Friday, June 26, 2015

Terima kasih, awak

Salam Awak,


Terima kasih atas hadiah yang tak dijangka ni.
Saya sedia maklum kenapa awak buat saya macam ni.
Saya tahu apa perasaan awak terhadap saya walaupun perkenalan kita terlalu singkat.
Bagi saya masa.
Bagi saya ruang.
Bagi saya waktu untuk berfikir.
Andai diizinkan ALLAH swt, pasti semuanya akan dipermudahkan.
In sha ALLAH.

Awak, 
Kali ni saya taknak terlalu berharap.
Saya takut.
Lagipun kita jauh. Jauh sangat.
Saya disini tapi awak nun di sana seberang lautan.
Saya tahu awak baca blog ini.
Saya harap awak faham.

Kita berharap kepada redha ALLAH swt saja ye!

Awak, 
Ada kawan yang hantar kata-kata dibawah kepada saya.
Memang menusuk hati saya.
Kesilapan saya yang dulu terlalu berharap pada insan yang bernama manusia.
Jadi sekarang saya taknak ulangi lagi kesilapan yang sama.


Kalau benar ada cinta di antara kita, biarlah asasnya adalah ALLAH swt.
Biar DIA yang tentukan.

Semoga ada sinar dihujung perhubungan kita.
Amin.

Wednesday, June 24, 2015

Sun-date @ KL Festival City

Salam readers...

Kekna kembali lagi hari ini.
Takde cerita puasa-puasa ye sebab takde modal nak citer pasal puasa ni.
Hihi...

Ni kisah throwback.
Awal bulan May aritu. 17 May 2015.
Gile ahh... Dah sebulan lebih baru nak update ye... hihi...
Kekna busy sangat uolss...
Nampak je Kekna aktif update FB bagai, pergi sana-sini tapi hakikatnya Kekna tersangatlah busy.
Siapa kata Kekna takde kije kat opis ni? Siapa kate??
Gittew... Sarcastic sangat... hahaha...

Kisah May yang lalu.
Kekna plan dengan si mamat sorang tu untuk keluar.
Mamat mana? Rahsia ok...
Dia baca blog ni. So, biar kami je yang tahu.
Jangan speku-speku ye. Piat kang... hihi...

Yela, weken takde benda nak buat.
Housemates balik kampung. Tinggal la Kekna sensorang kat rumah.
Kesahnya, kitorang memang plan nak tengok wayang kat KL Festival City.
Tapi memandangkan kitorang keluar awal, so kitorang singgah kat Platinum Superstar Karaoke dulu.
Meh menyumbangkan suara yang sumbang ni... hihi...



Ooo emm geee.... baru perasan masa ni body takde shape langsung... T___T
Dah macam mak anak empat ni... huhu..
Kekna taknak kembali jadi macam ni lagi dahh...
Geng avengers, pls help me!!

Dah karok 2 jam, kitorang tengok wayang pulak.


Pitch Perfect 2. Memang terbaekkk!
Lagi best dari Pitch Perfect 1.
Ibaratnya pitching dia tu memang best la!
Terus Kekna mintak copy download movie ni dari Kak Siti.
Tak puas tengok walaupun berkali-kali.
Kitorang berdua memang ketawa terbahak-bahak la duk dalam panggung wayang tu.

Habis tengok wayang, teman pulak mamat tu nak shopping baju office.
Ok, ku turutkan saja.
Kekna idok la reti sangat nak pilih baju-baju office lelaki ni.
Tapi memandangkan si mamat ni asik pakai baju plain aje, so Kekna pilihkan dia baju yang bercorak belang-belang.
Nasib baik dia ok dan baju-baju tu nampak sesuai dengan dia.
Ngeeeee....


Sempat snap kejap sebab tengah menunggu mamat tu try baju. :)

Kekna pun ingat nak shopping kasut.
Entah tatau ape penyakit, Kekna duk gilakan kasut je sekarang ni.
Pantang nampak kedai kasut, mesti nak terjah.
Kekna nak cari kasut kaler putih... tak jumpa-jumpa.
Akhirnya 2 minggu lepas pergi Vincci ternampak kasut kaler putih, teruslah grab.

Masuk kedai kasut tu, masuk  kedai kasut ni, tak jumpa-jumpa.
Hari pun dah lewat petang.
Kekna pulak tak larat sebab badan masih lemah..
Sebelum balik, kitorang singgah makan dulu kat Sakura Kristal.


Jom tengok ape yang best kat sini...
























Mamat ni memang suka order yang healthy sikit sebab dia tengah diet.
Ate nak badan sado....
Dia order sparkling lemon & mint.
Kekna plak order hot tea je sebab memang tak boleh lagi minum minuman sejuk.


Fish N chips ni Kekna punya...


Grilled chicken thigh with garlic infused rice, dia punya...


Seeeeee... mase ni langsung tak sedar badan memang chubby sangat.

Ok, now memang time untuk kurus balik!
Jom avengers, kite kurus sesame.... :)


Tuesday, June 23, 2015

Kisah puasa...

Salam readers...

Orang duk update pasal puasa, Kekna pun nak update jugak laa...
Takmo kalah ni. Kekekeke...

Sepanjang puasa ni Kekna kerap ke Bazar Ramadhan Wangsa Maju.
Bazar kat situ memang besar.
Macam-macam makanan yang ada. Kekna suka!!
Tapi pergi kat sane hati kena tabah ye.
Membeli jangan ikut nafsu.
Semua makanan kat sane memang nampak menarik. Paling takleh blah tengok cendol bersusun-susun atas gerai.
Ooo emm geeeee, memang telan ailio je la nengoknyee.

Bazar besar, haruslah ramai orang.
Tak kisah bangsa dan agama. 1 Malaysia sangat. Hehehe...
Biasenye Kekna sampai awal kat sane, so idok lerr ramai orang sangat mase tu.
So boleh membeli dengan tenang sambil tengok-tengok makanan yang ada.




Time ni dah ramai orang.
Tapi takde la rasa terhimpit sangat sebab kawasan dia besar.

Tahun lepas Kekna kerap jugak memasak.
Tahun ni rasa malas pulak.
Itu yang jadi gigih terjah param setiap hari tuuu...
Yela nak masak pun macam tak berbaloi sebab sorang makan je kan.



Kau rasa??
Menjejes-jejes ailio Kekna bila tengok air-air ni tau!
Rasa macam dan-dan tu jugak nak teguk air 5 jug.
Dugaan sungguh. Huhuhu...


Eh!
Tetibe terselit gambar tuan tanah... hihii...
Gambar semalam ni.

Ramai yang tegur Kekna dah kurus.
Ala uolsssss, kurus sikit je.
Kurang seinci ape de hal kan?
Sekarang ni Kekna cuba kurangkan kalori dalam makanan walaupun kekadang tu terbabas jugak. Kekeke...
Sekarang ni selera makan Kekna takde la besar sangat.
So, mase macam ni la sesuai untuk diet.
Jaga body, jaga kesihatan.
Sejak-sejak dah kurus ni, Kekna rasa macam badan ringan sikit.
Jalan jauh-jauh pun dah tak rasa penat sangat.
Itu yang rajin sampai ke Wangsa Maju tu. Hihihi...

Semalam Kekna dapat tahu foodpanda ada buat promo krispy kreme.
Beli a dozen of assorted doughnuts dapat free a dozen of original glazed doughnuts.
Bagitahu kat avengers, terus menggelupur masing-masing.
Gila murah tu!
Terus diorang suruh Kekna belikan.




Beli 12 donut dapat lagi 12 donut.
24 bijik donut bahagi 4 orang, dapat la sorang 6 bijik.
Makan la donut tu sampai muntah... hihi...


Semalam Kekna dapat bubur lambuk.
AGM Kekna yang bagi.
Dah lama teringin nak makan bubur lambuk ni.
Alih-alih dapat semalam. Suke sangat!

Tenkiu tuan AGM. hihi...

Hari ni Kekna tak tahu lagi nak berbuka ape.
Kot nak terjah bazar lain pulak ke... 
Rajin sangat kan sekarang ni terjah-menerjah.
Ate single... hihi...



Thursday, June 18, 2015

I'm back!! Dan Salam Ramadhan uollsss!!

Salam readers...

Happy Ramadhan uolsss!!
Hakak-hakak kat rumah mahupun di office tu mesti tengah pening kepala duk memikirkan menu ape nak masak untuk berbuka hari ni kan?
Tengah google google lettew... 
Tau dah! Hahahah...

As usual, sejak 7 tahun lepas memang Kekna akan berpuasa di perantauan.
Jauh dari family... sobss..sobss...
Nasib la hati Kekna ni kental.
So, idok lerr kisah sangat.
Cuma waktu berbuka kat KL ni lambat sikit dari waktu berbuka kat Ganu tu.
Orang Ganu dah habis makan dah, orang KL baru la azan...
Hihihi...
Takpe. Actually kat mana-mana pun tak kisah kan.
Asalkan kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan tenang dan penuh keberkatan. 
Gittew!
Tetibe pulak Kekna bertukar jadi Ustajahh Kekna... Kekekeke...


Sebut pasal Ramadhan ni, pagi tadi Kekna lupa nak sahur....
Ooo emm geeee!!
Dah la semalam Kekna dinner awal.
Kul 7:30 malam dah makan.
Pastu terus berkuak lentang atas katil. 
Memang tak larat sangat-sangat ate baru balik dari bercuti kan.
Penat tu toksah cakap laaa...

Pastu bangun subuh tadi terus menggelabah sebab baru teringat office hour bulan puasa diawalkan.
Terus menggelupur gosok baju dan mandi semua.
Huhuhu...
1st Ramadhan la katakan...

Ok laaa...

Kekna dah menunggu waktu nak balik kerja ni.
Nak pergi bazar jauh-jauh sikit... Hehehe...
Seronok...seronok!!

Selamat berbuka nanti ye uollsss!
Muah ciked!

Friday, June 12, 2015

Luar kawasan

Salam readers...

Just to inform yang Kekna tak akan update blog selama beberapa hari kerana berada di luar kawasan.

Tapi kemungkinan Kekna akan selalu update dalam FB dan insta...
Stay tuned!
**Eceh, macam la orang nak tau sangat pasal ko eh.. kahkahkah..
Ok, tak klaka.

Babai uollss!

Wednesday, June 10, 2015

Semua akan jadi indah bila sampai waktunya :)

Salam readers...

Pernah beberapa kali juga Kekna ditanya mengenai poligami.
Tapi dalam banyak-banyak soalan, ada 1 soalan yang paling Kekna ingat.
Sebab kerap sangat ditanya soalan yang sama. Huhu...

"Kalau suami awak nak kahwin lain, awak izinkan ke tak?"

Lama Kekna fikir.
Acu kalau hakak-hakak yang dah kawin tu ditanya soalan macam ni, kompem dan-dan tu jugak la jawab tak kan...
Menjawab mesti dalam nada marah punya... terus emo.. Kekekek...

Kekna belum berkahwin dan tak pernah berkahwin lagi pun.
Tapi Kekna faham ape perasaan seorang isteri bila ditanya soalan ni oleh suami.
Siapa yang nak bermadu? Nak berkongsi kasih?
Mesti takde sape nak, kan? Iye dok?

Tapi la kan... if, if ye... 1 day nanti suami Kekna minta izin untuk berpoligami (diulang, if), i will say...

"Up to you..."

Kenapa?
If dia dah tanya soalan macam ni, maknanya dia dah ada someone yang dia dah pilih.
Someone yang maybe dah terpahat kuat dalam hati dia.
Someone yang dia selalu ingat tanpa pengetahuan kita.
Sebab tu la dia berani tanya soalan tu kat kita.

Dan Kekna akan bagi dia jalan yang mudah iaitu ikut kehendak dia.
But in one condition, divorce me.

Kenapa Kekna cakap macam ni?
Ok, Kekna fikir macam ni je.
Why kita masih nak pegang dia if dalam hati dia dah ada orang lain?
Dan ketika dia berada dengan orang lain tu, mana dia letak kita dalam hati dia?
Dan dia takkan pilih orang lain itu melainkan dia merasa happy dengan orang tu.
Dan, mesti ada kekurangan pada diri kita sehinggakan dia membuat keputusan untuk mencari orang lain.
Kita pulak haruslah nak orang terima kita seadanya kann since kita pun boleh je terima buruk baik dia.
Betul tak?

Cinta memang memerlukan pengorbanan.
If suami kita happy dengan orang lain, then why not kita bagi je dia happy terus?
Kite berkorban untuk kebahagiaan dia.
Kalau kita maintain dengan dia pun, untuk apa?
Menderita? Sakit hati sebab tahu dia ada orang lain dibelakang kita?
Then, kita pulak sanggup bangun tengah malam sebab nak check henset suami.
Baca all the messages antara suami dan perempuan lain itu.
Tak pun, godek semua fesbuk, twitter, line, wechat atau semua akaun sosial yang suami ada.
Dengan harapan terjumpa mesej-mesej berkasih sayang antara suami dan perempuan lain itu.
Selagi tak jumpa, selagi tu la duk korek.
Kalau dah jumpa, meroyan.
Tak ke sakit jiwa namanya?

Lain laa kalau kita ni kuat mental dan fizikal nak bertahan dengan perangai suami kita tu.
Tak pun, sanggup bertahan sebab suami kaya-raya, jutawan, harta bertingkek-tingkek.
Tu lain citer.
Tapi kalau suami tu kije coki'a je, harap mulut manis, bulan-bulan kekadang mintak duit dari kita jugak tapi dia sibuk menggatal nak berkahwin lain, baik tak payah.
Like seriously korang nak bertahan jugak??
I cannot brain. Huhuh...

Ok la kalau korang bertahan sebab korang tak bekerja dan ada anak ramai.
Tapi kalau korang sendiri bekerjaya, then untuk apa korang nak tahan?
Sebab cinta?
Korang je la yang cinta sedangkan dia dah bahagi-bahagikan cinta dia kat orang lain jugak.
Yes, Kekna akui kite sebagai perempuan memang kalau dah sayangkan seseorang tu kite akan sayang mati-mati punyalah.
Ibaratnya lautan api pun kalau suami suruh renangi, kita sanggup la berenang.
Biar la habis rentung badan pun, asalkan boleh buktikan cinta suci ikhlas ittew.
Tapi kalau dah suami tak hargai kita, then cemana?

Tambah pulak suami kau terkantoi terlanjur dengan that perempuan.
Zaman sekarang kalau bab terlanjur ni memang dah biasa sangat dah kite dengar.
Lagi laaaaaaaa sakit rasanya.
OMG! Kekna tak terbayang cemana perasaan tu.
Rasa dikhianati, rasa tak dihargai, eh, macam-macam rasa yang tak best laa!
Sanggup bertahan?

Ada yang cakap, kita perlu berubah untuk menarik balik hati suami.
Hakak-hakak, trust me!
Kalau dia dah ada orang lain, cemana dia nak nampak perubahan yang uolss buat?
Silap-silap dulu korang pakai spender scarlet, sekarang pakai G-string pun dia tak perasan.
Tapi Kekna tetap setuju kalau korang berubah.
Usaha la kan demi rumahtangga korang.
Ikhtiar. Manalah tahu kot-kot nanti suami berubah hati, kan?
Kalau berjaya, alhamdulillah...
In sha ALLAH rumahtangga korang kekal hingga ke Jannah.
Doakan yang terbaik.
Mintak petunjuk ALLAH jugak.

Tapi based on my own experience, ada seorang suami ni selalu komplen pasal isteri.
Itu ini semuanya tak kena pada si isteri.
Tapi bila si isteri dah berubah, suami takleh terima kononnye itu bukan sifat asal si isteri.
Then, kenapa nak komplen? Betul tak?
Actually memang la suami tu takleh terima perubahan isteri sebab suami dah ada orang lain!

Sepanjang Kekna hidup, ada beberapa kali Kekna dipermainkan oleh lelaki.
Frust tu toksah cakap laaa...
Tahap menangis hari-hari tak kire waktu.
Yela, kita dah berkorban macam-macam tapi end up lelaki tu ada perempuan lain.
Orang bodoh je yang tak sedih kan.

Tapi Kekna amik pendekatan, if ko ada perempuan lain, maknanya ko tak happy dengan aku.
So, aku bagi ko peluang untuk happy dengan perempuan lain itu.
Aku tak happy, aku menderita, tak apa.
Sebab time will heal.
Lagipun ALLAH itu ada.
La tahzan, Innallah ma'ana.
If aku stay dengan ko sampai tahap ko putus dengan perempuan itu, maybe next time ko akan buat lagi.
Maybe dengan perempuan yang sama atau perempuan lain pulak. Who knows kan?
Sebabnya ko pernah buat sekali dan aku still bagi ko peluang.
That is means ko PASTI akan berani buat lagi sebab ko tahu tahap aku sayangkan ko cemana.
Ko curang, aku bagi ko peluang.
Ko curang lagi, aku bagi peluang sekali lagi.
Then sampai bila?


Kekna memang salute la bagi sesape yang sanggup berkongsi kasih. Bermadu.
Memang tabik spring!
Sebab Kekna sendiri memang tak boleh berkongsi kasih.
Usahkan dengan suami sendiri nanti, boyfriend sekarang berkawan dengan perempuan lain pun, Kekna dah naik meroyan.
Padahal kawan je pun. Bukannya bercinta.
Sebab tu la if Kekna tahu boyfriend Kekna curang, Kekna rela undur diri.
Takpelah. Kau bahagialah dengan si dia yang baru itu.
Kau curang sebab kasih sayang kau kat aku tak banyak.
Cinta kau kat aku tak ikhlas.
Lagipun orang macam kau tak layak dapat kasih sayang dan pengorbanan ikhlas dari aku.
Sia-sia!
Sebabnya once aku dah sayang, aku memang sayang betul-betul.
Buruk baik kau, memang aku terima je.
Tapi kalau dah tahap kau tak hargai apa yang aku buat, then enough!

Macam ex Kekna yang dulu.
Dia ada cakap, if diberi pilihan kedua dia nak Kekna balik.
You wish!
Ingat Kekna nak ke? Silap-silap lepas ni kau buat hal lagi.
Pastu sah-sah Kekna akan derita balik.
Takkan laaa nak derita banyak kali dengan orang yang sama kan?
Itu kebodohan namanya.


Kekadang ex Kekna ada jugak call atau text.
Normally dia call la... maybe sebab taknak ada rekod last seen dalam whatsapp tu kan.
Dia cakap dia rindukan Kekna.
Kekna just rolling eyes je la...
Untuk ape lagi nak rindu-rindu kan? Acu cakap untuk ape?
Kau dah ada orang lain kot.
Then pergi je la rindu-rinduan dengan girlfren baru kau tu.
Even Kekna rasa dia tak rindukan Kekna pun.
Dia just rindukan memori ketika bersama Kekna.
Tu je.



For me, better sedih sekarang dari sedih kemudian hari.
Sebab at least, memori bersama dia akan berkurangan sebab semakin lama kita kenal dengan seseorang, semakin banyak memori akan kita ada dengan dia.
Semakin banyak memori, semakin sakit yang akan kita rasa once kita kehilangan dia nanti.
Yalah, time bahagia bukannya kita boleh fikir ape kan.
Bila dah terkena, barulah tahu betapa sakitnya rasa tu.

Lagipun bagi Kekna, kumbang bukan seekor.
Berlambak lagi lelaki bujang yang baik dan setia kat dunia ni.
Antara jumpa dengan tak je...
Tapi kalau cari Mr. Perfect memang tak dapat la.
Jangan tertipu la dengan drama-drama Melayu tu.
Bohong semata-mata.

Korang kena percaya dengan takdir ALLAH swt.
Mungkin apa yang ada dengan korang sekarang sebenarnya bukan jodoh korang pun.
Kekna pun percaya benda yang sama.
Mungkin sekarang ALLAH swt temukan Kekna dengan lelaki-lelaki yang salah.
Siapa tahu lepas ni Kekna akan bahagia dengan lelaki yang memang jodoh Kekna.
Yang akan cintakan Kekna seorang sampai bila-bila.
Yang akan sayangkan Kekna sepenuh jiwa raga dia.
Yang jujur dan ikhlas terima baik buruk diri Kekna.
Kekna yakin ketentuan ALLAH swt itu adalah yang terbaik.
Cepat atau lambat je pertemuan itu.

For now, Kekna menjalani hidup single.
Bebas.
Nak buat ape, nak pakai ape, nak pergi mana, semuanya terpulang kat diri sendiri.
Takde terikat dengan sesiapa lagi dah.
Sebab Kekna yakin semuanya akan jadi indah bila sampai waktunya.


Eh, tersilap edit siap letak copyright lagi...
Huhuhu... Kekna cilok pic ni dari geng BBM ye.
Sila abaikan copyright tu. huhu..

Ikutkan ini yang Kekna sedang rancangkan sekarang.
Travel alone atau dengan kawan-kawan.
Heaven uolsss!
Bak kata kawan Kekna, enjoy while you are single.
That's what I'm doing right now. :)

By the way, as usual Kekna nak pesan.

Buat apa kita jadi no.2 atau yang kedua sedangkan kita boleh menjadi nombor 1 dan hanya satu-satunya. :)



******
Sorry if ada yang terasa dengan entri merepek ini.
Ini semua based on my own experience.
Masing-masing ada pendapat sendiri dan entri ini adalah pendapat dari Kekna.
Selamat membaca.
Sekian.



Wednesday, June 3, 2015

Paddington house of pancakes, NU Sentral

Salam readers...

2 minggu lepas geng avengers ajak pergi makan kat NU Sentral.
Kitorang ni selagi tak jelajah semua restoran kat NU Sentral tu, selagi tu la kitorang tak puas hati.
Asik jejakkan kaki kat situ je laaa.
At least dalam seminggu, mesti ada sekali pergi sana.
Duta NU sangat kan... Kekekek...

So, on 13 May 2015, kitorang pergi makan di Paddington House of Pancakes.
Saje la nak try makan kat sini pulak.
Padahal kat The Curve tu ade je. Hihihi...

Jom kita tengok menu apa yang ada kat sini...













Harga dia bagi Kekna quite pricey la.
Sebab portion dia sikit.
Tapi in terms of rasa, memang sedap.


Kekna order menu nombot 710. Aglio olio.
Pastu minum hot tea in a pot.
Pot dia tu comel. :)





Kami!
Harus ada gambar kami berempat.


Farid the weirdo bijj... hahaha


Kekna the drama bijj... Ngeeeeeee...


Leen the rebel bijj...:D


Ekin the bubbly bijj...

Gittew!! Hahahah...
Dah ada gelaran masing-masing dah ye.


Suke sangat dengan gambar ni... 
Sweet sangat-sangat.
Semoga persahabatan ini berkekalan selamanya... Amin... :)


Ini je yang kitorang makan aritu.
Leen over sangat makan salad.
Kengkonon nak diet.
Sekarang diet dah kelaut. Hahahaha...

Pukul 4 petang, Farid the weirdo bijj tu merintih-rintih kelaparan.
Kekna syak dia bela something sekarang ni..
Sebab tu asik lapar jeeeee... 
Bela hantu raya ke hape, Farid??
Ahakssss...!