Friday, January 30, 2015

Kerana kesabaran itu ada hadnya...

Salam readers...

Setelah sekian lama Kekna bersabar.

Kawan-kawan fb dan kawan-kawan terdekat mesti selalu dengar Kekna merungut tentang coverage Celcom yang teruk bila Kekna kat rumah since 2013.
Bayangkan laaa, nak call tak lepas. Nak mesej tak lepas. Nak whatsapp pun tak lepas.
Orang lain dah sembang tajuk lain, Kekna baru je boleh baca whatsapp diorang.
Acaner tuh?

Beratus kali kot Kekna call Customer Service Centre (CSS) Celcom untuk buat aduan.
Dan Kekna jugak dijanjikan dengan bermacam-macam janji palsu sampailah Kekna dah naik muak dengar!

First time Kekna call CSS pada Disember 2013.
CSS bagitahu ada masalah kat pencawang dan janji line akan kembali pulih pada 01 Januari 2014.
Tapi sepanjang Januari tu, line makin teruk!
Sekali lagi Kekna call CSS.
Diorang kata Celcom sedang upgrade sistem dan coverage akan elok by February 2014.
Kekna sabar je menunggu.
Dari Februari bawak ke bulan Mac
Dari bulan Mac ke bulan April, line tetap tak elok-elok jugak.
Bayangkan laa kalau Kekna balik rumah je, terus takde line.
Usahkan nak call orang, nak berinternet pun tak dapat!
Tapi bulan-bulan Kekna bayar bil tak pernah tertunggak.
Ok, fine la kannn...
Kekna call CSS sekali lagi.
Jawapan kali ni memang kelakar.
Diorang bagitahu Celcom memang ada masalah dan janji coverage akan elok sehingga Disember 2014!
Hangin laa Kekna!
Terus Kekna mengamuk nak bercakap dengan supervisor CSS.
Kekna pun dah lupa dah apa nama dia.
Dia pun terkejut macam mana Kekna boleh sabar selama ni.

Kekna ingatkan bila dah bercakap dengan supervisor, masalah akan settle la.
Rupa-rupanya takkkk...
Coverage phone makin teruk dan teruk!

Saban bulan Kekna buat aduan, tapi macam tak diendahkan aje...
So, Kekna decide untuk hantar surat cinta kat pihak atasan Celcom.
Kekna nak tengok masing-masing menggelupur ke tak.

Dengan bantuan orang terdekat Kekna, akhirnya Kekna dapat email orang-orang atasan Celcom.
Dengan segala hormatnya Kekna mengirimkan email cinta tersebut pada hari Isnin baru-baru ini.
Hari Selasa, beberapa kakitangan Celcom menelefon Kekna.
Diorang tanya macam-macam.. sejak bila... rumah kat mana...
Siap buat appointment nak datang rumah Kekna sebab nak check ape masalah sebenarnya.
Malam hari Selasa tu jugak abam Celcom datang ke rumah Kekna...
Kekna namakan dia S.


S : Akak complaint kat siapa kak?
Kekna : Kenapa?
S : Semua tengah melompat kak....
Kekna : Complaint kat CEO.
S : Patut laa...

Patut la korang semua menggelupur kan....
Kalau tak, takdenya sampai nak datang rumah bagai.

S bawak booster lagi.
Katanya free...
Ok. kalau free tak pelah...
Fungsi booster ni pulak is tangkap signal dari mana-mana signal yang kuat dan boost the signal ke kawasan terdekat so that coverage kat situ boleh jadi kuat.

S bagitahu jugak report Kekna sebenarnya tak pernah sampai pun kat diorang.
Maknanya CSS tak pernah forward report Kekna pada pihak technician Celcom.
Tau tau je case closed.
Sebab tu takde apa-apa tindakan diambil.
Haram jadah punya CSS!!!!

Paling mengecewakan tindakan ini yang biasa diambil oleh CSS bagi mengelakkan diorang bayar gantirugi kepada Celcom.
Contohnya, if ada sesuatu report yang dibuat dan dihantar kepada Celcom  tapi report tu takde basis dan Celcom tendang balik the report kepada CSS, maka CSS kena bayar certain amount kepada Celcom.
That is why CSS tak forward aduan orang kepada Celcom.

Tu cerita S la...
Based on that story, maknanya CSS tak professional la!

Geram betul Kekna dengar cerita macam ni.
Macam sia-sia je Kekna buat report selama ni.

Sekarang ni pun coverage kat rumah Kekna still tak elok lagi sebenarnya tapi takde la teruk macam sebelum ni.
S cakap coverage tak kuat sebab bangunan Kekna dikelilingi oleh bangunan-bangunan tinggi.
Tapi dia cakap team dia akan cuba untuk boost kan signal kat UM so that signal boleh sampai ke kawasan Kekna.
Yalah... ape-ape je laa...
Yang penting, Kekna nak tahu dalam masa terdekat ni Kekna nak coverage rumah Kekna laju macam dulu.

Diorang kata diorang nak update Kekna something hari ni.
Tunggu je laa...
By 3pm nanti takde update apa-apa, Kekna sendiri akan call diorang.
Malas dah nak sabar-sabar sebab dah lama sangat dah bersabar sebelum ni...


Monday, January 26, 2015

Lunch

Salam readers...

Opismate Kekna ni kan mulut memang takde insurans tau.
Selalu Kekna jadi bahan kutukan diorang.
Diorang kata Kekna ni ada hati nak buat 2nd blog sedangkan blog yang satu ni pun asik update citer yang dah basi...
Hoiiiiii...... choiii sangat mulut korang tau!
Hahahah....

Walaupun mulut korang ni takde insurans, Kekna tetap sayang kat korang!!
Muah muahhhh banyak kali!

Ni Kekna nak update citer baru...
Hangat sehangat macam baru keluar dari oven gitu.

Tengahari tadi manager Kekna, Encik Zul tetibe je bagitahu Kekna yang dia nak belanja satu opis kat Sushi King.
Ape lagi melompat la memasing.
Suka benor la bila dengar ada yang nak belanja kannn...
Belanja sushi lak tu...
Tapi tu la... ramai yang takde.
Tinggal 5 orang je.

Terus kitorang booked teksi.
Oleh sebab 5 orang, maka terpaksa la book teksi eksekutif.
Selesa sangatttt naik teksi eksekutif ok...

Kitorang pergi makan kat Sushi King Mid Valley.
Dah lama rasanya Kekna tak datang sini.
Last pergi pun dengan FZ.
Itupun tahun lepas. [klik sini].
Tak pepasal FZ dah boleh makan sushi sikit-skit. Hihi...

Masa kitorang sampai tu orang tak ramai sangat.
Dapat je tempat duduk, terus kitorang sambar sushi-sushi yang ada.
Kekna teringin nak makan salmon skin piri-piri tu tapi takde la pulaksss...
Sedeyyy...
Dapat makan surimi scallops je.
Takpe... lenkali boleh datang lagi.
MV dengan rumah Kekna ni bukannya jauh sangat pon.


Kami!
Happy je muka memasing kan...
Maklum laaa ade yang belanja... kikiki...


Ni antara makanan yang kitorang amik...
Ada banyak lagi yang kitorang makan tapi takdan nak snap pon...
Gambar ni pun Leen yang snap.
Kekna langsung tak pegang hp dah...
Takde line laa dalam kedai.
Nak whatsapp pun tak dapat.
FZ siap call, pun tak dapat.
Pastu Kekna pulakss yang kena marah.
Hoihhhh.... bukan salah sayam ye abamsss...
Line memang takde ok kat dalam restoran ni...
Saje je la call takuittttt Kekna kuar dengan laki lain lerr tuh...
hahaha...
Tau sangat dah.

Apapun, semoga En.Zul dimurahkan rezeki...
Lepas tu boleh laa belanja kami lagi... hihi...

Friday, January 23, 2015

Borong kain

Salam readers....

Memang dah menjadi kebiasaan Kekna untuk beli kain pasang banyak-banyak untuk buat baju raya.
Kekna akan beli awal at least sebelum bulan Februari setiap tahun...

Kenapa?

Ok, Kekna ni jenis suka plan apa-apa.
Segala benda pun kena plan sebab Kekna nak semuanya berjalan lancar.

Kenapa Kekna suka beli kain sebelum bulan Feb?
Sebabnya kebiasaannya raya Cina memang Kekna akan balik kampung.
Time tu la Kekna akan luangkan masa sebaiknya kat kampung tu untuk spend time dengan family, jumpa tailor untuk tempah baju raya, jumpa kawan-kawan lepak sesama....

Tailor Kekna memang selalu terima tempahan yang banyak.
Tapi kalau hantar last minutes, kualiti jahitan dia akan kurang.
So, bulan Feb tu adalah bulan yang paling sesuai untuk hantar pakaian untuk ditempah.
Then, by the time bulan 4, biasanya baju akan siap.
Kebetulan pulak bulan 4 tu bulan Kekna dapat bonus!!
Duit bonus tu la Kekna buat bayar tempahan yang dah siap tu....

Senang kan bila semuanya dah plan.
So far sepanjang Kekna hidup, tak pernah lagi Kekna ada isu baju raya tak siap la.... baju raya senget la... baju raya tak fit laaa... memang tak ada.
Alhamdulillah sangat....

So, Ahad minggu lepas Kekna sempat laa jejakkan kaki kat Jakel Masjid India.
Pergi awal pagi memang tak ramai sangat la orang.
Masuk je Jakel, terus salesperson dia mengekor Kekna...

SP : Akak cari kain macam mana?
Kekna : Saya cari chiffon embroidery...
SP : Jom ikut saya.....

Sampai aje kat bahagian chiffon tu, terus Kekna menggila....
Hoho...!!
Kekna memang takleh tengok kain chiffon yang ada sulam-sulam ni.
Semuanya lawa-lawa.....
Dah la ada sale 60%-85%.
Memang gila la Kekna dibuatnya.

Owh, Jakel Masjid India akan berpindah tau...
Katanya start bulan depan.
Katanya berpindah ke bangunan sebelah.
Tak sure pulak Kekna bangunan sebelah tu bangunan yang mana satu...
Huhuh...
So sale kali ni bersempena nak clear stock la kotttt...

4 helai kain Kekna sambar hari tu...
Nasib la bawak duit lebih.
Itupun Kekna rasa nak sambar kain lain jugak tapi tahan je la nafsu nih...
Ishhh... kalau Kekna kaya...
Kalau.......


Inilah 4 helai kain tu....
Total semua sekali RM500++.

Hoho...
Pokai...pokaii...


Thursday, January 22, 2015

2nd blog

Salam readers...

Selamat petang!!
Wahhh... Kekna tak update pun ramai jugak yang sudi bukak blog Kekna ni ye.
Terima kasih... terima kasih....

Lately memang Kekna perasan rating blog Kekna naik sikit.
Syukur alhamdulillah... sekurang-kurang naik jugak duit nuffnang Kekna...
Hihihi...

Kekna ada create 1 blog baru.
Isinya lebih kurang macam blog sekarang but lebih detail dan lebih banyak gambar.

Kekna bukannya apa..
Kekna tahu ada orang stalk blog Kekna ni setiap hari.
Bukan Kekna tak suka tapi orang tu stalk blog ni untuk tahu apa yang Kekna buat dalam 4 tahun ni.
So, Kekna taknak la kisah-kisah Kekna dijadikan inspirasi bagi orang-orang tertentu untuk hentam Kekna...
Orang tak tahu kisah sebenar so boleh la cakap macam-macam.

Blog kedua ni hanya boleh dibaca oleh orang-orang yang Kekna approve je.
So, agak-agak nak follow blog tu, silalah bagi email anda yang sah beserta dengan akaun FB secepat mungkin ye. 
Bagi kat email remaja Kekna : diana_comel@yahoo.com.
Kalau takde FB, akaun insta pun takpe.
Kalau ada blog lagi bagus... boleh kite saling follow menfollow.. hihi..
So, bolehlah Kekna check dulu sebelum approve.
Once dah approve, barulah Kekna bagi link blog tersebut ye...

Bukan berlagak diva, but ini untuk keselamatan Kekna jugak.

But please take note 'N', you are not invited at all.
Who know who you are.
TQ.

Wednesday, January 21, 2015

Bila bersama keluarga

Salam readers...

Lemau kepala otak Kekna nak memikiorkan tajuk hape nak letak untuk entri ni.
Huhuhu...

2 minggu lepas Kekna memang penuh dengan aktiviti.
Jumaat 2hb Januari tu Kekna cuti.
Takde la cuti sesaje.
Kekna nak temankan daddy Kekna pergi IJN.
6 bulan sekali mesti daddy Kekna kena buat check up kat IJN tu.
Dah tua-tua ni kann memacam la penyakit yang menyinggah.

Khamis malam Kekna bertolak ke rumah kak Long kat Segambut sebab daddy stay kat sana.
Sampai je rumah Kak Long, rehat kejap...
Pastu Kak Long bawak kitorang makan kat Fiske Steakhouse.
Kitorang bertolak lewat sangat kann so meja memang penuh.
Tak pepasal kena tunggu sekejap.

Ni first time Kekna makan kat sini.
Dan makanan dia adalah sangat sedappppp uolsss!
Kekna order spaghetti oil olio.. rasanya memang sangat sedappp...
Lagi sedap dari Kekna masak. Hihii...
Patutlah ramai orang makan kat kedai ni.
Harganya pun takde la mahal sangat.


Daddy, Fifi dan Kak Long...


Abang ipar Kekna, Abang Zam...


Anak sedara Kekna, Alia...
Anak sedara pun lagi besauu dari mak sedara.
Acaner tuh??
Kikikiki...

Dah settle makan, kitorang terus balik.
Lagipun Kekna penat satu hari duk buat kerja kat opis, balik opis je terkejar-kejar packing barang, pastu tunggu teksi datang pick up dalam kehujanan... hoho..
Tapi betul tauu... Kekna bukannya nak promote sesaje.
Applikasi myteksi tu memang sangat berguna.
Sekejapan je menunggu, mesti ada teksi yang akan pick up kita.
Takde charge tambahan pulak tu...
Hari tu Kekna naik teksi executive lagi.
Memula ingat nak amik teksi budget tapi peak hour memang susah la diorang nak datang amik kite.
Tapi bila Kekna tekan je teksi executive, berlambak yang nak amik.
Senang... pick up depan rumah lak tu.
Takyah susah-susah nak berjalan ke stesen teksi.

Esok pagi, Kekna bangun awal.
Yela, nak pergi IJN kan.
Pergi awal, bolehlah balik awal.

Dah lama betul Kekna tak jejakkan kaki kat IJN.
Dah lain dah sekarang ni... makin luas dan selesa.
Cafe pun makin besar.
Dulu Kekna pergi, cafe kecik aje...
Kiosk jualan pun banyak.
Dah sampai IJN tu, Kekna dan daddy breakfast dulu sebab daddy kena makan ubat.


Dah breakfast, kitorang lepak kat ruang legar IJN.
Daddy macam biasa la, baca surat khabar.
Kekna pulak pergi beli majalah kat Mynews.

Nak layan whatsapp yang masuk pun Kekna malas sebab takut bateri cepat habis.
Bukan whatsapp apepun...
Whatsapp pujuk memujuk. Hmmmm....

Pukul 11 pagi jugak laa settle urusan kat IJN tu.
Pastu Kekna bawak daddy Kekna pergi MidValley.
Kekna janji dengan dia nak bawak makan kat Tony Romas Steakhouse.
Kekna tahu daddy memang suka makan steak.

Pergi MV naik teksi.
Tak susah pun nak dapatkan teksi kat IJN tu sebab berlambak teksi menunggu kat tepi jalan tu.

Dah sampai MV, Kekna bawak daddy pergi tukar duit dulu.
Bulan Feb ni daddy ada urusan di luar.
So, kena tukar duit.
Kekna awal-awal lagi dah bagi daddy duit untuk belanja kat sana nanti.

Dah settle tukar duit, terus kitorang pergi ke Tony Romas.
Daddy suruh Kekna tolong order kan untuk dia..
So, Kekna order la ape yang biase Kekna order kalau makan dengan FZ.


Suka nau daddy dapat makan ribs.
Tak habis-habis mulut dia cakap sedappp..
Ha, memang la sedapp daddy.
Harga pun sedapp.. hihih...

Dating dengan daddy ni kompem la gambar Kekna takde.
Hahahah...

Slow-slow daddy makan.
Yela, portion besar kot.
Kekenyangan daddy Kekna tengok.

Kekna : Wahhhh, 80 hengget dah masuk dalam perut daddy... hihi
Daddy : Hihihi... sebab tu la kenyang sangat-sangat ni...
Kekna : Hihi... ok la tu. Bukan selalu daddy.

Lepas bayar je, daddy mintak Kekna resit.

Daddy : Meh sini la resit tu.
Kekna : Nak buat apa?
Daddy : Nak tunjuk kat Ali, daddy makan ni dengan anak daddy.  *Ali tu kawan baik daddy.
Kekna : T______T

Sebak hoih...!
Kekna toleh sekejap kat daddy, tengok-tengok air mata dia mengalir.

Gulpp!!
Tertelan ailio Kekna ni.
Bila dah jadi macam tu, Kekna sesaje je la buat tatau apa-apa.
Padahal perasaan sebak tu dah tersekat kat kerongkong dah ni...

Kekna : Awatnye daddy tetibe selsema pulak nih??
Daddy : Resdung daddy datang.

Dan-dan je kan nak tipu anakmu ini....
Daddy...daddy....
Mana ada resdung yang datang siap pakej airmata..
Lagipun Kekna kenal dengan daddy Kekna tu.
Kalau resdung dia datang, takdenya selsema datang macam tu je.
Biasanya dia akan bersin banyak kali dulu, pastu baru selsema.

Kekna : Pasni daddy nak gi mana pulak? Nak beli apa-apa tak?
Daddy : Daddy nak gi toilet. Nak kencing...

Then, Kekna bawak dia pergi toilet dalam Aeon.
Toilet dalam Aeon tu selesa sikit.
Bersih pun bersih.

Lama berzaman jugak la Kekna tunggu dia kencing tuu...
Tapi naluri anak kannn...
Mak ayah mana boleh bohong.
Time dia keluar je dari toilet, Kekna tengok mata dia still berair tapi dah tak selsema.
Ok, resdung dah sembuh... T__T

Malam tu jugak daddy balik ke Terengganu.
Tapi kesian daddy bawak beg berat-berat naik LRT dari Sogo ke TBS.
Sedihnyaaaaa...
Kalau lahh Kekna ada kereta, takdenya Kekna hantar daddy separuh jalan macam tu.
Jem tak jem, Kekna tetap hantar daddy sampai depan-depan TBS tu...
Terus mood Kekna down masa tu..
Kesian mengenangkan orang buat daddy macam tu. T___T

Sabtu, Kekna dibawa ke Bangi.
Kaklong kan ada rumah kat Bandar Seri Putra tu.
Dah lama sangat dah Kekna tak pergi sini.

Kebetulan ada sales gallery kat kawasan berdekatan.
Perumahan baru akan dibangunkan tapi lupa dah Kekna apa nama perumahan tu.
Tapi developer nya MKH Berhad.
Besar-besar hoihhhh rumah tu..
Regenye pun juta-juta...
Telan ailio je laaaaa.
Ni yang nak berangan 'Kalau aku kaya' nih!
Hahaha...



Saje amik gambor dengan anak sedara..
Dah remaja dah anak sedara sulung Kekna ni...

Dah puas ronda-ronda, Kekna dibawa ke pasar malam Bangi.
Besar tau pasar malam tu.
Banyak pulak gerai, jual macam-macam.
Sempat Kekna beli lampu tido.
Murah je RM10... Comel lak tu. Hihi...

Ahad petang barulah Kekna balik vista.
Rindu nak jumpa katil sendiri. Hihi...


Tuesday, January 20, 2015

Fenomena Caliph Buskers & AJL...

Salam readers...

Datang opis pagi tadi, tetibe je kedengaran lagu Romancinta.
Pastu lagu tu berulang-ulang banyak kali.
Kekna ingatkan memula lagu tu datang dari radio.
Rupa-rupanya bos Kekna yang pasangkan lagu tu.

Uihhhh... fenomena sungguh ni!
Sampai bos Kekna pun tergila-gilakan lagu ni.
Hahaha...


Kekna bukan nak cakap ape laa...
Masa penyanyi asal menyanyikan lagu ni, Kekna tak berapa minat sangat.
Mungkin personaliti penyanyi asal tersebut yang agakk selekeh bagi Kekna yang membuatkan Kekna tak suka kot.

Tapi masa Caliph Buskers yang buat persembahan di AJL dengan menyanyikan lagu ni, automatik Kekna terus suka!!
Meremang bulu roma Kekna ni dik non!!
Siap pakej nangis lagi.
Iya, Kekna nangis masa dengar lagu ni.
Rasa macam penghayatan vokalis tu sampai ke jiwa Kekna.
Gittewww!
Poyosss sangat kan... hahaha

Siapa sangka orang yang cacat penglihatan mempunyai kelebihan yang tak semua orang ada iaitu vokal yang mantap!
ALLAH swt itu MAHA ADIL!!
DIA mengurangkan sesuatu tetapi DIA melebihkan sesuatu yang lain.

Siapa sangka penyanyi jalanan dalam sekelip mata diangkat ke pentas AJL yang gah.

