Tuesday, December 15, 2015

Kenapa orang Cina lebih berjaya dari orang Melayu

Salam readers...

Kawan-kawan terdekat dan kawan-kawan FB dah tahu Kekna dah terjebak dengan bisnes.
Bisnes kecantikan dan kesihatan.
Kekna join bukan saja-saja.
Tapi Kekna nak dapatkan income lebih sekaligus dapat tolong diri Kekna sendiri dan keluarga.
Plus Kekna jeles tengok orang lain berjaya.
Kekna pun nak berjaya jugak.
Kalau orang lain boleh berjaya, takkanlah kita ni tak boleh pulak kan?
Nothing is impossible!

Bila dah berkecimpung dalam dunia bisnes ni, Kekna sendiri boleh nampak kenapa orang-orang Cina lebih berjaya dari orang Melayu.
Ramai bisnes partner Kekna di kalangan orang-orang cina yang baik hati.
Dari hasil sharing yang Kekna attend, Kekna memang boleh nampak perbezaan di antara orang cina dan orang melayu.

Apa perbezaannya?
Meh Kekna list kan.


1.

Orang Melayu tak berfikiran terbuka

Memang dari kecik mak ayah kita didik kita supaya bila dah besar nanti dapat kerja di pejabat.
Makan gaji.
Kononnye kerja di pejabat ni lebih terjamin dan berpendapatan tetap.
Sedangkan orang Cina mendidik anak-anak mereka untuk belajar pandai-pandai dan bila besar nanti boleh buka bisnes.

Ingatkah kita bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :-

"Ceburilah kegiatan perniagaan kerana di dalamnya terdapat sembilan per sepuluh sumber rezeki."

-Ayat At- Tirmizi-

Tapi kenapa kita sebagai seorang muslim taknak menceburkan diri kita dalam perniagaan?
Kalau bab kahwin empat, amboiiihh semua nak ikut. Sunnah katanya.
Tapi kenapa bab ni kita tak ikut pula?


2.

Fikiran negatif mengenai perniagaan

Kebanyakkan orang Melayu takut untuk menceburi bidang perniagaan kerana takut.
Perasaan takut tu datang kerana mereka berfikiran negatif mengenai perniagaan.
Takut nak ambil risiko.
Takut rugi. Takut jadi mangsa rompak. Takut takde work-life balance (kononnya!).
Apa-apa pekerjaan pun memang akan untung rugi.

Tengok macam orang-orang Cina.
Diorang mana takut rugi.
Itu adat dalam perniagaan maa...
Mana ada sesebuah perniagaan yang baru bermula terus dapat untung.
Dapat untung seringgit dua pun dah okay.
Nanti lama-lama untung banyak laa...


3.

Orang Melayu nak cepat kaya. Nak cepat untung.

Ini masalah orang-orang kita.
Nak buat sesuatu je mesti nak cepat-cepat dapat result.
Takleh nak sabar sikit.
Contoh, baru je nak start berniaga kalau boleh esok nak ada untung dah.
Terus nak pegang duit ribu-ribu, juta-juta.
Kalau tak untung, terus rasa down.
Terus rasa macam, "ahhh, berniaga ni bukan jiwa aku."
Duh!

Karya J.K Rowling pernah ditolak oleh 12 major publishers sebelum publisher yang ke-13 memasarkan naskhahnya.
Colonel Sanders yang femes dengan ayam goreng dengan 11 rempah istimewa direject sebanyak 1009 kali sebelum ayam gorengnya dikenali ramai!

Kejayaan pasti ada dengan syarat ada usaha yang berterusan.


4.

Asyik minta diskaun

Kawan-kawan semua tahu Kekna ada jual collagen terbaekk di pasaran.
Ramai yang berminat nak beli.
Kawan-kawan juga tahu Kekna ada menawarkan facial dengan harga murah dengan barang-barang yang mahal dan terbaik.
Dah la guna produk mahal, guna pulak machine yang boleh buat perbezaan wajah serta-merta!
Tapi yang agak mengjengkelkan bila seringkali di tanya,

"Tak boleh bagi diskaun ke? Harga kawan-kawan..."

Pernah tak awak-awak semua buat research berapa harga facial kalau kat luar?
Paling murah RM50 tau.
Itupun yang basic je. Sekadar facial.
Ada tu sampai RM120 sekali facial.
Yang Kekna ni baru RM40, awak dah mintak diskaun.

Awak tahu tak, penat tau nak facial muka orang ni.
Lagipun usaha saya lagi nak ke tempat awak.
Awak just bawak diri dan duit RM40 je.
Kemudahan-kemudahan lain, saya dah sediakan.

Untuk produk-produk lain macam collagen & minuman untuk kurus pun sama.
Kekna bukannya founder ke ape. Kekna bukannya jual produk sendiri.
Kekna jual produk company.
Kalau dah company tetapkan harga macam tu, so macam tu la yang Kekna jual.
Tak boleh jual dengan harga lain dah.
Kekna tak ambil untung langsung.

Ada jugak yang mintak tester.
Adehh, Kekna sebagai peniaga ni pun tak diberi tester, dik non oiii...
Kalau nak try, beli dulu sekotak.
Consume dulu sampai habis sekotak tu.
Then, barulah nampak kesan dia.
Kalau sekadar makan 1 sachet je, memang la tak nampak kesan.
Pastu nanti duk jaja, "Takde kesan pon. Menipu je produk awak ni..."
Nama hakakk jugak yang buruk nanti.

Dah la mintak diskaun, mintak pulak tester...
Then cemana orang-orang kita nak maju?
Sikap meminta-minta ni memang dah jadi barah dalam kehidupan kita ni tanpa kita sedar.
Kekna sedar bila Kekna start berniaga.
Ishh... ishh... ishh...


5.

Lupa diri

Bila perniagaan kita dah maju sikit, mulalah kita start ambil kesempatan.
Contohnya kita berniaga nasi lemak.
Masa mula-mula berniaga dulu kemain lagi nasi lemak banyak siap lauk ikan tongkol, ikan bilis selambak, timun, telur rebus setengah biji, jual dengan harga RM2.00.
Dah rasa perniagaan maju sikit mulalah lupa diri.
Makin hari menjual, makin sikit nasi lemak yang diletak.
Dulu lauk pauk semua berlambak, sekarang ikan bilis pun seekor dua je.
Telur rebus tu potong lapan.
Tapi jual dengan harga RM2.00.

Berbeza dengan orang Cina,
Makin maju perniagaan, makin dia nak maintain the customer.
Diorang makin nak majukan perniagaan diorang.


6.

Melayu susah nak tolong sesama Melayu

Ada sorang kawan Chinese Kekna tunjuk conversation dia dengan kawan yang baru dikenali di dalam whatsapp.

T (kawan Kekna) : I wanna to come over to your place & convince u to buy stuff from me.
J (Kawan T) : Aiyooo... hihi... i'm guessing it won't take much convincing.
T : Hahaha... what time u free on Sunday?
J : What product? bla... bla... bla...
T : Bla.. bla..blaaa...
J : Haha.. ok la. Help u...

Seee... Nampak tak?
 Acu Kekna hantar mesej yang sama kat sape-sape di kalangan orang Melayu.
Kompem-kompem 1001 alasan akan diberi.
Confirm!

Sebabnya Kekna dah puas dah dengar macam-macam alasan.
Jiwa berkobar-kobar dah nak berjaya nih tapi bile dengar je pasal kena melabur RM79.50 untuk seumur hidup, terus tak jadi.
Hanya kerana RM79.50 seumur hidup okay!
Kalau dibundarkan, hanya RM80 je... seumur hidup!!
Bukannya sebulan RM80. Bukannya sehari RM80!
Seumur hidup!

