Friday, July 31, 2015

Syawal keempat 2015

Salam readers...

Kisah raya keempat seperti raya ketiga jugak.
Kekna ada rumah terbuka.
Kali ni rumah uncle Kekna belah mommy plak.
Belah mommy Kekna ada sorang uncle tu je.
Ayah Su.

Ayah Su buat majlis lepas Asar.
Kekna ternanti-nanti Ayah Su buat rumah terbuka sebab Mak Su pandai masak.
Ate penguasa kedai makan kan.
Kekna paling suka nasi goreng yang Mak Su buat.
Paling sedap yang pernah Kekna rasa dalam dunia ni.
Mommy Kekna pun kalah tau.

Sengaja Kekna biarkan perut kosong sebelum pergi ke rumah Ayah Su.


Kekna naik kereta bertiga je.
Yang lain semua naik kereta asing.

Punyalah lapo bila sampai ke rumah Ayah Su sampaikan Kekna takdan nak snap-snap gambar makanan-makanan kat sane.
Mak Su masak bihun sup dan rojak betik.
Rojak betik resipi asli Terengganu memang paling win la!!
Pun lupe Kekna nak snap. Huhuu..


Nasib baik ada google images. Cilok kat situ.
Credit to tuan gambar ye.

Kuah rojak betik ni pun sedap makan dengan keropok keping.
Hohohoo... Tetibe teringin lagi.
Terkejut kazen-kazen bile diorang tengok Kekna makan banyak sangat.
Masakan Mak Su memang sangat sedap!!

Eh lupe plak.
Mak Su ade jugak buat kuih muih tradisional Terengganu.
Kekna takdan nak makan.
Perut dah sarat.
Pastu Maksu buat cocktail buah.... Pun sedap!


Dah takleh control perut dah sebab makan banyak sangat.
Ni kazen Kekna... Emma namanya.


Tengok la body ibu beranak dua ni.
Selim-melim..
Jeles Kekna okeh!!


Daddy- Amisha- Kekna


Ki bersama dengan cucu-cucu yang semuanya gojes-gojes... :)


Yang paling cun tu of cos la yang tudung pink tuuu...
Tak dapat disangkal lagi...
Huahahahaha... *pang se dasss!

Dah puas makan-makan kat rumah Mak Su, kitorang 1 family bergerak ke rumah kazen Kekna pulak.
Kekna panggil dia Kak Chik.

Uih, 1st time masuk rumah baru Kak Chik, rasa terpegun pulak.
Besar uolsss...
Hiasan pun simple dan cantik.
Nampak moden dan tak sarat.

Apelagi, snap-snap laa....
Kekekeke...




Kak Ejam - Lieya - Kekna

Lieya tu adik Kak Chik.
Kalau tengok depan-depan, Lieya ni memang lawa.
Tengah pregnant anak kedua sekarang ni.
Tunggu nak meletup je tu...



Ok, sekian je citer raya keempat...
Balik rumah terbongkang sebab perut kenyang...
Huhu...

Thursday, July 30, 2015

Syawal ketiga 2015

Salam readers...

Kite dah masuk kisah syawal ketiga...

Owh, pasal raya kedua tu, patut la Kekna lupe.
Sebab lepas balik rumah Kak Da tu, kitorang pergi rumah terbuka kakak Kak Ejam.
Kitorang 1 family memang rapat dengan family Kak Ejam.
Kekna lupe sebab takde gambar. Hihih...

Lepas balik dari rumah kakak Kak Ejam, barulah kitorang balik rumah.
Dah tak gi mana-mana dah sebab malam nye tu family belah mommy nak datang.
As usual, kitorang kena sediakan makanan.
Anak sepupu request nak makan nasi lemak Kak Ejam.
Memang nasi lemak Kak Ejam tu sedap.
Kekna sendiri pun selalu je tapau sambal nasi lemak Kak Ejam everytime balik kampung.
Sedap... Pedas dan manis...
Tahan lama pulak tu sebab Kak Ejam masak sambal tu sampai berjam-jam.

Ok, back to the story.
Hari raya ketiga ni jadual Kekna agak pack sebab ada 3 buah rumah terbuka yang kena attend.
Omaigot, Kekna memang suka pergi rumah terbuka...
Sebab Kekna suka makan.
Rumah terbuka kan ada banyak makanan...
Sila jangan menyesal kalau jadi gemuk ye, Diana!

Pagi raya ketiga tu rehat-rehat kejap sebab dah 2 hari berturut-turut kena bangun awal.
Hoiii, tak tahan mata ni.
Lately tatau la kenapa liat bebenor Kekna nak bangun awal pagi.
Kekadang terjaga jap subuh tu.
Pastu sambung tido balik dalam bilik mommy.
Hohoho... tatau la kenapa, Kekna memang suka tido dalam bilik mommy.
Selesa kot dengan tilam tu... Hihi..

Tengahari, kitorang keluar pergi rumah Pak Alang.
Pak Alang ni uncle Kekna belah daddy.
Dia memang akan buat rumah terbuka setiap hari raya ketiga.
Sempat la dia nasihatkan Kekna suruh beli rumah kat KL.
Jangan joli-joli sangat...
Macam tau-tau je anak sedara dia ni suke berjoli. Kekeke...

Dah pergi rumah Pak Alang, kitorang pergi ke area KP Perdana pulak.
Kazen Kekna buat rumah terbuka jugak,
Actually Kekna ada 3 orang kazen yang duduk kat KP Perdana tu.
So on third day raya tu, Kekna dan family bantai beraya area situ terus.

Second rumah on that day adalah rumah terbuka Abang Yin.
Lepak-lepak dulu kat situ, then barulah kitorang makan.




Diorang ni bergambar tak ajak Kekna.
Time ni Kekna dah lepak berbaring kat dalam bilik tingkat atas sambil bergosip-gosip dengan mak-mak sedara.
Sibuk bebenor diorang nak dengar citer Kekna.
Pastu siap bercerita tentang orang lain jugak..
Suke sangat gosip-gosip ni.. hihi..
Sampai tertido uolsss!

Dah puas bergosip, kitorang beralih pulak ke rumah kazen Kekna yang lagi sorang.
Abang Pu atau kengkawan panggil dia Pert.
Rumah selang berapa buah je.
Sambung bergosip-gosip kat situ pulak.... :)




Kak Ja dan Abang Li


Abah & Ma

Lepak kat rumah Abang Pu sekejap je.
Sebab dia hidang minum petang je.
Dia taknak la buat makanan berat sebab memasing dah makan banyak kat rumah Abang Yin kan...

Dah lepak-lepak, makan-makan, sembang-sembang kat rumah Abang Pu, kitorang beralih pulak ke rumah Izuddin.
Izzuddin ni adik kepada Abang Yin.
Rumah dia pun adea KP Perdana jugak.
Selang sebuah rumah je dengan rumah Abang Yin.
Uihhhh... Tiga-tiga rumah Kekna pergi hari tu semua cantik-cantik.
Jeles iolsss...
Kena kumpul duit ni untuk beli rumah. Huhuu...
Dapat sebuah rumah pun dah bersyukur dah.
Pastu hias cantik-cantik...
Wahhhh... berangan terus nih.
Ahaks...

Sementara tunggu La (wife Izu) buatkan air, kitorang snap-snap laa...


Kak Long


Rani Mukherjee :)



Daddy & Mommy



Kajol... Eh!




Anak-anak sedara saya yang comel...
Alyssa & Amisha.



Malam barulah kitorang balik rumah....
Penat uolssss...

Tapi kan, kesian kat sedara-mara lain tak boleh datang ke rumah kitorang sebab kitorang 1 family selalu takde...
Sorry uolsss... Kitorang bukan sengaja taknak duk rumah.
Tapi biase laa... sedara mara ramai.
Family kitorang pulak payah nak cukup korum sekarang ni.
So sementara masing-masing masih ada, kitorang bantai beraya bersama-sama dulu...
Manalah tahu tak berkesempatan nak raya bersama tahun depan.
Siapa tahu kan...


Wednesday, July 29, 2015

Komen itu... pfftttt

Salam readers...

Korang tengok pic dibawah...



Hagak-hagak korang, komen dari siapa ni? -___-

Sekilas Kekna baca komen ni, Kekna dah tau dah dari siapa.
Orang kata, sekilas ku terpandang ikan di laut, ku tahu jantan betina...
Gitteww... :p

Amboiiii, nak jugak letak credit siapa amik gambar ye...
Pfftttt!! -___-
Adik sape la yang gedik sangat ni... hahahah...

Pasni kena amik gambar Kak Ngah banyak-banyak.
Baru Kak Ngah letak tag nama credit photographer.
Kalau amik gambar sikit-sikit, takmo credit. Huahahaha... 


Nasib baik ko adik aku, Iwan oiiii...

And by the way, gambar di atas is credited to me...
Kak Ngah yang tukang snap gambor di atas ye... -___-

Tuesday, July 28, 2015

Syawal kedua 2015

Salam readers...

Ape kabor sayam-sayam?
Kekna kesejukan, kebekuan, dan kedinginan melampau nih.
Sejuk dia tu dah tahap beku sampai ke tulang kering dah ni...
Menggigil-gigil dah badan Kekna menahan sejuk kat opis.
Phewwwww...

Orang lain dah update sampai ke raya ke tigablas dah.
Kekna baru terkedek-kedek nak update cerita raya kedua.
Ni pun tak berapa ingat dah raya kedua pergi mana.
Huahahahaha...
Sejak-sejak menghala ketuaan ni, sel-sel otak dah tak berapa berhubung sangat dah.
Tu yang asik lupa je..

Pagi raya, eh idok lerr pagi bebenor.
Dalam pukul 11 pagi jugak laa..
Kekna dan family pergi ke rumah kazen Kekna.
Tauke emas kat Terengganu.
Kalu Kekna nak beli barang kemas memang Kekna akan beli dengan dia.
Design barang kemas dia lawa-lawa.
Ate beli dengan anak beranak sendiri, haruslah dapat harga murah sikit. Hihi...
Yela, daripada duk mengkayakan orang lain, baik la kita mengkayakan anak-beranak sendiri.
Ye dak?

Biasanya raya kedua dia akan buat makan-makan.
So, kitorang satu family brunch kat situ terus.
Hohoho... buruk nau perangai kan.
Pergi rumah orang untuk brunch... hahaha...

Idok lerr cenggitu.
Dah namanya raya. Haruslah berkunjung ke rumah sedara-mara.
Kalau tak, memang payah nak berjumpa.
Time ni la nak bermaaf-maafan pun.
Kot la ada salah silap salah faham ke ape...

Biasenye snap gambar guna kamera DSLR Iwan.
Tapi mamat tu punyalah alzheimer, dia lupa bawak charger bateri kamera tu.
Raya pertama kemain lagi guna kamera tu, raya kedua bateri dah habis. T___T
Diorang bantai guna kamera henset Kekna lak.
Suruh guna kamera sendiri, taknak pulak.
Alasan diorang, kamera henset Kekna cantik. 
20.7MP katanya.

Korang tau je la kan...
Smartphone ni kalau guna sekejap pun, bateri cepat habis.
Elok-elok bateri full, tetibe dah tinggal separuh sebab diorang bantai amik gambar banyak-banyak. Sebagai kakak yang baik, ku redha saje.
T___T


Masa diorang ber wefie ni, Kekna tengah duk sembang kat dalam.
Memang kalau Kekna balik kampung, jarang Kekna pegang henset.
Kekadang henset kat orang tu, kekadang kat orang ni.
Kekadang anak-anak sedara buat main game.
Tau-tau je bateri dah nak habis.
Bertabahlah wahai hati.. T___T


Bile Kekna check balik gallery phone, gambar selfie dia ni banyak...
Pffttttt!!!





Kalau tahun lepas Kekna declare diorang berdua ni single & available, tahun ni Kekna declare diorang not available at all.
Ada makwe tapi taknak ngaku.
Yang Iwan tu yela Kekna dah jumpa makwe dia masa pegi Kemaman last year.
Yang si Aries Spark aka Shahril tu.
Ada makwe tapi nak sorok-sorok.
Pastu kantoi whatsapp kat dalam kereta. Hahahaha...






Lepas balik je dari rumah kazen, Kekna dah lupe dah Kekna jenjalan kemana.
Huhahahahahahah...
Kan dah cakap tadi Kekna pelupa.
Maafkan daku.

Nanti Kekna pm adik-adik tanya diorang kemana kitorang pergi lepas balik dari rumah Kak Da.
Kekekeke...






Monday, July 27, 2015

Syawal pertama 2015

Salam readers...

First of all, Kekna nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali Kekna; tak kira la kenal secara fizikal ke atau di alam maya.
Ampunkan salah silap Kekna selama ni.
Sesungguhnya Kekna ni manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan dan kekhilafan.
Maaf zahir dan batin... 

Ok, back to main story.
Kekna nak share pengalaman Kekna berhari raya tahun ni.
Well, takde ape-ape yang berbeza pun.
Same je macam tahun-tahun lepas.
Di pagi raya sibuk mempersiapkan diri dan rumah.
Sibuk jugak dengan adik-adik lelaki yang mintak tolong pakaikan sampin...
Berpeluh-peluh hakak dibuatnya! 
Habis cair make up hakak... -__-
Dah la cuaca kat Ganu tu, panasnya ya ampun!!
Nasib baik la sebelum raya Kekna sempat belikan air cooler besar gabak tu untuk family.
Agak-agak terasa bahang panas cuaca, pergi la hadap air cooler tu.

Kisahnya nak beli air cooler tu pun boleh bertekak kejap dengan mommy.
Actually niat Kekna nak beli aircond.
Tapi mommy bising. Katanya taknak rumah dia kena tebuk-tebuk dah...
Haihhhh!! Geram betul Kekna dengan bonda tersayang ni tau.
Dia suruh Kekna jimat duit kot-kot nanti nak kawen. -___-
Entah bila la anakmu nak kawin mommy oiiii...

Kekna bukannya ape.
Kekadang kesian dengan family dan tetamu mengadu panas kat rumah tu.
Rumah Kekna tu hazabunnn sikit.
Bukak tingkap pintu pun, rumah still rasa panas sebab tak kena laluan angin.
Memang tepat sangat kalau beli aircond.
Daddy ok je kalau Kekna beli aircond. Siap bagitahu lagi brand ape yang elok..
Tapi tu la... para suami ni bila bini bising, dia pun terpaksa la menurut kata bini.
Tapi Kekna kan acah-acah degil gitu.
Takleh beli aircond, Kekna beli air cooler tu.
Hah, rasakan benda alah tu berlonggok kat ruang tamu.
Kalau beli aircond kan senang. Pasang elok je kat siling rumah.
Takde la nampak berlonggok.
Haihhh... mommy... mommy...

Sebelum raya, bertekak.
Pagi raya mintak ampun bebanyak...
Banyak dosa ni.. ngeeeee :)



Kak Long


Abang Zam


Alia


Fifi


Abang Yu


Kak Ejam


Alyssa


Amisha


Rani mukherjee... Eh! ^__^



Iwan


Ryan


Pembahagian harta. Hahaha...
Yang belakang sekali tu sibuk beratur jugak.
Tak pepasal mak datin kena bagi retenya jugak..



Ampun tuanku... ^__^






Giliran Dato' Sri Shahrul Irwan pulak...


Poyo jekkk Dato' Sri ni.... 

Sebenarnya pagi raya ni tak cukup korum.
Aries Spark tak balik lagi time ni.
Dia fly dari KL pukul 11:50am.
Kekna dan Iwan pergi amik dia kat airport.

Bila dia dah sampai rumah, terus salam-salam dengan semua.
Dosa banyakk ni...
Haruslah kena salam lama-lama...




Giliran Shahril pulak bagi duit raya,


Ryan Fiq ni pun sibuk jugak nak bagi duit raya.
Kekna tumpang beratur jugak.
Try my luck kot-kot dapat duit raya jugak.. hahaha.. 


Potret family bahagia kami





Abang Yu's family


Kak Long's family


Orang bujang amik gambor dengan mak ayah aje ye...




Iwan : Mu mesti dengki kan aku cium mommy...
Kekna : -___-




Kekna : Shahril, jom buat free style.....
Shahril : Jommm!!

Dan hasilnye..... :-


Sumbang mahram hoiii... :p





Pakse mommy dan daddy buat free style jugak...

Pastu kitorang kuar pergi rumah sedara-mara sebelah daddy.


Rumah pertama, rumah Ayah Chik Zul.


Rumah kedua, Mak Dik Nab.

Kat atas ni kazen Kekna.
Kekna panggil Rina.
Tapi kengkawan lain panggil dia Lily.
Masyukk dia ni jual biskut raya...
Raya tahun depan kalau nak beli kuih raya, boleh contact Kekna.
Biskut raya yang dia jual semuanya sedap-sedap.
Boleh follow fb dia : Laura Miranda Lily


Rumah ketiga, Tik Siah.
Masa ni daddy duk sibuk bersembang dengan tuan rumah, kitorang pulak sibuk ketawa berdekah-dekah.
Macam-macam topik keluar.
Sampai nak semput Kekna dibuatnya.



Ini dah rumah terakhir yang kami sekeluarga berkunjung on that day.
Rumah mak sedara sebelah mommy.
Tauke kedai karpet. Maimai Carpet.
Kitorang makan malam kat sini jugak.





Adik-adik lelaki kesayangan.


Kazen, Abang Pu.
Nama glemer, Pert. Kemain kannn...


Ni kazen Kekna jugak. Abang Yin.
Anak tauke Maimai Carpet.


Wanita-wanita generasi arwah Hasnah & Abu Bakar.
Tak cukup korum ni...


Ma dan abah.
Mak sedara dan ayah sedara Kekna.


Geng-geng gosip Kekna.
Cik Ton, Ma dan Mommy.
Seronok gosip-gosip dengan diorang ni sebab diorang sporting.


Di akhir entri, silalah tatap wajah-wajah hensem di atas.
Tatap je k.
Yang duduk tu semuanya dah kawin.
Yang berdiri tu pulak semuanya dah dikebas orang.
Ada makwe tapi nak sorok-sorok.
Macam la Kak Ngah dia ni tatau... hoh!

Soalan femes untuk Kekna tahun ni :

"Kenapa tak jadi?"

Nasihat femes yang diberi :

"Nasib baik sedar awal. Buat apa nak tunggu orang cenggitu..."

Alhamdulillah.
Semua orang support Kekna.
:)

By the way, kalau nak gambar lagi banyak, sila view FB Kekna ye.