Friday, December 4, 2015

Teksi atau Grabcar?

Salam readers...

Kekna ada terbaca blog Ben Ashaari tentang isu pemandu teksi yang merungut dengan kewujudan Uber & GrabCar.

Kekna adalah pengguna tegar public transport.
Tegar sangat kann... hihihi...
Yela, dulu asik nak harapkan orang je pergi sana sini, now Kekna lebih suka berdikari.
Nak pergi mana-mana, just inform je pada orang yang sepatutnya Kekna inform and then Kekna pergi sendiri.
Kekadang je Kekna tumpang orang.

Honestly Kekna cakap, Kekna lagi suka booking grabcar.
Sebab ape?
Grabcar lebih selamat, selesa, bersih, sampai on time, driver yang ramah dan kalau nasib baik, boleh naik kereta-kereta mahal ohhh...
Hahaha...
Eh, betul!
Kekna pernah naik Honda CR-V LX tau... Hihi..

Paling Kekna suka bayaran dia fix.
Tak lebih dan tak kurang.
Kalau kat sistem cakap RM9, maka RM9 la korang bayar walaupun korang lalu kat jalan yang ada tol.
Paling worth it kalau pakai time jalan jem.
Uihh, masa ni kalau naik teksi, melambung-lambung bayaran meter kan?
Tapi kalau guna grab car, diorang tak guna meter.
Korang tetap kena bayar ikut dalam sistem tu.
If korang kena bayar lebih, buat je report.
Senang.
Tapi so far, memang diorang takde mintak lebih.

Kekna takde la nak cakap teksi tu teruk.
Tapi kebanyakkan driver teksi ni over bebenor perangainye.
Nak hantar yang dekat-dekat je.
Yang jauh-jauh terus taknak hantar. Jem katanya.
Dah kenapa? Bukannya naik free.
Kitorang bayar kan. Hantar aje la.
Pastu sekarang ni nak merungut-rungut pulak bila ramai orang amik grabcar.
Dah salah diri sendiri yang memilih sangat, siapa suruh?

Dulu Kekna selalu terkena dengan teksi-teksi tipu.
Tipu meter.
Meter dia bergerak laju ya ampunn!
Kekna tahu sebab kalau Kekna sakit perut pagi-pagi, memang Kekna akan naik teksi pergi ke ofis.
Kalau jalan jem tu tak kisah la kan...
Ini tak, jarak perjalanan yang sama dan kelajuan yang sama, tetibe tambang lain harga.
Contohnya hari ni Kekna naik teksi, tambang RM4.50.
Esok Kekna naik sekali lagi teksi lain tapi perjalanan yang sama, traffic pun sama, tetibe meter jadi RM6.
Pernah tau jadi kat Kekna...
Amboiii, adjust meter lettew...
Nak tak nak tetap kena bayar jugak kan.

Sebab itulah sekarang ni memang grabcar jadi pilihan Kekna.
Kalau takde pilihan sangat, barulah Kekna naik teksi.
Huhu..
Jangan marah ye driver teksi... :)


3 comments:

tiga lalat said...

minta maaf ye kekna, grabcar ni teksi ke prebet sapu ke ape? pestaim dengar ;p

diana aziz said...

Prebet sapu tp kena request thru apps UBER atau MyTeksi. Grabcar ni sbrnnye lagi murah berbanding teksi dan lbh selesa jugak...

Reena Kamarudin said...

thanks awak bagi info. nanti guna grabcar jelah. teksi cekik darah. ikot pusing pusing