Ramai orang kita nak kaya tanpa mengeluarkan apa-apa modal dan tak sanggup nak berkorban.
Kalau macam tu, macam mana nak berjaya awak-awak oiii?
Hmmm...
Angan-angan mat jenin aje laaa...


7.

Melayu ada sikap dengki

Mase awal-awal Kekna libatkan diri dalam bisnes, ramai yang pertikai.
Diorang cakap, "boleh berjaya ke?".
"Bisnes main-main bolehlah..."
"Ala... gaji kan dah cukup".

Tu mula-mula...
Pastu bila Kekna dah stabil sikit dalam bisnes ni, yang duk fikir negatif tadi tu terdiam terus.
Ade la sorang dua yang menganjing kat Kekna.
"Padahal amik dengan camera 360!"

Kekna abaikan aje kata-kata negatif tu.
Eh, lantak deme lerrr nak cakap ape.
Kekna nak berjaya. Nak duit banyak.
So, Kekna kena telan semua benda.
Dan Kekna banyak bersosial dengan orang-orang yang berfikiran positif.


8.

Suka bersaing secara tidak sihat

Paling Kekna takleh lupa, ada sorang lelaki ni mesej Kekna dalam wechat.
Dia try nak convince Kekna join bisnes dia.
And Kekna cakap Kekna pun dah ada bisnes sendiri.
Dia duk la convince bisnes dia bagus la, terbaik dalam pasaran la, and surprisingly dia pompampompam duk condemn bisnes Kekna.
What the....
Kekna diam je memula.
Tapi by the time dia dah start merapu-rapu sembang pasal bisnes dia yang super duper bagus tu, Kekna just smash dia dengan 1 soalan je,

"Atas faktor ape yang awak cakap bisnes awak yang terbaik di pasaran sedangkan company saya telah menerima anugerah No.1 Malaysia MLM 2013/2014/2015, Asia Excellence Best Award 2014 dan banyak lagi award lain? You can google it. Your company dapat award ape ye?"

And dia boleh pulak jawab,

"Award award ni tak penting pun."

I was like...?? Duh!
Tadi kau cakap bisnes kau laa yang paling bagus.
Kalau bagus, mesti ada pengiktirafan kan?
Kalau sebutir habuk award pun takde, then dia sembang saja-saja ke tadi?
Hewhew...

Pastu dia cakap dengan Kekna,

"Sorry. Saya tak suka berkawan dengan orang yang negatif."

-___-"

Laaa... pulak dah. Kekna negatif ke weh?
Dia yang duk sibuk kutuk-kutuk bisnes orang tibe-tibe Kekna pulak yang dikatakan negatif.
Adehhh...
Semoga pemuda itu memaafkan Kekna kalau soalan Kekna tu buat dia sentap.
Huhuhu...



Back to the main point, kalau orang Cina, memang diorang menggalakkan ahli keluarga mereka menceburi bidang perniagaan.
Sebab itulah ramai di kalangan mereka sangat kaya dan hidup senang.
Sedangkan kite dari muda sampai tua hidup bersederhana sebab duk makan gaji sahaja.
Kita bising-bising industri perniagaan di negara kita di conquer oleh kaum lain.
Tapi dimana silapnya?
Muhasabahlah diri kita semua. Then, barulah kita akan dapat jawapannya.

-----------------------------------------------------------

Inilah antara points yang dapat Kekna berikan Kenapa orang Cina lebih berjaya dari orang Melayu.
Kekna dah tak larat dah nak fikirkan point lain sebab asik kena kacau aje ni.
Henset Kekna duk berbunyi je dari tadi sebab orang nak tanya pasal produk.

Letih tu memang la letih tapi seronok sangat!
Sebab Kekna suka semua orang jadi cantik dan sihat.
Kita buat bisnes bukan saja nak tolong diri sendiri dan keluarga tapi kita buat bisnes sebab kita nak tolong orang lain juga.
In sha ALLAH dengan niat ikhlas, ALLAH swt akan membuka pintu-pintu rezeki untuk kita.
Aaminn...





No comments: