Wednesday, April 29, 2015

Cuti Lama

Salam readers...

Mood cuti tengah bermaharajalela...
Petang-petang cenggini mulalah rasa malas nak buat kerja.
Huhuhu...

Mulai esok, opis Kekna bercuti sampailah hari Isnin minggu depan.
Cuti lama uolssss...
Bolehlah Kekna plan something sepanjang cuti ni.
Kebetulan pulak duit bonus dah masukk..!
Yeayyy!!

Nak menaip pun rasa malas ni.
Ate memang dah pemalas kan.
Hihihi...

Ok la.. Nak settle kan claim claim manager ni pulak.
Kena approve hari ni jugak..
Nanti tak tenang pulak hidup cuti lama-lama tapi kije tak siap..

Cau cin cau...
Babai!

Tuesday, April 28, 2015

Secretary Week @ Menara KL

Salam readers...

Macam biasa setiap tahun, asal bulan April je mesti ada sokseksoksek dari geng-geng secretary tentang Secretary Week.
Kekna cam biasa laa...
Orang ajak, pergi.
Kalau tak ajak, takyah pergi.
Ate jenis sempoi aje kan... Tak kisah la memana pun.

Kekna dah 7 tahun jadi secretary.
Lama jugak la tu...
Macam-macam karenah bos yang Kekna pernah hadap.
Gain experience omputih kate.
Secretary ni la kekadang jadi punching bag.
Kekadang bos marah kat orang lain tapi dilepaskan kemarahan tu kat secretary.
Redha saja laaa...

Secretary ni kekadang dah macam 'wife' bos di ofis.
Jaga makan minum, tengok jadual dia free ke tak...
Kalau dia sakit pening, kena pepandai sediakan ubat-ubatan.
Kalau dia mintak tolong apa-apa, kena buatkan....
Tapi kalau bos mintak lebih-lebih, penampo kan aje... Huhu...
Ni bukan bini halal ni nak sentuh-sentuh... Gittewww...

Bagi mengenang jasa secretary, haruslah dikhaskan satu hari untuk secretary enjoy.
Sebagai tanda appreciation sebenarnya.

Tahun yang sudah-sudah Kekna selalu pergi yang KarangKraf/ Utusan.
Tetibe tahun ni Kekna dapat email dari hakak executive secretary audit.
Dia cakap, "pls make urself available on 23rd April."

Owh.... ok...
Kekna tak banyak tanya dah.
Baca dalam group whatsapp pon dah tahu dah tahun ni kitorang akan pergi ke Menara KL.
Yeayyyyy... Teruja pulak!
Tema tahun ni Terima Kasih Cinta with Afgan.

Pakat dengan diorang semua nak naik teksi je pergi ke Menara KL tu.
Pastu nanti claim kendian.



Kesahnya Kekna lupa 23hb tu ada function.
Voleyyy??
Dah kuar dari rumah pagi tu barulah teringat, eh hari ni 23hb la!!!
Nak tukar baju, dah lambat pulak nak pergi opis.
Hmmm... tak kisahlah.
Pakai je blouse dan skirt murah ni... heheheh...
Padahal Kekna dah reserve dah baju nak pakai hari tu.
Takpelah... Yang penting tetap nampak kemas.
Kannn??


Mimy, Kak Shy, Kekna dan Ika.
Amboiii Ika.. Baik punya landing atas bahu aku.
Anje anje angat... hihih..


Bila tengok balik gambar ni baru perasan, memasing ada outfit hitam.
TERsama pulaksss...



Kitorang beli meja gold aje.
Gold pun gold laa...
Yang penting boleh tengok Afgan secara live jugak... hihi..


Tengok-tengok-tengok...
Dagu tu takleh kaver kaver lagi dah.
Dah terang lagi bersuluh! Huhuh...




Comel je botol ni... :)


Kami berempat still rapat walaupun Mimy dah bertukar ke unit lain.....



Secretaries in Group Internal Audit...
Yang tengah tu taiko kitorang.
Hihihi...


Suke sangat gambar ni.
Terserlah kegembiraan masing-masing... :)



Sampai tersepet-sepet mata Kak Shy sebab senyum meleret...
Kekekeke....





4 orang ni la antara geng-geng secretary terapat dengan Kekna dalam TM.
Banyak kisah suka duka kitorang kongsi sesama.
Dengan mimy tu, hampir setiap hari kitorang lunch sesama.
Lunch sambil gosip-gosip. Hihihi...



Lupe pulakss pasal menu.
Ok, kali ni menu western.

Macam best je... macam sedapp je... 


Emcee of the day, Kak Didie Alias.

Oo emm geeeeee, dia memang lawak ok.
Lawak yang bukan dibuat-buat...
Dia punya lawak tu memang lawak spontan.
Terkekek-kekek Kekna gelak. Hihihi...


Appertizer...
Makan salad uollsss...
Tak pernah-pernah Kekna makan salad cenggini.
Hahaha...

Tak habis pon sebab dressing dia sikit sangat...


Soup of the day....
Kekna suka.. :)

Tengah-tengah makan, tetibe retiss yang ditunggu-tunggu muncul.
Afgan the cutiesssss...
Memang cute la dia!
Menjerit semua orang!



Dia adalah sangat peramah...
Nampak jugak la dia kekok sikit dengan peminat.
Tapi dia boleh control lagi....


Kekna fokus on makanan je sebab Kekna takde la die hard fan sangat kat Afgan ni.
Biasa-biasa je.
Lagu dia yang Kekna tahu pun Terima Kasih Cinta. Kikiki...

Salmon kat atas ni sedap...
Well, Kekna memang suka makan ikan pon.
Ate orang Timur kan... :)


Dessert.
Tak habis pon Kekna makan.
Tak sedap. Huhuhu....

Bos-bos dipanggil untuk menari kat depan ikut irama lagu 'Sakitnya Tuh Disini'.
Lawak betul!






Tengah-tengah tengok persembahan dari bosses, geng avengers yang very the bijjj hantar gambar diorang main boling kat NU Sentral...
Nak suruh iolsss jeles lerr tuh!



Over kan diorang ni...
Grrrrrrr.... -___-


Ini je la yang sempat Kekna snap.
Geram tau sebab mula-mula Afgan tu dah tengok Kekna dah.
Pastu pompuan sebelah lagi tu sibuk plak cuit-cuit Afgan.
Tak pepasal Afgan pandang ke sana pulak...
Grrrrr....

Tapi takpelah...
Redha saje la..



Sebelum balik, sempat amik gambar dengan Kak Didie Alias.
Kurus cekeding je orangnya.
Peramah pulak tu....

Overall, seronok sangat secretary week tahun ni.
Enjoy la jugak.
Happy....

Next year pergi luncheon macam ni pun ok jugak kan.... Hihi..

Thursday, April 23, 2015

Lif menjunam

Salam readers...

Kekna nak kongsi kejadian petang semalam time Kekna balik kije.
Kejadian yang agak horror bagi Kekna.

Kekna kan duk tingkat 51.
So, kalau nak turun naik tu memang kena guna lif la.
Gigih benor laa kalau nak turun naik guna tangga kan...
Tinggi bebenor tu..
Mau turun berkilo-kilo berat badan Kekna kalau amalkan naik tangga tu. Hihi..

Petang semalam, time Kekna nak balik kerja, cepat-cepat Kekna naik lif.
Sensorang lak tu.
Kekna memang suka naik lif sorang-sorang sebab Kekna tak suke bersesak-sesak.
Kadang-kadang sesetengah orang ni suka sembang kuat dalam lif.
Rimas betul Kekna...

Alkisahnya tengah-tengah lif turun tu, tetibe je lif bergegar-gegar.
Kuat gegarannya ok! Macam gempa bumi camtu.
Ader la dalam 5 saat macam tu dia bergegar.
Kalau time time cenggitu, 5 saat pon macam 5 minit.
Dalam waktu yang sama, Kekna dengar bunyi besi-besi besar kat atas lif tu.
Risau jugak kalau-kalau ada benda jatuh dari atas kan..

Tapi Kekna relax je...
Serius Kekna relax.
Tak panik, tak menggelupur, tak menjerit.
Yela, kalau jerit pun, mana ada orang dengar kann...
Dalam hati Kekna just baca ayat Kursi je. Mohon diselamatkan dari sebarang kecelakaan.

Pastu lif dah tak gegar.
Senyap sekejap.
Dalam beberapa saat lepas tu, lif menjunam sikit.
Kekna tak sure berapa tingkat. Tapi sekejap je..
Mungkin dalam 2-3 tingkat je kot dia menjunam.
Kekna sempat la berpaut la kat dinding lif tu.
Mase ni barulah Kekna rasa mual sebab lif terhenjut macam tu.
Kekna tekan loceng 2 kali tapi tak bunyi uollsss!

Kekna cool kejap.
Dalam beberapa saat tu, barulah lif gerak semula sampai bawah.
Keluar lif, Kekna terus bagitahu guard kat situ tentang lif bermasalah.

Guard akui memang ada electric trip tadi.
Patut la lif bergegar.
Mungkin sebab takde elektrik, so besi-besi yang Kekna dengar tadi tu nak grip the elevator. 
Break mengejut kot...

Tapi alhamdulillah sangat-sangat sebab Kekna selamat.
Takde la sampai tahap trauma ke ape.
Ada sesetengah orang boleh trauma dengan kejadian-kejadian macam ni...
Alhamdulillah Tuhan kuatkan semangat Kekna.
Cuma rasa mual tu berlarutan sampai malam semalam.
Pagi ni Kekna bangun tido dah tak mual sangat dah.

Tenkiu kengkawan yang tunjukkan keprihatinan dalam fb Kekna.
Lepas ni hati-hatilah naik lif terutamanya yang duduk kat level tinggi tu.
Tapi kalau ada apa-apa yang terjadi, jangan panik.
Jangan sesekali panik....
Kalau panik, korang memang akan jadi blur. Takleh fikir ape.

Try untuk bertenang setenang tenangnya.
Takyah jerit, takyah tekan-tekan button lif tu banyak kali.
Percaya dengan takdir ALLAH swt.
Tu je.

Tapi kannn... tapiiiii...
Kekna rasa macam tak sangka pulak Kekna kuat semangat sampai tahap tak rasa apa-apa dengan kejadian ni...
Hahahah... eh, gelak pulaksss.. hihi
Padahal kejadian ni agak menakutkan bagi sesetengah orang.
Dun know la cemana Kekna boleh cool macam ni... Hihii...

Apepun, bersyukur sangat-sangat sebab Kekna selamat. :)
Syukur Ya ALLAH!

Wednesday, April 22, 2015

Dinner @ Tony Romas Mid Valley

Salam readers...

Citer ni pun dah berkurun lamanya...
Begitu laaa kan bile kemalasan melanda... Kekeke...
Sekarang nak menaip pun malassss...


Ok, kite tepek gambar tuan rumah dulu...
Makin chubby pulak diri ini.
Huhuhu....

Dah tahu chubby, tapi still ikut selera tekak.
Tekak nak makan nasik, terus makan nasik.
Tak reti langsung nak diet. Huhu...
Aritu tekak nak makan Tony Romas, makan jejaklah kaki ke Tony Romas Mid Valley.


Ni pilihan dia... :)
Sebab tetibe dia pun nak makan ribs.
Makan la sensorang... Habis pulak tu.


Yang ni Kekna punya...
Fish N chips.
Fish fillet dia sangatlahhhh lembut.
Melting dalam mulut uolsss..
Takyah kunyah pun.


Tuan tanah lagi...

"Tak ada apa yang boleh buat kita mengukirkan semanis-manis senyuman melainkan kerana perasaan bahagia..."


Love love love 

:)


Tuesday, April 21, 2015

Mini reunion SKBD

Salam readers...

Kali ni Kekna nak share cerita yang dah berkurun lamanya... hikhik...
Betapa lamanya Kekna simpan citer ni sampai terlupa nak update.
Godek-godek pc, terjumpa lak folder gambar.
Eh, tak update lagi pasal reunion kecik ni.
Takpe, kite tepek je kat sini.
Lambat tak lambat, kesah pulak kan.
Yang penting update.... gittewww...

Awal tahun aritu salah sorang kawan sekolah rendah Kekna buat group whatsapp untuk sekolah kitorang.
Sekolah Kebangsaan Bandar Dungun.
Al-kisahnya aktif sungguh laaaa group whatsapp itu.
24 jam toktektoktek...
Sampai Kekna mute kan group tu untuk 1 tahun. Kekekeke...
Kalau tak, henset Kekna asik berbunyi je.
Pastu bateri pun cepat habis.
Bayangkanlah sehari 2 kali Kekna kena cas henset.

Diorang semua plan nak buat reunion on 1st & 2nd May.
Tapi Kekna takleh attend pulak reunion tu.
Ada hal on that day.

Lagipun reunion tu dibuat nun kat Terengganu sane.
Memang takleh pergi la jawabnya...
Kengkawan Kekna yang duk KL ni pun takleh pergi jugak.

Oleh sebab kitorang takleh join the reunion, maka kitorang buat mini reunion.
Ala..... sebenarnya bukan reunion apepun.
Just jumpa berempat je.
Ni je yang available on that day.


Zamri...
Dah jumpa ni barulah Kekna tahu dulu dia pun 1 sekolah menengah dengan Kekna.
Tapi tu la, bukannya Kekna perasan dia sangat pon.
Masa sekolah menengah tu ada 12 kelas.
Sekolah besar camtu, cane Kekna nak perasan dia kan? Hahaha...


Hamidah... Dia baru je balik kenduri.
Sebab tu pakai baju kurung bagai.
Sempoi je dia ni...

Hamidah ni bestfriend Kekna masa darjah 5 & 6.
Sekelas... pergi & balik sekolah sama-sama. Petang-petang kuar main sesame..
Nak UPSR pun study sama-sama.
Midah ni pandai sikit Bahasa Inggeris sebab dia pernah stay kat Singapore.
Kat sana kan 1st language diorang kat sekolah adalah English.
Kekna pulak bab karang-mengarang dalam Bahasa Melayu memang terror gile.
Kitorang saling tunjuk ajar sesama kitorang.
Beli buku latihan pun sama...
BFF sangat nih...

Tapi tu la... Dulu mana ada henset.
Bila memasing dah naik sekolah menengah lain-lain, kitorang lost contact.
Naik je tingkatan 3, Kekna pindah ke Kuala Terengganu.
Memang lost contact terus.
Dah ada group whatsapp ni, barulah kitorang jumpa balik...
TQ sangat-sangat kat admin group.


Zulhazli.
Memula cakap takleh join, tetibe muncul lak muka dia.
Takpelah.
At least Zamri tu ade kawan... hihih..


Sedap jugak suara Hamidah karok.
Kitorang karok kat area Bukit Bintang.
Lupe dah ape nama tempat ni.. kikiki...

Dah habis karok, Kekna & Hamidah jenjalan kat Times Square.
Dah lama ohh tak datang sini.
Biasanya Kekna datang dengan adik-adik Kekna je.


Kitorang berhenti makan kat Oldtown White Coffee.




Favorite Kekna, curry mee...
Sedapnyaaaaa....

Ni je la kisah mini reunion kitorang...
Tatau la lepas ni bila lagi kitorang nak berjumpa lagi...
Rindu dah kat korang... :)

Monday, April 20, 2015

GIA Bowling Tournament

Salam readers...

Salam 1 Rejab.
Hari ni ada sesape berpuasa tak?
Kekna puasa hari ni... Saje je amik berkat awal bulan yang mulia ni...
*puasa pun nak bagitahu eh? poyosss..
Hihihi...

Nak citer kisah 1 April baru-baru ni...
Takde la baru sangat kan...
Dah 20 hari lepas dah.. Kekeke...

Opis Kekna ada buat bowling tournament kat NU Sentral.
Kekna pun dah lama gile tak main bowling.
Last main pun mase balik kampung hari tu.
Kompem bola asik masuk longkang je...

Teringat pulak masa awal-awal kapel dengan FZ dulu.
Setiap minggu kitorang main bowling.
FZ memula dulu tak suka pun bowling ni tapi alih-alih dia pulak yang over sampai 1 tahap pergelangan tangan dia sakit, terus kitorang dah tak main dah.
Sampai sekarang rasanya pergelangan tangan dia sakit.

Ok...ok.. citer lama...

Balik kepada citer asal.
Tournament start after lunch.
Kekna dan opismates semua cadang nak lunch kat NU Sentral je terus.
Mek Leen la sibuk sangat teringin nak makan benda yang pedas-pedas.
So, kitorang decided lunch kat food court je.
Masing-masing boleh pilih sendiri nak makan ape.


Kekna pilih ni...
Spaghetti baked seafood.
Eh, harga makanan sekarang ni naik mendadak kan?
Yang macam ni dulu haga RM16.90 sekarang dah naik RM20 uolllsss!!
Tapi puas hati la sebab portion besar.
Acu kalau makan kat Secret Recipe, secoet je spaghetti dia dah RM22.
Padahal SR tu company Malaysia tau.
Bukannya company luar ke ape.
Eh, emo tetibe. Hahahah...

Dah pukul 2, barulah kitorang naik ke Grand Ballroom.


The game start!


Nama Kekna yang no.3 tu...

Kena main 2 games uolsss...
Total terkumpul 197 je...
Sedeyyyy!!
Dulu-dulu Kekna boleh kumpul sampai 200 lebih points tau...
Huhuhu...
Tapi takpe. Main sekadar suka-suka je kan.
Bonding session dengan all teammates.

By pukul 5 petang game dah habis.
Kumpulan Kekna markah paling sikit..
Boleh? Hahahah...

Nanti markah-markah ni akan dikumpulkan sampai akhir tahun.
Lepas ni ada banyak lagi game.
Total markah terkumpul keseluruhan akan diberitahu akhir tahun nanti.
Group mana yang dapat markah paling tinggi akan dapat RM1000 uollsss!!
Menarik gilosss..
Tu yang buat Kekna bersemangat tuuuu...


Dah settle game, jom kite wefie!!
SAU team!







Lupa nak amik gambar semua team audit.
Semangat nak main sangat sampaikan lupe nak snap.
Inipun mujur Farid sibuk ajak wefie.
Kalau tak, kompem takde gambar.
Hihihi...