Monday, November 30, 2015

Farewell geng secretary - Zainab @ Jen Jen

Salam readers...

Lepas sorang..sorang yang pergi meninggalkan Menara TM ni.
Memula En.Zul, sekarang ni Jen Jen pulak.

Ok, Jen Jen ni kawan baik Kekna sejak kitorang join kursus secretary pada tahun 2012/2013.
Kekna selalu la tumpang Jen Jen pergi kursus tu sebab dia pun duk dekat dengan rumah Kekna.
Kekna duk Kerinchi je. Jen Jen pulak duk kat Pantai Dalam.

Jen Jen ni lemah-lembut je orangnya.
Tak pernah nak tinggikan suara.
Baik pulak tu.
Tu yang Kekna suka berkawan dengan dia.

Sekarang ni dia dah dapat bertukar ke Johor.
Alhamdulillah akhirnya dia dapat jugak tinggal bersama-sama dengan suami dan anak dia.
Sekarang pun Jen Jen sedang mengandung.
Tinggal beberapa bulan aje lagi nak meletopss... Hihi...


Jen Jen.

Kekna dan kawan-kawan plan nak belanja Jen Jen makan sempena farewell.
Yela, lepas ni tatau la bila lagi boleh jumpa kan?
Harapkan whatsapp dan call aje la yang menghubungkan kitorang nanti.

Kekna, Mimy dan Ika bawak Jen Jen pergi makan tengahari di BBQ Chicken di Plaza Pantai minggu lepas.
Nasib baik orang tak ramai...
Ate sebelum gaji kan.
Acu kalau lepas gaji, kompem-kompem ramai orang kat sini.



Kami.... :)

Makin lama makin berkurangan geng secretary ni.
Kekna pun ada jugak mintak tukar balik Terengganu tapi tak dapat-dapat sampai sekarang.
Cemana ni?
Setiap kali call mommy kat kampung, mesti mommy tanya, "Bila nak tukar sini?"

Alamakkk...
Cane ni? Cane?
Ikut hati memang nak tukar aje tapi entah HR ni...
Susah bebenor!

Ok, back to the story.
Kate lunch kat BBQ Chicken. 
Takkan kitorang saje je datang melepak kan? Haruslah makan jugak.


Korean Charbroiled - Kekna punya 


Hot hot chicken - Mimy punya


Golden crispy chicken - Ika dan Jen Jen punya.
Diorang order menu yang sama...



Gambar kami berempat lagi... :)


Kitorang ada belikan Jen Jen kad dan tudung.
Kekna takdan nak snap gambar tudung sebab tudung tu dah dibalut dah.
Lagipun bukan Kekna yang tukang belikan.
Kekna just bagi duit je.
Hehehe!

Jen Jen,
Saya doakan semoga awak maju jaya di tempat baru.
Semoga awak bahagia selalu disamping suami dan anak-anak serta di tempat kerja yang baru nanti.
Saya juga doakan semoga persahabatan kita tak habis kat sini aje.
Kalau ada apa-apa, kita boleh contact thru fb, whatsapp, wechat, mesej biasa dan call ye.
Ada masa, awak datanglah jenguk-jenguk saya dan kengkawan kat menara ni..
Dan kalau kitorang singgah kat Johor tu, nanti kitorang roger-roger awak eh...

Selamat maju jaya, sahabatku...


Friday, November 27, 2015

Farewell Lunch @ Kuriya Japanese Restaurant

Salam readers...

Tengahari semalam Kekna dan geng avengers bawak En.Zul, manager dalam unit Kekna pergi lunch sama-sama.
Iye laa, tak lama lagi En.Zul dah nak berpindah ke state.
Tambah pulak En.Zul akan bercuti panjang sebelum dia berpindah tu.
Jadinya, baiklah kitorang buat farewell lunch ni awal-awal.
Takut tak sempat pulak nak buat lenkali kann...

Memandangkan En.Zul ni pemakan tegar makanan Jepun, kitorang bawak dia pergi makan di Kuriya Japanese Restaurant kat Bangsar Shopping Centre.
Nasib baik la jalan tak jem...
Farid yang drive kereta sebab lepas makan, dia nak balik rumah.
Semalam dia amik half day leave.


Korang tengok la muka Farid bijjj tu.
Amik pic guna hp Kekna..
Kekna buat timer 10 seconds. Punyalah lama menunggu, terus muka dia jadi macam tu...
Hihihi...

Ekin pulak dah tergelak kat belakang.
Adeh, Farid Farid... hahaha..


Cilok gambar kat Malaysian Flavours.


Sementara tunggu waiter carikan seat untuk kitorang, tetibe terserempak pulak dengan artis lawa jelita ni.
Erin Malek.
Ya ALLAH lawa meletup letupsss dia ni.
Kulit cantik berseri.
Lembut je orangnya. Siap tanya, "nak tengok baby tak?"
Terus kitorang serbu tengok baby dia yang comel...
Memang dia tak sombong...

Dah snap, barulah kitorang masuk dalam.


Buku menu dia sangat cantik...
Ada sulam-sulam bunga lagi.


Azleen.


Kekna


Dari kiri ke kanan : Ekin, Leen, Kekna, Farid dan En. Zul...


Suka nau nau dia sebab Kekna snap gambar dia cantik-cantik..



Ni set Leen.


Ni set Ekin


Ni set En. Zul.


Ni set Farid


Ini pulak set Kekna...
Ikan tu sedappp gile!
Kate orang Timur... Makang ikang je laa.. mihmihmih


Ni set untuk semua orang.
Kekna tak makan sebab semuanya tak masak.
Memang tak masuk tekak la jawabnya... huhuhu..




 Kami lagi...




OOTD -semalam.
Simple simple je...

Btw, kami geng avengers mendoakan agar En.Zul dimurahkan rezeki dan gembira di tempat yang baru.
Banyak benda yang En.Zul dah ajar kami semua.
Terima kasih banyak-banyak.
Semoga En.Zul dapat boost sales target kat state nanti.. Hehehe...
Aamiin...


Thursday, November 26, 2015

Total Beauty Workshop

Salam readers...

Ape kabo village people?
Pinjam ayat Faizdickie jap. Hihihi...

Kekna sihat-sihat aje pagi ni.
Uihhh, lately lena sungguh Kekna tido malam-malam.
Mana tak lenanyeee... Malam-malam tido berselubung dengan selimut pastu bantal kiri kanan atas bawah ni hah!
Sejuk bebenor tido malam-malam sekarang ni.
Tambah pulak badan penat. 
Jadi, bila dapat tido tuu, uuihhhhhh nikmat sungguh!

Sebab tu la Kekna liat bebenor nak bangun pepagi untuk pergi ke Total Beauty Workshop yang diadakan pada Sabtu dan Ahad baru-baru ni.
Weekend sepatutnya hari untuk tido sepuas-puasnya, kan?
Tapi itulah, nak cantik nak lawa punya pasal, kenalah merajinkan diri attend kursus-kursus macam ni.


Kursus ni takde kena mengena langsung dengan ofis Kekna.
Kekna pergi sebab nak belajar macam mana nak mencantikkan diri.
Bila dah tahu pasal kecantikkan diri, barulah boleh share ilmu pengetahuan kita pada semua orang.
Kan?


Macam-macam yang Kekna belajar dalam kursus ni.
Macam mana nak jaga kulit, produk macam mana yang sesuai dengan kita, macam-mana nak jaga body kita...
Eh, semuanyalah!
Tumpuan Kekna sekarang ialah nak cantikkan kulit.
Dah menginjak ke umur 3 series ni penjagaan kulit memang sangat penting.
Sebab ape?
Sebab masa inilah kulit dah start berkedut sikit demi sikit, collagen dalam badan pun makin berkurangan, kadar metabolisme kita semakin berkurangan dan kekuatan badan jadi semakin lemah.
Semua tu efek 1 badan kita.
Kulit tak anjal, tak tegang, jeragat tumbuh banyak-banyak, sakit sendi sebab kekurangan collagen di bahagian sendi-sendi badan, badan cepat naik kalau tak jaga makan, dan badan juga menjadi cepat penat.
Nak jaga body, senang je.
Diet yang seimbang...
Ok, pasni Kekna nak jaga makan sebab nak cantik! Nekad nih!

Ha, gittew explanation Kekna.


SK Low pun ada tau bagi tips-tips dia.
Eh, sape SK Low ni?
Dia adalah seorang model. Dia banyak buat iklan untuk skin products dan photoshoot.
Bab photoshoot tu korang search sendiri la dalam internet.
Agak censor jugak. Mihmihmih...
Now, Kekna guna skin product yang dia iklankan iaitu El-Marino Blanc.

Hari kedua Kekna guna El-Marino Blanc, ada yang tegur,

"Eh, your face looks radiant and fair"

Owh, yeke?
Hewhew... Terus kembang lobang idung... kikiki...

Tapi betul tau...
Ni testi Kekna sendiri.
Sejak-sejak Kekna consume El-Marino Blanc ni, memang kulit jadi cerah sikit dan jeragat kat tepi mata Kekna makin pudar.
Sumpah tak tipu!

Ok, back to main story.

Kursus ni start dari pukul 8:30 pagi sampai 7 malam.
Tapi hari pertama, ada Gala Nite.
So, semua orang bergaya sakan la.
Kekna tak join sebab period pain. huhuhu...



Group Kekna havoc malam tu.
Ada a few games yang diorang main dan group Kekna banyak menang games tu.
King and Queen best dress pun ahli group Kekna yang menang...
Hihihi...

Hari kedua, sama je macam hari pertama tapi topik lain-lain.
Paling best bab facial.
So, on that day, memang semua orang datang kursus tanpa make up sebab nanti nak facial muka sendiri.


Muka segar pepagi buta dah tercongok dalam Crown Hall ni.


Ni antara kenalan Kekna sepanjang kursus ni.
Syu dan MJ.
MJ tu dah 62 tahun tau tapi dia pakai produk korset Charms, terus body mantopsss uolss!!
Now, kitorang selalu jugak ber whatsapp-ing.
Yang Syu tu pun tak berapa sihat on that day sebab masalah perempuan.
Tapi nak cantik nak lawa punya pasal, dia datang jugak.

Syu tu dah turun 5kg dari berat asal lepas seminggu dia consume minuman Sensualite.
SEMINGGU okeh!
Ha, sesape yang beli Sensualite dengan Kekna, nanti Kekna daftarkan korang kat Sensualite Challenge.
Korang akan dapat RM300 cash voucher untuk setiap 1kg yang korang yang berjaya turunkan!
Wehh, ini maknanya korang jual lelemak korang tu!

Kekna pernah cuba minum Sensualite ni sekali.
Rasa coklat pekat tapi tawar.
 Sedapp laaa... Kekna kan memang suka coklat.
Cuma sekarang ni Kekna belum betul-betul consume lagi Sensualite sebab Kekna focus more on my face.
Nak tegangkan, cerahkan, serikan, awet mudakan, lembapkan kulit, hilangkan jerawat dan jeragat yang dah lama menakluk kulit muka Kekna ni...
Dan yang paling penting, Kekna taknak kulit Kekna cepat sunburn.
Bak kata SK Low, dia kena stop consume EL-Marino Blanc selama 2 minggu if dia nak pergi holiday dan tanned kan kulit di tepi pantai.
Seeeee....

Sesape yang berminat, boleh hubungi Kekna di 019-300 7304.
Yang serius-serius je tau.
Kalau sekadar nak main-main tu, toksah gataii tangan nak contact Kekna...
Malas nak layan, ok!


Paling last sesi share experience dari Khadijah Ismail.
Ha, Kak Khadijah ni adalah kakak kepada Emma Maembong.
Cantik gilee weehhh dia!

Dulu, dia memangg gemokk gedempol!
Dia sendiri tunjuk gambar dia masa muda-muda.
Now, lepas ni guna produk korset DX Verge, amik kau!!
Body meletopsss!!
Padahal dah umur 40 lebih ni uolsss!
Serius tak nampak macam umur 40 lebih kan...
Nampak macam 34-35 tahun je...
Haihhh, jeles betul!

Kekna rasa memang berbaloi Kekna join kursus ni.
Very inspired me!
Kite ni baik lelaki atau perempuan memang kena jaga kecantikan dan kesihatan.
Mesti seiring dedua nih...
Kalau cantik tapi tak sihat, buat ape kan?
Kalau sihat, mestilah kita nak cantik jugak kan?

Tapi apepun, kecantikan sebenar datangnya dari dalam diri kita sendiri... :)




Wednesday, November 25, 2015

Potluck GenG

Salam readers...

Last Friday, macam biasa GenG buat gathering.
Kali ni ada potluck meriah punya.
Macam-macam ada.

Kekna kemain bersemangat nak ke sana...
Padahal Kekna dengar jalan jem teruk sebab ada presiden itam tinggi datang Malaysia tatau ape jadah dia buat kat sini...
Jalan banyak yang ditutup disebabkan dia sekor... eh, sorang... hewhew...

Kekna bertolak dari rumah pukul 6:15 petang.
Sampai kat rumah MR dalam 6:55 petang.
Jalan jem punya pasal.
Kalau tak 15 minit je perjalanan ok.

Sampai rumah MR, tengok-tengok diorang dah start karaoke.
Kekna dan beberapa orang lagi sibuk setup kan meja makan.
Tak suke la tengok sepah-sepah ni...
Makanan susun elok-elok.


Hawaiian grill prawn.
Marvelessss gileee...
Mananya tak marveles, chef yang masak.


Hawaiian grilled prawns yang belum di grill.
Nyumsss nyumsss...


Dah namanya potluck, haruslah memasing bawak makanan kan...
Kekna bawak congobars ni...
Semua orang puji sedappp. Hihi.. Kombang lobang idung.
EE paling suka congobars ni. 
Siap berhenti karok semata-mata nak makan congobars ni banyak-banyak.
Hihihi...


Bihun pun ada.


MR masak nasi goreng.
Sedapnyee nauzubillah!

Eh, makan tu makan juga.
Tak kisah siapa yang masak.
Yang paling penting, semua makanan adalah 100% halal!

Ada lagi makanan lain.
Ayam goreng, ayam roasted pun ada...
Sayur-mayur...
Sampai tak habis makanan-makanan tu sebab banyak sangat.


Dah makan, sambung sesi karok...


CH duk menari je...
Ada video diorang menari tapi malas la pulak nak letak kat sini...


Kekna dan IW.
IW ni mix. Half chinese, half Malay.
Suke dia sebab gila-gila... hihihi...


Dari depan : EE, JJ, MZ, GY dan yang mengintai kat belakang tu MR...

EE ni suara dia best tau. Meletopsss suara dia.
Best gile! Siap ada mic sendiri lagi uollss!
Diva jugak dalam apps Smule tu.

JJ tu pun boleh jugak menyanyi.
Lagu-lagu Anuar Zain sesuai la dengan dia.
Kekna duet dengan dia nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai.
Siap menari bagai. Hahah...

Ala, diorang ni semua sporting.


Actually masa jejantanss ni duk wefie, Kekna duk sembang-sembang dengan the girls tau kat sebelah diorang.

Pastu CH tanya, "Why dia tak ajak kita wefie sekali??"

Apelagi, mulalah Kekna and the girls mengacau.
Muahahaha...
Diorang ni layankan aje.


Snap banyak-banyak...
MR yang duk sibuk menyanyi tu pun sempat enterframe kat belakang eh...
Hihihih...

Owh, malam hari Jumaat lepas ZH takde sebab abang dia kawin kat Penang.
So, Kekna datang sendiri je kat rumah MR ni.
Yela, seminggu sekali je jumpa kan..
Nak jumpa hari lain dah susah dah.
Memasing sibuk dengan kerja dan bisnes masing-masing....

Monday, November 23, 2015

Jalan-jalan di IOI City Mall Putrajaya & Mitsui Outlet Park, Sepang

Salam readers...

Continue dengan kisah dari entri yang lepas.
Sepatutnya Iwan je yang hantar Kekna balik KL sebab dari pertengahan tahun lagi dia janji something dengan Kekna.
Dia janji if Kekna berjaya pujuk mommy terima gf dia sebagai menantu, dia akan hantar Kekna balik KL.
Dan Kekna berjaya pujuk mommy!
Last month keluarga Kekna pergi merisik gadis pilihan Iwan sekaligus diorang bertunang & diorang plan nak kawin tahun depan.
Alhamdulillah...

Tapi tetibe daddy nak ikut jugak pergi KL.
Kenapa?
Hahahaha...

Begini ceritanya...
Kekna dan Iwan plan nak bertolak ke KL malam.
So, sampai awal pagi, bolehlah kitorang singgah ke rumah Kak Long.
Iwan pulak cakap bolehlah kitorang jenjalan kat Mitsui.

Perbualan Kekna dan Iwan didengari oleh daddy.
*Rasa cam skema pulak ayat Kekna nih.. mihmihmih...

Daddy memang tak pernah pergi ke Mitsui tu.
Terus dia cakap dia nak ikut. 
Tergelak Kekna dibuatnya.. Hahahah...
Dah la balik hari tau... Tak bermalam pun kat KL tu.
Tapi daddy tetap nak ikut.
Pastu Kekna ajak mommy jugak tapi mommy taknak sebab takut penat.

Ok laaa...
Maka, malam hari Sabtu kitorang bertiga bertolak dari Kuala Terengganu ke KL.
Iwan drive, daddy duk seat sebelah, Kekna conquer kerusi belakang.
Takdan sampai kat Dungun, Kekna dah terbongkang dah tido kat belakang.

Sampai kat Kemaman, diorang berhenti makan kejap.
Masa tu dah dekat pukul 2:30 pagi dah.
Diorang makan. Kekna minum je.
Takde selera sebenarnya sebab fikiran duk fikir pasal tido je.
Memang Kekna mengantuk tahap gaban.

Lepas makan, kitorang teruskan perjalanan ke KL.
Pukul 6 pagi kitorang sampai kat rumah Kak Long.
Rehat-rehat kejap. Tido balik...

Pukul 10 pagi Shahril datang bawak kawan baru dia.
Sembang-sembang kejap.
Pastu kitorang bersiap-siap untuk keluar ke Putrajaya.
Kekna nak bawak diorang pergi ke IOI City Mall Putrajaya.
Iwan dan Daddy tak pernah lagi datang sini.
Saja bawak diorang jalan-jalan dan shopping.



Daddy malu pulak nak berposing.
Takut tak muat masuk dalam gambar lettew.
Sebab tu control macho je kat belakang...


Iwan.
Driver dan photographer setia Kekna... hahaha...

Dah jalan-jalan, Kekna ingat nak bawak la diorang pergi makan kat restoran-restoran ke ape.
Tapi daddy request nak makan kat food court.
Yela daddy. Food court pun food court la.
Asalkan daddy bahagia ye.


Kekna beli ini.
Dah tak tahu dah nak makan ape sebenarnya.
Tapi memang sekarang ni Kekna lebih suka makan mee atau spaghetti.
Tatau la kenapa.



Kami...!

Dah kenyang, kitorang berlalu pergi ke Mitsui pulak.
Masa tu pun dah petang dalam pukul 5 lebih camtu.


Bukti dah sampai sini.

Mitsui ni bagi Kekna biasa-biasa je.
Barang mahal-mahal jugak.
Kalau bawak paling kurang 3K, barulah best nak shopping kat sini.
Hari tu Kekna bawak duit tak sampai pun RM600.
So, takde benda sangat nak beli.
Jalan-jalan, tengok-tengok, pastu blah.
Hahahaha...

Ade orang kata kat sini perfume murah.
Kekna takde pulak survey ke ape sebab perfume Kekna berlambak lagi kat rumah tu.
Kang kalau beli, tak terpakai pulak.
So, Kekna memang tak tahu murahnye tu setakat mana.
Terlajak murah ke ape, wallahualam.

Malam lepas makan, barulah Iwan hantar Kekna balik rumah.
Penat hoihhh...
Esoknye Isnin nak kena pergi kerja lagi.
Kaki pun still sakit lagi.

Malam tu Iwan decide untuk stay kat rumah Kak Long 1 malam.
Letih lettew.
Kekna dah agak dah...
Mana boleh datang KL balik hari kalau drive.
Kena bermalam jugak sebenarnya...

Esoknya tu barulah daddy dan Iwan bertolak balik ke Terengganu.
Alhamdulillah memasing selamat sampai...