Seperti peminat-peminat lain, Kekna jugak expect lagu ini yang menang.
Tapi lagu lain pulak yang menang.
Entahlah, mungkin Kekna yang buta seni kot.
Juri kan lebih arif...

Tapi kan Kekna sebagai pendengar, Kekna rasa lagu terbaik haruslah lagu yang penuh makna, yang boleh relate dengan kehidupan sebenar...
Lagu itu haruslah senang difahami pendengar, muzik yang boleh meruntun jiwa, alunan yang merdu...

BUKANNYA lagu yang memerlukan kita untuk google lirik, barulah faham maksudnya.

Kalau nak katakan muzik rap/hiphop itu bertaraf antarabangsa, then balada pun bertaraf antarabangsa jugak what!
So, ape bezanya?

Kita amik contoh lagu hindustan laa...
Sekarang ni lagu-lagu hindustan banyak yang jenis ala-ala bhangra.
Tapi Kekna nak tanya la, ada ke lagu-lagu macam tu femes? Evergreen?
Takde kan?
Balik-balik lagu Kuch Kuch Hota Hai tu jugak yang orang duk dengar.
Kenapa orang suka dengar?
Sebab alunan muzik dia yang sedap...

So, macam tu lah sepatutnya menjadi lagu terbaik.

International International pun tapi lagu tu tak sedap didengar, sepatah haram pun lirik pun orang tak paham (melainkan kena google dulu lirik, baca & barulah faham), tak payah la nak jadi lagu terbaik sangat.

Ok, tu je komen Kekna.
Kontroversi tak? 
Hihihi...


BBQ Chicken, Plaza Pantai

Salam readers...

Kekna rasa la kan blog Kekna ni sesuai jadi blog makanan la...
Asik makan...makan...makan aje...
Hihii... Kekna memang suka makan pon.
Eh, sape yang tak suka makan kan?

Hari tu opismate Kekna sibuk laaa heret Kekna pergi makan kat bangunan sebelah opis Kekna.
Padahal time tu Kekna busy kott...
Kije berlambak... hoho..
Tapi kengkawan punya pasal, Kekna turutkan aje.

Kekna pergi bertiga je dengan Ekin dan Farid.
Leen kena tinggal sebab dia ada D.I satu hari.
Hihi... sian dia kena tinggal.

Eh, korang tahu tak D.I tu ape?
Search sendiri dalam google.
Wakakakaka... ok tak klaka.

Kekna pernah buat food review tentang restoran ni.
Rujuk entri ini [klik sini].


Jerk BBQ ni Farid punya.
Ya ampunnnn... ayam tu nampak tempting sangat-sangat!


Yang ni hot hot drum.
Ekin yang order.
Ramai yang kata sedap tapi Kekna tak pernah cuba lagi.
Pedas katanya.
Memandangkan Kekna ni ada gastrik, Kekna kena elakkan makan sesuatu yang terlalu pedas.


Farid.... eh, pakai baju ungu laaa...
Teringat pulak si gadis bertudung ungu. Eh!
Hahahaha....
Farid, jangan mareee k!


Ekin : Aci tak amik gambar saya tapi saya taknak tengok kamera?
Kekna : Baiklahhh.... hmmmmm... ^__^


Ada orang tegur mata Kekna nampak sembab.
Kekna penat sangat hari tu uollssss...
Memang la sembab.


Sekian lama menunggu makanan, akhirnya makanan Kekna sampai jugak.
Kekna order Korean charbroiled.
Ni favorite Kekna...
Tapi oleh sebab takde selera sangat, Kekna tak habis pun makan. Nggeeeeee...

Akhirnya Ekin tolong habiskan salad, Farid tolong habiskan ayam.
Jadi DBKL la korang. Kakakaka!



Kekna balik opis je, terpandang whatsapp group.
Tengok Ekin amik gambar candid Kekna.
Hoihhh, serius benor nampaknya.
Hahaha...


Monday, January 19, 2015

Sushi Tae, NU Sentral

Salam readers...

Kekna dan opismate selalu ada plan nak lunch ke mana-mana.
Opis kitorang ni pulak dekat je dengan beberapa shopping mall.
Pastu kat sini pulak senang nak dapat public transport.
LRT sekangkang kera je dengan opis Kekna.
Kalau nak dapatkan teksi, klik je aplikasi myteksi tu...
Nanti berlambak-lambak teksi nak datang amik kite. Hihi...

06 Januari 2015 aritu, opismate Kekna ajak pergi NU Sentral.
Diorang semua teringin nak makan sushi.
Memandangkan Kekna tatau nak lunch ape, so Kekna ikut aje la...

Kitorang makan kat Sakae Sushi.
Ni kali kedua Kekna makan kat sini.


Yang ni Leen yang order.
Kekna kalau yang jenis tak berapa masak ni, takleh telan iollss!


Ni pulak farid punya.
Ketamakkan sangat kan!!
Habis pulak dia makan 1 set ni sorang.


Ni order yang mula-mula sampai.
Yang Kekna punya piring kaler pink tu je.
Yang kat piring hijau tu semacam je bentuknya kan.... wakakakaka...





Takoyaki.
Yang ni Kekna punya.
Sedap takoyaki dia...
Lembut je.


Ni pun leen punya...


Dah balik singgah Mekdi beli oreo mcflurry.
Dah lama dah Kekna tak makan aiskrim ni.
Sukeeeeee.....

Dah makan apelagi... balik opis la.
Sambung buat kije...

Friday, January 16, 2015

KLCC

Salam readers...

Kisah bulan lepas jugak Kekna dibawa jenjalan ke KLCC.
Kekna jarang ke KLCC.
Tak gemor... huhu...
Kat sana ada ramai sangat orang dan majoriti adalah warga asing.
Sangatlah Kekna tak suke.. Hohoho...

FZ bawak Kekna datang sini pun sebab Kekna bagitahu nak beli kasut.
Masuk Vincci, ada la berkenan kasut tu.
Terus Kekna grab. Harga pun baru RM60+.
Pastu Kekna rasa macam tak cukup je beli sepasang.
So, kitorang masuk Isetan.
Kekna beli kasut Everbest.
Kopakkk duit hoihhh... Harga RM300+, sale 50% tinggal RM150++.
Ok la tuu kannn...
Lagipun Kekna beli kasut ni sebab FZ berkenan sangat.
Sesuai dengan kaki Kekna katanya.

Si kecik Alya ni kalau jumpa Kekna je mesti excited terlebih.
Dalam Isetan tu sibuk pulak dia ajak main sorok-sorok.
Dia yang menyorok, last-last dia tak dapat cari Kekna sebab Kekna pun menyorok dari dia.
Pastu menggelupur dia ajak FZ cari Kekna jugak.
Dah jumpa je, terjerit-jerit.
Hahahah....

Kalau Kekna ke KLCC, Kekna suka sangat makan kat foodcourt.
Banyak pilihan makanan dan murah.
Hehehe...


Spaghetti meatballs.
Kesahnya Kekna tak tahu pun FZ belikan spaghetti ni untuk Kekna...
Yang Kekna ni pulak dah pergi jalan-jalan tengok makanan lain...


Walaupun Kekna memang suka western, tapi kekadang tekak Kekna ni transform jadi tekak Melayu pulak.
Kekna beli nasi ayam penyet.
Nampak cam sedap je...

Bila dah duduk je, FZ cakap,

FZ : Nampak sedap je nasik tu...
Kekna : Nak ke? Kalau nak, boleh je nak tukar...
FZ : Abang memang belikan sayang spaghetti ni...
Kekna : La... yeke? Takpelah. Sayang makan spaghetti yang abang beli tu. Abang makan nasi ni ye..
FZ : Eh, takpelah. Sayang makan aje la nasik tu.
Kekna : Laaa... takpe la.. Sayang pun suka jugak spaghetti tu.

Then kitorang tukar makanan.
Tapi Kekna bangun balik sebab nak belikan waffle untuk si kecik Alya.
Kesian pulak dia tak makan apa-apa.


Mood Alya tak elok sangat sebenarnya.
Ntah ape dia gaduh dengan FZ pun tatau laa.
Kekna datang je dia terus mengadu bagitahu, "Papa buat kat baby..."

Olo..olo....olo....
Dia ni memang selalu mengadu kat Kekna macam-macam.
Dia kena cubit kuat-kuat kat pipi pun dia mengadu kat Kekna.
Acaner tu?

Waffle tu pulak besar.
Memang tak habis la.
Kekna dan FZ yang habiskan.


Si bacin....



Dah settle makan, kitorang jalan-jalan lagi...


Kekna : Baby, posing macam kakak kat atas tu....

Hihii...

