Wednesday, December 23, 2015

Lunch di Nyonya Colors

Salam readers...

Punyalah kepala otak duk memikiorkan pasal bisnes sampaikan takde masa fikir update tentang diri sendiri.

Ada geng avengers dah bising.
Katanya Kekna harammmm nak update belog sekarang.
Miahahaha... sorry la uolsss...

Sejak-sejak berbisnes ni, memang Kekna takde masa untuk diri sendiri.
Untuk kawan-kawan apatah lagi.
Jarang keluar sekali.

Rasanya dah terlalu lama kitorang tak keluar sekali.
So, last Thursday kitorang plan keluar bersama-sama.
Kebetulan jugak semua orang free time tu...
Kitorang pergi ke NU Sentral.

Tapi kan, bab pilih tempat makan ni memang satu masalah besar.
Rasanya korang pun ada masalah yang sama kot.
Patploh tahun nak fikir makan kat mana. hahah...
Al-maklumlah semua tengah bajet-bajet duit.
Takleh makan kat tempat mahal sangat.
Taknak jugak makan kat tempat biasa-biasa.
Kekna ni on je la mana-mana pun.

Then diorang pilih Nyonya Colors.

Ramai jugak yang makan kat cafe ni.
Nasib baik la time kitorang sampai tu ada meja yang kosong.
Terus la kitorang duduk...





Kami.

Ya ALLAH, lama sungguh tak amik gambar berempat macam ni....
Rindunya.... T___T


Pastu ada sorang chinese guy yang baik hati nak tolong snap kan gambar kitorang...
TQ abam chinese... hehehe...



Kekna pilih ini untuk lunch meal hari tu.
Lately Kekna lagi suka makan mee atau bihun instead of nasi.
Sedap la pulak makan bihun goreng ni dengan ayam rendang.


Ini Leen punya.
Ape ntah menu nya...


Mee kari ni Farid punya.
Dia cakap tak cukup makan banyak ni....
Hahahah...

Farid dah start makan banyak.
Takpe, Kekna biarkan je.
Biar dia jadi makin gemokk...
Pastu bolehlah Kekna suruh dia beli Sensualite dan daftarkan dia untuk join Sensualite challenge yang jual lemak kite tu...
At least dia boleh dapat RM300 bagi setiap kg yang berjaya dia turunkan...

Sempat lagi cakap pasal bisnes kan. Hahahah...


Ekin pun order sama macam Kekna.
Bagi Kekna, ok la bihun goreng dia.
Sedap....


Menu kami berempat.

Lepas ni tak tahu la bila lagi boleh keluar sama-sama.
Masing-masing busy kan.
Kekna pulak semakin banyak kerja. Diorang pun memang hari-hari banyak kerja.
Susah dah nak jumpa.
Kalau jumpa pun time lunch hour, Kekna pergi lunch kat office diorang.

Rindunya saat-saat dulu...
Setiap hari lunch sama-sama.
Sembang, bersuka-ria, kongsi masalah, gaduh manja, sentap menyentap...
*lap air mata*



No comments: