Monday, March 23, 2015

Mandi kolam di TH Hotel, Kuala Terengganu

Salam readers...

Ewaahhhh... Lama betul Kekna bercuti dari update belog ye...
Mood adalah kelaut untuk menaip ye sayam-sayam.
Tapi dalam FB memang Kekna aktif.

Eh, sebut pasal FB, ramai betul yang add Kekna lately.
Tatau la datang dari mana tapi Kekana syak datang dari pompuan sawan.
Takpelah. Biarlah dia dengan kesawanannya yang tak habis-habis tu.

Ok, abaikan pasal ni.

Sambung citer pasal balik kampung hari tu.
Lama dah ni tertangguh entri ni.
Hihih...

Kekadang kalau balik kampung ni, ade je aktiviti on the spot.
Tak dirancang pun sebenarnya.
Asalnya Kekna sepatutnya ikut parent Kekna pergi ke Kota Bharu.
Tapi itulah, bila fikir balik cuaca KB yang tersangat panas tu, Kekna rasa was-was pulak nak ikut.
Lagipun bukannya Kekna ada apa-apa pun nak beli.
So Kekna cancel ikut diorang pergi sana.

Al kisahnya tetengah duk sesaje kat rumah, abang Kekna (Abang Yu) ajak pergi mandi kolam.
Kekna dengar je terus laaa excited...
Terus menggelupur bersiap nak mandi kolam.
Hahahaha...

Maka, kitorang pergi bertujuh. Naik 2 buah kereta.
Kekna, Abang Yu, Kak Ejam, Alyssa, Amisha, Iwan dan Alia.

Kitorang mandi di Tabung Haji Hotel, Kuala Terengganu.

Kolam hotel ni open to public.
Tiket masuk untuk adult RM15/orang.
Kanak-kanak (umur 5-12 tahun) RM13/orang.
Towel dan makanan luar tak dibenarkan sama sekali.
Maksudnya makanan tu korang takyah la susah payah nak masak ke ape.
Kalau rasa lapar, nak tak nak kena order je dengan hotel.
Tu pun kalau mampu.
Kalau tak mampu tu, tahan je la lapor tu ye.
Dah settle mandi kang, korang pi la cari kedai kat luar hotel yang jauh lagi murah.
Towel pulak kena sewa RM3/helai.


Pemandangan kolam rekreasi TH Hotel.
Cantik kan...
Kalau sekadar nak beriadah dengan family tu, boleh sangat la datang sini.

Lagipun kat K,T ni ape lah sangat hiburan yang ada.
Ni pun dah kire ok sangat dah.


Memula Kak Ejam order air 2 gelas dengan keropok lekor.
Sekejapan je habis.
Bebudak ni kan cepat lapar bile berenang.

Kesian pulak Kekna nengoknye..
So, Kekna order la pizza, air segelas sorang, dengan keropok lekor.





Total RM99.00.
Menangis Kekna ok!!! T____T
Kalau makan kat luar tak sampai RM50 pon....
Sobsss...sobssss....


Bajet... buat-buat tido 
Nyampassssss...  -___-


Abang Yu dan Kak Ejam.
Kak Ejam maintain je kurus...
Nyampasssssss haku! -___-


Kolam ni kecik je.
Tapi cukup la kalau sekadar nak beriadah dengan family tu...


Alia... pemalu benor orang nak snap gambar...


Misha ni asik nak berkepit dengan Kekna je...
Time berenang pun nak berkepit.




Ada orang puji Kekna comel.........
Hahahhaha...

Tapi tangan Kekna dah rentung...
Huhu... lama kot Kekna berenang.
Dari kul 2:30 petang sampai kul 6 petang.
Ko ghasee??
Huhuhuhu....

Kolam ni dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi sampai 7 malam tau.
Kot kalau takde ape nak buat, boleh la datang mandi manda kat sini.

Alamat :

Tabung Haji Hotel,
Jalan Lapangan Terbang 
21300 KT.
No. phone : 09-6686666



Thursday, March 12, 2015

UNDER CONSTRUCTION

Salam readers...

Kindly please take note that this blog will be close for a week (maybe more) due to unforeseen circumstances starting by today (around 12pm).


I will be back soon with new fresh stories.

Sorry for any inconvenience caused.

Thank you.

Wednesday, March 11, 2015

Berkunjung ke rumah baru Maksu

Salam readers...

Beberapa entri yang lepas Kekna ada mention yang maksu Kekna ajak datang makan-makan kat rumah baru dia.
Wahhh, tak sabar dah ni nak makan masakan Maksu.
Suke..suke...suke...

Tambah Kekna suka bila kitorang akan berkumpul sedara-mara.
Rindunya nak berkumpul ramai-ramai.

Lepas asar, Kekna dan adik-adik gerak ke rumah Maksu.
Mommy dengan Kak Long 1 family gerak dulu naik kereta lain.
Kekna naik dengan Iwan.

Pesat sungguh pembangunan kat Terengganu sekarang ni.
Kalau kat KL banyak perumahan mewah sedang dijalankan, kat Terengganu pulak banyak perumahan kos sederhana dibina.
Memang elok sangat la tu sebab mampu dimiliki oleh orang-orang Melayu.
Kalau kat KL ni nak dapat rumah sebijik pun kena ada at least RM400K dalam tangan.
Acaner tu??
Mimpi je la nak dapat rumah sendiri... T___T
Menyewa je la Kekna bila dah kawin nanti.. sobss...sobsss...

Ok, back to the story.
Cantik betul rumah Maksu ni...
Dah la besar.
Kalau tak silap Kekna sewa sebulan pun baru RM300 lebih camtu...
Rumah 3 bilik tido, 2 bilik air.
Ok la tu kan..
Mana nak dapat rumah sewa harga macam ni sekarang.
Duk pulak tingkat tinggi.
Memang takyah pasang kipas ke ape.
Bukak je tingkap, angin kuat masuk dalam rumah.
Dah jadi sejuk...
Pemandangan pulak mengadap pantai..
Memang lawa laaa...


Mak nampak lagi muda dan kurus dari anak.
Acaner tuh?? Huhuhu...


Tok Mi dan cucu-cucu...
Setakat ni Tok Mi ada cucu pompuan je.
Pasni Nana bagi Tokmi cucu lelaki pulak eh...
Hahahah... Gataiiii..


Mee bandung in da house....
Terbaekkk la maksu masak.
Nyesal sebelum datang rumah maksu tu dah bantai nasik sepinggan.
Kalau tahu maksu buat mee bandung, nasik tu Kekna dah tak pandang dah...


Fruits cocktail...


Ni kuih tradisional.
Kekna tatau ape nama dia.
Bukan pukat buruk atau roti jala ye sebab yang ni ada inti...
Makan dengan kuah santan..

Kekna suruh mommy je suapkan Kekna sebab kalau nak harap Kekna makan sekeping pun belum tentu habis.
Dah tua-tua pun suruh mak suapkan makan lagi eh? Hahahahah...


Antara yang hadir...
Penuh dengan family Kekna je la...


Baju pink tu Cik Ton.
Mak sedara Kekna. Pesara guru ni.
Yang tudung kelabu tu menantu Cik Ton, Kak Ida.
Yang free hair tu Maksu...
Yang tudung itam tu of course la mommy Kekna dan yang pakai tudung oren biru tu Kak Long...

Alhamdulillah kat Maksu sebab dah dapat duduk rumah idaman.
Dulu maksu ni hidup susah...
Makan pakai pun ala kadar je.
Sekarang seronok tengok maksu se family.
Berkat usaha sendiri bukak perniagaan kedai makan.
Maksu pulak memang pandai memasak...

Tu la kan...
Orang kata usaha tu penting.
In sha ALLAH pintu rezeki tu terbuka luas.



Friday, March 6, 2015

Kisah balik kampung lagi...

Salam readers...

Penatnya Kekna hari ni...
Lembik dah rasa badan.
Turun naik tangga, keluar masuk amik barang, beli barang.
Huwaaaa!!!

Tapi takpe.
Kekna tetap gagahkan untuk update blog kesayangan ni.

Daddy Kekna kerja kat MajuIkan tau sekarang ni.
Lepas dia pencen dari Syarikat Air Terengganu, kat sini la dia kerja pulak.
Daddy Kekna pulak jenis takleh duk diam.
Dia suka bekerja.
Anak-anak memang takleh halang dia bekerja.

Oleh sebab dia kerja kat MajuIkan tu, dia selalu la bawak balik ikan besar-besar, macam-macam jenis pulak tu.
Kekadang ikan yang tak pernah Kekna dengar pun, ada dia bawak balik.



Pagi tu daddy Kekna bawak balik ikan ape ntah.. namanya Remong Belang.
Daddy la yang bagitau.
Daddy cakap ikan ni 100 gram RM6.
So maknanye sekilo RM60!
Perghhhh...

Sehari sebelum tu, daddy bawak balik ikan kerapu.
Dah siap buat masak 3 rasa dah... Hihihi...

Kalau daddy bawak balik ikan, biasanya Kekna akan tolong mommy siangkan.
Tak sampai hati pulak biarkan orang tua tu siang ikan sensorang.
Walaupun Kekna ni sebenarnya kembang tekak jugak main dengan isi perut ikan tu.
Geli kata kau!
Hanyir dia tu kekadang sampai Kekna makan guna sudu. Cuci tangan banyak kali sampai bau hilang tau.
Huhuhu...

Kekna suka balik kampung sebab petang-petang mesti ada makan-makan.
Kampung Kekna ni terkenal dengan keropok lekor.
So, time minum petang tu wajib ada keropok lekor.
Sekarang ni ada 1 kedai keropok lekor sedaapppp gile, dekat sangat dengan rumah Kekna.
Keropok dia makk aihhh lembut gile.
Masa balik aritu, Kekna ingatkan nak beli la bawak balik KL.
Tapi takdan nak beli sebab sold out. T___T



Satu makan makanan wajib ada masa minum petang is pisang goreng.
Pisang goreng kat sini sedap.
Besar.
Tak macam kat KL. Potong kecik-kecik.
Hohoho... mengidam lerrr pulok.

Beberapa hari sebelum tu, Kekna ada pergi ke Mydin Mall dengan mommy dan Kak Long.
Macam biasa la bila Kekna balik je mesti ada yang request spaghetti bolognese.
Sekali sekala balik, ape salahnya kalau Kekna masakkan.
Kesian tau kalau tak tunaikan.
Lagipun modal bukannya banyak sangat pun.

Petang tu, Kekna siapkan awal-awal kuah spaghetti sebab ikutkan petang tu auntie Kekna ada buat makan-makan.
Daddy Kekna terintai-intai ape anak dara dia buat kat dapur.

Daddy : Buat ape tu?
Kekna : Kuah spaghetti...
Daddy : Wahh... sedap ah... bagus bagus...

Senyum lebar Kekna.
Kekna tahu daddy suka spaghetti bolognese yang Kekna masak.


Tenkiu banyak-banyak kat FZ sebab dia yang ajar Kekna buat spaghetti ni...
Cuma biasa la Kekna kan derhaka sikit.
Suke-suke je tambah sosej dalam tu. Hihi...

Citer rumah auntie Kekna tu lenkali Kekna citer dalam entri lain eh... 


Dah balik dari rumah auntie, Kekna panaskan kuah spaghetti dan rebus spaghetti terus.
Habis 1 paket spaghetti dengan 1 botol kuah bolognese.

Fuhhhh...
Suka Kekna tengok diorang makan.
Daddy asik la duk puji sedap.
Kombang idung Kekna ni. Hahahaha...

Anak-anak sedara Kekna pun puji jugak.
Yela, bukan selalu makan macam ni.

Malam tu jugak masakan Kekna habis.
Puas hati penat masak tapi berbaloi... :)

Thursday, March 5, 2015

Serbu kedai Ali & aiskrim pasu

Salam readers...

Ok, kisah masa balik kampung lagi.

Biasanya kalau Kekna balik kampung on February, Kekna akan jumpa tailor untuk tempah baju raya.
Macam yang Kekna pernah citer sebelum-sebelum ni, Kekna tempah baju raya awal so that takde baju yang tak siap on raya.
So, lepas Zohor Kekna dan Kak Long pergi jumpa tailor kitorang.
Awal tahun aritu Kekna ada pergi kedai Jakel dengan FZ.
Beli kain pasang kat sane.
4 helai semuanya...
Pastu opismate Kekna, Ekin pergi holiday kat Vietnam.
Dia hadiahkan Kekna kain pasang Vietnam pulak.
So, total baju tempah Kekna tahun ni 5 pasang.
Hohohoo..... Kopak duit nak membayor upah baju tu nanti..

Dah tempah baju segala, kitorang pun balik rumah.
On the way balik tu, kitorang lalu depan kedai makan Ali.
Ali ni kawan daddy Kekna.
Kekna baru sekali pergi makan kat kedai ni.
Tapi dijamin makanan kat sini memang sedap.
Masakan macam kat rumah.
Pinggan pun macam pinggan kat rumah.
Ko dapat pinggan corak lain, aku dapat pinggan corak lain.

Honestly Kekna cakap, kalau orang tengok keadaan kedai ni, orang bandar masuk kampung kompem takkan jejak kaki kat sini...


Kedainye ala-ala kampung.
Dalam gambar tu nampak macam kedai biase kan...
Tapi kalau pergi depan-depan, takdenya nampak elok camtu.
Tiang kayu usang. Meja kerusi pun buruk-buruk.
Tapi kedai dia memang bersih.
Paling penting masakan dia memang tiptop.
Tapi tu la... kedai macam ni siapa nak pergi kan walaupun makanan sedap.


Balik kampung je, kompem Kekna takleh diet.
Asik makan je manjang...
Makanan kat kampung kan sedap-sedap.
Mane boleh Kekna tolak.
Hihihi...


Kebetulan masa Kekna pergi tu, nasik dan mee semua dah habis.
Yang ada cume bihun.
Kekna baru je nak order mee goreng sebab mee goreng dia sangat sedap.
So, Kekna order bihun rebus.

Ya Allah, sedapnya bihun rebus dia.
Ni kalau dapat mee rebus, lagi terangkat!!
Sumpah tak tipu....

Kak Long dan Abang Zam pun order bihun rebus jugak.

Alia sorang je order bihun goreng.
Alia kata sedap jugak.
Kan Kekna dah cakap, masakan kat sini memang sedap-sedap.

Malam, Kekna buatkan aiskrim pasu untuk anak-anak sedara Kekna.
Yela, diorang suka benor bila dengar Kekna nak buat aiskrim pasu.
Kebetulan petang tu Kak Long ada kuar.
So, Kekna mintak dia belikan barang-barang semua.


Tadaaaaaaa...
Aiskrim pasu rekaan Kekna.
Hihihi...

Pokok tu kitorang petik pokok bunga plastik mommy je.
Mommy pulak jeling semacam je bila anak dan cucu-cucu dia petik pokok bunga dia.
Hahaha...
Redha aje la mommy.
Bukannya selalu anak dan cucu-cucu buat perangai nakal cenggini.
Hihi...

Tuesday, March 3, 2015

Tournament Bowling sefamilia @ Terengganu Equestrian Resort (TER)

Salam readers...

Sebelum balik kampung aritu, Kekna ada up satu status dalam FB untuk family Kekna.
Kekna plan nak ajak diorang pergi berkelah kat Sekayu.
Memasing pun duk la komen, Sekayu ada kencing tikus la bagai...
Baiklah..baiklah... cancel la pergi berkelah.
Iwan pulak bagi cadangan main boling.

Ohh...... seronoknya main boling.
Kekna dah lama dah tak main boling.
Kali ni Kekna tak kire, semua orang kena main....
Paksa...
Takmo alasan-alasan....
Maka, sefamilia Kekna terpaksa akur. Hahahah...

Kekna dan Iwan kan organizer.
Lepas maghrib, kitorang berdua ke Mydin Mall dulu.
Kitorang plan nak beli hadiah... nanti vote dapat nombor berapa.
Hadiah tu harga sama cume berbeza design aje.
Nasib la kalau dapat design tak cantik. 
Hahahaha...

Dah beli hadiah semua, kitorang terus zassssss ke Pusat Boling Astaka.
Plan asal nak main kat situ kononnya lane kat sane banyak dan best sikit.
Tapi full house pulakssss....
Dah la takleh booking dulu.
Pelik kannn pusat boling kat sane.
Takleh booking bagai.
Kalau kat KL ni, main 2 orang pun boleh booking.
Hmmmm....

Kekna call family bagitahu terus direct ke TER.
Kat sana In sha ALLAH ada lane kosong.
Terus la kitorang beramai-ramai pergi TER.

Kekna amik 2 lane.
1 lane untuk team pemuda-pemudi.....
1 lane lagi untuk team veteran.. :D
Tergelak diorang bila Kekna letak team diorang nama team veteran.
Team veteran ni of course la team orang-orang tua... 

Team pemuda-pemudi terdiri dari Kekna, Iwan, Shahril, Kak Ejam dan Abang Yu.
Team veteran pulak terdiri dari Daddy, Mommy, Kak Long, Abang Zam dan Shazrin.
Shazrin terpaksa duduk dalam team veteran sebab dia lambat datang.
Kahkahkah...

The game begin!

Eh, korang tengok gambar aje la ye.
Gambar banyak ni.....
Malas nak letak caption satu-satu.
Plus gambar tak tersusun ye...
Kekna kan femelesssss...


Daddy


Alia, dia gantikan Kak Long...
Kak Long ni tak sporting laaaa... nyampasssss...


Iwan


Shazrin





Mommy....
Ke longkang aje bola nye... hahahah...








Kekna....



Kekna & Kak Ejam


Shahril a.k.a Spark



Abang Yu garu kepala bola masuk longkang... hahaha


Kak Ejam


Adik Kekna yang paling poyo.... :P





Ade je yang khianat kat belakang tuuu...
Photobomb!



Akhirnya daddy berjaya jugak buat spare...
Hahahah....
Suka kemain sampai terangkat-angkat tangan tu ha...


Abang Zam


1st time Kak Long nak baling bola....
Kite tengok lepas ke takkk...


Last-last masuk longkang.... wakakakakaka...


Markah team pemuda pemudi...
Kekna 107 je... T__T
Iwan 111.
Shahril 82.
Abang Yu 112.
Kak Ejam pun 112.


Dah kenapa tetibe terselit gambor dia plak ni? -__-


Ni markah team veteran.
Abang Zam, 73.
Kak Long 30.
Shazrin 100.
Mommy 62.
Daddy pun 62 jugak...
Kemain laki bini markah sama... hahaha...


Game kedua...
Abang Zam 78.
Kak Long 47.
Shazrin 72.
Mommy 54.
Daddy 92.

Wahhh... Mommy dan daddy kemain lagi.
Padahal 1st time pegang bola boling tu. Hahahah...



Total kedua-dua game bagi team veteran.


Game kedua bagi team pemuda pemudi.
Kekna dapat 107.
Iwan 98.
Shahril 127.
Abang Yu 125.
Kak Ejam 103.


Total markah kedua-dua game bagi team pemuda pemudi....

Dah terang-terang team Kekna yang menang... Hahahah...








Budak-budak tak main ye.....






Time macam ni la nak berkumpul 1 family pun.
Kalau tak, memang payah.
Kekna memang menghargai mase-mase dengan family.
Memang setiap kali balik kampung Kekna akan organize something so that 1 family boleh beriadah sama-sama.
Seronok bila dapat luangkan masa sama-sama.

Hadiah lupa pulak Kekna nak snap.
Lepas habis main, kitorang pergi ke kedai makan.
Makan satay kat sana...
Last-last tauke kedai tu pulak yang belanja kitorang 1 family.
Rezeki sungguh....
Tauke tu kenal kitorang.
Shahril pernah kerja dengan dia sebelum ni...

Esoknya Kekna sengaja je usik mommy..

Kekna : Mommy, nak main boling tak malam ni? Bosan la...
Mommy : Taknak la... esok-esok boleh laaa...
Kekna : Amboiiiiii,,,,


Hahahahaha...
Mommy tu memula taknak main tau.
Tapi last last dia pulak yang over excited.
Hahah...

Daddy pulak siap tanya Kekna.

Daddy : Berapa sorang kalau nak main boling?

:D
Kompem lepas ni kalau petang-petang daddy dan mommy kuar dating, kitorang dah tahu dah nak cari kat mana....
Hahahaha...