Friday, May 29, 2015

Haagen Dasz yang kebabomm!

Salam readers...

Letih Kekna tatau nak letak tajuk ape.
Haihhh!

Sambungan dari entri yang lepas.
Habis je makan kat TMFM, geng avengers ajak pergi makan aiskrim Haagen Dasz.
Uihhh.. dah lama sangat dah kitorang nak makan aiskrim kat sini.
Nak tahu jugak kan ape ke best sangat aiskrim mahal ni...

Memula kitorang test perisa aiskrim dulu.
Haruslah kena pilih dulu kan...

Dah pilih perisa, kitorang duduk kat meja belakang.



Kekna tak sedor diri ni doktor tak bagi langsung makan benda-benda sejuk.
Tapi demi kawan-kawan dan hawa nafsu tekak, ku telankan juga...
Kekekeke...


Pilihan kami... :)

Memang sedap kebabommm la aiskrim ni.
Patut la mahal.
Kitorang yang bekerja ni pun tunggu dapat bonus barulah boleh makan aiskrim ni.
Sedih betul hidup! Hahahaha...

Tapi masa kitorang pergi makan ni, ada promo.
RM15 dapat 2 scoop.
Murah la tu kan...
Terus rasa nak terjah hari-hari. Ngeeeeeeee..... :)




Leen dah menggila tengok aiskrim....
Nak makan tapi kena tunggu Farid dulu.
Yela, tetibe je Farid lesap pergi toilet patploh minit. Hihi...




Kanak-kanak ribena sangat! :)


Dah habis makan aiskrim, memasing ngadap handphone.
Tak sedar pun Ekin snap gambar ni.
Report kat bf/gf memasing lettew.

"Awak, saya baru je makan aiskrim haagen dasz ni. Nanti saya belanja awak pulak ye..."

Kekekeke...

Patut la aiskrim ni mahal sikit kalau bukan promo.
Memang sedap dan terbaekkk!
Avangers, jom repeat! Nak??

Thursday, May 28, 2015

Lunch @ The Manhattan Fish Market, NU Sentral

Salam readers...

Last month ada groupon promo kat TMFM.
Terus geng avengers bijjj grab sorang satu meal.
Murah uolsss... Haruslah kena grab kan.
RM24.90 untuk set small grill siap air dan soup of the day!
Leen cakap air watermelon sedappp!
Mase tu Kekna tak boleh minum air buah.
Ruginyeeeeeeee...


Kekna add on warm water.
Al-maklum laa time tu Kekna kena berpantang sikit makan.
Doktor tak bagi Kekna makan benda-benda sejuk.
Padahal lepas makan kat TMFM ni, Kekna bantai aiskrim Haagen Dasz.
Hahahah... Entri pasal Haagen Dasz ni lenkali Kekna update ye.

Yang dalam mangkuk tu la soup of the day- seafood soup.
Sedap.
Kekna suka....
Tengah-tengah badan tak berapa sihat, hirup sup panas-panas dan sedap adalah 1 kenikmatan yang tak terhingga. Gitteww!
Ahaksss!


Inilah small grill.
Ada udang, ada sotong, ikan, chips, brokoli & carrots.
Sedap jugak.... tapi takleh lawan la dengan set small flame.
Favorite Kekna tuuu....
Tapi tetap Kekna makan sampai habis.
Rugi laa kan kalau makan tak habis.


Kami... :)


Suke Kekna duk sebelah Farid.
Sebabnya bile amik gambar, terasa kulit Kekna lagi cerah dari dia.
Huahahahaha...
Acu Kekna duduk sebelah Ekin atau Leen.
Kompem-kompem kulit Kekna nampak rentung.... Huhuhu...






Kitorang ni dah macam duta NU Sentral dah.
Asal lunch je, ke sana...
Ada a few restaurant yang kitorang belum terjah.
Next time la pulak... hihihi...


Wednesday, May 27, 2015

Lunch @ Absolute Thai Bangsar Village

Salam readers...

Kisah awal May aritu.
1 opis Kekna kuar pergi ke Hospital Pantai sebab nak melawat manager Kekna yang warded kat situ.
Pergi naik 2 buah teksi.
Bosses naik sebuah, staff cinonet naik sebuah.

1st time Kekna pergi Hospital Pantai.
Selesa tempatnya.
Nak dapatkan teksi pun senang.


Zaman gadget.
Melawat orang sakit pun, memasing still toleh tengok henset.
Haihhh laaaa...

Melawat sekejap je.
Pastu geng avengers Kekna naik teksi pergi ke Bangsar Village.
Alang-alang dah keluar kan.
Bos pun memang sedia maklum geng Kekna ni kaki merayap.
Suke benor kuar berjalan-jalan lunch kat luar.
Dia dah tak heran dah. Hahaha...


Geng avangers bijjj yang memang takyah diperkenalkan lagi...
Yang lelaki sorang tu kitorang panggil Queen bijjj... hahahah...
Ampun ya, Farid!


Makanan Leen selalu sampai awal.
Mandrem ape ntah dia pakai. Hahaha..


Queen bijjj ni memang takde kije lain.
Tertido sebab bosan tunggu makanan sampai.
Over sangat tau!


Ni makanan Kekna.
Crab fried rice dengan lychee ice blended.
Dua-dua pun sodap!


Yang Farid Queen Bijjj punye....
Dia amik set ape ntah... Nampak sedap jugak,


Pineapple fried rice Ekin punya.

Ekin tanya, "Nenas ni agak-agak diorang recycle balik tak?"

Kekna rasa soalan Ekin ni lagi susah kalau nak banding dengan soalan add math.
Serius tatau nak jawab ape. Hahahaha...


Gadis-gadis bijjjes yang very the cun... 
Pasan tul! Hahahahah....


Amboiiiii... senyum lebar.
Siap letak payung kecik kat telinga lagi... 
Hawaiian sangat! hahahahaha....


Leen punya.
Ape ntah nama menu ni. Lupe dah.

So far memang semua makanan yang kitorang order tu sedap-sedap.
Memang recommended sangat restoran ni.
Tempat pun cozy je.

Terus Farid bawak parent dia makan sempena Mother's Day kat restoran ni tapi cawangan Wangsa Walk rasanya... 
Kemain kannn... :)




Terima kasih Ya ALLAH kerana mengurniakan sahabat-sahabat seperti mereka!
Kekna sayang kamu semua, bijjj!

Tuesday, May 26, 2015

Jelas sakit

Salam readers...

Jelas Sakit - Souqy

Mengapa ku terus mengimpikan mu
Mengapa aku menangis untuk mu
Mengapa ku selalu tersakiti
Mengapa aku berharap padamu

Jelas-jelas kau tak memikirkan aku
Jelas-jelas kau tak menginginkan aku
Jelas-jelas kau tak pernah menganggap ku ada

Mungkinkah ini sudah jalan takdirku
Ohh mungkinkah ini memang yang terbaik untukku

Namun tak kuasa aku
Bila terus-terus begini

Aku tak sanggup
Sungguh aku tak sanggup

Mengapa ku terus mengimpikan mu
Mengapa aku menangis untuk mu
Mengapa ku selalu tersakiti
Mengapa aku berharap padamu

Jelas-jelas kau tak memikirkan aku
Jelas-jelas kau tak menginginkan aku
Jelas-jelas kau tak pernah menganggapku ada






Pesta buku antarabangsa, PWTC

Salam readers...

Yukkk kite ke udara lagi.
Kisah April yang lepas, kan ada Pesta Buku Antarabangsa, PWTC.
Housemate Kekna, Kak Siti ajak temankan dia pergi sana.
Kak Siti ni kaki novel.
Haruslah dia beli novel banyak-banyak.
Kekna pulak bosan duk rumah. So better Kekna keluar jenjalan.
Dah alang-alang dia mengajak, Kekna ikut je laa...

Sebelum ni Kekna tak pernah-pernah jejakkan kaki kat pesta buku ni.
Al-maklum laaa ex Kekna dulu tak suka baca buku.
Dia suka baca majalah kereta dan motor je...
Eh, awat TERcakap pasal dia lak ni? 
Biase la kan. Kekadang teringat...... Huhuhu...

Kitorang pergi awal pagi sebab nak elak dari orang ramai.
Tapi biasa la. Malaysia ni ramai ulat buku.
Pergi awal pun, ramai orang dah rupanya.
Nak tak nak, kena terjah jugak.

Sampai kat PWTC, Kekna dan Kak Siti berpecah.
Janji nak jumpa kat pintu utama sejam kemudian.
Senang berpecah macam ni sebab masing-masing boleh pergi ikut kaki sendiri.
Kekna pulak memang ada agenda sendiri.
Kekna nak cari kawan Kekna yang dah jadi novelis sekarang.
Dengar kata dia ada datang ke pesta buku ni.


Tengah-tengah berjalan, tengok ada kedai ni...
Teruslah Kekna terjah.
Sempat beli pencil case. Amboiii... kanak-kanak ribena sangat perangai tu kan.
Hihihi...


Akhirnya bertemu jugak dengan sabahat lama kat booth Fajar Pakeer.
Menjerit kitorang berdua.
Bayangkanlah lepas memasing habis sekolah, terus lost contact.
Kecik je Za sekarang.
Kekna jugak yang besar gajah... Mencik laaa!! T___T

Zakiah atau nama komersil, Nurfaza Za.
Dah jadi novelis dah dia sekarang.

Za cakap zaman sekolah dulu Kekna la yang suka sangat buat novel dan cerpen.
Memang betul pon. Hahahaha...
Mase zaman sekolah dulu, Kekna suka beli buku sekolah pastu Kekna akan karang novel atau cerpen.
Kawan-kawan la yang banyak support Kekna.
Tapi novel dan cerpen-cerpen yang Kekna buat tu dah hilang dah.
Kalau tak, boleh je hantar kat mana-mana publisher kan.
Boleh buat duit kot...

Ada 1 cerpen tu Kekna karang dan bagi kawan-kawan baca.
Sampai menangis-nangis member baca cerpen Kekna.
Sedih katanya...
Mau nye tak sedih. Tengah-tengah mengarang tu Kekna pun menangis sekali.
Hahahaha... Over sungguh!

Za pun support untuk Kekna buat novel lagi.
In sha ALLAH ada masa Kekna akan mengarang.
Nak-nak sekarang ni dah single.
So, memang ada banyak masa.
Cuma idea tu tu laaa... Kekadang datang, kekadang tak.
Payah jugak tu.....


Kekna beli ketiga-tiga novel hasil karangan Nurfaza Za.
Orang kata novel Dia Isteri Pilihan tu best.
Tapi Kekna tak baca pun lagi.
Nanti-nanti ada masa baru Kekna baca.
Nak baca novel ni kena ada ketenangan. Barulah best.
Tak gitu?

Dah lewat tengahari, barulah Kekna dan Kak Siti pergi riverside makan kat situ.
Kekna bukannya ada selera sangat pun nak makan tapi perut tengah lapar kan.
Nak tak nak memang kena makan jugak.


Seronok jugak sebenarnya pergi ke pesta buku ni.
Macam-macam buku boleh tengok.
Kekna sebenarnya suka tengok buku masakan.
Masaknye idokk... tapi tetap suka.
Hihihi...

Hari tu tak terbeli pulak buku masakan sebab ramai benor orang sampai kena berhimpit-himpit uolsss...
Dah makan, Kak Siti ajak masuk dalam balik sebab tetibe adik dia suruh beli buku pulak.
Kekna dah tak larat, so menunggu je la kat 1 sudut sambil baca majalah Ujang.
Dah lama kot tak baca majalah Ujang.
Terhibur kejap baca buku lawak tu.

Dah dekat Asar barulah kitorang balik.
Penat jugak jalan jauh-jauh ni....
Tapi puas hati sebab dapat support kawan. Hihi..



Monday, May 25, 2015

Kehidupan tak semestinya best best aje

Salam readers...

Cemana eh Kekna nak mulakan?

Ok, Kekna dapat banyak sangat feedback dari kenalan terdekat dan sedara-mara tentang putus tunang dan kehidupan Kekna yang 'tabah' sangat tu.
Dari komen kat blog, private message kat FB dan whatsapp.

Kekna tak kisah kalau sesape nak mesej Kekna, nak tanya apa-apa atau nak bagi sokongan ke ape.
Memang Kekna tak kisah.

Actually, Kekna tak tabah pun.
Kekna la selemah-lemah manusia.
Kekna jatuh merudum sampai terlantar sakit jiwa dan mental.
Setiap hari menangis.
Asal duk sorang je, nangis.
Bukak youtube dengar lagu sedih, mulalah menangis teresak-esak.
Bukannya nak bukak zikir ke ape kan... huhu...

Nak tido, nangis.
Bangun tido, nangis.
Tido tak lena... Tengah-tengah malam terjaga, pastu terus takleh tido.
Datang opis, mata bengkak.
Tak terurus.
Kerja pun tunggang-langgang.
Takde mood.
Makan pun takde selera.
Kadang-kadang 1 hari tu minum air je. Tak makan langsung.
Sampai ada yang tegur Kekna kurus sikit.
Kekna gastrik, tapi tetap tak makan.
Memang Kekna menderita terus.
Tapi nasib Kekna baik ada kawan-kawan yang banyakkkkk sangat bagi sokongan kat Kekna.
Diorang tak bagi langsung Kekna duk sorang-sorang.
Bawak Kekna pergi makan sana-sini sebab nak bagi Kekna lupakan all the memories.
Ada housemate yang sanggup download macam-macam movie sebab taknak Kekna bosan duk rumah.

Orang tak nampak Kekna bersedih sebab tengok status-status FB Kekna yang happy.
Kekadang je Kekna selitkan dengan quotes sedih.
Kekna cuba think positive.
Mula-mula memang susah.
Asik fikir negatif je. Pastu mulalah menangis melalak.
Sampai Kekna demam teruk menggigil 1 badan.
Serius rasa macam nak mati.
Rasa macam tak sanggup dah nak hidup dalam keadaan macam ni.

ALLAH swt dah bagi Kekna happy selama 5 tahun.
Now, semuanya dia dah tarik.
Sekelip mata je.
Dan sekarang ni Kekna berharap dapat lupakan kenangan-kenangan selama 5 tahun tu.
Payah memang payah.
Terlalu banyak kenangan yang dilakarkan.
Nak buang satu-satu dari kotak fikiran, memang terlalu payah.
Haiiii, Ya ALLAH... Beratnya dugaanMU kali ni.

Kita ni bukannya komputer yang mana memori boleh di delete macam tu je.
Memori dari kecik pun kita masih ingat kan?
Tapi nak tak nak, tetap kena hadap jugak.
Kekna selalu tanamkan dalam fikiran, takkan selamanya aku nak macam ni.
Apepun, life must go on.

Buat apa Kekna mendera diri sendiri nak merintih meraung disebabkan kehilangan orang.
Buat apa Kekna nak menangis untuk orang yang tak tahu nak menghargai...
Buat apa Kekna nak merosakkan hari-hari Kekna dengan mengingati orang yang tak ingat kat Kekna.
Orang tu dah kemana-mana, happy happy, tetapi Kekna nak menangis melalak??
NO!

Bukan dia sorang yang boleh buat kita happy.
Bukan dia sorang yang boleh buat kita bahagia.
Ada orang lain yang lagi layak untuk Kekna.
Yang layak untuk dapat kesetiaan Kekna, yang layak untuk dapat yang terbaik dari Kekna.
Well, kumbang bukan sekuntum ye!
Beribu-ribu lagi kumbang yang ada.
Buat apa nak risau??

Even mommy Kekna cakap, jangan nak bersungguh sangat dengan orang yang tak bersungguh dengan kita.
Betul kan cakap mommy.
Nak buat apa bersungguh-sungguh dengan orang yang tak bersungguh dengan kite?

Then, Kekna dapat 1 nasihat berguna dari kawan baik Kekna, Ayu.
Nasihat dia sangat menyedarkan Kekna.
Selama ni memang Kekna culah.
Culah sangat pasal agama.
Tak amik berat langsung.
Solat pun tunggang-langgang.
Dengar nasihat Ayu seolah-olah bagi kesedaran kat Kekna.
ALLAH swt rindu nak dengar rintihan Kekna.
ALLAH swt sebenarnya rindu nak dengar luahan Kekna.
Sebab tu la DIA turunkan dugaan macam ni...
Nak suruh Kekna ingat kat DIA.
Now, Kekna dah kuat nak menempuh hari-hari mendatang walaupun kadang-kadang kenangan tu terlintas dalam fikiran sampaikan Kekna menitiskan air mata.
Benda ni terjadi tanpa sedar kan.
Tak boleh kawal pun.
Let it be.
Kekna pun tak boleh nak menipu hati sendiri.
Well, kita kena la terima hakikat yang kehidupan kite tak semestinya best best aje.





*Buat apa memilih untuk menjadi nombor 2 sedangkan kita layak menjadi nombor 1?


Friday, May 22, 2015

Bowling

Salam readers...

06 May 2015, lunch hour.
Kekna dan kengkawan biasenya akan plan something.
On that day, kitorang plan nak main boling kat NU sentral.
Kekna memang suka main boling...
Bior la badan tak sihat mana pun. 
Budak degil memang cenggini. Ngeeeeee...

Masuk je waktu lunch, cepat-cepat kitorang pergi ke NU Sentral.
Tak sabo dah ni nak main boling.
Leen datang lambat sikit sebab dia half day aritu.
Seingat Kekna la... hihi.

Kitorang dah separuh jalan dah main boling, barulah Leen sampai.
Lets snap snap dulu... :)




Tak lama lagi berkurangan laa team kitorang.
Sape yang nak pergi?
Rahsia dulu. Takleh bagitahu tanpa keizinan tuan punya badan.

Plus Kekna pun dah apply semula untuk balik kerja kat kampung.
Hopefully ada la tempat kosong kat TM area Kuala Terengganu tu.
Dah 7 tahun Kekna bekerja kat KL ni, jauh dari family.
Biarlah lepas ni Kekna kerja dekat dengan family pulak.
Sakit demam mommy dan daddy, bolehlah Kekna tengok-tengokkan.
Dan begitulah sebaliknya.
Lagipun mommy sunyi sebab kat rumah tu sekarang dah tak ada orang.
Dia masak apa-apapun, jarang sangat makanan tu habis.
Dia cakap kalau Kekna ada, Kekna boleh habiskan makanan dia.
Hahahaha... Nampak benor mommy tahu anak dia ni pelahap.
Kekekeke...

Tapi walaupun sorang ke hulu, sorang ke hilir nanti, group avengers bijjj memang takkan berpecah.
Silaturrahim akan tetap erat. In sha ALLAH.
Sedih pulak tetibe... sobss...sobsss...

Eh, terubah topik laksss... Kekeke...


Ni score kitorang untuk game pertama.


Game kedua Kekna dah lembik dah.
Tak larat uolsss!

Tak lama lagi bulan puasa.
Bijjjess, jom la plan something before puasa ni......!




Thursday, May 21, 2015

Hai... hello.....

Salam readers...

10 hari dah Kekna mendiamkan diri kan.
Nak buek cemanooo...
Kekna kemalasan teramat nak menaip, uolsss...
Bukan Kekna la kalau tak malas kan... hehehe..

Sebenarnya hari-hari Kekna bukak blog ni.
Dan hari-hari jugak Kekna blogwalking.
Cuma nak menaip tu... malesssss.
Padahal berlambak-lambak citer nak kongsi ni.
Gambar pun berlambak dalam phone sampai dah nak penuh memori phone Kekna.
Bile ntah nak transfer masuk external hard disk.
Tengok la kemalasan Kekna cemana.
Nak transfer gambar pun malas.
Acaner tu? Kekekeke...

Ok, entri kali ni Kekna nak buat pengumuman.
Sebab ramai sangat yang pm Kekna kat fb dan whatsapp, tanya kenapa status Kekna lately lain macam.

Ok, actually benda ni pun hanya orang-orang terdekat je yang tahu.
On 28 March 2015, Kekna dah bertunang dengan seorang lelaki.
Satu negeri tapi berlainan daerah.
Datang pada mulanya hanya untuk merisik, tapi akhirnya bertukar jadi majlis bertunang.

Kekna taknak citer panjang pasal benda ni.
Dipendekkan cerita, kitorang tak serasi.
Sangat-sangat-sangat tak serasi.
Obviously, dia bukan pilihan hati Kekna.
Dia tak ada langsung ciri-ciri yang Kekna nak.
Ya ALLAH, nasib baik la Kekna tak sempat tayang dia kat semua orang.
Kalau tak, naya je.

Date pernikahan pun family dah decide.
Terlalu cepat.
So, Kekna memang kena all out lepas tunang tu.
Survey sana sini but i did it alone!
Tunang Kekna wallahualam... bermacam-macam alasan dia bagi.
Plus kalau discuss pasal majlis, dia macam amik mudah.
Semua dia booking by call..
Takde langsung inisiatif nak pergi tengok ke ape.
Orang kampung kann... agaknya macam tu la kot.

Kalau discuss ke ape, mesti blur.
Pastu cakap merepek-repek.
Arghhh... selalu Kekna tensi kalau discuss dengan dia.
Memang sangat tensi.

Paling buat Kekna marah, dia langsung tak faham kenapa Kekna marah dia.
Padahal dah berbuih-buih mulut Kekna ajak dia pergi survey barang tapi macam-macam alasan yang dia bagi.
Tu tak termasuk dia cancel last minute.
Tak ke sakit hati Kekna ni...

Paling klimaks, dia libatkan Kak Long Kekna dalam masalah kitorang.
Entah cemana dia amik nombor Kak Long pun tak tahu la..
Kekna syak dia amik dari tab Kekna sebab dia pernah pinjam.
Bila ditanya, tak mengaku.
Kat kawan-kawan pun sama. Dia libatkan jugak.
Cerita bukan-bukan pasal Kekna.
Haihhh... Kekna gelarkan dia drama king.
Serius dia memang drama king.
Lelaki yang drama king ni memang tak matang sebenarnya.
Plus dia adalah kaki game!
Hadap game je kijenye!
Ajak survey barang, malas!!

Kak Long pernah cakap, tunang Kekna ni akal pendek.
Buat sesuatu benda langsung tak fikir baik buruk.
Ada beberapa kejadian yang berlaku tapi tak perlulah Kekna ceritakan kat sini.
Cukuplah family dan rakan-rakan terdekat je yang tahu.
Sebab kejadian-kejadian macam tu memang menyakitkan hati dan sepatutnya tak patut berlaku pun.

Kekadang malam-malam Kekna terfikir sensorang.
Lelaki macam ni ke yang aku nak jadikan sebagai suami?
Lelaki macam ni ke yang akan jadi ayah kepada anak-anak aku nanti?

Hati Kekna memang mula kata TAK!

Orang yang Kekna selalu luahkan perasaan adalah kat Kak Long, Iwan dan kawan-kawan opis Kekna.
Sampaikan kawan-kawan cakap, baik takyah kawin dengan orang macam ni.
Menyakitkan hati.
Kak Long dan Iwan plak cakap baik takyah teruskan takut menyusahkan kemudian hari.

So, Kekna decide taknak teruskan.
Belum pun sempat Kekna bagitahu tunang yang Kekna taknak teruskan, tetibe Kekna dapat sms dari tunang yang dia pun fikirkan benda yang sama.
Settle 1 masalah.

Cume persoalannya, macam mana Kekna nak bagitahu family?
Terus sesak otak memikiorkan benda ni...

Dapatkan nasihat dari Kak Long.
Kak Long cakap bagitahu mommy dulu.
So, Kekna bagitahu mommy.
Nasib baik mommy ok je kalau Kekna tak jadi.
Time untuk bagitahu daddy pulak.
Daddy ni Kekna takut sikit sebab Kekna nampak daddy macam berkenan dengan mamat ni.

Dengan bantuan mommy, daddy dimaklumkan tentang hal ni.
Surprisingly, daddy sikit pun tak kisah Kekna tak jadi dengan mamat ni.
Daddy kata, "Buat apa nak menyusahkan anak aku kemudian hari?"

Leganya hati Kekna.
Semua masalah settle.
Nasib baik la awal-awal dulu hati Kekna berattt sangat nak beli barang-barang hantaran.
Bukannya takde duit pun.
Kekna baru dapat bonus kot.
Tapi tu la, ALLAH beratkan hati sebab taknak Kekna membazir.

Dan hal putus tunang ni langsung tak beri apa-apa kesan untuk Kekna.
Bagi Kekna, ia memang satu keputusan terbaik demi masa depan Kekna sendiri.
Ada yang speku, bekas tunang Kekna mungkin takde duit lagi.
Ada jugak yang speku, bekas tunang Kekna mungkin tak ready lagi sebenarnya.
Speku lah apepun.
Kekna taknak amik port.
Yang Kekna tahu, Kekna dah bebas dari orang yang menyakitkan hati.

Syukur alhamdulillah.




Monday, May 11, 2015

My first real love

Salam readers...

Monday, I'm waiting
Tuesday, I'm still waiting to see you
To see, see how you are doing
Wednesday, you still don't come
Nothing in the late morning
Thursday is empty

Whether it's Friday, Saturday or Sunday,
There isn't a day i don't think of you
There won't be a day when you'll come back to revisit our past

The day i met you
The day we became close
The day we held hands
The day i fell in love with you
The day i confessed it
The day that you heard it

Will it be much longer? I just don't know
Will it be several months or another year?
Of the tens of thousands, countless memories we shared
I've never not thought of you

January is endless
February is dull
March is also vague
April I'm restless
May is painful
June is empty..