je 2-3 helai.
Kekna balik kampung pun sekejap je.
Bukannya lama pun.

Kekna amik flight pukul 7 pagi.
Pukul 5 pagi, Farid Fredo the weirdo bijjj amik Kekna kat rumah & hantar pergi KL Sentral.
Kekna dah bagitahu dah tak payah hantar.
Yela, taknak la menyusahkan dia kan...
Tapi dia tu sentap pulakkk kononnye Kekna dah janji dengan ZH la, JJ laa..
Adehhh! Kuat sentap sungguh la mamat ni sorang. hahah...

Dah sampai KL Sentral, Kekna amik ERL Ekspress ke KLIA2.
Ya ALLAH, Kekna dah lambat sebenarnye time tu.
By 6:30 pagi barulah Kekna sampai kat KLIA 2.
Pastu berlariii laaa pergi kat gate.
Gate pulak nun hujung kat J5.
Nasib baik beg tak berat sangat.

Lagi 10 minit sebelum waktu penerbangan, Kekna dah selamat duduk kat seat.
Alhamdulillah.


1st time Kekna naik flight awal pagi.
Indah sungguh pemandangan matahari yang sedang naik...
Subhanallah!


Me on that day.
Selebettt ok...

Kekna sebenarnya plan nak tido awal sebelum naik flight.
Kononnye lepas Isyak, barulah Kekna nak tido.
Sekali mata cerah pulakk...
Nak-nak henset Kekna aktif orang tanya pasal produk.
Daripada mengantuk, terus jadi terang benderang mata.
End up Kekna tido dalam pukul 1 lebih pagi.

Pukul 3 pagi Kekna dah kena bangun dah...
Bersiap-siap mandi semua.

Fly pukul 7 pagi.
Sampai kat Airport Sultan Mahmud pukul 7:50 pagi.
Sekejapan je....
Takdan nak tido pon...

Daddy, Amisha dan Fifi yang sambut Kekna kat airport.
Suka sangat laaa anak-anak sedara dapat pick up Kekna.
Berpeluk-peluk.....

Memandangkan diorang tak makan lagi, so Kekna bawak diorang pergi breakfast dulu kat gerai dekat dengan rumah Kekna.
Yela, kesian jugak yang bebudak tu.
Sanggup bangun awal semata-mata nak pick Kekna.


Nasi lemak Ganuuuuu...
Sedap wehhh!!
Sambal manis dan pedas.
Nasi memang terasa lemak santannya.
Adehhh, teringin la pulak...


Sampai rumah, makan pulak nasi impit sambal hitam.
Perghhh... lama gila ohhh tak makan nasi impit sambal hitam ni!

Balik kampung kali ni memang Kekna takleh rehat langsung.
Ada je benda yang Kekna kena buat...

Dan aktiviti selepas maghrib adalah pergi ke Mydin Mall.
Beli barang-barang.
Iwan plak sibuk nak cari beg tarik untuk tunang dia...
Layankan aje laaa...


Kekna la yang kena jadi modelnya.....

Mydin Mall ni dekat je dengan rumah abang Kekna.
So, singgah kejap kat rumah Abang Yu.
Last Kekna pergi rumah dia masa bulan 9 hari tu.
Lepas Kekna balik dari Pulau Perhentian.
Mase tu satu barang pun belum ada lagi.
Sekarang hampir lengkap dah barang-barang dalam rumah tu.
Alhamdulillah rezeki Abang Yu sekeluarga.
TQ kerajaan negeri Terengganu!


Amisha... Anak saudara yang selalu berkepit dengan Kekna.
Tatau la ape yang Kekna dah buat kat dia sampaikan nak makan pun, dia sanggup tunggu Kekna.
Huhuhu....

Sayang sangat kat angah dia ni.. hehehe...




Adik Kekna paling poyo...

Harap-harap tahun depan dia kawin dia takkan jadi lelaki yang takutkan bini atau bini tak takutkan dia...
Kalau jadi, siaplah dia! Huh!


Balik dari rumah Abang Yu, Kekna singgah sekejap kat Taman Warisan.
Jumpa dengan kazen Kekna yang bukak gerai air goncang kat situ.
Saje je la support sepupu kan....


Baju biru tu kazen Kekna.
Dilla namanya....


Yang ni dah buat macam gerai sendiri pulak.
Dia pi bakar sate ikan sendiri...
Haihh... macam-macam peel dia sekarang ni.

Sampai rumah lewat malam dah.
Pastu boleh pulak dia request nak Kekna facial kan muka dia...
Layankan aje laa sebab dia kena bayar. 
Adik tak adik.... tetap kena bayar okeyyy...
Hakak guna produk mahal. Bukannya free sesaje.


Nah... facial pukul 1 pagi sampai 1:45 pagi.

Habis je facial, terus Kekna terbongkang tido...
Penat oiii...






No comments: