Friday, February 27, 2015

Balik kampung 14 Februari 2015

Salam readers...

Hollaaa...holla...hollaaaaa......
Kekna in da house!!
Petang-petang cenggini baru rasa happy kan sebab waktu kerja dah nak habis..
Weeeeeeee...... Kekna tak sabar nak dating dengan katil dan bantal ni.
Huhuhu...

Citer balik kampung hari tu.
Kan Kekna dah bagitahu Kekna balik kampung dengan flight.
Takmo la naik bas.
Jauh bebenor nak pergi ke TBS tu.
Baik naik flight je.
Sekejapan je dah sampai ke destinasi.

Tiket Kekna malam 14 Februari 2015, pukul 8 malam.
Tq kepada yang menghantar Kekna... hihi...

Kekna sampai kat KLIA2 terlalu awal aritu.
Kul 5 lebih dah sampai.
Sehari sebelum fly, Kekna dah buat web check-in.
So, lepak-lepak dulu kat level 2.
Ramai jugak yang lepak kat situ masa tu.
Masing-masing menunggu flight jugak kot.

Ni 1st time Kekna naik flight sensorang.
Kecut perut jugak la sebab KLIA2 ni kan besar.
Kang dibuatnya Kekna salah masuk lorong ke ape, matik laaa...
Hahahaha...
Penakut paittt nih!

Kekna pulak memang sengaja tak makan sebab nanti dah sampai kampung baru nak makan puas-puas.
Dengar kata kakak ipar Kekna ada buat nasi beriani.
Rugi laaa kalau tak makan kan!
Hihihi...


Si hantu selfie... hihi...

Lepas ke Kekna melepasi kaunter pemeriksaan, Kekna sempat berkenalan dengan 2 orang makcik yang datang dengan 2 orang cucu lelaki dia.
Iollsss kan peramah. Kikiki...
Kebetulan diorang pun nak naik flight yang sama dengan Kekna.
Kekadang Kekna terfikir, ALLAH swt akan hantar pertolongan kepada kita bila kita memerlukan.
Macam malam tu kan Kekna tak biasa dengan KLIA2.
Terhuyung-hayang tatau nak menghala kemana.
Tapi DIA ringankan mulut Kekna untuk bertanya kepada makcik 2 orang tu.
Makcik-makcik tu pulak baik sangatt... Cucu-cucu dia pun baik sangat.
Makcik tu siap suruh cucu dia assist Kekna sekali sampailah kitorang sama-sama naik flight.


Ada orang request gambar Kekna dalam flight. :-)
Gedikkkk sangat tau!

Flight delay 5 minit sebab menunggu 7 orang yang belum naik.
Sepanjang perjalanan tu flight bergegar uolssss!!!
Mengucap panjang Kekna.
Dalam kepala otak duk teringat kes-kes kapal terbang terhempas...
Huhu... nauzubillahi min zalik!

Tapi alhamdulillah Kekna selamat sampai pukul 9:10 minit malam.
Macam biasa, ada driver & bodyguards yang dah menunggu Kekna kat airport.
Hihih...


Yang baju putih tu driver.
Yang 2 orang lagi tu bodyguards.
Hihihih....


Sebab flight delay, diorang pergi minum dulu.
Kesian betul.
Kekna suruh diorang tunggu kat sana pukul 8:30malam.
Tak kire la delay ke tak delay ke... hahahaha
Kekna mengaku memang kejam! Hahaha.. so what??
Aii is kakak okeh. Kakak boleh buli adik. So what?? -___-

Baru je masuk dalam kereta, Amisha terus tanya,

Amisha : Angah.....
Kekna : Ya...
Amisha : Angah nak kawin ke?
Kekna : *Tersedak ailio* Hahahah... kenapa? Tak suka?
Amisha : Jangan la kawin, angah.....
Kekna : T____T

Itu soalan pertama dia... hahahah..
Hadoiiii....
Amisha...amisha....
Takut benor kasih sayang angah dia beralih arah. Hahaha...

Dah sampai rumah, ape lagi serbu nasi beriani laaa...
Hahahaha...
Balik kampung memang confirm tak boleh diet.
Semua makanan nampak tempting je...



Wednesday, February 25, 2015

Buat review haruslah jujur kan...

Salam readers...

Baru ada masa nak update ni...

Ya ALLAH busy nya Kekna...
Macam-macam hal la...
Bunga-bunga cinta laa...hape la... kikiki...

Ni nak habaq maiii...
Kekna nak mintak maaf la sesangat if ada yang tak senang hati dengan entri Kekna hari ni.
Kot la ade yang tak sependapat dengan Kekna ke ape.
Kekna bercerita based on experience Kekna sendiri.
If korang mengalami situasi dan pengalaman yang berlainan, takpelah...

Office Kekna dengan NU Sentral memang dekat sangat jaraknya.
Memandangkan food court kat opis Kekna ni jenis bisnes cekik darah, so adalah lebih baik Kekna makan kat luar aje.
Bayangkan laa nasi secoet dengan ikan goreng dengan sayur sikit dah cecah RM8-RM9!
Dah kenapa??
Tu tak campur dengan air lagi.

NU Sentral tu kan tempat baru.
So, tempat-tempat makan kat sana pun of course la yang baru kan...
Ada restoran baru namanya Gravy Factory.
Tengok harga makanan, ok mampu bayar.
Tak mahal sangat dan tak murah sangat.
Standard la makan kat restoran kan.

Geng-geng opis Kekna menggelupur dah nak pergi makan kat sini.
Yela, restoran baru kan.
Excited nak try tu memang lain macam... haha..

29 Jan 2015, Kekna and the gang keluar lunch sama-sama.
Tak sabor dah ni nak makan kat kedai baru.
Orang yang paling excited sekali is Ekin & Farid la... kikiki...


Tempat dia sangat selesa.
Kedudukan antara meja pun jauh-jauh.
Tak sempit dan tak perlu berhimpit.
Kirenye memang selesa sangat lahh!

Decorations pun simple je...
Memang just nice.


Menu list...
Pun simple... fotostat je boleyyy... haha..



Lunch buddies Kekna, Azleen.


Ekin...


Kekna.... -_-


Farid merajuk aritu sebab Ekin dan Leen mengusik dia..
Terus taknak tengok kamera.. Hahahha..

Ok, jom tengok menu yang ada di Gravy Factory.










Betul kan Kekna cakap.
Takde la mahal sangat dan takde la murah sangat...
Kan...kan..kan...


Azleen punya, smoked salmon salad.
Leen kata ok-ok je laa...
Sama je macam kat tempat lain.
Takde wow factor.


Yang ni Farid punya, Chicken ala King.
Farid punyalah excited nak datang sini tapi bila dapat makanan, terus muka dia jadi kelat.
Hahahaha... tobat Kekna kesian!
Ni signature dish kat GF tu tau...

Chicken ala King ni muak je Kekna tengok.
Bayangkan mushroom soup berlambak macam tu makan dengan nasik...
Kembang tekak Kekna.
Tatau la cemana makanan rekaan macam ni boleh jadi signature dish.
Kekna tengah menaip ni pun rasa kembang tekak. Huhu...

Hari tu Farid makan tak habis pun.
Kesian dia.
Dah la dia lapar sesangat masa tu.

Kekna try jugak rasa.
Nasik tu dah jadi kembang duduk dalam soup tu...
Ish... sape la yang reka makanan macam ni.
Kok ye pun nak reka makanan lain dari yang lain, buat la elok-elok sikit...
Mushroom soup makan dengan roti boleh la...
Ini dengan nasik??

-___-


Kekna punya Fish & Chips...
Memula tengok macam wow!!! Portion besar ok...
Fish fillet tu lagi besar dari purse Kekna ok.
Rasa macam puas hati sesangat la ni...

Kekna dah makan separuh.
Sampai part yang separuh lagi tu, Kekna bagi Ekin sikit, Farid sikit...
Mase tu baru Kekna perasan air ikan tu still keluar.
Maknanya ikan tu tak masak!!!
Yang Kekna dah makan tu, bahagian nipis.
So, memang la masak.
Yang tak masak ni is bahagian yang tebal tu.
Dah la hanyir bau tanah.
Potong terus selera Kekna.

Serius frust...
Kekna panggil waiter mengadu benda ni.
Then the waiter amik meal Kekna tu dan bawak pergi ke dapur.
Tak lama lepas tu, dia datang balik dan tanya sama ada Kekna nak yang baru atau takkan dikenakan apa-apa charge.
Kekna pilih taknak charge.
Yela, kalau amik yang baru tu pun, belum tentu ikan tu masak.
Entah-entah mentah lagi..
So, baik tak payah.


Yang ni Ekin punya.
Chicken Maryland.
Ekin kata ayam tu ok... sedap.
Tapi brown sauce dia tu memang out!!
Ekin cakap memang tak sedap langsung!!
Tapi dia makan je la ayam tu kan...
Taknak membazir.

So, kitorang secara automatiknya banned this restaurant.
Servis ok, tempat pun menarik tapi kalau makanan tak sedap, semua benda pun jadi tak best.
Memang kitorang frust sangat-sangat.

If ada tauke restaurant yang baca entri Kekna ni, Kekna nak mintak maaf banyak-banyak.
Nak buat review, memang kena jujur.
Kekna tak suka tipu-tipu.
Kalau sedap, memang Kekna akan cakap sedap.
Kalau tak sedap, Kekna akan cakap tak sedap.
Berdosa kalau menipu.
Dan akan memalukan Kekna jugak.

Ada sesetengah blogger terutamanya yang dah terkenal, apabila dibayar untuk buat review, kemain puji melangit walaupun produk tu tak sehebat mana.
Padahal boleh je tolak the offer.
Tapi sebab duit punya pasal kan sampai sanggup menipu reader sendiri.
Yang menjual kosmetik ke ape, please la jangan nak menipu.
Gambar sebelum kemain snap guna kamera biasa.
Tapi gambar selepas je, guna kamera 360. Guna kamera yang ada software beauty face.
Memang la muka akan nampak flawless.
Mencari rezeki dengan menipu customer, tak berkat jadinya.
Lagipun customer tu reader kita jugak.
Sanggup menipu reader sendiri semata-mata nak untung... ish..ishh..ishhh...

Kekna taknak jadi macam tu.
Biarlah orang nak cakap ape.
Lantakkan.
Yang penting kena jujur.

So back to the story.
Kekna tak tahu la experience orang yang pernah ke restoran ni cemana.
Mungkin bagi Kekna menu kat sini tak sedap.
Tapi bagi orang lain sedap je.
Tekak memasing.

Tak salah jugak kalau korang nak try makan kat sini.
Manalah tahu kot-kot ada menu yang best.
Mungkin hari tu Kekna salah order makanan ke...
Kalau korang nak pergi, order la makanan yang lain dari yang Kekna dan kengkawan order.
Kalau ada yang sedap, share la kat sini ye...






Monday, February 23, 2015

Mood malas

Salam readers....

Monday Blues!!!!
Lemau rasa nak datang opis hari ni.
Kalaulah annual leave Kekna ada banyak lagi, memang Kekna sambung cuti.
Nak sambung cuti sebab nak berdating dengan tilam dan bantal. 
Hohoho...

Mood Kekna pun malas segala-galanya.
Nak buat apa pun rasa malassss je.
Penat semalam pon tak hilang lagi ni.

Bayangkanlah semalam Kekna bertolak dari Terengganu pukul 2:30 petang, sampai KL pukul 12 tengah malam!
Acu kire berapa jam Kekna duk dalam kereta.
Padahal dah drive 160km/j - 180km/j.
Lantak la kena saman pon.
Jem menggila sangat semalam.

Dekat tol Jabor tu pun dah jem.
Ingatkan ada accident ke ape.
Rupa-rupanya sebab tol.
Nak jugak tuuu buat tol padahal pondok tol pun tak siap lagi.
Grrrrrr.....

Lepas je tol, jalan terus lengang.
Masa tu la nak pecut sikit pon.
Sehinggalah kat Tol Karak.
Jem menggila masa ni sampailah ke Tol Gombak.
Hoihhhhh.... menguji kesabaran betul.
Kekna dah start mabuk-mabuk dah..
Dah la nak terkencing bagai.
Menahan je la...
Nak berhenti kat R&R memang tak laa sebab nak parking pun jem.
Menahan la Kekna sampai ke Sri Gombak.
Singgah makan malam kat situ.
Nasib restoran tu ada toilet.
Hentam saje laaa...

Legaaaa dapat pergi toilet.
Terus dapat makan dengan tenangnya.

Sampai rumah, takde rehat pun.
Kekna terus sambar towel, pergi mandi.
Tak sabor dah nak berlanding atas katil.
Beg pun tak kemas ape pun lagi.
Takpe lah, balik kerja nanti Kekna nak kemas terus.
Taknak la tangguh-tangguh.
Serabut tengok beg berlonggok kat bilik tu.

Dalam pukul 1 lebih jugak la Kekna tidur.
Penatttt tau tak?
Hari ni nasib baik bos takde...
Boleh la rehat-rehat sikit...

Nanti ada masa Kekna update lagi.
Itupun kalau Kekna rajin eh.
Hahaha...

Saturday, February 21, 2015

Update dari kampung

Salam readers...

Currently its 1:54am now tapi Kekna still berjaga.
Tatau kenapa tetibe je Kekna transform jadi kelawar pulak since balik kampung.
Siang mengantuk, malam berjaga katanya. Hahah....

Kekna balik kampung hari Sabtu minggu lepas.
Naik flight kat KLIA 2 sane tuh...
First time naik flight sensorang. Malam pulak tu.
Ngeri ohhhh...
Dah la sepanjang perjalanan tu bergegar je flight langgar awan tebal.
Mengucap panjang Kekna sepanjang perjalanan tu...
Huhu..
Tapi alhamdulillah selamat sampai jugak.

Cerita lelebih lain entry Kekna buat ye...

Pejam celik pejam celik, dah dekat seminggu Kekna berada di kampung.
Kerja-kerja penting Kekna dah settle kan.
Baju untuk raya nanti dah tempah... dah pun melawat mak-mak sedara yang balik dari umrah hari tu...
Tapi kali ni takdan la Kekna nak pergi melawat member member kolej dulu.
Jadual Kekna sepanjang kat kampung ni memang padat bebenor.
Setiap hari ada je kuar rumah.
Kekadang tak plan pun nak kuar.
Tetibe je ada yang mengajak.

Oh, Kekna bukannya jenis kuar merata-rata merayap tak tentu hala dengan kengkawan ye.
Kekna kuar pun dengan adik-beradik Kekna je.
Seronok ok kuar dengan family.

Esok Kekna ada program lagi.
Fuhhhh... padat sungguh ni.
Letih seharian swim petang tadi pun tak hilang lagi.
Acaner?
Even orang whatsapp ke, mesej ke, call ke mesti Kekna lambat balas atau pick up.
Henset pulak asik habis bateri je... huhu...

Ok la... its 2:02am now.
Esok pagi kena bangun awal lagi.
Nanti ada masa Kekna cerita detail apa aktiviti Kekna kat kampung ye....

Babaiiiii....
Good night all!

Wednesday, February 11, 2015

Dating secretary @ Penyet Express KL Sentral

Salam readers....

Fuhhhh...fuhhhh..fuhhhhhhhhhh......
Tiup-tiup segala habuk dalam blog ni.
Dah bersawang dah. Kikikiki...

Akhir bulan lepas Kekna ada berjumpa dengan kengkawan secretary kesayangan.
Nama je duk 1 bangunan tapi susah kemain nak jumpa.
Nak kena buat appointment dulu barulah boleh jumpa.
Yela, masing-masing busy dengan kerja kan.
Ikutkan sekarang ni pun Kekna busy.
Kerja bertimpa-timpa.
Tapi demi blog kesayangan, Kekna luangkan sikit masa untuk update.

Dah lama sebenarnya set time untuk jumpa tapi kebanyakkan masa mesti busy.
Kalau jumpa pun, mesti tak cukup korum.
So, 28 Jan 2015 akhirnya dapat jugak kami bertemu 4 orang.
Lokasi kat Penyet Express KL Sentral.


Jen Jen & Kak Era.
Jen Jen baru je bertukar status jadi ibu orang.
Congrats Jen Jen!
Moga Zaheen jadi anak yang soleh.... amin....

Kak Era pulak makin hari makin manis plak Kekna tengok.
Ada anak dara cun ohh... hihihi...


Yang itam berkerak ni takyah diperkenalkan lagi ye...


Ayu... dia ni pandai je pakai tudung macam-macam fesyen.
Kalau Kekna ni, tak reti den.
Setakat tudung bawal tu ok la lagi.
Kalau shawl, memang Kekna fail.
Malas haihhh nak belit-belit.

Tapi si Ayu ni kemain lagi... belit sana belit sini, tup-tup dah siap.
Menjadi pulak tu.


Kak Era order bakso kongsi-kongsi untuk kitorang berempat.


Pastu main order, masing-masing amik nasi ayam penyet.
Yela, dah namanya pergi restoran ayam penyet, mestilah order ayam penyet kan...


Kami... :)

Kitorang amik gambar banyak-banyak sebab masa ni ada orang mintak gambar Kekna dengan kawan-kawan.
Takut Kekna kuar dengan lelaki lain lerr tuhh...
Hahahah....


Time jumpa, macam-macam citer kuar.
Citer dah lama peram.
Bila dah jumpa, gamat la jadinya...
Seronok keluar dengan diorang sebab masing-masing sekepala.
Tapi kelakar la dengan Ayu sebab dia ni blur dan lurus sangat.
Hahhah... comel je...
Jen Jen dengan Kak Era kemain lagi taknak amik gambar sensorang.
Malu katanya....
Tapi kalau bab amik gambar in group kemain laju... hahaha..


Kak Era, yang banyak bagi nasihat berguna.
Orang berpengalaman la katakan...

Ayu, yang kelakar yang manis...
Suka sangat dia sebab dia baikkkk sangat.

Jen Jen pun sama.
Baikkkkk sangat. Cakap pun alahai...lembut betul.
Tak pernah cakap benda-benda yang tak elok.



Dua orang single woman snap gambo banyak-banyak.
Ada sesape berkenan?
Kikikiki....

p/s: Korang, kita plan nak jumpa lagi kan...
Bawak Kak Fara sekali kan.
Bila?
Nana ok je mana-mana & bila-bila...
Roger-roger ya!

Friday, February 6, 2015

Menyahut panggilan Baitullah

Salam readers...

Hari ni baru ada kelapangan untuk Kekna update belog kesayangan.
Blog yang lagi 1 tu nanti-nantilah ye...

Dah lama sangat dah parent Kekna memasang impian nak menunaikan umrah.
Tapi itulah, rezeki belum berpihak kepada diorang.
Tahun ni kebetulan ada rezeki lebih sikit, tu yang terus zassss daftar untuk ke sana.
Bersyukur sangat Kekna rasa sebab impian diorang nak jejakkan kaki ke tanah suci tu tercapai.
Entah bila laaa agaknya giliran Kekna pulak ye...

Kekna pernah cakap dengan FZ if Kekna kahwin tak kisahlah dengan dia atau orang lain, Kekna nak honeymoon kat sana.
Nak amik berkat.
Honeymoon kat tempat lain tu lain citer.. banyak lagi masa yang ada.

Biasanya bila dapat tahu ada sedara-mara yang nak pergi umrah atau haji, mesti sedara mara akan datang berkunjung.
Macam tu jugak laa dengan family Kekna.
Sedara mara ramai... tetiap hari ada je saudara mara yang datang.
Kalau la Kekna duk kat kampung mesti best!
Kekna suka sedara mara datang rumah. Hihihi...


Antara sepupu sepapat Kekna yang datang rumah.
Gambar ni adik Kekna yang amik...


Daddy Kekna dan Ayah Long..
Kalau dah namanya adik-beradik, cara duduk pun lebih kurang sama.
Ayah Long Kekna ni retisss tau.
Dia penah berlakon dulu dalam filem ape ntah.
Tapi masa tu filem hitam putih lagi.
Daddy & Ayah Long Kekna memang aktif menyanyi sampai sekarang.
Daddy Kekna pun selalu dijemput untuk jadi juri pertandingan nyanyian kat Terengganu...

Dulu kawan-kawan daddy pernah jugak ajak Kekna join kelab nyanyian diorang.
Tapi Kekna tolak... taknak la Kekna masuk kelab bagai.
Susah nak commit nanti.
Daddy Kekna sokong je kalau Kekna join sebab dia tahu Kekna ada bakat.
Tapi biasa laaa... Kekna rasa bakat Kekna takde lah hebat sangat pon.
Mommy Kekna suka la Kekna tak join kelab menyanyi tu.
Kekna acah nak masuk AF pon, dia tak restu. Hahahhaa...

Ok...ok... dah termelalut pulak dahhh... Hahahha...
Back to the main story.

2 hari sebelum berangkat umrah, kazen Kekna ada buat kenduri nikah.
Kekna tak sempat nak balik.
Takpelah... nanti bila dah dapat date sanding nanti Kekna akan balik...
In sha ALLAH...



Dari kiri : mommy, Cik Rus, pengantin lelaki (Abang Ji), pengantin pompuan (tatau nama..huhuh), Cik Ton, dan Mak Su.
Berdiri kat belakang dari kiri : Daddy dan Ayah Su Mat.


Ni pulak family Kekna bergambar dengan pengantin...
Tema kaler biru.
So, semua orang kena pakai biru.

Ni pun time sanding nanti tatau lagi buat tema apa.
Matikk la Kekna kena cari baju... huhu...

Eh, termelalut lagi khennnn... hihi...

1 Feb 2015... hari yang ditunggu dah tiba.
Kekna kemain lagi tak sabor nak jumpa family kat KLIA 2.

Parent Kekna akan naik flight belah petang untuk bertolak dari Terengganu ke KL.
Awal-awal lagi Kekna dah bagitahu Kekna akan sampai selepas maghrib.
Kak Long pun ikut Kekna jugak tapi dia bertolak dari Bangi.


Gambar ni adik Kekna amik masa kat Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Yang baju pepel tu aunty Kekna (adik mommy), Cik Rus.
Yang tengah tu mommy Kekna. Kalau korang tak cam jugak tatau laa...
Banyak kot gambar dia dalam blog ni...
Yang berjubah biru tu aunty Kekna jugak... adik kepada mommy, Cik Ton.


Family abang dan adik Kekna, Iwan yang hantar parent Kekna ke airport Terengganu.


Ni kazen Kekna...
Bujang ni... kije dengan Air Asia...
Dia pun ada time nak hantar rombongan ke KL.




Sempat daddy ber selfie dengan mommy kat dalam flight..
Hahahah...

Maghrib barulah Kekna bertolak dari rumah ke KLIA 2.
1st time Kekna kesini.
Kalau takde urusan, buat ape nak datang sini kannn...
Tapi makk aihhh besornyee airport sekarang.
Dah macam shopping mall dah!


Adik daddy Kekna, Makcik Jie pun ada datang (yang pakai baju merah hujung sekali)..
Kekna rindu jugak dengan Makcik Jie...


Bersembang anak beranak.


Amik berkat sikit dengan adik. Hihi...
Moga-moga Kekna juga berpeluang nak jejakkan kaki di tanah suci satu hari nanti.
In sha ALLAH...


Tengah-tengah sembang, tetibe krup krapp krupp krapp perut Kekna bunyi.
Gastrik!! Huhuhu...

Kekna masak hari tu tapi malam Kekna takdan nak makan...
Last Kekna makan masa lunch.
Pastu tak makan-makan dah sebab sibuk kemas rumah.
Terus Kekna ajak FZ temankan Kekna makan...
Lapor hoihh!


Singgah kat Kopitiam ape ntah namanya...






Makan ni je dah RM51++... Bangkrup!!

Lega dah dapat makan...
Hilang gastrik Kekna.. Fuhh!


Ha, ni la boifren Kekna sejak azali lagi.


Love both of them!


Amik gambar beramai-ramai.... kenangan ni...



Adik bongsu & anak sedara bongsu...

Kekna balik awal masa tu (dalam pukul 11:30malam) sebab FZ dah penat menunggu.
Dia duk bersembang dengan daddy Kekna je...
Dengan mommy, dia ketaq lutut hoihh.. hahaha...


Flight ke tanah suci pukul 2:30pagi...
Bayangkan laaaa.... lama gile kot menunggu.

Keesokkan harinya, Kekna dapat gambar-gambar diorang kat sana dalam whatsapp.
Alhamdulillah diorang dah selamat sampai disana...






Seronoknya dapat pergi sini kan.....

Semoga semuanya berjalan dengan lancar disana dan dapat pulang dengan selamat.
Amin!

Tak sabar nak jumpa diorang next week!