Kekna laa yang selama ni mengajar dia posing.
Tapi bila dia dah besar ni, dia punya posinggg tuuu hoihhhh Kekna dah takyah ajar lagi dah.


Yang ni dia posing sendiri.


Masa ni memang kelakar.
Kat sebelah dia tu ada badut.
Elok-elok dia posing kat tepi zirafah tu, tetibe dia perasan badut tu nak datang kat dia.
Terus dia panik, berlari-lari kat Kekna.
Muka tu pucat lesi.... hahahha...
Penakut rupanya minah tecit nih..... Kahkahkah...


Tadi kemain lagi gaduh.
Sekarang siap berpeluk-peluk kaki lagi.
Kemain kann...


Tengok tu... ramai orang kann...
Nak-nak kalau hari cuti.
Hmmm....

Ok la... Kekna nak lunch kejap.
Kalau rajin Kekna update lagi ye.
Kalau rajin laa... kalau....

Thursday, January 15, 2015

Lunchie di TGI Fridays, The Garden

Salam readers...

Dah lama benor Kekna tak buat food review kan.
First food review untuk tahun ni adalah kat TGIF.
Bagi penduduk Kewl ELL, memang terbiasa atau mungkin pernah sekali pergi makan kat sini.
Salah satu restoran francais yang femes...

Kekna pernah makan sekali lamaaaa dulu.
Itupun dengan kawan... Dia jugak yang order kan macam-macam.
Pastu Kekna tak makan-makan dah...
Tak reti aihhh Kekna nak order makanan kat sini.

31 December tahun lepas, sempena new year eve, Kekna dan kawan-kawan pergi ke TGIF, The Garden.
Olohhhh, setakat The Garden tu, sekangkang kera je dari opis Kekna.. Hihihi...
Opismate Kekna nama Farid tu la asik laa duk berzikir kat telinga kitorang ni, Bila nak pegi TGI.. Bila nak pergi TGI...
Hoihhh...
So, marilah kita pergi ke TGIF secara berjemaah ye.

Sebelum order, meh kite tengok dulu menu apa yang ada kat TGIF ni...















Menunya adalah sangat banyak.
Harga pun estimate RM50 seorang...
Kalau tak mampu, jangan masuk.
Kekna pun terkemut-kemut tatau nak makan ape.
Tengok regenya pun, tertelan-telan ailio ni haa...


Inilah Farid... lelaki yang suka sangat berzikir kat telinga kitorang nak makan ape... nak makan kat mana... hihi..


Perkenalkan sekali lagi, Cik Puan Azleen.
Lately gambar dia semua pesen ayu-ayu..
Biasenya gambar dia mesti ada posing yang tak senonoh... hahaha!


Yang ni toksah diperkenalkan lagi...
Tuan tanah yang very the ayu... hahaha...
Jangan mareee uolss!
Sendiri angkat bakul la kan.


Yang ini pulak Ekin. Minah Melayu nak jadi Korean.
Mana tak nya... opis aku tetibe TERbelajar bahasa Korea pulak dengan dia nih.
Nasib baik muka tu ada ala-ala cina sikit.
Kikikiki...



Yang ni Farid punya.
Kekna pun dah tak ingat nama ape... 
Dah lama sangat kan.. Hihi..
Nampak sedap kan.... Farid kata dia bagi 7/10 bintang.
Kire ok la tu kan....


Beef ribs ni pulak Kekna punya.
Katanya menu ni adalah menu baru kat TGIF.
So Kekna teringin la nak cuba.
Sedappp but jujur Kekna cakap, takleh lawan dengan kesedapan beef rib kat Tony Romas.


Burger yang besar ni pulak adalah Leen punya.
Kekna teringin jugak nak order burger tapi besor sangat.
Kekna tak reti nak makan burger besor-besor ni.
Burger mekdi tu pun susah payah Kekna nak makan.






Menu yang paling lambat sampai.
Ekin punya...
Nampak sedappp je.



Kami!

Bagi Kekna, TGIF ni sama je macam Chillis, Kenny Rogers,...
Harga makanan lebih kurang sama.
Menu je lain-lain.
Kalau sekali sekala nak makan kat sini, ok laaa...
Tapi selalu tu, bangkrap mak nyah!

Kekna bagi 7/10 bintang untuk TGIF ni...
Kalau next time Kekna diajak lagi untuk makan kat sini, Kekna ok je.
Kikikiki....