Thursday, August 27, 2015

Sesi luah-meluahi

Salam readers...

Ok, tajuk adalah sangat merosakkan bahasa Melayu.
Harap tak kena marah dengan sesape. Hewhew...

Selamat malam korang....
Ewahhh, tak pernah-pernah Kekna update malam-malam kan.
Tetibe hari ni update pulak.
Kebetulan je malam ni line rumah Kekna laju.
So, moh lerr kite update belogg.

Sesapa yang kenal Kekna dari dulu mesti tau perangai Kekna yang suka sangat melenting.
Pantang selisih sikit, mesti melenting tahap kaw-kaw punya.
Kekna paling pantang kalau orang usik life Kekna bilamana Kekna tak pernah usik life diorang.
Sebab bagi Kekna, i have my own life and you have yours.
So, jaga tepi kain diri sendiri je.
Sebab tu Kekna jarang sesangat korek rahsia orang atau nak tahu ape-ape pasal orang lain sebab Kekna ni jenis, 'kalau aku tatau pun, bukannya aku rugi pape'.
Gittew.

Tapi now Kekna dah berjaya manage sifat melenting tu. Alhamdulillah.
Sekarang ni orang buat pape je, Kekna buat ignore.
Malas nak layan.
Orang buat baik, Kekna balas baik.
Kalau orang buat jahat, lantak kau la.
Kau berdosa dengan aku.
Pepandai la kat akhirat nanti kau merangkak cari aku kat Padang Mashyar tu ye.
Serius Kekna rasa macam malas dah nak layan kehidupan orang lain.
Hidup Kekna lagi penting kot untuk diuruskan.

Tapi kannn... tapi...
Bilamana kita tak kacau hidup orang lain, pasti ada jugak manusia-manusia yang suka sangat kacau kita, kan?
Kekna tak faham la kenapa ada manusia-manusia macam ni.
Kalau sekadar stalk, intai-intai, jenguk-jenguk life kita tu, takpelah lagi.
Ini bukan setakat intai-intai jenguk-jenguk menjeling-menjeling ku bertentang dah ni.
Ini dah ambush terus.
Dah la kacau hidup orang, cari pasal lak tu.

Kes terbaru.
Ada orang create fake account dalam website Meet Me guna email dan profile picture whatsapp Kekna.
Terkejut jugak masa mula-mula dapat tahu.
Sebab rasanya Kekna takde pulak musuh ke ape.
Tapi tatau la kot-kot ada yang sakit hati dengan Kekna ke, atau takut dengan bayang-bayang sendiri ke kan....
Hati manusia. Manalah kita boleh duga.


Kekna jarang tau bukak email yahoo sekarang.
Sebulan sekali pun belum tentu.
Kekna start dapat notification dari Meet Me since 10 August 2015 untuk active kan account tu.
Terkejut jugak.
Bila masa pulak Kekna create account baru ni?
Account Facebook pun tak ter manage, inikan pulak nak create create account baru??


Tengok time, hari Isnin pukul 6:25 petang.
Which means time ni Kekna ada kat rumah dah.
Hari Isnin tu Kekna tak kemana-mana after office hour.
Habis kerja, Kekna balik rumah terus.

And Kekna tak pernah ye, tak pernah bukak email kalau kat rumah.
Line kat rumah Kekna kan slow siput.
Nak bukak email adalah sangat mustahil.

Kekna sedar kewujudan fake account ni pun hari Rabu, 12 August 2015.
Kebetulan pagi tu hati Kekna terdetik nak bukak email.
Tengok-tengok email notification banyak gila.
So, Kekna try bukak fake account itu.

Wahhhh... siap ada gambar Kekna uolsss...
Paling tak tahan, details diri Kekna tu.
29 tahun - betul.
Female - betul.
Negeri Johor - ???

Hellooww, sejak bila Kekna asal Johor ni?
Kekna bukannya nak tuduh but Kekna rasa Kekna tahu siapa nak pedajalkan Kekna kali ni.
Yang sorang tu tak pandai sangat bab-bab internet ni.
Yang sorang lagi tu kot.... Siapa makan cili, dia terasa pedasnya.
Orang Ganu dikatakan orang Johor... Jauh sangat menyimpangnye tu. Hahaha...

And quite surprise sebab orang tu tahu email address dan password Kekna.
Macam-macam hal kan?
Hari yang sama jugak Kekna tukar semua password account yang ada.

Kekna ni idokk lerrr desperate benor nak jual diri sampai nak create account dalam website macam tu.
Orang nak berkenalan dalam FB pun Kekna geli.
Inikan pulak datang dari websites macam ni. Eeeuuwwww... Low class uolss!

Kekna redha je apa yang orang buat.
Malas nak fikir sebab banyak lagi benda lain yang Kekna kena fikirkan.
Lantak deme leerrr nak buat guane.
Yang penting Kekna tak tambah dosa sendiri.
Tenangnyeee hidup bila tak buat dosa ni kan?
Huhuhu..

Dendam-dendam ni takde dalam kamus hidup Kekna.
So far ape yang orang buat jahat kat Kekna, takde lagi la yang Kekna berdendam.
Paling-paling pun Kekna pompampompam la sekejap.
Dah habis pompam, Kekna sejuk la balik.
Tatau la kenapa hati Kekna ni cepat sangat sejuk.
Eh, kalau sejuk saje takpe tau. Masalahnya Kekna siap boleh memaafkan lagi..
Sampaikan ade orang cakap Kekna ni bodoh.
Heeyy helloowwww guys, tu memang diri Kekna.
Korang nak kata Kekna ni bodoh ke ape, lantak.
Yang penting, bila Kekna memaafkan maknanye Kekna dah let go benda tu.
Takyah nak sesakkan fikiran dan hati dengan benda-benda yang tak berfaedah.
Buat ape nak bebankan diri kita dengan masalah-masalah yang tak berapa bermasalah tu? Hewhew...

Ok, habis cerita tentang fake account tu.
Actually kan manusia ni ada 1001 cara nak buat kita sakit hati ataupun menjatuhkan kita.
Memang tak heran kan sebab ramai sangat manusia yang busuk hati.
Yang tak senang hati bila tengok orang lain senang lenang.

Bila kita duk sesaje tapi banyak berbelanja, ade la speku-speku tak elok.
Cakap kita buat kerja haram la...
Bila kita melalak menangis atas tikar sejadah, duk speku ada dosa besar yang kita dah buat.

Ya ALLAH, tak boleh manusia-manusia ni duk diam je?
Takyah speku-speku sangat la.
Orang-orang yang kuat speku ni biasenya berfikiran negatif.
Boleh tak kalau biar je orang lain hidup dengan cara dia sendiri?
Selagi orang tak menyusahkan hidup kita, boleh tak kita jangan menyusahkan hidup orang lain?



Salah orang semuaaaaa dia nampak.
Yang baik tentang orang lain, pandai pulak dia buat-buat tak nampak.
Pastu dia ni macam ketam mengajar anak berjalan.
Dia pun jalan senget, ada hati nak suruh si anak tu berjalan lurus.

Kita sebagai manusia ni memang selalu buat silap.
Kekna pun pernah buat silap. Selalu kot.
Tapi kalau boleh taknak la ulang-ulang kesalahan tu pun.
Tapi itulah. Sesetengah manusia ni dia suka mengungkit kesalahan kite yang satu tu.
Yang beribu-ibu lemon kebaikan kita buat, takde pulak nak mengungkit.
Memang adat manusia sekarang. Hidup suka mencari salah orang instead of memperbaiki salah diri sendiri.

Paling takleh blah, semua kesalahan diletakkan atas bahu orang lain.
Tak pernah pun nak mengaku salah sendiri.
If ada orang yang raise up pasal kesalahan dia, mulalah dia buat seribu satu alasan and twist the situation sampaikan yang tukang raise up tu pulak yang dipersalahkan.




Kekna selalu berpegang pada kata-kata ni.
Kalau kita tak boleh menggembirakan orang, then tak perlulah kita menambahkan kesedihan yang ada.
Happy ke tengok orang lain jatuh?
Happy ke mengutuk, mengeji, menghina orang lain?
Yalah, happy la kat dunia ni.
Kat akhirat nanti, kita tengok siapa pulak yang happy.
Ada bran?

Kekna bukanlah nak kata Kekna ni baik sangat-sangat.
Kekna ni jahat ok. Hati tu ade jugak noda-noda hitam.
Bila hati sudah hitam, seperti drama Melayu tu.
Tapi at least, time orang sedih, tidak la Kekna menambah kesedihan orang.
Kita sama-sama simpati la.
Mana tahu satu hari nanti kita pulak yang bersedih, dia pulak yang datang temankan kita.

Pernah beberapa bulan lepas, Kekna down sangat-sangat.
Tapi alhamdulillah syukur sangat-sangat Kekna ada kawan-kawan yang super duper supportive & baik gile.
Diorang la yang bagi sokongan & dorongan kat Kekna untuk teruskan life yang ada ni.
Kalau tak, memang payah Kekna nak bangkit balik.

Kadang-kadang Kekna rasa ALLAH swt hadirkan kawan-kawan yang baik sebagai membalas balik ape yang Kekna dah buat pada kawan-kawan Kekna yang dulu.
Kekna ni jenis pantang orang usik kengkawan.
Jap lagi Kekna pulak yang TERover protect kawan-kawan Kekna.
So, bila Kekna susah aritu, ALLAH swt bukakan hati kawan-kawan Kekna untuk protect Kekna pulak.


Kita kena professional.
Tak kire la dalam kerja ke atau kehidupan seharian.
Kalau kita tak boleh bersikap professional, susah laa...

Maksud professional kat sini ialah jangan babitkan hal peribadi dengan hal kerja.
Sepanjang Kekna bekerja, sekali je Kekna libatkan hal peribadi dengan kerja..
Itupun sebab takleh nak sorokkan dah emosi diri.
Tak lama pun sebenarnya benda tu. Sebulan je.
Lepas tu Kekna dah ok dah.

Professional jugak bermaksud kalau orang tu salah, katakan salah.
Kalau orang tu betul, katakan betul.
Jangan nak salahkan benda yang betul dan betulkan yang salah mementanglah orang tu kawan-kawan kau.
No no no!
Kekna tak suka attitude macam ni.
Dalam berkawan, Kekna lebih suka berterus-terang.
Kekna akan cakap salah kalau benda tu salah.
Kekna akan cakap betul kalau benda tu betul.
Takdenye nak menangkan sesuatu yang tak betul kalau ianya salah.

Jangan nak pilih bulu.
Berkawan dengan semua orang.
Baik buruk orang tu memang automatik kita akan menilai.
Tapi setiap yang baik tu, pasti ada buruknye.
Setiap yang buruk itu, pasti ada yang baiknye.
So, jangan terlalu judge orang.

Kat ofis Kekna ada sorang pompuan ni.
Rambut karat uolsss, pakai skirt pendek.
Sekali pandang, orang tengok macam jahiliyah bebenor minah tu.
Tapi sebenarnya dialah orang pertama yang akan tercongok dan solat kat surau bila sampai waktu.
Ingat, penampilan tak melambangkan peribadi seseorang.

Ader tu nampak je alim warak asik bercakap hal-hal agama.
Tapi hati busuk. Suka melaga-lagakan orang ke...sebagai contoh ye...
So, tak guna jugak.

Sesetengah perempuan, pakai baju longgar, bertudung, solat tak tinggal tapi berzina.
So, ape gunanya? ALLAH swt akan suka ke?

Kita tak perlulah nak mengata orang, judge orang macam-macam.
Bila tengok orang berkumpul, terus perasan orang-orang tu tengah mengumpat pasal kita.
Bila ternampak keburukan orang lain, terus dijaja untuk dijadikan bahan bercakap.
Kenapa kita susah sangat nak jaga aib orang lain?
Acu kalau orang lain bukak aib kita pulak, cane?
Kite suka ke? Tak kan...
So, kita ni takyah la tergedik-gedik nak bukak aib orang.
Takyah nak jadi wartawan tak bertauliah sangat nak korek-korek hal orang.
Takyah nak jadi paparazi sangat nak jaja-jaja hal orang lain.

Well, Kekna sebenarnya dah jumpa ramai orang macam ni.
So dah tak heran.
Biarlah orang nak buat apapun. Yang penting Kekna tak buat benda-benda tu dan tak tambah dosa sendiri.
Orang yang suka buat jahat ni, lama-lama dia penat jugak.
Nanti dia akan berhenti sendiri.
Kekna just doakan orang-orang macam ni dapat hidayah daripada ALLAH swt.
Kalau Kekna ni bertuah, maybe Kekna dapat tengok aib dia pulak yang terbukak sendiri.

Jauhilah sifat-sifat mazmumah ni.
Tanamkan sifat-sifat mahmudah.
Semoga hidup kita aman harmoni sentiasa. Amin.




Monday, August 24, 2015

Makan-makan dan jenjalan di Mid Valley

Salam readers...

Haritu Kekna ada kuar jenjalan dengan Kak Siti.
Al-maklum laa kekadang bosan jugak duk kat rumah ni.
Pastu datang pulak mood malas nak masak.
So, Kekna dan Kak Siti together gether cari makan kat luar.
Sambil-sambil tu haruslah shopping kan.
Kitorang pergi ke Mid Valley.

Benda pertama yang terlintas masa sampai Mid Valley, kitorang cari makanan untuk breakfast dulu.
Perut memasing lapar ni.
Kitorang singgah kat  Belanga.

Jom tengok ape yang ada kat Belanga tu...









Takde lah mahal sangat kan....


Kekna order ini.
Sedap. Murah dan paling penting portion banyak...
Kenyang sungguh-sungguh lepas makan nasi goreng ni.


Udang fresh uolsss...
Kekna makan nasik dulu. Udang ni makan kendian. Hihii..


Kak Siti order nasi tumpang.
Dia cakap sedap jugak la...



Kak Siti...


Kekna...

Dah makan, kitorang shopping kat Nichii.


Sempat la sambar 2 helai baju.

Owh, semalam kan Kak Siti pergi Nichii lagi tau.
Pastu dia tunjuk baju-baju yang dia beli.
Lawa hohhh!
Ya ALLAH, menggelupur ni nak beli.
Tapi itulahhh... kena tunggu gaji dulu.
Sekarang ni Kekna kena jimat.
Ada 2 kali vacation sedang menanti nih!
Kat mana?? Tak leh habaq lagi.

Semua benda dah di booked untuk kedua-dua vacation tu.
Parent Kekna pun tahu Kekna nak kemana.
Senang pergi dengan orang-orang bujang ni.
Set je bila-bila nak pergi, kompem available.
Ada duit, semua jalannn je.
Alhamdulillah ALLAH swt permudahkan perjalanan hidup Kekna selepas apa yang dah berlaku.
Bersyukur sangat.

Eh! Tetibe termelalut ke lain pulak ye.
Kekekeke...

Actually hari tu banyak jugak yang Kekna shopping.
Pastu lepas shopping makan lagi.
Lepas makan, sambung shopping lagi dan begitulah sehingga petang hari.
Agak-agak dah lama bebenor bertapa dalam MV tu, kitorang pun balik dengan senang hati.
Maunya tak senang.
Berbeg-beg plastik kitorang bawak balik.
Banyak benor shoppingnya.


Tapi sebelum balik, sempat singgah di Sumptuous Dessert.
Beli durian crepe.
Tetibe rasa teringin pulak nak makan durian crepe ni walaupun perut dah over kenyang.
Best sangat uolsss...

Ok, tu je nak citer.
Takde modal la nak buat lawak...
Hahaha... ok, tak klaka!

Bai!

Thursday, August 20, 2015

Meriah GIA-SAU Raya 2015

Salam readers...

Gigih betul iollss edit satu-satu gambar ni.
Sampai naik mengantuk dah.... -___-

Citer raya masih ada ye uolss...
Padahal raya dah lepas dah kan.
Begitulah entri-entri dalam blog ni.
Asik citer yang dah berkepam.
Eh, ate blog The History of My Life.
So, memang kena sangat lerr tu kan. Asik citer history history jek.
Kekekeke...

06 Ogos baru-baru ni, opis Kekna mengadakan jamuan hari raya.
Pegawai atasan dan kawan-kawan terdekat dijemput untuk memeriahkan majlis.
Tahun ni kitorang buat simple simple je.
Takde la meriah macam tahun-tahun lepas.
Kena cut bajet uolsss...
Raya kali ni teruk sikit sebab dapat gaji awal, pastu next gaji lambat lagi.
Hoiiii, payah sungguh nak survive dengan gaji ciput ni.
Hohoho...

Seperti tahun-tahun sudah, gotong-royong dibuat sebelum majlis.
Masing-masing sibuk dengan tugas memasing.
Majlis buat kat Tingkat 9.
Kekna pulak duk kat tingkat 51.
Kitorang pulak unit siasatan kan. So, kebetulan pagi tu ade kije kena settle.
By the time Kekna dan kengkawan turun tingkat 9, memasing tengah busy bergotong-royong.
Kekna join mana-mana yang patut je.

Memandangkan tahun ni Kekna pakai baju raya kaler pastel dan plain, makanya Kekna menjauhkan diri dari makanan-makanan yang berpotensi untuk mengotorkan baju Kekna.
Tahun ni banyak makanan berkuah dan berminyak uollsss!!
Serammm Kekna.
Macam tahun lepas, tetibe setepekkk minyak kena kat baju Kekna.
Meraung kejap!
Nasib baik laa cecepat tabur bedak talkum.
Selamat baju Kekna... hewhew...


Gotong-royong dalam pantry.


Bukan nak kate la kan, bebudak lelaki baik yang bujang mahupun dah kawin dalam unit Kekna ni, semuanya rajin-rajin.
Hakak-hakak pun same.
Semuanya rajin-rajin... Bagus betul.


Yang ni gotong-royong kat workstation yang kosong. Takde orang pakai.



Kekna dan farid fredo the weirdo bijjj... hihi...


SAU bijjjess!




Our bigboss!
Setiap tahun mesti ada masak.
Tahun ni dia masak mee rebus, laksa johor dan kuah lontong.
Bos, masuk masterchepp laa... Kompem menang.




Ika. Manis pulak aku tengok ko ni, Ika...


Kak Shy.... shy shy cat gittew.. hihihi...


Kad Nad, Fairuz, Kak Rin dan Rani Mukherjee. eh!


Anak sape la comeyyy sangat nih? hewhewhew... *panggg se das!


Kak Shidah, me dan Kak Noriah.
Kak Noriah ni anak dara lagi ok.
Baik hati, sopan-santun, beriman.... Pompuan macam ni takde pulak lelaki nak.
Tapi kalau pompuan huhahuha yang duk seret ke neraka tu, sibuk pulak lelaki kejarkan...
Haihhh.... *tetibe sound lelaki. Apehal? Hahahah... :P


Ekin yang comel ala-ala Korean.
Dah la putih melepak.
Me is sooo jelly melly, ok.



Cheese tart


Desserts




Desserts buffet table


Aneka buah-buahan


SAU Avengers sponsor lasagna 2 bijik.
Satu beef lasagna, lagi satu chicken lasagna.


Lemang, pulut kuning dan rendang ayam yang sangat marvelesss!


Nasi impit, serunding dan kuah kacang.


Kuah lontong


Kuah mee rebus


Kuah laksa johor


2 jenis air untuk raya kali ni.


Deco atas meja.

Sebelum tetamu datang, kitorang snap-snap dulu.
So that bila tetamu datang, takde la tuan rumah sibuk-sibuk nak bergambar kan.


Kak Shidah ni sporting sungguh.
Suka usik-usik Kekna. Hahaha...
Siap pelok-pelok bagai. Sayangggg sangat kat hakak sorang ni.


Anje-anje kan kami...


Kami.
Group Internal Audit.







Team hijau


Team biru


Team coklat dan merah.









Kekna makan mee rebus je. *silalah percaya. hewhew...



Bersama Encik Ismadi.
Uihhh, Encik Ismadi ni kalau pergi opis Kekna mesti request kopi.
Tatau la sedap setara mana kopi yang Kekna buat tu sebab Kekna memang tak minum kopi.
Lagipun Kekna guna 3 in 1 je. Hihih...


Antara tetamu yang hadir.



Nampak Kekna tak? Nampak Kekna tak?

Actually kan time ni Kekna nak pergi buang sampah kat tong sampah tepi meja ni.
Pastu ternampak ada kamera menghala ke sini.
Terus tumpang bergambar sekali.
Kalau dah namanya sawan kamera kan,,, gini la gayanya... hiks!




Bolognese dan carbonara.
Carbonara ni wife Encik Ismadi la yang buat.
Sedappp uollss!
Setiap tahun memang GIA akan mintak wife Encik Ismadi masakkan.



Ok, dah masuk dalam dah.
Sambung snap-snap lagi.


Geng-geng primadona.
Ekin, Mimi, Leen, Rani Mukherjee dan Fiqa.




Tataplah muka tuan tanah sebelum entri ini tamat.

Ok, dah tak larat dah menaip.
Mengantuk pun ade ni.
Semalam tido lewat, pergi kuar makan kat Yusof Tomyam Bangsar pastu dah balik rumah terus takleh tido sebab kenyang sangat.
Hewhew...

Kekna ni kan memang selalu macam ni.
Kurus 2 minggu je tapi gemok bertahun-tahun.
Acaner tuh?? T___T



p/s: pics credited to Kak Linda, Kak Pojan dan me myself.