Thursday, December 31, 2015

Balik kampung 24 December 2015

Salam readers...

Sambungan dari entri yang lepas.
24 Disember 2015, hari kedua Kekna berada di Kuala Terengganu.
Nak kata ade plan tu, memang la ada.
Tapi entah laa, bila balik kampung ni mata asik nak lelap je.
Rasa macam tak puas hidup pulak... mihmihmih...

Suppose Kekna ada a few facial nak kena buat tapi tak confirm.
So Kekna ikut je la perasaan malas tu.
Hoho... sangatlah tak bagus okeh!
Kalau tak, dah boleh dah dalam RM120 at least... hewhew..

Kekna celik je mata terus mommy Kekna cakap, 

"Mami ada buat agar-agar ubi kentang. Ada dalam peti ais."

Apa lagi, melompatlah kegirangan laaaa...
Favorite Kekna tu...


Dah banyak kali Kekna try buat agar-agar ubi kentang ni tapi tak menjadi langsung...
Last last pasrah je.
Balik kampung, suruh mommy je buat. Habis cerita.
Hehehe..

Tengahari, mommy buat nasi ayam pulak.
Ya ALLAH, nikmat sungguh balik kampung.
Makan tido makan tido je kijenye...
Pastu berat naik 2 kilo... Terus menangis sorang-sorang. Hewhew...


Petang, Abang Yu ajak keluar jalan-jalan sekitar bandar Kuala Terengganu.
Memandangkan hari tu hari Jumaat, Kekna request dia bawak pergi ke Pasar Minggu Taman Shahbandar.
Kekna nak cari cucur udang favorite Kekna.

Bulan 9 lepas jenuh Kekna mencari cucur udang ni tapi dia tak jual pulak.
Alhamdulillah kali ni ade jugak rezeki Kekna.
Tapi tu la, lupa pulak nak mintak no telefon makcik ni.
Takpe, next year kalau jumpa lagi Kekna nak mintak no phone dia.


Dari Kekna kecik sampai sekarang resipi dia tak pernah berubah.
Memang cenggitu la rupa dan rasa dia.
Sedap.
Rangup kat luar tapi gebu gebas kat dalam.
Pastu tak kedek pulak tuuu...
Kalau udang kecik, mesti dia letak 2 ekor untuk 1 cucur.
Kalau udang besar barulah dia letak sekor je.
Harga dia masa Kekna kecik-kecik dulu dalam RM0.20 je sebijik.
Sekarang dah naik RM0.50.
Tapi ade pe hal dengan harga kan... Berbaloi besar cucur dia besar dan sedap!

Pastu Abang Yu bawak jenjalan kat TER.
Pemandangan kat sini toksah cakap la...
Memang cantik meletuppsss!
Ramai yang buat photoshoot kat sini.





Dengan anak sedara sulung Kekna, Alia.
Dah besar dah anak sedara Kekna ni...
Tahun depan dah nak 16tahun dah.
Kejap je masa berlalu.
Angah dia jugak yang tak kawin-kawin lagi ni.


Amisha, Alyssa dan Ibu diorang, Kak Ejam.
Amisha dan Alyssa ni anak-anak sedara kesayangan Kekna.
Dua-dua ni cerdik...
Kirenye harapan keluarga jugak laa...
Amisha tahun depan dah darjah 6.
Kakak Alyssa pulak dah nak naik tingkatan 3.


Kami....


Anak-anak sedara kesayangan nih...
Semua lagi cantik dari angah dia.. T___T




Tatau la ape pesen diorang posing cenggini.
Remaja la katekan.
Layankan je la... :D



No comments: