Thursday, October 29, 2015

Lunchie @ Tappers QCM dengan housemate

Salam readers...

Alkisah weken yang dah dirancang lama.
A few times dah Kekna jejakkan kaki ke Quill City Mall (QCM) tapi tak pernah pun ajak Kak Siti, housemate Kekna.
Dia pun pernah cakap nak pergi jugak at least sekali ke QCM tu.

So hari Sabtu, seperti yang dirancang, kami berdua ke QCM.
Keluar lewat sikit sebab memasing bangun lewat.

Oleh sebab memasing tak breakfast, kitorang berdua memang kelaparan teramat sangat.
Pergi QCM terus cari tempat makan.
Dan pilihan kami adalah Tappers.
Kak Siti memang jenis makan nasik. Kekna ingatkan nak ajak dia makan sushi ke ape.
Tapi Kak Siti tak suka sangat sushi, so Kekna mengalah saja laa..
Kekna ni jenis tak kisah pun makan kat mana asalkan makanan tu halal...


Lepas order, kitorang snap-snap dulu.





Lemon Tea Kak Siti punya dan Goo Leng Ping Kekna punya...


Swet sour fish with rice Kekna punya...


Fries ni pun Kekna punya.
Ketamakkan sangat nih...


Yang ni kitorang kongsi dua-dua....
Banana fritters with vanilla ice cream and caramel.


Pancake Kak Siti punya.
Dia kata sedap...


Chicken soy sauce with rice Kak Siti punya.
Lepas makan je, terus membuncit perut masing-masing.
Nak berjalan-jalan pun dah penat.
Tapi dah namanya perempuan kan...
Penat cemana pun, kitorang memang tetap akan berjalan-jalan jugak.
Kitorang bukan jalan-jalan kat QCM je tau.
Nun hah sampai ke Sogo kitorang jelajah. Hihii...



Misi mengacau mak orang

Salam readers...

Morning uolsss!!

Alkisahnya geng-geng avengers memang suka sangat menjalankan misi-misi mengacau orang.
Tak boleh kacau avengers, kacau mak avengers pun bolehh...
Hari tu kitorang dah kacau mak Farid untuk buatkan nasi lemak yang super sedap itu.
Kali ni kitorang kacau mak ekin pulak...

Masa beraya kat rumah mak ekin, dia ada cakap nak masakkan kami nasi lemuni.
Bukannya berjanji ke ape.
Tapi if ada bahan-bahan, boleh je nak masak.
Kebetulan kat rumah Leen ada daun lemuni.
Kekna pun tak tahu daun lemuni tu cane.
Tak pernah dengar pun. huhu...


Tadaaaaa...
Nasi lemuni in da houseee.
Basically dia macam nasi lemak. Tapi tambah daun lemuni kisar kat nasik tu.
Pastu makan dengan sambal telur hancur.
Lauk-lauk lain sama je macam nasi lemak. Ada ikan bilis, timun, telur dadar, sambal sotong etc.


Inilah nasi lemuni itu.
Sedappp mak ekin masak!



Avengers... Rindunya nak lepak-lepak macam ni.
Sekarang ni kalau lepak mesti diorang bawak laptop sekali.
Busy beeeee katanya.



Kekna belikan jugak cucur bawang dan samosa.
Saje je la kan tambah-tambah makanan.
Al-maklumlah geng avengers ni kaki melantak.. :)


Eh, apesal pulak terselit gambar ni pulak?
Actually malam hari yang sama ada kawan ajak Kekna tengok wayang.
For the 2nd time Kekna tengok Transporter.
1st time aritu tengok dengan Ekin kat Jaya Shopping Centre.
Bila ada orang nak belanja ni, Kekna tak kisah je.
Murah betul rezeki Kekna akhir-akhir ni ye... 
Alhamdulillah... :)




Wednesday, October 28, 2015

Detim dengan kak long

Salam readers...

Kekna ada banyak koleksi seluar jeans.
Macam-mana kaler Kekna ada. Merah, biru, coklat cerah, coklat gelap... kaler pink ada.
Tapi biase la bila saiz pinggang tak ngam dengan ketinggian ni..
Pinggang besar gabak tapi firi tu katik.
Mulalah seluar jeans labuh.
Nak tak nak, memang kena pergi alter.

Kekna dah terbiasa pergi alter seluar kat Campbell Complex.
Betul-betul belakang Harisons Jalan TAR tu.
Hari Jumaat baru-baru ni Kekna pergi ke sana sorang-sorang dengan keizinan bos.
Alang-alang dah kesana, Kekna contact la Kak Long Kekna.
Dia kerja kat area Medan Mara tu.
Ada pejabat government kat situ.

Lepas hantar seluar-seluar jeans Campbell, Kekna jumpa Kak Long kat foodcourt Sogo.
Dah lama tak datang Sogo.
Dah lama jugak tak jumpa Kak Long.
Tetibe rindu pulak kat satu-satunya kakak Kekna ni.


Ramai yang cakap Kekna ni bukan adik Kak Long sebab muka kitorang lain sangat.
Kawan-kawan Kak Long pulak cakap Kekna ni adik Abang Zam.
Abang Zam tu husband Kak Long / abang ipar Kekna.
Memang dari mula-mula Kak Long kawin, semua orang cakap muka Kekna seiras dengan Abang Zam.
Choiiii sungguh ni!


Nampak nau gambar ni diedit. Glossy gile ohh...
Kak Long laa yang edit ni.

Kitorang makan char kueh teow penang je.
Dah lama sebenarnya tak dating berdua dengan Kak Long.
Tu yang Kekna ajak lunch sekali tu.
At least bolehlah sembang-sembang, gelak-gelak, gosip-gosip dengan tenang.
Kalau tak, nak sembang pun susah sebab anak Kak Long yang bongsu tu selalu kacau kalau dia nampak kitorang sembang.
Stress Kekna.. huhu...

Sebelum pukul 2, Kekna dah sampai opis balik dah.
Sekejap je pergi... Tak lama pun.

Kekna potong kaki seluar jeans tu RM15 sehelai.
Mahal ke murah eh kalau ikut harga kat KL?
Kalau mahal, kat mana tempat yang lagi murah?


Tuesday, October 27, 2015

Atur

Salam readers...

Apa habaq semua orang kampung?
Rasa cam lama je tak update blog sebab semua entri adalah scheduled.
Lately Kekna adalah sangat busy beee... bzzz bzzz bzzz gittew.
Nak blog walking pun takdan uolss...

Entri ni just entri bebelan je sebenarnya.
Cerita banyak nak kongsi tapi nanti-nantilah ye.

Tahun ni banyak sungguh cabaran yang terpaksa Kekna lalui.
Putus cinta, putus tunang, putus harapan, serba-serbi putus laaa...
Nasib baik tak putus kepala. Nauzubillahi min zalik!! Huhuh...

Memula Kekna ingat Kekna tak boleh nak hadapi semua ni.
Kekna ingat Kekna akan layan perasaan menderita sampai setahun lamanya.
Tapi alhamdulillah, Kekna kuat.
ALLAH swt bagi Kekna kekuatan untuk hadapi semua ni.
Sekejapan je Kekna boleh happy macam biasa.
Bukannya Kekna tak pernah fikir dengan apa yang pernah berlaku tapi entahlah...
Perasaan sakit tu dah hilang semuanya.
Kekna happy. Kekna tenang. Kekna bebas.

Masa Kekna down aritu, geng-geng avengers la yang ada disisi Kekna.
Diorang banyak bagi sokongan. Diorang bagi nasihat. Diorang penguat Kekna.
Sebab tu laa diorang adalah priority Kekna.
Kekna buat apa-apa, mesti diorang tahu. At least salah sorang dari mereka.
Macam Kekna pergi Sunway Lagoon hari tu, geng-geng avengers semua tahu.
Kekna pergi party kat rumah MR last week pun, diorang tahu.
Tapi diorang siap pesan jangan buat bebukan.
Eh, of course laaa... Kekna tahu batas berkawan.
Diorang just risau je sebab tahu je la kannn party ni attended by kawan-kawan Melayu & Cina but no alcohol, okay.
Kekna pun tak suka bab-bab parti liar ni.

And now Kekna dikurniakan lagi dengan geng-geng baru.
Even diorang ni semua lelaki, but diorang sangat respek Kekna as perempuan.
Kalau dengan geng avengers Kekna happy, Kekna boleh jadi diri sendiri, begitu jugak dengan geng-geng yang baru ni.
Kekna bagi nama geng-geng ni as GenG.

GenG ni selalu ada banyak program.
Hari-hari lain Kekna boleh la memperuntukkan masa Kekna dengan geng avengers tapi GenG ni Kekna amik hari Rabu dan Jumaat je.
Sebab kedua-dua hari ni memang biasa diorang buat majlis.
Ada macam-macam majlis sebenarnya.
Tapi kebanyakannya majlis potluck sambil berparti.
Parti tu pulak bukannya macam parti-parti extraordinary tu.
Sekadar karok dan makan-makan je. No sentuh-sentuh or peluk-peluk bagai.
Jangan salah faham ye.
Karok tu acara wajib sebab EE pandai sangat menyanyi.
Suara dia memang super duper power rangers sangat!!
Oomaigottt, Kekna is sooo jeles dengan dia!

Bila difikirkan balik, sebenarnya ada hikmah disebalik apa yang dah berlaku.
Kalau dulu Kekna selalu dibayangi dengan perasaan cemburu dan takut, now Kekna rasa bebas.
Kalau dulu asal habis balik waktu kerja, zassss Kekna bergegas balik rumah takleh stay lama-lama kat opis takut nanti ada yang bising, now nak balik bila-bila pun boleh.
Kalau dulu dunia Kekna untuk satu-satunya orang yang Kekna sayang, now dunia Kekna dah jadi luas. Kekna boleh sayang semua orang.
Dulu Kekna takde kawan, now ALLAH swt anugerahkan Kekna dengan kawan-kawan yang banyakkk sangat-sangat-sangat bagi support kat Kekna.
Dulu Kekna rasa alone sangat, now Kekna tak sempat nak rasa alone langsung.
Dulu Kekna sempat nak belek-belek muka sendiri, sekarang ni usahkan nak belek muka, belek celah-celah gigi pun tak sempat.
Korang bayangkanlah how busy and happy Kekna sekarang.

Memang ALLAH swt ni pengatur kehidupan yang MAHA Hebat!
Separuh tahun di awal 2015, Kekna 'sakit' yang teramat-amat sakit.
Then sekarang, di separuh tahun akhir 2015, Kekna happy yang teramat-amat happy.
Kekna dah boleh hidup secara positif, tenang.
Takde dah serabut-serabut nak fikir dan taat pada orang yang tak layak.

Tipulah Kekna takde apa-apa masalah.
Masalah kat ofis terutamanya, tetapp ada.
Tapi Kekna abaikan sebab Kekna malas nak kacau hidup orang.
Biarlah orang cakap-cakap di belakang Kekna but Kekna ok je.
Apa yang Kekna hadapi awal tahun aritu lagi besarrr kalau nak dibandingkan dengan masalah kat opis ni.
Biarlah orang bercakap, menuduh, fitnah, mengeji, kepochi bagai...
Well, mulut orang kite takleh tutup. Kan?
Lambat laun nanti ALLAH swt akan tunjuk jugak siapa yang betul.
And yang suka mengeji dan cakap-cakap belakang tu, Kekna takleh nak buat apa.
Biar ALLAH swt je bagi pembalasan kat diorang sebabnya Kekna tak pernah dan tak suka cakap-cakap belakang.
Tak suka, cakap depan-depan.
Nak sebar-sebar fitnahtun kat belakang untuk ape, kan?

ALLAH swt dah buktikan apa yang kita rancang tak semestinya menjadi.
Awal tahun aritu macam-macam yang Kekna rancang.
Tapi satu habuk pun tak jadi except pertunangan tu.
Itupun sekejapan je bertunang.
Macam bermimpi sebab bertunang pun sebulan je.
Alhamdulillah jugak la tak jadi kawin on 19 Sept baru-baru ni sebab Kekna sure takleh happy dengan dia.
Huhuu...

ALLAH swt tahu ape yang Kekna perlukan dan ape yang perlu Kekna buang.
Syukur sangat-sangat sebab Kekna berjaya lalui semuanya dengan tabah.
DIA tahu Kekna kuat.
Sebab tu la dia uji Kekna dengan ujian macam ni.

DIA dah aturkan jalan hidup Kekna sebaiknya.
Kekna percaya apa yang dah diaturkan ini semuanya ada kebaikan untuk Kekna.
Kebaikan dari segala-gala sudut.

Soal jodoh, Kekna percaya yang DIA dah aturkan Kekna dengan seseorang.
Mungkin Kekna dah berjumpa dengan orang tu... atau mungkin tak.
Kekna berserah je.
Kekna sedang buka hati untuk someone tapi biarlah dulu.
Cepat datang, entah-entah cepat juga perginya nanti.
Biarlah benda ni berjalan slow-slow.
If ok, then proceed.
If not, biar kitorang jadi kawan je.
Sebab Kekna percaya apa yang diaturkan DIA adalah yang terbaik.
In sha ALLAH...





Friday, October 23, 2015

Teaser - Nights of Fright, Festival of fear at Sunway Lagoon

Salam readers...

Inilah aktiviti Kekna semalam...



Kekna pergi dengan diorang ni la...
Dah orang nak belanja, so pergi aje la kan...
Asik tergelak je sebab diorang ni semua lawak-lawak.
Pecah perut masa naik pirates ship.
Nak terkentut la, nak muntah laa... macam-macam.. hahah..

Kekna ada jugak amik gambar dengan Freddie Krueger - A nightmare on Elm Street.
Kekna takleh update lelebih sebab gambar banyak dalam kamera diorang.
Once dah dapat gambar-gambar dari diorang, Kekna update lagi ye.

Entri ni is just a teaser la.
Konon-konon...
Hihihi...

Bubbaii!


Wednesday, October 21, 2015

Bila ketamakkan dan kelaparan

Salam readers...

Masalah utama bila time lunch, mesti tatau nak makan apa nak makan kat mana.
Stress iolsss!
Muak jugak la kan setiap hari makan benda yang sama je.
Kekadang tekak ni ngengada jugak nak makan macam-macam.
Haihhh...

Lately Kekna suka makan makanan western.
Tatau la kenapa.
Tahu je la makanan western kan mahal-mahal.
Time time pokai cenggini la dia buat mengidam pelik-pelik.

Kesahnya satu hari tu Farid ajak avengers lunch.
Kekna ok je.
Dah la tak makan pagi. Perut lapo toksah cakap la kan...

Tapi Ekin kate dia dah ada lunch date dengan kengkawan dia.
Leen pulak tak cukup tido, so lunch hour tu dia nak lelapkan mata kejap.
Ok, fine... -___-

So, Kekna dan Farid berhuhuhuhu aje la berdua-duaan.. Huhu...

Memula plan nak makan kat riverside bawah opis ni je.
Kalau nak pergi ke riverside tu, kitorang mesti akan nampak Secret Recipe.

Kekna : Jom kite makan kat SR aje.

Farid : ???

Kekna : Serius ni... Jom laaaaaaaaaaa...

Farid : Yela...yela...

:-)

Maka, kami berdua cepat-cepatlah cari seat kat dalam Secret Recipe bawah opis kitorang ni.


Mata tertutup.
Mulut ternganga...
Dah macam orang orgasm semacam je bile tengok telefon. T___T

Kok ye pun nak hantar gambar candid kat avengers, amik la gambar yang senonoh sikit.
Ade ke patut Farid hantar gambar ni kat group whatsapp kitorang?
Serius tak senonoh. Hahahah...


Lenkali hantar la gambar cun camni...
Gitteww... Perasan tak habis, habis kan?
Hahahah...



Farid makan asam laksa.
Nampak sedap je....


Kurusnye dia time ni....
Sekarang dia dah mok-mok tapi dia taknak ngaku...
Muahahaha... >__<


Memula Kekna makan ini.
Carribean style fish fillet.
Sedapp wehh...

Sekejapan je Kekna dah habis makan.

Kekna : Farid, Kekna nak buat pengakuan boleh tak?

Farid : Ape?

Kekna : Kekna lapar lagi.... hukhuk...

Farid : Kekna ni bela saka ke ape?

Kekna : Nak order lagi laaaaa....

Farid : ?????????????????

Ngeeeeeeeee........
Bila kelaparan dan ketamakkan melanda.
Serius wehhh Kekna rasa cam tak cukup kot makan carribean style fish fillet tu je.
Tak rasa kenyang pun.

Terus panggil waitress suruh bawak kan menu.
Pastu order menu lain pulak.


Thai seafood spaghetti pilihan Kekna.

Lepas makan spaghetti barulah rasa betul-betul kenyang.
Puas hati. Hahahah...

Hari tu berat Kekna dah turun dalam 10 kilo tau.
Tapi bila dah start makan banyak balik, tetibe berat badan dah kembali ke asal balik.
Waaaaa....





Tuesday, October 20, 2015

Jerebu

Salam readers...

Ramai yang merungut tentang jerebu yang sedang melanda di negara kita ni.
Tenkiu bebanyak Indonesia!

Kekna bekerja di tingkat 51 MTM.
So, bau asap jerebu agak ketara jugaklah.
Bila Kekna bukak je pintu kaca kat sky garden, mesti bau asap tu menusuk-nusuk ke dalam hidung dan tekak.

Kenapa laaa kerajaan kita masih berlembut lagi dengan kerajaan Indonesia?
Tak paham betul!
Dah jadi macam ni pun masih takde apa-apa tindakan.
And Indonesia, takkan la takde action langsung untuk menangani isu jerebu ni?
Takkan tak reti-reti nak tubuhkan jawatankuasa.
Benda ni dah berlarutan bertahun-tahun lamanya kot...
Bangga ke dapat kacau negara-negara jiran dengan jerebu ni?
Tak malu ke bila orang asyik kutuk negara sendiri? Haihhh...


Ni gambar pagi semalam yang Kekna snap dari opis Kekna.


Ni pulak gambar tengahari semalam.


And ini gambar terbaru yang Kekna snap tadi.

Pemandangan dah bertukar jadi kaler kuning uolsss...
Teruknya jerebu sekarang ni.
Pastu Kekna ada baca dalam internet katanya IPU mencecah 200 ke atas dah.
Tinggi tuuu...

Jagalah kesihatan ye, kawan-kawan.
Yang bekerja di luar opis, pakailah mask selalu.
Elakkan keluar dari rumah if takde hal penting.
Minum air masak secukupnya.
Elakkan pembakaran terbuka sebab ianya akan memburukkan lagi keadaan.
Cepat-cepat jumpa doktor if mengalami sakit dada, sesak nafas, sakit tekak dan sebagainya.


Friday, October 16, 2015

Jalan-jalan di Quill City Mall

Salam readers...

Hellooo...hellooo...hellooo...
Apa khabar readers Kekna semua?
Sihat?

Kekna sihat-sihat saje.
Happy, excited, teruja... Rasa cam nak lompat setempat sejuta kali je.
Kenapa?
Sebabnya esok weken! Yeayy!!
Boleh bangun lewat. Boleh bermalas-malasan. Boleh keluar jenjalan. Boleh shopping. Boleh makan tido makan tido takyah buat apa-apa.
Heheh... 

Sekarang ni semua shopping mall yang ada kat KL Kekna nak terjah.
Tak shopping pun tak apa.
Sekadar jenjalan saja pun Kekna tak kisah.
Asalkan terjah and tengok kawasan sekitar.
At least kalau orang tanya pernah pergi ke tak, kite pernah pergi. Kihkihkih.

Aritu, kawan Kekna ajak pergi jenjalan ke Quill City Mall.
Kawan yang mana?
Ade laaa... rahsia. Gittew.
Hahahah... Lagi nak rahsia-rahsia kannnn.
Tapi memang kena rahsiakan pun.
Syhhhhh....

Dah orang ajak, Kekna on je.
Quill City Mall ni kecik aje. 
Mase Kekna pergi tu, kedai tak banyak bukak lagi.
Banyak kedai-kedai branded masih dalam renovation.
Yang ada kedai-kedai makan.
Takpelah. Kita jalan-jalan cari makan saje la...

Kalau keluar dengan kawan, memang tak sah kalau tak makan.
Kekadang sampai terover kenyang.


Singgah toilet dulu. Nak make up dulu.

Owh, nak tanya. Kulit Kekna ni jenis tak lekat make up tau.
Pakai foundation, bedak segala, sekejapan je dah hilang.
Stress iollsss...
Nak kata berminyak, tang idung tu memang berminyak laaa..
Tapi kat tempat lain tak berminyak pun.
Kenapa eh?
Ada sesape tahu tak kenapa jadi camni?
Ada sesape tak yang sama macam Kekna?
Kalau macam ni, make up ape yang sesuai dengan Kekna?
Brand ape? PM Kekna eh if ada sesiapa yang boleh bantu. 
TQ.

Back to the story, kami berdua jenjalan la sekitar Quill City Mall tu.
So far, takde benda menarik pun kat sana melainkan Butik H&M.
Kekna dah macam menggeletis je nak shopping pakaian kat H&M tu tapi tu la... 
Dah namanya pergi dengan lelaki kan, batalkan aje la niat nak shopping baju tu.
Lagipun Kekna cadang nak datang sini sekali lagi dengan Kak Siti.
Takpelah, tahan ajelah nafsu shopping tu dulu.

Jalan-jalan, tetibe nampak Mammamia Gelato Italliano.
Terus lompat-lompat happy.
Kedip-kedip mata banyak kali depan kawan Kekna tu sambil tunjuk nak makan gelato-gelato yang sangat menarik tuu...
Hewhew...



Kitorang try semua perasa yang ada.
Pastu ketamakkan melanda. Nak semua flavors.
Pengsannn.. hahaha...

Kebetulan ada promotion beli 1 cup besar (2 scoop gelato) dapat percuma 1 cup kecik (1 scoop gelato).
Kitorang ape lagi.
Beli la 1 cup sorang. So kitorang berdua dapat 4 cups semuanya. Nyummm nyumsss...


Waaaaaa... telan ailio!



Jom makan!!

Lama ohh kitorang lepak kat Quill City Mall ni.
Lepas makan gelato, kitorang jalan-jalan lagi.

Sampailah dekat pukul 9 malam, barulah kitorang cari kedai makan untuk dinner.
End up kitorang decided untuk makan kat Secret Recipe je.


Menu makan malam kami...
Pastu dedua kekenyangan...
Mengah nak jalan-jalan.

Kesian kawan Kekna kena drive hantar Kekna balik rumah.
Dah la dia duk kat Wangsa Maju. Jauh kot Kerinchi ke Wangsa Maju.
Dalam 30-40 minit jugak la without traffic.
Mengah-mengah, kena bawak kereta jauh-jauh pulak.

Tapi kan pemandangan malam-malam kat luar Secret Recipe ni cantik sangat-sangat.
Rasa tenang je...


Thursday, October 15, 2015

Menyanyi? Penyanyi? Wedding? Boleh ke? Hewhew...

Salam readers...

Cuti Maal Hijrah semalam Kekna takde buat apa-apa pun sebab tak ada apa yang Kekna nak buat. :)

Kekna ada plan nak kuar dengan Kak Siti tapi end up cancel sebab Kekna rasa badan Kekna lemau semacam je.
Malas nak bersiap, malas nak gosok baju, malas nak make up...
Eh, malas semuanyalah.
Kekna rasa macam Kekna nak baring tido tergolek makan tengok tv je.
Memang itu pun yang Kekna buat semalam.
Nak kemas bilik pun malas tapi sebab bilik bersepah sikit, nak tak nak kenalah kemas jugak.

Tengah-tengah duk berkuak lentang atas katil, tetibe Kekna dapat mesej dari seseorang thru instagram.


[klik untuk tumbesaran]

Ketaq lutut bak anggg!!
Tetibe ada orang nak hire Kekna untuk menyanyi kat wedding dia.
Iolsssss is terkezutttt!!

Yela, selama ni Kekna just menyanyi suka-suka je.
Menyanyi dalam bilik air. Menyanyi kat dapur.
Menyanyi kat pusat karaoke.
Kekadang menyanyi kat event teambuilding opis.
Tu je.
Tak pernah-pernah Kekna menyanyi kat wedding orang.
Eh, menyanyi suka-suka tu ade la.
Tapi kalau yang serius-serius amik job tu, tak pernah la lagi.
Segan iollsss...
Kekna sedar suara Kekna ni tak la sedap mana tapi dah orang tu beriya-iya sangat nak hire Kekna, so Kekna terima aje laa...
Dia kata dia ada tengok video Kekna menyanyi & dia dengar suara Kekna sedap.

Kekna berani terima sebab dapat sokongan geng-geng avengers.
Diorang support gile-gile punya.
Kemain kannn...

Kekna rasa kan, aturan hidup Kekna yang ALLAH swt tentukan ni memang terbaikk laa...
DIA hadiahkan Kekna kengkawan yang baik, yang boleh jadi penasihat, pengutuk, pembuli, penyokong...

Sejak Kekna single, ada je rezeki yang datang.
Dan dikala Kekna rasa diri Kekna ni keseorangan, pasti DIA datangkan sesuatu pada Kekna.
Jadi Kekna sampai tak sempat nak rasa sunyi.

Macam rezeki menyanyi kat wedding tu, serius Kekna memang tak jangka langsung.
Siapa sangka, tengah-tengah tergolek atas katil tetibe rezeki datang?
Kekna rasa macam hidup Kekna makin bertuah.
Mungkin jugak sebab kurang buat dosa... hahahah...
Yela, kalau berkapel, asik berkepit sana sini. Pegang tangan.. Kan dosa tu.
Sekarang ni kalau keluar pun dengan kengkawan.
Mana ada nak bersentuh-sentuh bagai.

Nikmat ALLAH swt tu luas.
Ini salah satunya.

Sekarang ni pun Kekna tengah siapkan novel pertama Kekna.
Tajuk sementara novel tu ialah Dia Mrs. Isteri.
Masih banyak yang Kekna kena karangkan tapi takpe. Slow slow.
Memang Kekna nekad akan siapkan jugak this year so that awal tahun depan dah boleh publish.
Rezeki la jugak tu kan...

Kekadang kita tak sedar bakat yang kita ada tu boleh dijadikan mata pencarian kita.
Kekna nak grab semua benda selagi boleh.
Selagi ALLAH swt izinkan.
:)

TV Baru

Salam readers...

2 hari lepas Kekna ada up entri pasal tv Kekna rosak kan...
Memang tak kuar gambar langsung uolsss!
Kekna dengar radio thru astro je la sepanjang malam tu.

Petang hari Selasa, balik kerja je terus Kekna zassssss pergi ke Mid Valley Megamall.
Nawaitu nak survey tv je dulu.
Tapi kot kalau ada yang berkenan, boleh je terus beli.
Nak-nak hari Rabu kan cuti sempena Maal Hijrah.
Nanti kang kalau takde tv, bosan la pulak Kekna melangut duk rumah.

Survey punya survey, inilah tv pilihan hati Kekna... :-



LG full HD LED TV 32 inch.

32 inci je yang Kekna mampu.
Tapi itupun dah besar dah bagi Kekna.
Tv Sony lama Kekna tu baru 22 inci.
Itupun dah cukup dah bagi Kekna... 
Memula ingat nak cari tv kecik-kecik je. 22 inci ke, 24 inci ke...
Yela, nak letak dalam bilik aje kan. Tengok sorang-sorang.
Tapi terberkenan pulak dengan tv LG ni, sambar aje laaa...

Harga RM799.00.
Warranty 2 tahun.

Balik rumah, terus pasang.
Yeayyy, dah boleh tengok tv.
Suke...suke...sukeee...

Tenkiu mommy dan daddy atas bantuan kewangan...
Tenkiu Farid & Ekin sebab tolong Kekna dalam pembelian & pemasangan tv ni...
Sayang dan muah muah muah kat semua!! :)



Geng Avengers dinner di Yusof Tomyam, Bangsar

Salam readers...

Holllaaaa... Pepagi dah berupdate kan...
Rajin bebenor la Kekna sekarang ni update blog kan.
Actually idok lerr rajin bebenor.
Kekna banyak schedule kan entri dalam blog ni.
Entri ni dah lama dah Kekna siapkan tapi Kekna schedule kan supaya publish hari ni.

Akhir-akhir ni Kekna tak cukup rehat.
Sungguh!
Hampir setiap hari lepas balik kerja, Kekna akan keluar makan malam dengan geng-geng avengers.
Biasanya dengan Ekin dan Farid je la.
Leen jarang join sebab dah ada husband kan.
Husband kenalah diutamakan.
Yang bujang-bujang ni takpelah nak balik lewat sikit pun.

1st time Kekna kenalkan diorang dengan kedai makan Yusof Tomyam.
Tempat Kekna dan ex selalu lepak dulu-dulu.
Dulu kitorang siap bawak Alya lagi.
Memang orang ingat Kekna dah kawin. Lantak pi la kan.

Sekarang ni Kekna selalu datang dengan geng avengers.
Kekna pun suka makan kat sini sebab masakan dia memang sedap.
Kalau datang sini, wajib order tomyam dia.
Wajib okeh! Sebab tomyam dia memang terbaekkk laa!

Kedai makan ni nampak biasa-biasa je.
Tapi belum cuba belum tahu ye.
Dah cuba, nanti jadi la macam geng-geng avengers ni.
Setiap kali nak datang, takleh berdua je.
Mesti kena datang ramai-ramai... Kalau tak, ada yang jeles. Hahahah...

Kekna pulak makin lama makin rapat dengan tauke kedai tu.
Sekarang ni pun kalau Kekna pergi ke kedai ni, mesti tauke kedai tu ajak sembang.
Letih laa kengkawan nak menunggu Kekna habis sembang.
Hahahah...



Leen tengah makan sweet apam sebenarnya tu.
Sweet apam ada dijual kat sebelah Yusof Tomyam ni.
Pernah masuk Majalah 3 kot... ke rancangan ape ntah. Lupa dah Kekna.
Sweet apam dia sedappp!
Kekna kerap jugak makan sampaikan sekarang dah rasa muak dah.


Inilah yang kitorang order untuk makan malam hari tu.
Tomyam seafood, siakap 3 rasa, kailan ikan masin dan telur dadar.
Lepas makan je, memasing kembung perut sebab kenyang sangat.
Memang puas hati la makan kat sini. 
Makanan sedap dan murah.

Dah banyak kali kot Kekna bagitahu yang Kekna makan kat sini tapi tak pernah share kat mana location kedai ni kan.

Ni alamat dia :-

Yusof Tomyam Masakan Panas
Gerai No.13,
Lorong Ara Kiri 3,
Lucky Garden Bangsar.

GPS Coordinates: N 3 07.685 E 101 40.124

Tuesday, October 13, 2015

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun TV ku... sobss sobsss...

Salam readers...

Selamat petang uollssss...

Kekna nak luahkan perasaan sikit ni...
Beberapa bulan lepas, tv Kekna tetibe ada scratch melintang panjang.
Dalam hati Kekna dah agak dah tv ni dah tak lama jangka hayat dia ni.

Tapi Kekna guna lagi laa selagi boleh guna...
Sampailah minggu lepas, bila Kekna on tv je, dengar suara dulu.
Lamaaaaaaa kemudian, barulah keluar gambar.
Uihhh, macam dah nazak semacam je tv Kekna ni.
Takpe, bertahan la sikit.
Sayang la pulak kalau beli baru.

Al-kisahnya, semalam lepas balik dari makan malam dengan kengkawan, Kekna on la tv ni.
Tengok-tengok keluar pelangi macam ni.
Takpe... Bertabah dulu sekejap.
Try on off... Sampai berjam-jam.
Last last Kekna fedup.


Baiklah tv. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun buatmu.
Sobsss... sobssss....

Balik kerja ni Kekna nak gi beli tv baru.
Over bajet pulak dah bulan ni.
Setiap bulan mesti over bajet. 
Tak sempat nak menyimpan langsung 2-3 bulan ni. Acaner tu? T___T

Dari rumah Ekin ke DipNdip

Salam readers...

Matik laa Kekna baru nak keluarkan segala-mala cerita lama.
Sepatutnya berbulan-bulan lepas Kekna up entri pasal ni tapi biasalah, pemalaihhh...
Muahahah... ok, tak klako.

Hari tu Ekin ajak kitorang geng avengers kuat melantak ni makan-makan kat rumah dia di Hulu Langat.
Katanya mak Ekin masak nasi daging.
Kekna tak pernah lagi makan nasi daging.
Dengar pun macam sedappp je.
Tapi masakan mak memang sedap-sedap kann!

Hari Ahad, Kekna pergi ke rumah Ekin dengan Farid.
Leen pulak haruslah pergi dengan husband dia, Mirul.
Janji dalam pukul 1 petang macam tu laaa...
Makan tengahari katanya.

Senang je cari rumah Ekin ni.
Guna je waze, kitorang sampai dengan selamatnya.


Dalam kereta Farid.
Mamat tu sibuk drive, iolsss sibuk berselfie. Muahahahaha..
Ok, tak klako lagi.

 Leen sampai lewat sikit.
Kitorang tak makan selagi Leen tak sampai.
Sementara tunggu Leen, kitorang sembang-sembang dulu dengan mak Ekin.

Mak Ekin tu ramah betul.
Walaupun baru kali pertama kitorang jumpa, tapi macam kan dah kenal lama.
Dah la baik melampau. Sporting lak tu...
Untung la Ekin...

Tengah-tengah sembang, mak Ekin kantoikan kisah-kisah Ekin yang kitorang tak tahu.
Tak pepasal rahsia Ekin terbongkar. 
Teus kitorang bahankan Ekin... Muahahahah... 


Leen sampai je, kitorang terus makan.
Lapo hoihhh!

Sebab lapo sangat sampaikan Kekna lupa nak snap gambar makanan.
Ya ALLAH, sedappp gile wehh nasi daging mak Ekin masak!
Tak puas makan!

Terus mak Ekin tapaukan sorang 1 plastik nasi dengan lauk.
Banyak pulak tu.
Segan kitorang... hewhew...
Terima kasih mak Ekin! Muah ciked!
Lenkali bolehlah masak nasi daging tu kami lagi. hahah!


Muka happy sebab memasing dah kenyang.


Tak avengers la kalau tak gedik... hewhew...

Dalam pukul 5 camtu, barulah kitorang balik.
Segan la lepak rumah orang lama-lama.
Kalau rumah bujang takpe jugak.

Farid ajak Kekna lepak kat memana sebelum balik.
So, kitorang decided untuk pergi ke E-Curve.

Jenjalan kat sana tengok barang-barang, shopping sikit-sikit...
Tetibe Farid buat pengakuan berani mati.
Dia cakap dia lapar lagi... Kekna dah macam, "what?? Seriously??"
Ko bela hantu raya ke ape Farid oii?
Tadi dah makan banyak kot kat rumah Ekin tu.
Tak sampai sejam, dia boleh kata lapar lagi.
Hahahah.... Dulu kemain diet bagai. Sekarang dia makan selagi boleh.

Dia kata dia nak makan benda-benda ringan je.
Haiihhh, pening memikiorkan makanan ape yang ringan-ringan je ni.
Kalau keluar dengan Kekna, takdenye makan ringan-ringan.
Makan berat-berat terus.
Kebetulan kitorang lalu depan DipNdip.
So kitorang singgah situ.
Lama dah tak makan dan lepak-lepak kat situ.


My naked face.
Hilang dah segala make up. Muka Kekna pun penat je.
Kekna ingat lagi time ni memang Kekna tak cukup rehat.
Time weken, Kekna asik kuar je.






Banana wrap crepe Farid punya.
Sedappp wehhh!!


Kekna punya cookies crepe.
Super duper sedappp!
Kekna memang hantu coklat. Nak-nak yang jenis eclairs macam ni...
Wahhhh!!! Terliurnye.... T__T


Menu makan petang kitorang.
Makan macam ni pun dah buat kitorang kenyang sampai ke malam.

Nasik yang mak Ekin tapaukan untuk kitorang tu, Kekna makan lewat malam.
Sayang la kalau tak makan nasi sedap tu kan.


Kami.
Dun speku-speku eh.
Kitorang kawan je. Tak lebih dari tu.
Nak kena luku kepala ke asik fikir bebukan je? -___-