Thursday, December 31, 2015

Balik kampung 24 December 2015

Salam readers...

Sambungan dari entri yang lepas.
24 Disember 2015, hari kedua Kekna berada di Kuala Terengganu.
Nak kata ade plan tu, memang la ada.
Tapi entah laa, bila balik kampung ni mata asik nak lelap je.
Rasa macam tak puas hidup pulak... mihmihmih...

Suppose Kekna ada a few facial nak kena buat tapi tak confirm.
So Kekna ikut je la perasaan malas tu.
Hoho... sangatlah tak bagus okeh!
Kalau tak, dah boleh dah dalam RM120 at least... hewhew..

Kekna celik je mata terus mommy Kekna cakap, 

"Mami ada buat agar-agar ubi kentang. Ada dalam peti ais."

Apa lagi, melompatlah kegirangan laaaa...
Favorite Kekna tu...


Dah banyak kali Kekna try buat agar-agar ubi kentang ni tapi tak menjadi langsung...
Last last pasrah je.
Balik kampung, suruh mommy je buat. Habis cerita.
Hehehe..

Tengahari, mommy buat nasi ayam pulak.
Ya ALLAH, nikmat sungguh balik kampung.
Makan tido makan tido je kijenye...
Pastu berat naik 2 kilo... Terus menangis sorang-sorang. Hewhew...


Petang, Abang Yu ajak keluar jalan-jalan sekitar bandar Kuala Terengganu.
Memandangkan hari tu hari Jumaat, Kekna request dia bawak pergi ke Pasar Minggu Taman Shahbandar.
Kekna nak cari cucur udang favorite Kekna.

Bulan 9 lepas jenuh Kekna mencari cucur udang ni tapi dia tak jual pulak.
Alhamdulillah kali ni ade jugak rezeki Kekna.
Tapi tu la, lupa pulak nak mintak no telefon makcik ni.
Takpe, next year kalau jumpa lagi Kekna nak mintak no phone dia.


Dari Kekna kecik sampai sekarang resipi dia tak pernah berubah.
Memang cenggitu la rupa dan rasa dia.
Sedap.
Rangup kat luar tapi gebu gebas kat dalam.
Pastu tak kedek pulak tuuu...
Kalau udang kecik, mesti dia letak 2 ekor untuk 1 cucur.
Kalau udang besar barulah dia letak sekor je.
Harga dia masa Kekna kecik-kecik dulu dalam RM0.20 je sebijik.
Sekarang dah naik RM0.50.
Tapi ade pe hal dengan harga kan... Berbaloi besar cucur dia besar dan sedap!

Pastu Abang Yu bawak jenjalan kat TER.
Pemandangan kat sini toksah cakap la...
Memang cantik meletuppsss!
Ramai yang buat photoshoot kat sini.





Dengan anak sedara sulung Kekna, Alia.
Dah besar dah anak sedara Kekna ni...
Tahun depan dah nak 16tahun dah.
Kejap je masa berlalu.
Angah dia jugak yang tak kawin-kawin lagi ni.


Amisha, Alyssa dan Ibu diorang, Kak Ejam.
Amisha dan Alyssa ni anak-anak sedara kesayangan Kekna.
Dua-dua ni cerdik...
Kirenye harapan keluarga jugak laa...
Amisha tahun depan dah darjah 6.
Kakak Alyssa pulak dah nak naik tingkatan 3.


Kami....


Anak-anak sedara kesayangan nih...
Semua lagi cantik dari angah dia.. T___T




Tatau la ape pesen diorang posing cenggini.
Remaja la katekan.
Layankan je la... :D



Tuesday, December 29, 2015

Balik kampung 23 December 2015

Salam readers...

Kite ketemu kembali selepas beberapa hari Kekna tak update.
Kekna start cuti dari hari Rabu minggu lepas sampailah semalam.
Balik kampung uolsss...

Actually Kekna tak plan pun nak balik kampung akhir tahun ni.
Tapi tetibe je family sebelah daddy Kekna nak buat family gathering.
Rugilah kalau tak join kan...
Nak tunggu tahun depan belum tentu lagi kite sempat join. Betul tak?

Riki punya riki tiket flight, Kekna dapat tiket murah.
RM60 je one way.
Takyah check in luggage pun sebab Kekna bawak backpack je.
Bawak baju, seluar, baju kecik dengan seluar kecik je 2-3 helai.
Kekna balik kampung pun sekejap je.
Bukannya lama pun.

Kekna amik flight pukul 7 pagi.
Pukul 5 pagi, Farid Fredo the weirdo bijjj amik Kekna kat rumah & hantar pergi KL Sentral.
Kekna dah bagitahu dah tak payah hantar.
Yela, taknak la menyusahkan dia kan...
Tapi dia tu sentap pulakkk kononnye Kekna dah janji dengan ZH la, JJ laa..
Adehhh! Kuat sentap sungguh la mamat ni sorang. hahah...

Dah sampai KL Sentral, Kekna amik ERL Ekspress ke KLIA2.
Ya ALLAH, Kekna dah lambat sebenarnye time tu.
By 6:30 pagi barulah Kekna sampai kat KLIA 2.
Pastu berlariii laaa pergi kat gate.
Gate pulak nun hujung kat J5.
Nasib baik beg tak berat sangat.

Lagi 10 minit sebelum waktu penerbangan, Kekna dah selamat duduk kat seat.
Alhamdulillah.


1st time Kekna naik flight awal pagi.
Indah sungguh pemandangan matahari yang sedang naik...
Subhanallah!


Me on that day.
Selebettt ok...

Kekna sebenarnya plan nak tido awal sebelum naik flight.
Kononnye lepas Isyak, barulah Kekna nak tido.
Sekali mata cerah pulakk...
Nak-nak henset Kekna aktif orang tanya pasal produk.
Daripada mengantuk, terus jadi terang benderang mata.
End up Kekna tido dalam pukul 1 lebih pagi.

Pukul 3 pagi Kekna dah kena bangun dah...
Bersiap-siap mandi semua.

Fly pukul 7 pagi.
Sampai kat Airport Sultan Mahmud pukul 7:50 pagi.
Sekejapan je....
Takdan nak tido pon...

Daddy, Amisha dan Fifi yang sambut Kekna kat airport.
Suka sangat laaa anak-anak sedara dapat pick up Kekna.
Berpeluk-peluk.....

Memandangkan diorang tak makan lagi, so Kekna bawak diorang pergi breakfast dulu kat gerai dekat dengan rumah Kekna.
Yela, kesian jugak yang bebudak tu.
Sanggup bangun awal semata-mata nak pick Kekna.


Nasi lemak Ganuuuuu...
Sedap wehhh!!
Sambal manis dan pedas.
Nasi memang terasa lemak santannya.
Adehhh, teringin la pulak...


Sampai rumah, makan pulak nasi impit sambal hitam.
Perghhh... lama gila ohhh tak makan nasi impit sambal hitam ni!

Balik kampung kali ni memang Kekna takleh rehat langsung.
Ada je benda yang Kekna kena buat...

Dan aktiviti selepas maghrib adalah pergi ke Mydin Mall.
Beli barang-barang.
Iwan plak sibuk nak cari beg tarik untuk tunang dia...
Layankan aje laaa...


Kekna la yang kena jadi modelnya.....

Mydin Mall ni dekat je dengan rumah abang Kekna.
So, singgah kejap kat rumah Abang Yu.
Last Kekna pergi rumah dia masa bulan 9 hari tu.
Lepas Kekna balik dari Pulau Perhentian.
Mase tu satu barang pun belum ada lagi.
Sekarang hampir lengkap dah barang-barang dalam rumah tu.
Alhamdulillah rezeki Abang Yu sekeluarga.
TQ kerajaan negeri Terengganu!


Amisha... Anak saudara yang selalu berkepit dengan Kekna.
Tatau la ape yang Kekna dah buat kat dia sampaikan nak makan pun, dia sanggup tunggu Kekna.
Huhuhu....

Sayang sangat kat angah dia ni.. hehehe...




Adik Kekna paling poyo...

Harap-harap tahun depan dia kawin dia takkan jadi lelaki yang takutkan bini atau bini tak takutkan dia...
Kalau jadi, siaplah dia! Huh!


Balik dari rumah Abang Yu, Kekna singgah sekejap kat Taman Warisan.
Jumpa dengan kazen Kekna yang bukak gerai air goncang kat situ.
Saje je la support sepupu kan....


Baju biru tu kazen Kekna.
Dilla namanya....


Yang ni dah buat macam gerai sendiri pulak.
Dia pi bakar sate ikan sendiri...
Haihh... macam-macam peel dia sekarang ni.

Sampai rumah lewat malam dah.
Pastu boleh pulak dia request nak Kekna facial kan muka dia...
Layankan aje laa sebab dia kena bayar. 
Adik tak adik.... tetap kena bayar okeyyy...
Hakak guna produk mahal. Bukannya free sesaje.


Nah... facial pukul 1 pagi sampai 1:45 pagi.

Habis je facial, terus Kekna terbongkang tido...
Penat oiii...






Wednesday, December 23, 2015

Lunch di Nyonya Colors

Salam readers...

Punyalah kepala otak duk memikiorkan pasal bisnes sampaikan takde masa fikir update tentang diri sendiri.

Ada geng avengers dah bising.
Katanya Kekna harammmm nak update belog sekarang.
Miahahaha... sorry la uolsss...

Sejak-sejak berbisnes ni, memang Kekna takde masa untuk diri sendiri.
Untuk kawan-kawan apatah lagi.
Jarang keluar sekali.

Rasanya dah terlalu lama kitorang tak keluar sekali.
So, last Thursday kitorang plan keluar bersama-sama.
Kebetulan jugak semua orang free time tu...
Kitorang pergi ke NU Sentral.

Tapi kan, bab pilih tempat makan ni memang satu masalah besar.
Rasanya korang pun ada masalah yang sama kot.
Patploh tahun nak fikir makan kat mana. hahah...
Al-maklumlah semua tengah bajet-bajet duit.
Takleh makan kat tempat mahal sangat.
Taknak jugak makan kat tempat biasa-biasa.
Kekna ni on je la mana-mana pun.

Then diorang pilih Nyonya Colors.

Ramai jugak yang makan kat cafe ni.
Nasib baik la time kitorang sampai tu ada meja yang kosong.
Terus la kitorang duduk...





Kami.

Ya ALLAH, lama sungguh tak amik gambar berempat macam ni....
Rindunya.... T___T


Pastu ada sorang chinese guy yang baik hati nak tolong snap kan gambar kitorang...
TQ abam chinese... hehehe...



Kekna pilih ini untuk lunch meal hari tu.
Lately Kekna lagi suka makan mee atau bihun instead of nasi.
Sedap la pulak makan bihun goreng ni dengan ayam rendang.


Ini Leen punya.
Ape ntah menu nya...


Mee kari ni Farid punya.
Dia cakap tak cukup makan banyak ni....
Hahahah...

Farid dah start makan banyak.
Takpe, Kekna biarkan je.
Biar dia jadi makin gemokk...
Pastu bolehlah Kekna suruh dia beli Sensualite dan daftarkan dia untuk join Sensualite challenge yang jual lemak kite tu...
At least dia boleh dapat RM300 bagi setiap kg yang berjaya dia turunkan...

Sempat lagi cakap pasal bisnes kan. Hahahah...


Ekin pun order sama macam Kekna.
Bagi Kekna, ok la bihun goreng dia.
Sedap....


Menu kami berempat.

Lepas ni tak tahu la bila lagi boleh keluar sama-sama.
Masing-masing busy kan.
Kekna pulak semakin banyak kerja. Diorang pun memang hari-hari banyak kerja.
Susah dah nak jumpa.
Kalau jumpa pun time lunch hour, Kekna pergi lunch kat office diorang.

Rindunya saat-saat dulu...
Setiap hari lunch sama-sama.
Sembang, bersuka-ria, kongsi masalah, gaduh manja, sentap menyentap...
*lap air mata*



Monday, December 21, 2015

Kerana saya sayangkan diri saya

Salam readers....

Ape khabar semua?
Rasa macam dah lama bebenor Kekna tak update ape-ape kan?
Abaikan entri luahan perasaan hari Jumaat lepas itu.
Maklumlah sel-sel hormon tengah tak elok.
Benda tak sensitif pun jadi sensitif... hewhew...

Lately Kekna agak busy kat office.
Kerja menimbun-nimbun ni ha.
Orang tu nak ini, orang ni nak itu... Penat!
Kalau nak ikutkan rasa malas, memang selalu laa rasa malas.
Tapi dah namanya kerja, Kekna kenalah hadap jugak.

Sampai rumah je, kekadang Kekna mandi-mandi dan terus tido.
Dah tak ingat apa-apa dah.
Badan dah lemau sangat-sangat dah.

Kadang-kadang balik kerja je terus tersembam atas katil.
Lena terus dibuai mimpi. Gittew kan....
Mandi tak. Cuci muka pun tak.
Make up bertempek kat muka sampai esok pagi.
Pastu mengeluh kenapa muka Kekna ada pigmentation, muka kusam semua...

Dan finally Kekna jumpa 1 produk yang sangat bagus!
Terlajak bagus!!
Memula consume, memang Kekna was-was.
Tapi bila Kekna tengok kulit kawan-kawan lelaki Kekna yang consume produk tu sangat lawaaaa, Kekna try jugak.
Cuba sekotak dulu.
Sehari Kekna amik 3 sachets.
Dalam masa seminggu, Kekna nampak perubahan kulit muka Kekna...


Tadaaaaa....

Lepas seminggu ye...
No edit-edit...
Kekna amik gambar ni dalam bilik Kekna.
Tempat yang sama, lighting yang sama dan posisi yang sama...
Nampak tak beza kat situ?
Sebelum Kekna consume produk tu, kulit Kekna agak kusam dan ada noda hitam kat dagu.
Noda hitam tu sebenarnya bekas jerawat.

Kulit Kekna memang jarang berjerawat.
Tapi kalau dah keluar sekali, susah betul nak surut.
Dan tengok pulak gambar selepas.
Kulit Kekna cerah sikit, rambut Kekna lebih bersinar, bibir Kekna dah tak kering, mata Kekna pun nampak bersinar sikit dan paling Kekna suka jeragat-jeragat kat pipi dan bawah mata Kekna makin berkurangan!!
Wahhhh... Tu baru seminggu.
Belum sebulan, belum setahun... hihi..

Kekna memang jenis sayangkan kulit.
Takut betul kalau sunburn.
Sekarang ni lepas Kekna consume produk terlajak bagus ni, memang Kekna tak takut dah dengan cuaca panas.
Sebab produk ni akan cover seluruh badan Kekna dari UV Rays.

Eh, kite memang kena sayangkan kulit tubuh badan kita tauu...
Jangan main langgar je...
Anugerah ALLAH ni!

Sekarang ni Kekna amik 2 sachets je sehari.
Yela, sekotak ada 30 sachets.
Boleh je kalau nak makan 1 sachet sehari tapi efek dia lambat la sikit.
Sebab tu mula-mula Kekna makan 3 sachets.
Agak-agak dah ok sikit, barulah amik 2 sachets.
Lama-lama nanti Kekna amik 1 sachet je la sehari just to maintain it.



Ni testi orang-orang yang menggunakan produk yang Kekna consume.
Kebanyakkan yang consume this produk adalah orang-orang yang ada masalah jerawat dan jeragat.
Dua-dua orang dari testi ni Kekna kenal ye..
Bukan testi dari orang-orang asing.


Kawan-kawan Kekna semua tahu yang Kekna ni bukannya suka nak consume itu ini sesuka hati.
Tapi Kekna boleh kalah dengan produk ni sebab memang berkesan!
Produk ni bukan saja tertumpu kepada kulit muka je tapi ia meliputi seluruh badan.
Maknanye dari hujung rambut sampai hujung kaki!
Lagipun produk ni halal, tak ada bahan pengawet dan 100% natural. 
Maknanya takde bahan kimia!
Sebab tu la boleh makan banyak-banyak dalam sehari...!

Lepas tu pulak, kat dalam produk ni ada 3 teknologi yang unik.
1. ADS Viqua
2. R.O.C
3. Collactive

Ape itu ADS Viqua?
ADS Viqua ni stand for Advance delivery system.
Ia menyalurkan kandungan polifenol piawai yang 40 kali lebih tinggi kandungan antioksidan daripada jus delima.
Ok, biasanya doktor-doktor menggunakan ADS Viqua ni untuk mengesan sel-sel kanser.
So, produk ni menggunakan teknologi ini untuk mengesan mana-mana sistem kulit yang bermasalah.

R.O.C pulak adalah red orange complex.
Ia menggunakan esktrak oren merah yang terdapat di Pulau Sicily, Italy.

Collactive pula ialah adunan istimewa kolagen marin terhidrolisis dan elastin yang menyamai dengan kulit manusia iaitu 94% collagen dan 6% elastin.
So, produk ini sangat mudah diserap dan bertindak dalam badan.

Sebab itulah kesannya boleh dilihat dalam jangkamasa yang singkat....

Kekna takkan consume sesuatu produk yang tatau datang dari mana, diperbuat daripada apa dan dari pengeluar yang bukan pakar dalam bidang-bidang macam ni...
Berlambak kat pasaran di luar sana dengan produk-produk macam ni.
Tapi Kekna memang takut nak amik.
Kita ni pantang dengar produk murah sikit dan testi guna camera 360, terus tertipu.
Terus menggelupur nak beli tanpa fikir ianya boleh membahayakan tubuh badan kita.

Ok, sesape yang tahu dengan lebih lanjut tentang produk yang Kekna consume ni, korang boleh view video dalam FB Kekna.
Ada 2 video yang Kekna rakamkan berkenaan dengan produk di atas.
Atau korang boleh call, mesej (whatsapp/sms) Kekna di 019-3007304.

At the same time, Kekna ada jugak buat facial untuk kawan-kawan.
Tak banyak pun Kekna charge.
RM40 je...
Semua Kekna sediakan. Korang just bawak diri dan duit RM40 je...


Ini adalah customer pertama Kekna...
Katanya dia tak pernah facial sepanjang hidup dia...


Ini adalah gambar sebelum (kiri) dan selepas (kanan).

Perubahan ketara yang Kekna boleh nampak ialah dagu berubah bentuk (sebab Kekna guna machine special), hidung mancung sikit (guna machine juga), parut di pipi kiri dah tak jelas sangat dan garisan eye bag juga tak jelas kelihatan...
Sebenarnya ada 1 lagi perubahan, laughing line kanan dia dah tak jelas...

Alhamdulillah customer ni sangat berpuas hati.


Ini adalah peralatan-peralatan dan produk yang Kekna gunakan...


Lelaki ni pun sama...
Dia tak pernah buat facial selama ni.
Malu-malu sangat... Memang dia dapat rasa perubahan wajah dia selepas facial...


Lepas facial, sempat amik gambar dengan model SK Low.
Hensemnye diaaaaa!!
Dia pun ada buat facial hari tu.
Dia lagi berpengalaman laaa dari Kekna.

Kekna memang sayangkan diri Kekna.
Sebab itulah Kekna buat semua ni.
Kekna nk sihat... Kekna pun nak cantik jugak at the same time.

Sekarang ni Kekna consume jugak 1 minuman untuk kurus.
So far 2 minggu consume, Kekna dah turun 4kg.
Berat Kekna actually 74.6kg.
Semalam Kekna timbang berat badan Kekna dah turun jadi 70.4kg.
So, Kekna tengah tengok kalau Kekna maintain minum dan berat Kekna turun selama sebulan ni, barulah Kekna akan reveal about the product.

Orang kata, kalau nak jual sesuatu produk, kite yang kena cuba dulu sama ada produk tu berkesan ke tak.
Kalau tak berkesan, kita janganlah jual.
Kalau jual jugak, tak berkat namanya tu.
Kalau berkesan, kita tolong orang lain juga sebenarnya...
Orang nak kurus, then kita jual produk kurus yang sesuai dengan mereka.
Berniaga ni kena jujur...

Okay...
Sekali lagi kalau ada yang nak tahu tentang produk-produk yang Kekna pakai dan consume ni, bolehlah hubungi Kekna di :-

019-300 7304

Yang betul-betul nak tahu je tau.
Kalau sekadar nak berkenalan gatal-gatal tu, toksah gatal tangan nak call-call Kekna.

Friday, December 18, 2015

Satu

Salam readers...

Apa yang Kekna buat sekarang adalah disebabkan SATU sebab je.
SATU!
Kekna penat cemana pun, rasa macam tak berbaloi macam mana pun, Kekna tetap hadap, Kekna tetap buat sebab yang SATU itu.

Hanya sorang je yang tahu tentang yang SATU itu.
And dia selalu bagi semangat if Kekna rasa down.
Dia selalu ingatkan Kekna tentang yang SATU itu.
Then, Kekna jadi semangat balik.
Berkobar-kobar nih semangat dalam diri.

Tapi bila yang SATU itu sedang meruntuhkan impian Kekna.... then Kekna speechless.
Tatau dah nak cakap ape.

Takpelah.

Tuesday, December 15, 2015

Kenapa orang Cina lebih berjaya dari orang Melayu

Salam readers...

Kawan-kawan terdekat dan kawan-kawan FB dah tahu Kekna dah terjebak dengan bisnes.
Bisnes kecantikan dan kesihatan.
Kekna join bukan saja-saja.
Tapi Kekna nak dapatkan income lebih sekaligus dapat tolong diri Kekna sendiri dan keluarga.
Plus Kekna jeles tengok orang lain berjaya.
Kekna pun nak berjaya jugak.
Kalau orang lain boleh berjaya, takkanlah kita ni tak boleh pulak kan?
Nothing is impossible!

Bila dah berkecimpung dalam dunia bisnes ni, Kekna sendiri boleh nampak kenapa orang-orang Cina lebih berjaya dari orang Melayu.
Ramai bisnes partner Kekna di kalangan orang-orang cina yang baik hati.
Dari hasil sharing yang Kekna attend, Kekna memang boleh nampak perbezaan di antara orang cina dan orang melayu.

Apa perbezaannya?
Meh Kekna list kan.


1.

Orang Melayu tak berfikiran terbuka

Memang dari kecik mak ayah kita didik kita supaya bila dah besar nanti dapat kerja di pejabat.
Makan gaji.
Kononnye kerja di pejabat ni lebih terjamin dan berpendapatan tetap.
Sedangkan orang Cina mendidik anak-anak mereka untuk belajar pandai-pandai dan bila besar nanti boleh buka bisnes.

Ingatkah kita bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :-

"Ceburilah kegiatan perniagaan kerana di dalamnya terdapat sembilan per sepuluh sumber rezeki."

-Ayat At- Tirmizi-

Tapi kenapa kita sebagai seorang muslim taknak menceburkan diri kita dalam perniagaan?
Kalau bab kahwin empat, amboiiihh semua nak ikut. Sunnah katanya.
Tapi kenapa bab ni kita tak ikut pula?


2.

Fikiran negatif mengenai perniagaan

Kebanyakkan orang Melayu takut untuk menceburi bidang perniagaan kerana takut.
Perasaan takut tu datang kerana mereka berfikiran negatif mengenai perniagaan.
Takut nak ambil risiko.
Takut rugi. Takut jadi mangsa rompak. Takut takde work-life balance (kononnya!).
Apa-apa pekerjaan pun memang akan untung rugi.

Tengok macam orang-orang Cina.
Diorang mana takut rugi.
Itu adat dalam perniagaan maa...
Mana ada sesebuah perniagaan yang baru bermula terus dapat untung.
Dapat untung seringgit dua pun dah okay.
Nanti lama-lama untung banyak laa...


3.

Orang Melayu nak cepat kaya. Nak cepat untung.

Ini masalah orang-orang kita.
Nak buat sesuatu je mesti nak cepat-cepat dapat result.
Takleh nak sabar sikit.
Contoh, baru je nak start berniaga kalau boleh esok nak ada untung dah.
Terus nak pegang duit ribu-ribu, juta-juta.
Kalau tak untung, terus rasa down.
Terus rasa macam, "ahhh, berniaga ni bukan jiwa aku."
Duh!

Karya J.K Rowling pernah ditolak oleh 12 major publishers sebelum publisher yang ke-13 memasarkan naskhahnya.
Colonel Sanders yang femes dengan ayam goreng dengan 11 rempah istimewa direject sebanyak 1009 kali sebelum ayam gorengnya dikenali ramai!

Kejayaan pasti ada dengan syarat ada usaha yang berterusan.


4.

Asyik minta diskaun

Kawan-kawan semua tahu Kekna ada jual collagen terbaekk di pasaran.
Ramai yang berminat nak beli.
Kawan-kawan juga tahu Kekna ada menawarkan facial dengan harga murah dengan barang-barang yang mahal dan terbaik.
Dah la guna produk mahal, guna pulak machine yang boleh buat perbezaan wajah serta-merta!
Tapi yang agak mengjengkelkan bila seringkali di tanya,

"Tak boleh bagi diskaun ke? Harga kawan-kawan..."

Pernah tak awak-awak semua buat research berapa harga facial kalau kat luar?
Paling murah RM50 tau.
Itupun yang basic je. Sekadar facial.
Ada tu sampai RM120 sekali facial.
Yang Kekna ni baru RM40, awak dah mintak diskaun.

Awak tahu tak, penat tau nak facial muka orang ni.
Lagipun usaha saya lagi nak ke tempat awak.
Awak just bawak diri dan duit RM40 je.
Kemudahan-kemudahan lain, saya dah sediakan.

Untuk produk-produk lain macam collagen & minuman untuk kurus pun sama.
Kekna bukannya founder ke ape. Kekna bukannya jual produk sendiri.
Kekna jual produk company.
Kalau dah company tetapkan harga macam tu, so macam tu la yang Kekna jual.
Tak boleh jual dengan harga lain dah.
Kekna tak ambil untung langsung.

Ada jugak yang mintak tester.
Adehh, Kekna sebagai peniaga ni pun tak diberi tester, dik non oiii...
Kalau nak try, beli dulu sekotak.
Consume dulu sampai habis sekotak tu.
Then, barulah nampak kesan dia.
Kalau sekadar makan 1 sachet je, memang la tak nampak kesan.
Pastu nanti duk jaja, "Takde kesan pon. Menipu je produk awak ni..."
Nama hakakk jugak yang buruk nanti.

Dah la mintak diskaun, mintak pulak tester...
Then cemana orang-orang kita nak maju?
Sikap meminta-minta ni memang dah jadi barah dalam kehidupan kita ni tanpa kita sedar.
Kekna sedar bila Kekna start berniaga.
Ishh... ishh... ishh...


5.

Lupa diri

Bila perniagaan kita dah maju sikit, mulalah kita start ambil kesempatan.
Contohnya kita berniaga nasi lemak.
Masa mula-mula berniaga dulu kemain lagi nasi lemak banyak siap lauk ikan tongkol, ikan bilis selambak, timun, telur rebus setengah biji, jual dengan harga RM2.00.
Dah rasa perniagaan maju sikit mulalah lupa diri.
Makin hari menjual, makin sikit nasi lemak yang diletak.
Dulu lauk pauk semua berlambak, sekarang ikan bilis pun seekor dua je.
Telur rebus tu potong lapan.
Tapi jual dengan harga RM2.00.

Berbeza dengan orang Cina,
Makin maju perniagaan, makin dia nak maintain the customer.
Diorang makin nak majukan perniagaan diorang.


6.

Melayu susah nak tolong sesama Melayu

Ada sorang kawan Chinese Kekna tunjuk conversation dia dengan kawan yang baru dikenali di dalam whatsapp.

T (kawan Kekna) : I wanna to come over to your place & convince u to buy stuff from me.
J (Kawan T) : Aiyooo... hihi... i'm guessing it won't take much convincing.
T : Hahaha... what time u free on Sunday?
J : What product? bla... bla... bla...
T : Bla.. bla..blaaa...
J : Haha.. ok la. Help u...

Seee... Nampak tak?
 Acu Kekna hantar mesej yang sama kat sape-sape di kalangan orang Melayu.
Kompem-kompem 1001 alasan akan diberi.
Confirm!

Sebabnya Kekna dah puas dah dengar macam-macam alasan.
Jiwa berkobar-kobar dah nak berjaya nih tapi bile dengar je pasal kena melabur RM79.50 untuk seumur hidup, terus tak jadi.
Hanya kerana RM79.50 seumur hidup okay!
Kalau dibundarkan, hanya RM80 je... seumur hidup!!
Bukannya sebulan RM80. Bukannya sehari RM80!
Seumur hidup!

Ramai orang kita nak kaya tanpa mengeluarkan apa-apa modal dan tak sanggup nak berkorban.
Kalau macam tu, macam mana nak berjaya awak-awak oiii?
Hmmm...
Angan-angan mat jenin aje laaa...


7.

Melayu ada sikap dengki

Mase awal-awal Kekna libatkan diri dalam bisnes, ramai yang pertikai.
Diorang cakap, "boleh berjaya ke?".
"Bisnes main-main bolehlah..."
"Ala... gaji kan dah cukup".

Tu mula-mula...
Pastu bila Kekna dah stabil sikit dalam bisnes ni, yang duk fikir negatif tadi tu terdiam terus.
Ade la sorang dua yang menganjing kat Kekna.
"Padahal amik dengan camera 360!"

Kekna abaikan aje kata-kata negatif tu.
Eh, lantak deme lerrr nak cakap ape.
Kekna nak berjaya. Nak duit banyak.
So, Kekna kena telan semua benda.
Dan Kekna banyak bersosial dengan orang-orang yang berfikiran positif.


8.

Suka bersaing secara tidak sihat

Paling Kekna takleh lupa, ada sorang lelaki ni mesej Kekna dalam wechat.
Dia try nak convince Kekna join bisnes dia.
And Kekna cakap Kekna pun dah ada bisnes sendiri.
Dia duk la convince bisnes dia bagus la, terbaik dalam pasaran la, and surprisingly dia pompampompam duk condemn bisnes Kekna.
What the....
Kekna diam je memula.
Tapi by the time dia dah start merapu-rapu sembang pasal bisnes dia yang super duper bagus tu, Kekna just smash dia dengan 1 soalan je,

"Atas faktor ape yang awak cakap bisnes awak yang terbaik di pasaran sedangkan company saya telah menerima anugerah No.1 Malaysia MLM 2013/2014/2015, Asia Excellence Best Award 2014 dan banyak lagi award lain? You can google it. Your company dapat award ape ye?"

And dia boleh pulak jawab,

"Award award ni tak penting pun."

I was like...?? Duh!
Tadi kau cakap bisnes kau laa yang paling bagus.
Kalau bagus, mesti ada pengiktirafan kan?
Kalau sebutir habuk award pun takde, then dia sembang saja-saja ke tadi?
Hewhew...

Pastu dia cakap dengan Kekna,

"Sorry. Saya tak suka berkawan dengan orang yang negatif."

-___-"

Laaa... pulak dah. Kekna negatif ke weh?
Dia yang duk sibuk kutuk-kutuk bisnes orang tibe-tibe Kekna pulak yang dikatakan negatif.
Adehhh...
Semoga pemuda itu memaafkan Kekna kalau soalan Kekna tu buat dia sentap.
Huhuhu...



Back to the main point, kalau orang Cina, memang diorang menggalakkan ahli keluarga mereka menceburi bidang perniagaan.
Sebab itulah ramai di kalangan mereka sangat kaya dan hidup senang.
Sedangkan kite dari muda sampai tua hidup bersederhana sebab duk makan gaji sahaja.
Kita bising-bising industri perniagaan di negara kita di conquer oleh kaum lain.
Tapi dimana silapnya?
Muhasabahlah diri kita semua. Then, barulah kita akan dapat jawapannya.

-----------------------------------------------------------

Inilah antara points yang dapat Kekna berikan Kenapa orang Cina lebih berjaya dari orang Melayu.
Kekna dah tak larat dah nak fikirkan point lain sebab asik kena kacau aje ni.
Henset Kekna duk berbunyi je dari tadi sebab orang nak tanya pasal produk.

Letih tu memang la letih tapi seronok sangat!
Sebab Kekna suka semua orang jadi cantik dan sihat.
Kita buat bisnes bukan saja nak tolong diri sendiri dan keluarga tapi kita buat bisnes sebab kita nak tolong orang lain juga.
In sha ALLAH dengan niat ikhlas, ALLAH swt akan membuka pintu-pintu rezeki untuk kita.
Aaminn...





Tuesday, December 8, 2015

Wedding kakak Farid

Salam readers...

Sabtu baru-baru ini Kekna dan Ekin ke Setapak Jaya, attend majlis perkahwinan kakak Farid.
Kitorang sampai agak lewat; dalam pukul 3 camtu sebab jalan jem ya ampunnnn!
Sana sini jem.
Tak faham dengan KL ni... setiap hari jem.
Kalau weekdays tu faham la jugak.
Ini weekend pun jem jugak? -___-"


Orang sebelah tensi sebab jalan jem sangat.
Yang co-pilot tu pulak tak habis-habis selfie dalam kereta.
Makain tension orang sebelah kite tuuu... mihmihmih...



Farid kata kitorang kena pakai baju biru atau pink.
Nasib baik la Kekna ada baju kaler biru.
Baju raya puasa baru-baru ni.
Pakai aje la mana yang ada kan. Kang rugi pulak kalau tak pakai.
Nak pakai time pergi office kang nampak cam over nau!

Masa kitorang sampai kat rumah Farid, hujan tengah lebat.
Kekna dan ekin tunggu kejap dalam kereta.
Tapi perut tengah lapar, kitorang redah je hujan tu.

Sekejapan je hujan lebat tu.
Mase Kekna sedang makan hujan dah berhenti dah.

Meriah betul wedding kakak Farid ni.
Siap ada orang menyanyi lagi.
Suara sedap-sedap pulak tu.

Kekna tak sempat nak  bergambar dengan pengantin.
Bergambar dengan adik pengantin pun jadi laa...Hihihi...


Haruslah wefie kan! :)


Jauhnye Ekin duduk...


Wefie dengan Ekin pulak... :)


Ni gambar masa majlis akad nikah.
Cantik betul kakak Farid ni.
Sekali pandang macam Mawar Fareeda pun ada.


Ini pelamin pengantin.
Cantik kan.....
Kekna pun berkenan dengan pelamin macam ni.
Moden. Color pun soft je.
Pandai kakak dia pilih design pelamin.

Apepun, Selamat pengantin baru Zulaikha & Syahmie!
Tahniah Farid sebab dapat abang baru... :)